.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, September 29, 2014

..arus masa..

Assalamualaikum.

Lama tak singgah sini. Masa tak mengizinkan sangat. Hari ni baru terbuka hati nak menaip. Inipun kebosanan duduk dalam bas. Entah tak pasti kenapa jalan jem sangat.

Alhamdulillah. Last entri dulu,saya masih ummi kepada seorang hero, Haziq Iman. Kini bertambah lagi seorang hero, Umar Hazim. Perkahwinan pun dah hampir cecah 5 tahun. Ya Allah.. Sekejap sangat rasanya masa berlalu.

Abang Iman kini dah nak cecah umur 4 tahun..lagi 5 minggu je lagi. Umar pula,genap 5 bulan dua hari lepas. Sekarang tengah dalam usaha nak adapt dengan kehidupan anak dua. Kadang-kadang memanjang juga terbabas. Tapi alhamdulillah, hubby banyak sangat bantu.

Haihh..nak tergelak pula rasanya menulis kali ni. Tak ada hala tuju. Main taip je.

Hmm..bercerita pasal hala tuju hidup,banyak lagi yang belum tercapai. Paling bagus pun, beli rumah sendiri. Apartment je pun,tapi itulah rumahku syurgaku. Kecik pun rasa berbaloi sebab pusing kiri nampak Haziq,pusing kanan nampak Umar. Tengok depan nampak hubby, hehe. Maka nikmat manakah lagi yang kita dustakan?

Kedua,hutang ptptn yang dilangsaikan. Menyesal juga sebenarnya sebab dulu ambil full loan, padahal kalau tak ambil full,boleh je survive. Sekarang ni jenuh nak membayar. Tapi untung ada lovely mom yang banyak buka mata saya mengenai hutang. Mengorbankan beberapa perkara yang disayangi,finally dah langsaikan semuanya. Alhamdulillah.

Selebihnya,banyak lagi impian saya yang belum tertunai. Ada juga keinginan nak cari peluang kerja di tempat lain,tapi ntah. Asyik tak terbuat sebab agaknya dah selesa 6 tahun di sini. Kawan-kawan best,lokasi pun best,nak datang kerja pun mudah..jadinya asyik tertangguh usaha tersebut.

Hmm..ada satu lagi impian yang saya nak sangat buat. Tapi mungkin belum terlaksana sebab masih berada pada zon selesa. Saya nak berniaga, nak tambahkan pendapatan keluarga, ingin sediakan simpanan pendidikan buat anak-anak. Saya mula jadi shaklee distributor, tapi......baru saya sedar yang saya tak confident dalam bab berniaga. Selalu je rasa takut nak promote barang. Takut orang taknak beli, nanti saya frust. Takpun, orang condemn barang-barang yang saya jual. Hehe, parah betul la. Dah lama dah saya daftar,tapi selama 6 bulan daftar,baru je berjaya jual 4 ESP, 1 vitalea,2 ostematrix.

Lama-lama saya gelakkan diri sendiri. Walaupun sebenarnya orang lain takde kata apa-apa pun.

Hai,panjang pulak berceloteh. Jalan jem lagi ni. Tapi takpelah,saya stop dulu kat sini. Dalam kepala sibuk fikir pasal Iman dan Umar dengan ayah dia kat rumah. Janganlah anak-anak soleh tu buat perangai.

Esok kalau terkandas lagi dalam jem,saya menulis lagi.. :)

1 comment:

  1. Hi iza, Moga Allah permudahkan segala urusan iza .. percaya lah, sesungguhnye rezeki itu di tangan Allah! yg penting kita sentiasa bersyukur :) #tetibapulak tercomment kt sini ..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..