.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, April 30, 2012

..cerita pasal keguguran lagi..

Assalamu'alaikum.. 

rentetan dari kisah INI. jangan jemu ye baca kisah saya ni.


jumaat lepas, kami balik sungai besar. ibu ada terima tempahan katering untuk kenduri kahwin esoknya. saya cakap dengan hubby, nak pergi poliklinik yusoff kat sungai besar untuk scan samada masih sisa-sisa sac yang masih tertinggal dalam rahim. hubby setuju.
masa tu family-in-law belum tahu lagi kisah saya keguguran. saya pun cuma bagitahu ma je.  saya taknak bercerita sangat sebab takut kesedihan tu berlanjutan.

sabtu malam, kami ke klinik. mula-mula check haziq iman dulu sebab jumaat petang, dia jatuh di taska. main gelungsur, tapi turun kepala dulu. ada sedikit lebam dan luka-luka di bahagian dahi dan di tepi mata sebelah kiri. berderau jugak darah bila hubby bagitahu petang tu. tapi alhamdulillah, doktor cakap takde masalah apa-apa. sebab dia tak demam, takde muntah-muntah, minum susu ok, makan ok, main pun aktif, takde nampak lesu+penat. settle pasal haziq iman.

kemudian saya bercerita dari A-Z hal keguguran saya. tapi silap besar kat situ. sebelum ke klinik, lupa nak minum air banyak-banyak. ye la, dah setahun setengah tak buat scan, lupa yang pundi kencing kena penuh baru mudah nak scan. tapi doktor cuba la jugak. malangnya kabur. doktor tak nampak samada rahim dah betul-betul kosong atau ada lagi sisa yang tertinggal.

ni kali pertama saya jumpa doktor taqiuddin di poliklinik yusoff. sebelum ni selalu jumpa doktor aziz je. doktor taqiudding ni cam tegas sikit. dia argue kenapa saya tak cepat-cepat gi scan selepas keguguran. ok, saya silap T___T

kemudian, dia mintak saya buat pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan. sambil cakap,
"saya akan bagi surat refer. hospital kerajaan boleh dapat MC 2 minggu. klinik swasta boleh bagi 2 hari je."

hubby yang tadi tenang tetiba nampak gelabah.
"kena pergi hospital malam ni ke doktor?"

"kalau boleh malam ni la. terus pergi ke bahagian kecemasan."

ikutkan saya, malas nak ke hospital kerajaan. dalam kepala ni duk fikir, pagi esok nak datang lagi sekali ke poliklinik yusoff dengan perut kembung dengan air :P
sama je pun scan kat klinik dengan hospital tu. kalau kena cuci pun, nak balik buat kat pusrawi je. dekat sikit dengan rumah.

balik rumah, hubby duk pot pet cerita kat ibu. akhirnya decide malam tu jugak nak ke hospital tengku ampuan jemaah di sabak bernam. saya ni macam.... "eh, perlu ke?"

hubby paksa minum air banyak-banyak. habis la 1 liter minum air. pukul 9.30 malam bertolak ke hospital. tu pun dah siap tidurkan haziq iman. dah pesan cara buat susu dekat ibu & angah. beratnya rasa hati nak tinggalkan dia, huhu. sempat 5-6 kali duk cium budak kecik tu sebelum keluar rumah.

sampai di hospital, tak ramai pun orang dekat bahagian kecemasan. sebelum masuk, saya provok hubby lagi sekali.
"perlu ke kita pergi bahagian kecemasan ni? sama je kan scan kat sini dengan kat klinik esok? ke sebab nak dapat MC 2 minggu? saya bukan nak MC pun. dah la badan sihat wal'afiat. pastu terkedek-kedek masuk bahagian kecemasan. eh, segan la."

