.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, June 26, 2012

..temuduga PPPT DH41 - pengalaman dan sedikit tips..

Assalamu'alaikum.. 

saya curi-curi masa untuk bercerita sikit pasal temuduga SPP yang saya dah pergi isnin lepas (18.06.2012). peluang untuk lulus rasanya 50-50. tapi kadang-kadang macam jadi 80-20. hehe, 80% tak lulus. apapun, yang ini saya berserah pada-Nya. ada rezeki, ada la. kalau tak ada pun, pasti ada sesuatu yang lebih baik sedang menanti saya di masa hadapan. pasrah

kali ni saya menulis dengan tidak sepenuhnya excited. sebaliknya saya menulis kalau-kalau dapat menjadi panduan kepada calon-calon temuduga yang sedang membuat carian mengenai pengalaman temuduga bagi jawatan pegawai pendidikan pengajian tinggi (PPPT DH41)

mengikut surat panggilan temuduga, saya mesti daftar pukul 7.30 di SPP Putrajaya. tapi digalakkan untuk sampai 30 minit sebelum tu. memandangkan dari rumah saya ke putrajaya mengambil masa lebih kurang 45-50 minit, jadi hubby decide untuk turun dari rumah sebelum subuh, pkul 5.30 pagi. punya la excited! tapi sebenarnya takut jem dekat subang dan lagi satu takut sesat barat nak cari bangunan SPP tu. 


kami berhenti solat di plaza tol putrajaya. masa tu pukul 6.15 pagi. sempat tidur kejap kat situ. hubby pun bantai tidur sekali. dalam pukul 6.50 baru teruskan perjalanan. memang mengantuk sangat-sangat sebab malam tu tidur 2 jam je. kononnya study la, tapi satu  benda pun tak melekat dalam kepala ni kot :P


sah, memang kami sesat. tersilap bangunan. kami pergi ke jabatan perdana menteri, kompleks B. padahal temuduga kat kompleks perdana menteri (eh, ye ke? lupa lak nama dia). pusing punya pusing, saya betul-betul sampai kat tempat temuduga pukul 7.25 pagi.


pengajaran pertama : jangan sampai lambat ke tempat temuduga!
kalau lambat, nanti kita dah jadi gelisah semacam. menyebabkan kita jadi bertambah kalut dan gemuruh. sampai awal sejam pun takpe. biar kita lama menunggu dari kita tergesa-gesa mengejar masa.


masa ambil pas pelawat di pondok pengawal, saya dah rasa lega sebab dalam senarai calon temuduga yang ada, terdapat nama coursemate saya. alhamdulillah, happy sebab dapat jumpa kawan-kawan tu dan happy sebab secara tak langsung dapat hilangkan nervous.
*untuk makluman, disediakan satu meja khas bagi pengambilan pas pelawat untuk calon-calon temuduga. disertakan sekali senarai nama, lepas tandatangan baru diberikan pas.


kemudian masuk ke dalam pusat temuduga, ada 4 bilik temuduga di dalam tu kalau tak silap saya. ada bilik 11, 12, 15 dan 16. bilik 11 untuk calon dari course kejuruteraan perisian. selebihnya saya tak pasti. tapi calon bagi bilik 15, ramaiiii sangat tak datang.


bila dipanggil, barulah mendaftar di kaunter. saya serahkan borang temuduga yang telah diisi dan ditampal sekeping gambar pasport terkini. terkini la sangat :P tu pun letak gambar masa nak nikah dulu. ehem, baru 2 tahun. haha. masa ni la pegawai bertugas akan semak susunan sijil di dalam folder kita. tapi kalau nak lebih jimatkan masa, susun la siap-siap mengikut turutan yang betul dari rumah. turutan susunan, ikut seperti yang tertulis di dalam surat panggilan temuduga. tapi selalunya, susunan sijil bila pergi temuduga kerajaan adalah seperti berikut :

1) surat beranak & kad pengenalan

2) sijil SPM
3) skrol sarjana - kalau ada
4)  transkrip sarjana - kalau ada
5) skrol ijazah
6) transkrip ijazah
7) skrol diploma - kalau ada
8) transkrip ijazah - kalau ada
kemudian baru la letakkan sijil-sijil aktiviti dan penyertaan yang ada.
9) sijil-sijil dekan
10) sijil-sjil aktiviti ketika sudah bekerja
11) sijil-sijil aktiviti ketika sarjana, ijazah dan diikuti dengan diploma. sijil-sijil masa sekolah tak perlu letak.
[tolong betulkan saya kalau ada susunan yang silap] 


ok, cukup la intro kot. dah panjang sangat.

