.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, December 24, 2012

..ia berita membahagiakan, cuma terselit pilihan yang sukar dibuat..

Assalamu'alaikum.. 

firstly, maaf sebab lama sangat blog ini terabai. saya faham yang saya tak punya banyak reader, tapi saya tahu ada yang selalu jenguk dan asyik-asyik nampak entri yang sama. tiada alasna yang boleh saya berikan selain dari tiada ruang komitmen. atau boleh jugak kategorikan semalam mim alif lam sin.

ada seratus draf dalam tempoh 3-4 bulan ni yang terperap, tapi semuanya tak habis diltulis. sudahnya terperuk je. my bad :-|

ok, kita lupakan je la pasal tu. ni saya menulis ni pun, mesti ada sebab kan? haha, asal ada peristiwa je, baru sibuk nak menulis.

alkisah, dari entry INI dimana saya berstatus calon simpanan bagi PPPT DH41, hari ini terurai la teka teki, "bila masanya calon simpanan kena tunggu untuk dipanggil SPP?"
tempoh yang saya kena tunggu adalah 4 BULAN 8 HARI. tapi ini cuma saya punya status. tak semestinya sama dengan course lain dan seangkatan dengannya.

hari ni hubby off day, seronok berguling atas tilam kat rumah. pukul 12 tengahari hubby call.
"ni abang nak tanya, bila masanya syg apply jadi pensyarah kolej komuniti?"
yang saya ni pulak kalut,
"eh, mana ada?"

mulanya dalam kepala ni duk fikir, ada panggil temuduga lagi ke? kan ke baru je temuduga bulan Jun aritu? amboi, cepatnya kena panggil temuduga lagi?
kemudian hubby mula la potpet potpet dari sana. baca isi kandungan surat yang saya terima tu.

TAWARAN PELANTIKAN TETAP JAWATAN PPPT bla bla bla blabla....

subhanallah, surat panggilan untuk lapor diri untuk jawatan PPPT DH41!! mula-mula dengar tu badan dah menggigil, dah taktau nak bereaksi macam mana. rasa terawang-awang (hehe, melampau kan?) tapi itulah yang saya rasa. begitulah reaksi seorang manusia yang excited terima berita yang selama ni memang dinanti-nantikan. suara hubby kat hujung sana pun dengar tak dengar je. 

tarikh lapor diri di KPT Putrajaya, 23 Januari depan. dan dalam surat tu, dah dinyatakan sekali penempatan di mana. nyatanya, Allah menguji saya di dalam kegembiraan ini. nak uji sejauh mana kuatnya iman saya dengan qada' dan qadar.

penempatan saya di.....
Kolej komuniti mas gading, bau, SARAWAK!!

ye, SARAWAK. di pekan bau yang jauhnya dalam sejam perjalanan dari kuching. adik ipar saya baru je habis belajar kat UNIMAS, konvo bulan oktober baru ni. kemudian, saya pulak dijemput kesana yang entah untuk tempoh berapa lama.

tiba-tiba saya rasa macam, "eh, aku nak ke pergi?"

buntu.
fikir anak.
fikir hubby.
fikir ma ayah.
fikir jugak ibu dan ayah.
fikir jauhnya di Bau, pedalaman, rumah, transport, taska..stress..!

Allah..Ya Allah..
tolong la hamba-Mu ini.












3 comments:

  1. as a pppt for 5 years 4 month..let me share my exp... ;-)(senior la kununn hihihi) aku phm situasi ko iza..if bujang mcm aku ni pon kl blh nk dlm semenanjung jer.. mmg situasi ko ni membuatkn kite tersepit..tmbhn lg ko da ada suami n ank.. tp dlm ms yg sama, inilah peluang utk ko jd pendidik n keje di gov sector... spnjg 5thn ni mmg byk exp aku.. jd pppt d kk x sama mcm pppt d poli.. selain full time ngajar, ada jgk kn ngjr kursus pendek which is 2j seminggu termasuk dlm jadual waktu... pastu ada csr or program2 yg perlu di hndle oleh kolej.. aku cdgkn ko try kol putrjy n try mntk tukar..kot2ada d klgn calon tu yg nk g kkmg tu.. mane tahu, rezki ko nnt dpt tukar suka sama suka... lg bgus ko g pnjt n dtg face to face ke putrjy..nmpk kesungguhan yg ko btul2 x leh ke sana... tryla iza..usaha tangga kejayaan.. all da best my junior..hihihi

    ReplyDelete
  2. thanx senior.. :D
    aku cadang nak pergi putrajaya dalam 3 januari dpn..sbb skrg ni mmg tgh byk keje, aku takleh nak tinggal.. aku dah ada sorg contact person yg katanya boleh tlg..tp tu la..kalau ada kosong kat semenanjung..aku tak kisah mana2 pun, johor ke, kedah ke..asalkan semenanjung..huhu..
    doakan aku..dah lima thn aku tggu saat macam ni..tu yg sayang kalau tpaksa tolak..tp klu dah mmg takleh nak tukar semenanjung, aku pasrah je la..mmg aku akan tolak offer tu..family aku pun berat hati nak lepaskn..

    ReplyDelete
  3. wah! rezeki tu kak akmar.... fikir yg terbaik... :)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..