.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, October 10, 2012

..HAYYAN, seindah namanya..

Assalamu'alaikum.. 

semalam, seorang ofismate saya selamat bersalin anak ketiga pada pukul 6 petang. due dia pun memang dah dekat, lagi 3-4 hari je. tapi Allah lebih sayangkan mujahid kecil tersebut. baby Hayyan hanya sempat hidup selama 3 jam lebih sahaja. pukul 9.30 malam, baby Hayyan dipanggil kembali mengadap-Nya.

sayu. sedih sangat bila dapat berita ni. benarlah, hanya insan-insan terpilih yang akan melalui saat getir macam ni. ofismate saya tu memang kuat semangat orangnya. walaupun sebenarnya dari dalam kandungan lagi dia dah tahu baby Hayyan memang bermasalah dan doktor memang tak memberi harapan yang tinggi, tapi mereka suami isteri tak pernah fikirkan apa-apa yang buruk.

tak dapat nak bayangkan macam mana ofismate saya tu nak berpantang tanpa baby di sisi. tadi saya terpanjang full set shaklee set B atas meja dia. dan-dan tu jugak air mata saya menitik. baby Hayyan pergi terlebih dahulu sebab taknak menyusahkan ummi dan abi dia. dan pastinya baby Hayyan setia menanti di syurga sana.

apapun,
baby Hayyan akan sentiasa 'hidup' di dalam hati. seindah namanya yang bermaksud "Yang Hidup".

Al-Fatihah.

3 comments:

  1. Al fatihah..baby Hayyan ada komplikasi ke? Syurga tmptmu baby Hayyan..

    ReplyDelete
  2. a'ah..ada komplikasi..plus dgn sesak nafas..

    ReplyDelete
  3. Alfatihah...takziah dan syukur kpd keluarga mereka ada yg sudah menanti mereka di pintu syurga.

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..