oh, sebelum tu mengenai pakaian. yang perempuan, seeloknya pakai baju kurung. ada seorang guru saya pesan, kalau boleh pakai baju yang mempunyai warna tak lebih dari 3 warna. tudung pulak, elakkan dari pakai tudung berwarna hitam. yang lelaki biasalah, kemeja lengan panjang, slack dan bertali leher. disarankan pakai kemeja yang berwarna cerah. paling bagus, warna putih.
mengenai kasut, wajib kasut bertutup. memakai blazer adalah bonus terutama kepada calon lelaki. kalau ada tag nama, sila la pakai :)


kali ni saya kena temuduga berkumpulan. pengalaman pertama saya sebab sebelum-sebelum ni pergi temuduga kerajaan, memang kena secara individu. ada dua orang panel temuduga lelaki. seorang melayu dan seorang lagi india. jangan lupa untuk tanya pegawai yang semak sijil kita, apa pangkat panel temuduga yang akan kita jumpa nanti. sebab panggilan kepada panel temuduga akan memberi first impression yang baik pada kita. kali ni panel temuduga saya tiada pangkat, jadi panggilan haruslah 'tuan'.

sebelum masuk, ketuk pintu macam biasa. seeloknya dah berpakat dari awal, ucap salam & selamat pagi tuan secara serentak. suara pun kena bersemangat. nama pun nak jadi pensyarah kan? tapi kami ni lain pulak jadinya. sebab last minute baru tahu kena interview berkumpulan, jadi kelam kabut. bagi salam berterabur, selamat pagi pun berterabur. hilang markah (-_-) 


pastikan jangan duduk sebelum disuruh! salah seorang dari kami dah duduk sebelum disuruh. tak pasal-pasal panel suruh berdiri semula. awal-awal dah kena tegur. hati dah dupdap dupdap tak sedap hati.


kemudian, duduk la dengan penuh kesopanan. rapatkan paha dan letakkan tangan diatasnya. beg tangan letak di bawah.  pastikan paha jangan tergedik-gedik/digerak-gerakkan. badan tegakkan. nak menyandar pada kerusi pun boleh tapi dalam keadaan betul-betul tegak. dah tenang sikit, panel minta kami perkenalkan diri seorang demi seorang. calon pertama perkenalkan dalam bahasa melayu. calon kedua, panel minta untuk speaking. makanya 3 calon selepas tu pun kena speaking la jugak. dah habis sesi perkenalkan diri, panel terangkan kenapa dia minta bercakap dalam bahasa inggeris. sebagai pensyarah, terutama IT, memang banyak gunakan term in english. dan katanya, penggunaan bahasa inggeris dapat meningkatkan lagi mutu seseorang pensyarah. 
dalam hati macam tak setuju. tapi jangan sekali-kali bangkang kata-kata panel.hilang markah nanti
elakkan juga untuk nyatakan kelemahan diri semasa sesi temuduga. contoh:
- i'm not really good to speak in english 
- i'm not really good in programming 
walaupun selepas ayat tu kita cakap,
- but i'll always improve myself to speak in that languange
- but i'm really good in analyst the system.
no..no..no..jangan la sesekali buat ayat macam ni. simpan diam-diam dalam kepala tu.
nasib kami kira ok sebab panel tegur bila ada calon yang cakap macam ni.


selepas tu, kami cuma ditanya dalam bahasa malaysia sahaja. dipendekkan cerita, ini antara soalan yang diutarakan dan jawapan-jawapan yang telah kami berlima berikan:
1) sebutkan rukun-rukun negara
- yang ni seorang calon je yang kena jawab. tapi ditakdirkan dia tak betul-betul ingat. kami yang kat sebelah menyebelah ni cuba la tolong. sebut perlahan-lahan. berbisik-bisik. tetiba panel tu mencelah :
"yang lain tolong diam. ada banyak lagi soalan untuk kamu"
huhu..kan dah kena sebijik.


2) sebutkan ciri-ciri seorang pensyarah yang cemerlang
- pensyarah perlu pandai bermain dengan psikologi dimana seharusnya pensyarah cuba meletakkan diri dalam situasi seorang pelajar.
- tidak mencampur adukkan antara tugas dengan perkara peribadi
- mengamalkan sikap-sikap intergriti
- tidak pilih kasih. 
- harus bijak mengaplikasikan  gabungan antara pembelajaran dengan suasana industri yang sebenar.
- mampu bertindak sebagai pemudah cara yang baik dan membimbing pelajar dengan kaedah sebagai 'kawan'
- bersikap tegas bagi membina rasa hormat pelajar kepada pensyarah dan bukannya garang yang menyebabkan pelajar menjadi takut atau bosan.


3) kenapa saya perlu pilih kamu sebagai pensyarah
- panel tak terima jawapan "saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini". katanya hujah tak cukup kuat.  
- sudah mempunyai pengalaman 4-5 tahun dalam bidang industri. gabungan pengalaman & sesi pembelajaran ketika ijazah/sarjana dapt memantapkan lagi proses untuk share knowlegde dengan pelajar.
- satu bonus kepada calon yang dapat keputusan cgpa yang bagus sebab boleh jadi point utama untuk 'jual' diri.


