.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, June 29, 2012

..ayat ruqyah..

Assalamu'alaikum..

sejak dua tiga minggu kebelakangan ni, tidur haziq iman selalu terganggu. sekaligus mengganggu tidur saya & hubby. tapi tak kisah la, cuma kesiankan dia sebab pagi-pagi dia nampak macam tak cukup tidur. haziq iman selalu je terjaga tengah-tengah malam, pastu menangis sekuat-kuat hati. bagi nenen dia refuse, buatkan susu pun dia tak mau.

dipujuk-pujuk tak jalan. makin kuat menangis, ada la. pastu mula la dia bergolek kiri kanan. kadang-kadang dia lonjak-lonjakkan badan dia sampai terhantuk kat dinding. takpun terhantuk kat lantai kalau dia dah jatuh dari tilam.

nak kata kembung perut, takde pun. hubby pulak ingat sebab dia kepanasan. so, kami bukak baju dia, lap badan dengan tuala basah. kemudian pakaikan singlet je. tapi sama jugak. nangis non stop. ada la dalam 10-15 minit nangis, baru dia minum susu kalau dihulur. then sambung tidur. nanti-nanti, bila terjaga, dia buat lagi hal yang sama. sampai satu malam, 3-4 kali dia buat perangai macam tu.

kalau dia terjaga dalam linkungan pukul 5.30-6.30 pagi (waktu normal dia bangun tidur), dia akan nangis dulu. pastu dalam 10-15 minit kemudian, dia akan normal macam biasa. sengih-sengih sambil ajak kita berborak. kalau dulu, celik mata terus sengih. sekarang? memang rasa hangin je. tapi..sabar, sabar.

lama kelamaan kami jadi sedikit letih. nak dimarah. dia budak kecik. penghuni syurga. taktahu apa-apa yang berlaku. sebelum tidur tu jangan cakap la..ayat kursi, 4 Qul, al-Fatihah tu saya akan ulang baca sekurang-kurangnya 3 kali. tu tak campur lagi ikhtiar baca surah Yaasin.

pernah saya lap badan dia dengan air yang ma dapat masa khatam al-Quran beramai-ramai. lena la jugak. tapi tak tahan lama. air zamzam pun sama.

kadang-kadang pernah juga saya terperasan, masa dia menangis tu, tangan dia ada menunjuk ke arah-arah tertentu sambil mulut dia macam nak bagitahu sesuatu. tapi dah kalau cakap bahasa jerman, celah mana nak fahamnya? hehe. automatik dalam kepala ni terfikirkan alam ghaib yang kita takkan nampak dengan mata kasar.

jadi isnin lepas, saya cuba berikhtiar dengan ayat ruqyah. mintak hubby pasangkan dari waktu maghrib. malam pertama, pasang sampai pukul 9 mlm je. elok je dia tidur. tapi malam tu, pukul 2 pagi dia still nangis kuat giler.
selasa semalam, hubby pasang sampai pukul 12 tengah malam. alhamdulillah, tenang je dia tidur. kalau terjaga nak susu pun, takdelah melalak macam sebelumnya. setakat ek ek ek, sumbat susu, terus sambung tidur. tapi bangun pagi pukul 5.30, dia menangis teruk. bila hubby cuba dukung, dia meliuk lentuk badan sampai nak terjatuh. hubby basuh muka dia, still takde perubahan. tapi tak lama lepas tu, elok dia bukak mata, terus agah kitaorang sambil senyum macam biasa.
rabu malam, saya cuba ikhtiarkan baca sendiri ayat ruqyah ni kemudian pasang di laptop sepanjang malam sampai ke waktu subuh. nak tengok macam mana perbezaannya.alhamdulillah, besar sangat bezanya. macam kami dah dapat balik haziq iman kami sebelum ni :D

tiada lagi tangisan kuat macam sebelum ni. syukur sangat-sangat. dia nak susu pun, dia merengek sekejap je. dah dapat susu, minum sampai habis then terus sambung tidur. pagi pun, tiada lagi tangisan mengiringi eceh, ayat takleh blah. waktu subuh, masa dia mula-mula terjaga, cepat-cepat saya bagi salam. kemudian, dia senyum..Allah, manisnya kurniaan ini.


jadi begitulah keajaiban mukjizat Nabi Muhammad SAW yang Allah kurniakan. bagi penerangan panjang lebar mengenai ayat ruqyah ni, boleh singgah SINI.

hakikatnya, ayat ni boleh je diamalkan walaupun tiada 'masalah' apa-apa pada kita. cuma saya yang tak pernah sedar diri.



nama surah
juzuk
ayat
1
Al-Fatihah
1
seluruhnya
2
Al-Baqarah
1
1 - 5
3
Al-Baqarah
1
102
4
Al-Baqarah
2
163 dan 164
5
Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
3
255
6
Al-Baqarah
3
285 dan 286
7
 Ali-Imran
3
18 dan 19
8
Al-’Araf
8
54 - 56
9
Al-’Araf
9
117 - 122
10
Yunus
11
81 dan 82
11
Toha
16
69
12
Al-Mukminun
18
115 - 118
13
As-Soffaat
23
1 - 10
14
Al-Ahqaaf
26
29 - 32
15
Ar-Rahman
27
33 - 36
16
Al-Hasyr
28
21 - 24
17
Al-Jin
29
1 -9
18
Al-Ikhlas
30
seluruhnya
19
Al-Falaq
30
seluruhnya
20
 An-Naas
30
seluruhnya

bagi sesiapa yang berminat untuk muat turun ayat ruqyah ini, boleh dapatkan
di SINI
atau di SINI

manakala untuk dapatkan ayat ruqyah dalam bentuk fail pdf, boleh dapatkan di SINI.


saya cuma kongsikan secebis pengalaman saya hadapi situasi sebegini. semoga dapat jadi panduan kepada kawan-kawan di luar.

3 comments:

  1. Saya menghadapi masalah sama..pasang ruqyah pun still nangis jugak..huhu..maybe nak kena pasang tiap hari ye?

    ReplyDelete
  2. cuba la pasang tiap hari..selain tu, usahakan utk baca sendiri ayat2 ni..tiup perlahan2 ke ubun anak..selain tu, tiup pada tangan, kemudian sapu ke seluruh badan anak (kecuali kemaluan dia)..
    brp umur anak?

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..