.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, April 30, 2012

..cerita pasal keguguran lagi..

Assalamu'alaikum.. 

rentetan dari kisah INI. jangan jemu ye baca kisah saya ni.


jumaat lepas, kami balik sungai besar. ibu ada terima tempahan katering untuk kenduri kahwin esoknya. saya cakap dengan hubby, nak pergi poliklinik yusoff kat sungai besar untuk scan samada masih sisa-sisa sac yang masih tertinggal dalam rahim. hubby setuju.
masa tu family-in-law belum tahu lagi kisah saya keguguran. saya pun cuma bagitahu ma je.  saya taknak bercerita sangat sebab takut kesedihan tu berlanjutan.

sabtu malam, kami ke klinik. mula-mula check haziq iman dulu sebab jumaat petang, dia jatuh di taska. main gelungsur, tapi turun kepala dulu. ada sedikit lebam dan luka-luka di bahagian dahi dan di tepi mata sebelah kiri. berderau jugak darah bila hubby bagitahu petang tu. tapi alhamdulillah, doktor cakap takde masalah apa-apa. sebab dia tak demam, takde muntah-muntah, minum susu ok, makan ok, main pun aktif, takde nampak lesu+penat. settle pasal haziq iman.

kemudian saya bercerita dari A-Z hal keguguran saya. tapi silap besar kat situ. sebelum ke klinik, lupa nak minum air banyak-banyak. ye la, dah setahun setengah tak buat scan, lupa yang pundi kencing kena penuh baru mudah nak scan. tapi doktor cuba la jugak. malangnya kabur. doktor tak nampak samada rahim dah betul-betul kosong atau ada lagi sisa yang tertinggal.

ni kali pertama saya jumpa doktor taqiuddin di poliklinik yusoff. sebelum ni selalu jumpa doktor aziz je. doktor taqiudding ni cam tegas sikit. dia argue kenapa saya tak cepat-cepat gi scan selepas keguguran. ok, saya silap T___T

kemudian, dia mintak saya buat pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan. sambil cakap,
"saya akan bagi surat refer. hospital kerajaan boleh dapat MC 2 minggu. klinik swasta boleh bagi 2 hari je."

hubby yang tadi tenang tetiba nampak gelabah.
"kena pergi hospital malam ni ke doktor?"

"kalau boleh malam ni la. terus pergi ke bahagian kecemasan."

ikutkan saya, malas nak ke hospital kerajaan. dalam kepala ni duk fikir, pagi esok nak datang lagi sekali ke poliklinik yusoff dengan perut kembung dengan air :P
sama je pun scan kat klinik dengan hospital tu. kalau kena cuci pun, nak balik buat kat pusrawi je. dekat sikit dengan rumah.

balik rumah, hubby duk pot pet cerita kat ibu. akhirnya decide malam tu jugak nak ke hospital tengku ampuan jemaah di sabak bernam. saya ni macam.... "eh, perlu ke?"

hubby paksa minum air banyak-banyak. habis la 1 liter minum air. pukul 9.30 malam bertolak ke hospital. tu pun dah siap tidurkan haziq iman. dah pesan cara buat susu dekat ibu & angah. beratnya rasa hati nak tinggalkan dia, huhu. sempat 5-6 kali duk cium budak kecik tu sebelum keluar rumah.

sampai di hospital, tak ramai pun orang dekat bahagian kecemasan. sebelum masuk, saya provok hubby lagi sekali.
"perlu ke kita pergi bahagian kecemasan ni? sama je kan scan kat sini dengan kat klinik esok? ke sebab nak dapat MC 2 minggu? saya bukan nak MC pun. dah la badan sihat wal'afiat. pastu terkedek-kedek masuk bahagian kecemasan. eh, segan la."