"kita cuma nak kepastian je. check je la. kalau dah turun semua, takpelah. kalau ada lagi yang tertinggal, kena la cuci cepat-cepat. MC tu belakang cerita. kalau dah turun semua, tak dapat la MC tu. yang dapat MC tu sebab kena cuci. ok? dah, jangan nak fikir bukan-bukan."

panjang lebar pulak hubby bercakap.

masuk, buat pendaftaran. bayar RM1. ada la dalam 3-4 je pesakit masa tu. tengok carta kat dinding, kes bukan kecemasan akan dilayan dalam masa 90 minit. gulpp, lamanya. tapi sebab tak ramai orang, dalam masa 15 minit dah dipanggil masuk bilik pemeriksaan. disuruh baring dulu. datang la sorang doktor lelaki ni (ke MA, tak pasti pulak) tanya itu ini. bila last period, bleeding heavy ke tak, ada buku merah tak, apa tanda gugur, bla..bla..

setengah jam terbaring. malu betul, sebab bukan tengah sakit pun. hubby kat luar, takleh masuk. kemudian masuk la seorang nurse. ambik darah. dah lama tak merasa kena cucuk-cucuk macam ni. ingatkan dah amik darah, kira habis la kat situ. eh, tengok-tengok ada jarum terpacak kat tangan untuk masuk air.

kemudian nurse tanya ada rasa nak kencing tak? cakap la ada sebab tadi dah minum banyak air.
"ok, pergi kencing dulu la. kita nak test air kencing."

"oo..tapi tadi saya minum air banyak-banyak sebab nak mudahkan scan. ni kalau kencing, camne nak scan? tak payah test air kencing, tak boleh ke? saya dah test semalam, positif."haha, degil kan?

"takpe, nanti kita masukkan air sebelum nak scan."

*sengih*

so, the result from urine is positive. positif dalam erti kata yang tidak membawa apa-apa makna. ala kulli hal, alhamdulillah :) semua ini tetap kurnia dari Allah.

selepas buat urine test, nampak nurse duk susun-susun alat atas troli. alamak, 'muncung itik' tu ada la!! ntah apa namanya.
alamak, alamak, alamak..takkan dia nak check kat bawah kot. dalam hati cam berfikir-fikir..nak lari, taknak? nak lari, taknak? hehe.

sudahnya, merasa la saya kena periksa ngan 'muncung itik' tu. yang kelakarnya, doktor dengan nurse pun panggil benda tu 'muncung itik'. doktor muda tu mintak izin nak periksa kat bawah tu. nasib baik perempuan. dibuatnya lelaki, mana nak campak muka ni.

"kak, mintak izin sekejap ye. saya nak check bukaan."

selama ni dengar/baca je pengalaman orang. jadi dah ramai yang pesan, masa doktor masukkan muncung itik tu, tahan nafas. so, tak terasa sangat sakitnya. ok, petua berjaya. takde la sakit sangat. lebih pada perasaan ngeri je sebenarnya. dan malu. dah la tengah bleeding, huwaaaa. dekat 3 minit jugak dia check kat bawah tu.

"ok, takde bukaan. dan takde jugak nampak macam ada sisa-sisa dekat tu."
lega..

tapi rupanya, kesan muncung itik tu tinggalkan kawasan pedih kat kawasan sekitarnya. dekat setengah jam jugak kot menahan pedih tu. sakit :( dalam masa yang sama, nurse dah masukkan air. kemudian suruh bagitahu kalau dah ada tanda-tanda nak terkucil. habis sebotol air 500ml, takde jugak tanda-tanda nak terkucil. nurse sambung lagi sebotol air.

habis separuh botol kedua, baru ada tanda nak terkucil. bagitahu nurse dan nurse sorong ke wad bersalin naik kerusi roda. tu pun tak habis lagi perangai degil. nak jalan sendiri, taknak naik kerusi roda. tapi dia cakap, ini prosedur. kena duduk jugak.

nak scan, tggu lagi setengah jam sebelum doktor datang. scannya kejap je, tak sampai 3-4 minit pun. hasilnya, rahim dah kosong. tiada kesan apa-apa. memang sac dah jatuh semua. masa tu jadi sayu sekejap. doktor gosok-gosok belakang badan.
"insyaAllah, mesti ada rezeki lagi lepas ni"
manis je doktor tu senyum. doktor suriani nama dia. doktor yang sama je masa check bukaan tadi.

balik semula ke bahagian kecemasan. degil lagi.
"saya nak jalan je la. segan la naik kerusi roda. saya sihat je ni."

