.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, June 13, 2012

..terbiar lagi..

Assalamu'alaikum.. 

buat kesekian kalinya, blog ni terabai lagi. tuan blog ni taktahu la apa kerjanya. asyik takde masa je alasannya. 

ni pun update sebab nak releasekan otak yang dah traffic jammed. freeze. entah apa kenanya, emel bertalu-talu masuk inbox hari ni. ada masalah itu, ada masalah ini. ada satu kes besar, libatkan poslaju. customer dapat double billing. duplicate. entah apa kena pun tak tahu.  maunya customer tak bising bila kena bayar double.


penat nak menjawab. haihh.



isk, tapi kita lupakan je la hal tu. meh kita cakap pasal benda lain. ni haa, tetiba dapat panggilan interview pulak. haha, nak tergelak pun ada. tak tahu bila apply. rasanya dah lama sangat dah applynya dekat jobsmalaysia, tapi senyap je. tu yang dah lupa.



isnin 2 hari lepas ma call, cakap ada surat panggilan temuduga dari SPP. jawatan PPPT gred DH41. ma siap baca sebijik-sebijik ayat kat dalam surat tu. suara bukan main excited. ayah pulak duk buat sound effect kat sebelah ma. anak dia yang mendengar ni ha tetiba jadi blur.


mana tak blurnya, dah lama sangat tak bertemuduga ni. otak macam dah berkarat. mana lagi nak study buku malaysia kita tu. mana nak hafal pasal modal insan, falsafah pendidikan negara, pasal sejarah perkembangan pelajaran malaysia, teori pendidikan, wawasan 2020, wilayah iskandar, integriti, isu-isu semasa...ok, cukup. cukup. 


huwaaa. nak menangis pun ada. bila masanya nak menghafal semua tu? interview tu dah tak lama, isnin depan!! (18.06.2012)
surat sampai seminggu sebelum. memang terbaiklah!


ada sape-sape nak bagi tips tak? tolong la ek..





4 comments:

  1. Assalamu'alaikum...tahniah kak..good luck..:)

    ni soalan yg panel tnya pada dayah..2tahun lepas..huhu..bestnyer dpt tebiu lg..:)

    1. Menceritakan berkaitan latar belakang

    2. Projek tahun akhir

    3. Pengalaman bekerja

    4. Apa yg anda faham berkaitan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara)?

    5. Keburukan ICT pada masa sekarang.

    6. Peranan/cabaran seorang pengajar atau seorang ibu dalam mendidik generasi abad sekarang?

    7. Apa yg perlu dilakukan oleh seorang pensyarah Politeknik atau Kolej Komuniti untuk membentuk pelajar2 di mana pemikiran pelajar Politeknik atau Kolej Komuniti tidak sama seperti pelajar IPTA/S yg lain. Sebagai contoh, pelajar Politeknik atau Kolej Komuniti datAng untuk temuduga dengan berpakaian yg tidak mengikut etika atau ciri2 pelajar IPTA. Contohnya, dengan berpakaian jeans, berselipar, rambut tidak kemas. Jadi sebagai seorang pensyarah, apa yg perlu anda lakukan untuk mengubah sikap dan pemikiran mereka untuk berfikir secara profesional?

    8. Sebagai seorang pengajar apakah yg akan anda lakukan untuk memastikan pelajar2 anda tidak ketinggalan dalam pelajaran?

    all d best..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki awak.. saya pun ada isi kat job malaysia tp sunyi sepi jer, x der panggilan interview sampai ke hari ni.... saya isi masa thn 2010 lg rasanya....

    salam perkenalan...

    ReplyDelete
  3. nkniessa..
    Alhamdulillah..merasa la dipanggil temuduga ni dua kali..
    dekat jobsmalaysia tu, awak kena sentiasa update..sy update setiap 6 bulan..mmg kita apply bnda yng sama, tapi date apply, better date terkini..
    good luck, insya Allah, mana tahu ada rezeki awak nanti.. :)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..