"kita cuma nak kepastian je. check je la. kalau dah turun semua, takpelah. kalau ada lagi yang tertinggal, kena la cuci cepat-cepat. MC tu belakang cerita. kalau dah turun semua, tak dapat la MC tu. yang dapat MC tu sebab kena cuci. ok? dah, jangan nak fikir bukan-bukan."

panjang lebar pulak hubby bercakap.

masuk, buat pendaftaran. bayar RM1. ada la dalam 3-4 je pesakit masa tu. tengok carta kat dinding, kes bukan kecemasan akan dilayan dalam masa 90 minit. gulpp, lamanya. tapi sebab tak ramai orang, dalam masa 15 minit dah dipanggil masuk bilik pemeriksaan. disuruh baring dulu. datang la sorang doktor lelaki ni (ke MA, tak pasti pulak) tanya itu ini. bila last period, bleeding heavy ke tak, ada buku merah tak, apa tanda gugur, bla..bla..

setengah jam terbaring. malu betul, sebab bukan tengah sakit pun. hubby kat luar, takleh masuk. kemudian masuk la seorang nurse. ambik darah. dah lama tak merasa kena cucuk-cucuk macam ni. ingatkan dah amik darah, kira habis la kat situ. eh, tengok-tengok ada jarum terpacak kat tangan untuk masuk air.

kemudian nurse tanya ada rasa nak kencing tak? cakap la ada sebab tadi dah minum banyak air.
"ok, pergi kencing dulu la. kita nak test air kencing."

"oo..tapi tadi saya minum air banyak-banyak sebab nak mudahkan scan. ni kalau kencing, camne nak scan? tak payah test air kencing, tak boleh ke? saya dah test semalam, positif."haha, degil kan?

"takpe, nanti kita masukkan air sebelum nak scan."

*sengih*

so, the result from urine is positive. positif dalam erti kata yang tidak membawa apa-apa makna. ala kulli hal, alhamdulillah :) semua ini tetap kurnia dari Allah.

selepas buat urine test, nampak nurse duk susun-susun alat atas troli. alamak, 'muncung itik' tu ada la!! ntah apa namanya.
alamak, alamak, alamak..takkan dia nak check kat bawah kot. dalam hati cam berfikir-fikir..nak lari, taknak? nak lari, taknak? hehe.

sudahnya, merasa la saya kena periksa ngan 'muncung itik' tu. yang kelakarnya, doktor dengan nurse pun panggil benda tu 'muncung itik'. doktor muda tu mintak izin nak periksa kat bawah tu. nasib baik perempuan. dibuatnya lelaki, mana nak campak muka ni.

"kak, mintak izin sekejap ye. saya nak check bukaan."

selama ni dengar/baca je pengalaman orang. jadi dah ramai yang pesan, masa doktor masukkan muncung itik tu, tahan nafas. so, tak terasa sangat sakitnya. ok, petua berjaya. takde la sakit sangat. lebih pada perasaan ngeri je sebenarnya. dan malu. dah la tengah bleeding, huwaaaa. dekat 3 minit jugak dia check kat bawah tu.

"ok, takde bukaan. dan takde jugak nampak macam ada sisa-sisa dekat tu."
lega..

tapi rupanya, kesan muncung itik tu tinggalkan kawasan pedih kat kawasan sekitarnya. dekat setengah jam jugak kot menahan pedih tu. sakit :( dalam masa yang sama, nurse dah masukkan air. kemudian suruh bagitahu kalau dah ada tanda-tanda nak terkucil. habis sebotol air 500ml, takde jugak tanda-tanda nak terkucil. nurse sambung lagi sebotol air.

habis separuh botol kedua, baru ada tanda nak terkucil. bagitahu nurse dan nurse sorong ke wad bersalin naik kerusi roda. tu pun tak habis lagi perangai degil. nak jalan sendiri, taknak naik kerusi roda. tapi dia cakap, ini prosedur. kena duduk jugak.

nak scan, tggu lagi setengah jam sebelum doktor datang. scannya kejap je, tak sampai 3-4 minit pun. hasilnya, rahim dah kosong. tiada kesan apa-apa. memang sac dah jatuh semua. masa tu jadi sayu sekejap. doktor gosok-gosok belakang badan.
"insyaAllah, mesti ada rezeki lagi lepas ni"
manis je doktor tu senyum. doktor suriani nama dia. doktor yang sama je masa check bukaan tadi.

balik semula ke bahagian kecemasan. degil lagi.
"saya nak jalan je la. segan la naik kerusi roda. saya sihat je ni."

"eh, tak boleh. sebab ada drip air. kena duduk atas kerusi roda ni."
haha, tension nurse dapat 'pesakit' macam saya.

baring lagi di bahagian kecemasan. ingatkan boleh terus balik je. dekat 20 minit menunggu. saya bayangkan nurse dah lupa kot nak cabut jarum ni. saya nak balik, nak peluk haziq iman. baru je nak bangun pergi dekat nurse, nurse pun masuk.

