.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, September 26, 2013

..alahai anak ummi..

Assalamu'alaikum.. 

malam semalam haziq iman tetiba buat perangai pelik.


3.30 pagi

"ummi..nak susu. nak ummi buat. taknak ayah."
ummi pun bangun la, buat susu. padahal selama ni ayah je pun yang buat. elok je dia boleh minum. tapi kali ni katanya tak sedap bila ayah buat.

3.40 pagi
habis susu sebotol. tiba-tiba,
"ummi..nak mandi"

"baru pukul 3.40 pagi la sayang. tak payah la mandi dulu. sambung tidur ye."

"taknak..! nak mandi..!"

sebab taknak la jiran-jiran dengar haziq iman buat konsert tengah malam buta, ayah suruh mandikan la jugak. tu pun insist nak dengan ummi. taknak dengan ayah. seronok je ayah terus sambung berdengkur.

ummi mandikan (basahkan je pun) dari paras pinggang sampai ke kaki sahaja.

"dah siap mandi..jom lap"

kelip-kelip haziq iman pandang ummi.

"kepala belum basah la ummi. ni bahu belum basah. nak mandi..!"

again. ummi ikutkan sahaja. mata  mengantuk ni, nak marah pun macam tak berbaloi.

ambik satu gayung air, lalukan atas kepala. buat syarat basah. lap. siap pakai baju, terus sambung tidur.



6.45 pagi
"iman..jom mandi dengan ummi"

dengan penuh selamba haziq iman cakap,
"dah mandi la tadi"


ummi ayah saling berpandangan. ingatkan tadi mengigau..!


Tuesday, May 28, 2013

..diam-diam rindu..

1001 kisah jauh tertinggal untuk dituliskan. cukup la 2-3 patah di sini menjadikan bukti empunya blog masih di sini. masih tercari-cari ruang untuk mencuri waktu, namun gagal. kisah mim alif lam sin itu satu permulaan, tetapi kisah sin ya ba wau qof jauh lebih menjadi juara.


titik.


Tuesday, January 22, 2013

..quick update..

Assalamu'alaikum.. 

hai semua :)
just a quick update.


esok 22 Januari, daftar di putrajaya bagi jawatan PPPT DH41.
medical checkup & xray - done
suruhanjaya sumpah - done
borang-borang lain - done
surat penangguhan lapor diri di KK - in progress

resign di PMB - not yet (?????!)


sebenarnya, masih belum ada keputusan samada nak terima ke tak PPPT DH41 ni. sebab tu belum resign walaupun sebenarnya notis 2 bulan. just to play safe. esok saya akan pergi lapor diri dan cuba nasib untuk dapatkan penempatan di semenanjung. kalau memang tetap kena pergi KK Mas Gading di Bau, Sarawak..maknanya saya kena terima hakikat yang saya kena tolak offer keemasan ini.

please, doakan saya.

rabbi yassir wa la tu'assir