.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, April 18, 2012

..dah ganti puasa?..

Assalamu'alaikum.. 

selamat tengahari semua. alhamdulillah,lega sikit hari ni sebab dah lepas bebas dari memikirkan pasal KPI. punya jenuh korek sana sini nak cari proof untuk letak dalam borang KPI.  nak buat cincai-cincai, malu la pulak. pasal bonus, letak tepi dulu. ada rezeki, ada la. kalau takde? redha je la kan. apa nak buat.


ok, berbalik pada tajuk kat atas tu. kawan-kawan dah habis ke ganti puasa tahun lepas? haaa, mesti ada yang tak habis ganti lagi ni. kalau dah habis tu, alhamdulillah. memang terbaekkk :D


sekarang kita dalam bulan jamadil awal. hari ni 26hb. kalau dicongak-congak, ada lagi 3 bulan  @ 13 minggu je lagi sebelum menjengah ke bulan ramadhan. 3 bulan tu sekejap je. pejam celik, ppejam celik, sekelip mata berlalu. tu belum campur lagi dengan period, kenduri sana sini.


saya ni sebenarnya tak ingat tahun lepas ada tinggal puasa ke tak. selalunya ada je catat dalam telefon. tapi entah macam mana, boleh terlepas pandang untuk bulan puasa tahun lepas. tanya hubby, lagi la dia tak ingat. rasa-rasa macam takde ponteng, tapi timbul jugak rasa was-was tu. jadi kesimpulannya, saya nak ganti je la ikut kebiasaan kitaran ha*d saya. selalunya dalam 7-8 hari. dan kebiasaannya, saya akan tambah lagi 2 hari sebagai backup. itu memang ma sentiasa pesan. mana la tahu ada puasa kita tu yang berlubang sana sini, jadi boleh la tampung kan? :)


terus terang, sejak bersalinkan haziq iman, saya jarang sangat berpuasa. sebab saya nak jaga bekalan susu badan. tapi sekarang ni, susu pun dah makin kurang walaupun masih mampu tampung keperluan haziq iman pada waktu malam. jadi dah tak boleh dijadikan alasan.


jadi sekarang ni saya berazam, minggu depan nak cepat-cepat ganti puasa. untuk permulaan, nak ambil isnin dan khamis sahaja. nanti badan dah jumpa tune untuk berpuasa, boleh la amik 3 hari seminggu ke..tengok la macam mana. sampai la ke habis jumlah yang nak diganti tu.


so kawan-kawan, jom kita ganti puasa!


jangan tunggu lama-lama. nanti semput nak mengganti. dah habis ganti, boleh la teruskan dengan yang sunat pulak.

3 comments:

  1. p da setat ganti pose awal tahun ni. Mula-mula tu, takut gak takut x cukup susu + takut x larat jaga budak kecik Aqeel ni tapi, Alhamdulillah semuanya ok. ada lagi baki puasa yang p tengah usaha nak perabis. Meh same-same ganti pose.

    ReplyDelete
  2. hehe..iza baru 1st day arini..nak cukupkan smpai 10 hari..mudah2an di beri kekuatan..ameen..

    ReplyDelete
  3. Jom ganti! heehehe. kak iza, ella ada dkt pesta buku tu, 29hb, hr ahad kol 12 smpai 2 hehe.

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..