.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, April 27, 2012

..Dia merancang yang lebih baik..

Assalamu'alaikum.. 

mana eh nak cari vakum?! 

berhabuk tak hengat dah blog ni. iskk, apa la tuan rumah ni. kan dah malu kalau ada tamu datang jenguk? 

*sengih* 

oklah. tuan rumah hari ni nak bercerita sikit. soal hati. haihh, tak habis-habis dengan soal hati kan? biasalah, orang kuat perasaan memang macam tu kot :P 

alkisah.. 
selepas bersalin, cycle pe*iod saya memang tak pernah regular. kali pertama datang pe*iod masa haziq iman umur 58 hari. lepas tu, 3 bulan tak datang pe*iod dan bulan-bulan selepasnya, cycle bercampur-campur. 31 hari, 35 hari, 26 hari, 24 hari. ikut suka hati dia je. 

baru-baru ni, cycle dah melebihi 50 hari. nak test, takut negatif. kecewa pulak nanti. hubby tiap-tiap hari duk tanya. sengih-sengih je. dalam hati ni pun memang sentiasa tertanya-tanya. kalau pregnant, mana tandanya? ni biasa-biasa je. takde perubahan pape. kalau takat penat tu, hari-hari biasa pun penat kot. tapi ye la, masa pregnantkan haziq iman dulu pun, saya memang takde alahan mana. cuma selera je kurang sikit. saya decide nak tunggu sehingga 60 hari cycle, baru nak beli test kit. 

kiri kanan dengar kawan-kawan pregnant. teringin jugak dalam hati ni. haziq iman pun dah nak masuk setahun setengah. dah selayaknya jadi abang. saya pun tahun depan dah nak jejak umur 3 series. kami suami isteri pun tidak pernah merancang. 

dijadikan cerita, isnin baru ni (hari ke-55), ada sedikit spot coklat pada pan*ies. hati dah berdebar-debar. 
"tak pregnant rupanya aku." 
tu je la yang asyik-asyik duk ulang dalam hati. 
esoknya sah, datang pe*iod yang sangat heavy. siap datang dengan pakej senggugut. saya siap cakap dengan haziq iman, 
"adik tak jadi datang la sayang." 
sebak tu jangan dikata. 

rabu, masih lagi senggugut. tambah pulak ada batuk-batuk. lagi la menambah keadaan jadi sedikit parah. petang tu, senggugut makin menjadi-jadi. badan kena sedikit membongkok baru tak terasa sangat sakitnya. kalau disuruh beri skala sakit, saya boleh kata 5 dari 10. sampai ke malam, sakitnya bertambah-tambah. senggugut tu sakitnya macam 2-3 kali ganda dari biasa. masa tu badan memang meringkuk je. hubby tanya jugak, nak gi klinik ke? saya tak jawab pun sebab fikiran lebih tertumpu pada sakit. 

tapi akhirnya saya tertidur jugak. tengah tidur, dah lupa langsung pasal sakit. haziq iman pun hubby je yang layan tidur dia & buatkan susu malam tu. pendek kata, saya jadi orang pentingkan diri. tak layan sape-sape. 

khamis. 
bangun tidur, saya rasa cergas. sakit dah tak ada langsung. masa nak mandi, baru sedar ada satu ketulan darah yang keluar. berwarna ala-ala pink & merah. boleh dikatakan besar anggaran 4 jari (3" x 2"). lebih kurang. agak-agak kalau dibulatkan, besar sedikit dari bola pingpong. 

bagitahu hubby. tapi dia bukan jenis boleh tengok benda-benda macam ni. masa tu memang dah terfikir, 
"aku ni gugur ke? atau ni memang ketulan darah pe*iod je sebab dah lama delay?" 
panik. tapi kalau betul gugur, dah tiada apa-apa yang boleh dibuat. 

hubby desak suruh ke klinik. apa-apa pun, mintak pengesahan dari yang pakar. saya pergi klinik berhampiran ofis. bila saya cerita kronologi dari A-Z, doktor memang syak saya keguguran. tapi kat situ tiada ultrasound untuk scan. untuk sahkan lagi keadaan, doktor mintak saya buat ujian air kencing. katanya, masih ada hormon yang tertinggal. so kalau sah hamil, saya kena buat pemeriksaan lanjut untuk check tiada sisa-sisa yang tertinggal. kalau ada yang tertinggal, darah takkan berhenti keluar dan boleh sebabkan jangkitan. dan jugak boleh jadi busuk. 

saya takde kekuatan nak buat ujian air kencing kat klinik sebab berseorangan. saya decide nak buat di rumah je. if betul ada 2 line, hubby ada untuk bagi support.

dan pagi tadi, sah DOUBLE LINE. 
tapi itu cuma kesan dari saki baki hormon HCG yang masih ada dalam badan. hakikatnya, 'adik' dah takde :(

ternyata saya kalah juga dengan perasaan sendiri. saya hilang kata-kata mengenangkan selama 6 minggu (mengikut anggaran doktor), ada 'adik' di dalam perut. hanya tangisan yang mampu legakan saya. hubby nampak tenang, tapi saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia. 

tak pernah terfikir yang saya akan lalui pengalaman sebegini. sungguh, ia sangat menyakitkan untuk dilalui. saya ingatkan nak EL je hari ni. tapi sebab tengah hujung bulan, ada banyak kerja kat ofis. dan sekurang-kurangnya bila sibuk, saya boleh lupakan kesedihan ni. '

adik', sori sayang. ummi tak sedar 'adik' ada. ummi tak tahu apa sebabnya ummi gugur. dah puas ummi fikir kenapa. tapi ummi yakin, Allah ada perancangan lebih baik untuk kita. kalau la 'adik' boleh dengar, ummi nak sangat bagitahu ummi sayang dekat 'adik'. abang haziq dan ayah pun sama. 

hati, LA TAHZAN.

4 comments:

  1. sedihnya kak. T___T hrp akak tabah, ya benar, Allah ada prancangan yang lebih baik. jgn berhenti berdoa ya kak. ella doakan yg terbaik dan moga2 haziq cpt dpt adik. amin!

    ReplyDelete
  2. sabar ye za.. Allah tahu mana yang terbaik tuk kita..Ingat kn pesan ko kat aku dl.. Moga kita menjadi insan yg bertuah itu..Take good care dear..

    ReplyDelete
  3. ella..
    thanks..ameen.. :)


    yan,
    ye..kita antara insan yang bertuah tu..tq yan..tp air mata tetap jugak mengalir..tanpa sedar..

    ReplyDelete
  4. Tak pe la iza..tak dok rezeki lg..jgn sedih2..ada hikmah tu...lg pun haziq baru setahun lebih...kecik lg tu iza..perlukan perhatian lg..sku dulu sofia 2 thn 2 bulan baru pregnant...bila besar dia pandai berdikari time dpt adik..l

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..