.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, September 26, 2013

..alahai anak ummi..

Assalamu'alaikum.. 

malam semalam haziq iman tetiba buat perangai pelik.


3.30 pagi

"ummi..nak susu. nak ummi buat. taknak ayah."
ummi pun bangun la, buat susu. padahal selama ni ayah je pun yang buat. elok je dia boleh minum. tapi kali ni katanya tak sedap bila ayah buat.

3.40 pagi
habis susu sebotol. tiba-tiba,
"ummi..nak mandi"

"baru pukul 3.40 pagi la sayang. tak payah la mandi dulu. sambung tidur ye."

"taknak..! nak mandi..!"

sebab taknak la jiran-jiran dengar haziq iman buat konsert tengah malam buta, ayah suruh mandikan la jugak. tu pun insist nak dengan ummi. taknak dengan ayah. seronok je ayah terus sambung berdengkur.

ummi mandikan (basahkan je pun) dari paras pinggang sampai ke kaki sahaja.

"dah siap mandi..jom lap"

kelip-kelip haziq iman pandang ummi.

"kepala belum basah la ummi. ni bahu belum basah. nak mandi..!"

again. ummi ikutkan sahaja. mata  mengantuk ni, nak marah pun macam tak berbaloi.

ambik satu gayung air, lalukan atas kepala. buat syarat basah. lap. siap pakai baju, terus sambung tidur.



6.45 pagi
"iman..jom mandi dengan ummi"

dengan penuh selamba haziq iman cakap,
"dah mandi la tadi"


ummi ayah saling berpandangan. ingatkan tadi mengigau..!


No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..