"eh, tak boleh. sebab ada drip air. kena duduk atas kerusi roda ni."
haha, tension nurse dapat 'pesakit' macam saya.

baring lagi di bahagian kecemasan. ingatkan boleh terus balik je. dekat 20 minit menunggu. saya bayangkan nurse dah lupa kot nak cabut jarum ni. saya nak balik, nak peluk haziq iman. baru je nak bangun pergi dekat nurse, nurse pun masuk.

"ok, dah boleh balik. ni dapat MC seminggu. 28 april-4 mei."

Ooo, dia pergi buat surat MC rupanya. patut ler lama. sampai rumah dalam pukul 12.30 malam.
tapi hari ni saya terpacak kat ofis. keje melambak. esok dah nak run billing. bos pulak cuti. kalau saya tak datang kerja hari ni, memang hancur la jawabnya. kalau ada masalah pape pasal billing ni nanti, jenuh saya nak jawab. esok pun datang ofis jugak. kalau rasa tak rajin, kira saya amik MC 2-4 april je la kot. hehe.

secara ringkasnya, prosedur di hospital kerajaan ni memang pelbagai dan terperinci. tu yang kadang-kadang ambik masa lebih lama dari klinik/hospital kerajaan. dan ini conclusion saya bila buat pemeriksaan kes gugur/bleeding :
1) daftar
2) ambil darah
3) pemeriksaan air kencing
4) check bukaan
5) masuk air
6) scan
7) a- proses d&c jika perlu
    b- balik jika tidak perlu cuci

keseluruhannya, hari ni masih ada bleeding lagi. hopefully tak lama la. sebenarnya ada jugak rasa penatnya, mungkin sebab banyak hilang darah dari badan. dan pada saya, MC tu sebenarnya lebih kepada MC dari segi emosi. sebab dari segi fizikal, orang takkan nampak apa-apa perubahan pun.

pasal pantang, nanti la saya ceritakan kemudian. panjang pulak ceritanya sebab ma & ibu , dua-dua jenis yang kuat berpantang.

 

4 comments:

  1. Harap iza tabah hadapi dugaan-Nya.. sedih bc entri iza..sampai bergenang air mata sy..T_T

    ReplyDelete
  2. smoga tabah ye kak! insyaAllah nnti ade la rezki lain. ella doakan akak! ^_^

    ReplyDelete
  3. zaf-neza..
    terima kasih byk2..alhdmulillah, sy dh semakin ok..haziq iman byk bg smgt kat sy..rasanya bg org yg gugur dan blm ada anak, lagi hebat cabarannya..

    ella..
    tq so much.. :) istilah tabah tu kdg2 susah nak dipraktikkan, tp alhmdulillah, ramai yg support..so, sedikit sebyk 'sakit' tu terubat slow2..

    ReplyDelete
  4. Salam, klu nk diikutkan dah nk msk 9 week preggy..tp mggu lps check dr.ckp kandungan sy xmenjadi dan tggu ms nk ggr jer.sedih rasa sbb tahun ni saja dah 2x jadik mcm ni...4 hr lpas start keluar ketul drh sikit2...dok fikir2 sama ada nk g private @ goverment...sbb dah dpt bygkan terpaksa menuggu lama kt wad kecemasan,nk jumpa dr.lg.klh nsb baik jumpa dr.pomouan..klu xbaik alahai....tp klu g private sure dr.pompuan...tp kena kuar duit la skit...tp xkonpom lg sama ada nk kena D&C atau x.hrp2...xkena cuci..biar dia kuar sdr...actually ni bukan kali kedua sy ggr..dah msk 3x.yg sulung pompuan...7thn,pastu sy gugur...then dpt boy no 3..4thn..yg no 5 n 6...xmenjadi...huhuhu...mmg sadis..smpai sy jd fobia nk mgndung lg....tp apa pun still bersyukur sbb dah ada sepasang anak....mgkin sy perlu menumpukan sepenuh kasih syg pada mrk tanpa fikir nk tmbah lg bby...kesian sbnrnya bila jadi mcm ni...emosi jadi xstabil secara xsedar kita mengabaikan emosi anak2 yg ada...biarlah..anggap xder rezeki....

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..