"ok, dah boleh balik. ni dapat MC seminggu. 28 april-4 mei."

Ooo, dia pergi buat surat MC rupanya. patut ler lama. sampai rumah dalam pukul 12.30 malam.
tapi hari ni saya terpacak kat ofis. keje melambak. esok dah nak run billing. bos pulak cuti. kalau saya tak datang kerja hari ni, memang hancur la jawabnya. kalau ada masalah pape pasal billing ni nanti, jenuh saya nak jawab. esok pun datang ofis jugak. kalau rasa tak rajin, kira saya amik MC 2-4 april je la kot. hehe.

secara ringkasnya, prosedur di hospital kerajaan ni memang pelbagai dan terperinci. tu yang kadang-kadang ambik masa lebih lama dari klinik/hospital kerajaan. dan ini conclusion saya bila buat pemeriksaan kes gugur/bleeding :
1) daftar
2) ambil darah
3) pemeriksaan air kencing
4) check bukaan
5) masuk air
6) scan
7) a- proses d&c jika perlu
    b- balik jika tidak perlu cuci

keseluruhannya, hari ni masih ada bleeding lagi. hopefully tak lama la. sebenarnya ada jugak rasa penatnya, mungkin sebab banyak hilang darah dari badan. dan pada saya, MC tu sebenarnya lebih kepada MC dari segi emosi. sebab dari segi fizikal, orang takkan nampak apa-apa perubahan pun.

pasal pantang, nanti la saya ceritakan kemudian. panjang pulak ceritanya sebab ma & ibu , dua-dua jenis yang kuat berpantang.

 

Friday, April 27, 2012

..Dia merancang yang lebih baik..

Assalamu'alaikum.. 

mana eh nak cari vakum?! 

berhabuk tak hengat dah blog ni. iskk, apa la tuan rumah ni. kan dah malu kalau ada tamu datang jenguk? 

*sengih* 

oklah. tuan rumah hari ni nak bercerita sikit. soal hati. haihh, tak habis-habis dengan soal hati kan? biasalah, orang kuat perasaan memang macam tu kot :P 

alkisah.. 
selepas bersalin, cycle pe*iod saya memang tak pernah regular. kali pertama datang pe*iod masa haziq iman umur 58 hari. lepas tu, 3 bulan tak datang pe*iod dan bulan-bulan selepasnya, cycle bercampur-campur. 31 hari, 35 hari, 26 hari, 24 hari. ikut suka hati dia je. 

baru-baru ni, cycle dah melebihi 50 hari. nak test, takut negatif. kecewa pulak nanti. hubby tiap-tiap hari duk tanya. sengih-sengih je. dalam hati ni pun memang sentiasa tertanya-tanya. kalau pregnant, mana tandanya? ni biasa-biasa je. takde perubahan pape. kalau takat penat tu, hari-hari biasa pun penat kot. tapi ye la, masa pregnantkan haziq iman dulu pun, saya memang takde alahan mana. cuma selera je kurang sikit. saya decide nak tunggu sehingga 60 hari cycle, baru nak beli test kit. 

kiri kanan dengar kawan-kawan pregnant. teringin jugak dalam hati ni. haziq iman pun dah nak masuk setahun setengah. dah selayaknya jadi abang. saya pun tahun depan dah nak jejak umur 3 series. kami suami isteri pun tidak pernah merancang. 

dijadikan cerita, isnin baru ni (hari ke-55), ada sedikit spot coklat pada pan*ies. hati dah berdebar-debar. 
"tak pregnant rupanya aku." 
tu je la yang asyik-asyik duk ulang dalam hati. 
esoknya sah, datang pe*iod yang sangat heavy. siap datang dengan pakej senggugut. saya siap cakap dengan haziq iman, 
"adik tak jadi datang la sayang." 
sebak tu jangan dikata. 

rabu, masih lagi senggugut. tambah pulak ada batuk-batuk. lagi la menambah keadaan jadi sedikit parah. petang tu, senggugut makin menjadi-jadi. badan kena sedikit membongkok baru tak terasa sangat sakitnya. kalau disuruh beri skala sakit, saya boleh kata 5 dari 10. sampai ke malam, sakitnya bertambah-tambah. senggugut tu sakitnya macam 2-3 kali ganda dari biasa. masa tu badan memang meringkuk je. hubby tanya jugak, nak gi klinik ke? saya tak jawab pun sebab fikiran lebih tertumpu pada sakit. 