4) jelaskan apa itu 1 Malaysia

5) apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan sistem dari di ceroboh (hack)
- antaranya penggunaan verification code. 
- ramai takleh nak jawab soalan ni termasuklah saya :P


6) jelaskan apa itu integriti

7) bagaimanakah cara untuk memupuk budaya membaca
- program NILAM
- baucer buku 1Malaysia 
- perpustakaan bergerak
- tapi sebenarnya dia nak idea baru. yang kami semua sebutkan, memang dah lama diaplikasikan.

8) seperti kamu sedia maklum, pelajar kolej komuniti terdiri dari kalangan pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang kurang memberansangkan. bagaimanakah cara untuk kamu menarik minat mereka apabila diminta untuk membuat programming? apakah method yang akan kamu gunakan?
-menyediakan slide pengajaran dalam bahasa malaysia tetapi masih mengekalkan term-term dalam bahasa inggeris
-minta pelajar bina sistem yang boleh dijual. secara tidak langsung pelajar dapat jana pendapatan dan memupuk minat dalam pembangunan sistem.

9) terangkan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi pembangunan sesuatu sistem/software? kaitkan dengan industri
-hurai la sedalam-dalamnya tentang SDLC dan apa-apa yang kita dah lakukan masa bekerja. kadang-kadang bila dah kerja, kita takdelah ikutkan sangat SDLC tu, depends pada sistem apa yang kita gunakan. 

10) sebutkan visi Malaysia

11) apakah yang dikatakan sebagai modal insan?

12) sanggup jika ditugaskan ke sabah/sarawak?
- sanggup je la kan, hehe. panel lebih tekankan kepada calon yang dah kahwin dan ada anak. dari lima calon, dua orang je yang dah kahwin.

13)bagaimanakah teknologi dapat membantu memudahkan lagi sistem pembelajaran pada masa sekarang?
- panel tu  tak bersetuju bila ada calon menyebut tentang kelas digital. itu katanya, takde pensyarah pun takpe. terkedu kami dibuatnya.
- menjimatkan masa, tenaga
- pensyarah akan lebih bertindak sebagai pemudah cara.


14) bagaimanakah penggunaan laman sosial facebook boleh membantu proses pembelajaran? 
- tak ingat dah jawab apa.cuma ini yang saya ingat. kalau tetiba ada teringat yang lain, nanti saya update.

masa saya cuba jawab soalan (7), saya nak sebut nama PM kita. silapnya saya cuma sebut, Dato Seri Najib Tun Razak. tetiba panel tu mencelah,
"kita kena hormat pemimpin kita. awak patut sebut Yang Berbahagia Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak"
tu dia..so dah buat silap, pandai-pandai la minta maaf.
"maafkan saya, tuan!"


dipendekkan cerita, selama 45 minit dalam bilik temuduga tu, banyak yang kami kena tegur dengan panel. tapi nak kata berpeluh tu, tak sangat la. lagipun, dari 5 calon yang ada, 4 orang dari UMT :D saya dengan seorang coursemate, seorang junior, dan sorang lagi senior. jadi nervous tu macam hilang sikit demi sikit sebab kalau tersilap jawab pun, takde segan sangat. kawan-kawan je pun, hehe. lagi seorang calon, rasanya dari UM kot. kelima-lima kami dah pun bekerja.


dengar-dengar cerita, kekosongan jawatan pun tak banyak. dan kekosongan yang ada, cuma banyak kat Politeknik Mukah. kalau lulus pun, memang tipis peluang untuk dapat penempatan di semenanjung. lapor diri pun kemungkinan besar selepas hari raya puasa. maka bersedia je la. dan lagi satu, panel tu sempat cakap, mereka sebenarnya lebih utamakan fresh graduate. pangg, rasa macam tertampar.


tapi takpelah. sekurang-kurangnya, saya dah hadiri temuduga ni atas permintaan ma dan ayah. alhamdulillah, saya gembira. tentang keputusan temuduga, berserah je la. usaha dah, tinggal nak tawakkal je.

**seminggu ambik masa nak siapkan entri ni. isk, isk..**

7 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah kak.insyaALLAH..mudah2an ada rezeki..nok copy save dlm laptop deh..hehe ^___^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sekarang da setahun pun selepas interview. dapat x position ni?

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam..

    alhamdulillah, dapat..di KK Mas Gading, srwk..
    tapi atas kekangan keluarga & beberapa sbb lain, saya tpaksa tolak tawaran tu.. :)
    kalau ikutkan, kena lapor diri paling lewat 27 Feb lps..

    ReplyDelete
  4. lama tak baru dia panggil temuduga..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends..sbb interview kdg2 ikut by group..mengikut bidang..

      Delete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..