tapi akhirnya saya tertidur jugak. tengah tidur, dah lupa langsung pasal sakit. haziq iman pun hubby je yang layan tidur dia & buatkan susu malam tu. pendek kata, saya jadi orang pentingkan diri. tak layan sape-sape. 

khamis. 
bangun tidur, saya rasa cergas. sakit dah tak ada langsung. masa nak mandi, baru sedar ada satu ketulan darah yang keluar. berwarna ala-ala pink & merah. boleh dikatakan besar anggaran 4 jari (3" x 2"). lebih kurang. agak-agak kalau dibulatkan, besar sedikit dari bola pingpong. 

bagitahu hubby. tapi dia bukan jenis boleh tengok benda-benda macam ni. masa tu memang dah terfikir, 
"aku ni gugur ke? atau ni memang ketulan darah pe*iod je sebab dah lama delay?" 
panik. tapi kalau betul gugur, dah tiada apa-apa yang boleh dibuat. 

hubby desak suruh ke klinik. apa-apa pun, mintak pengesahan dari yang pakar. saya pergi klinik berhampiran ofis. bila saya cerita kronologi dari A-Z, doktor memang syak saya keguguran. tapi kat situ tiada ultrasound untuk scan. untuk sahkan lagi keadaan, doktor mintak saya buat ujian air kencing. katanya, masih ada hormon yang tertinggal. so kalau sah hamil, saya kena buat pemeriksaan lanjut untuk check tiada sisa-sisa yang tertinggal. kalau ada yang tertinggal, darah takkan berhenti keluar dan boleh sebabkan jangkitan. dan jugak boleh jadi busuk. 

saya takde kekuatan nak buat ujian air kencing kat klinik sebab berseorangan. saya decide nak buat di rumah je. if betul ada 2 line, hubby ada untuk bagi support.

dan pagi tadi, sah DOUBLE LINE. 
tapi itu cuma kesan dari saki baki hormon HCG yang masih ada dalam badan. hakikatnya, 'adik' dah takde :(

ternyata saya kalah juga dengan perasaan sendiri. saya hilang kata-kata mengenangkan selama 6 minggu (mengikut anggaran doktor), ada 'adik' di dalam perut. hanya tangisan yang mampu legakan saya. hubby nampak tenang, tapi saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia. 

tak pernah terfikir yang saya akan lalui pengalaman sebegini. sungguh, ia sangat menyakitkan untuk dilalui. saya ingatkan nak EL je hari ni. tapi sebab tengah hujung bulan, ada banyak kerja kat ofis. dan sekurang-kurangnya bila sibuk, saya boleh lupakan kesedihan ni. '

adik', sori sayang. ummi tak sedar 'adik' ada. ummi tak tahu apa sebabnya ummi gugur. dah puas ummi fikir kenapa. tapi ummi yakin, Allah ada perancangan lebih baik untuk kita. kalau la 'adik' boleh dengar, ummi nak sangat bagitahu ummi sayang dekat 'adik'. abang haziq dan ayah pun sama. 

hati, LA TAHZAN.

Wednesday, April 18, 2012

..dah ganti puasa?..

Assalamu'alaikum.. 

selamat tengahari semua. alhamdulillah,lega sikit hari ni sebab dah lepas bebas dari memikirkan pasal KPI. punya jenuh korek sana sini nak cari proof untuk letak dalam borang KPI.  nak buat cincai-cincai, malu la pulak. pasal bonus, letak tepi dulu. ada rezeki, ada la. kalau takde? redha je la kan. apa nak buat.


ok, berbalik pada tajuk kat atas tu. kawan-kawan dah habis ke ganti puasa tahun lepas? haaa, mesti ada yang tak habis ganti lagi ni. kalau dah habis tu, alhamdulillah. memang terbaekkk :D


sekarang kita dalam bulan jamadil awal. hari ni 26hb. kalau dicongak-congak, ada lagi 3 bulan  @ 13 minggu je lagi sebelum menjengah ke bulan ramadhan. 3 bulan tu sekejap je. pejam celik, ppejam celik, sekelip mata berlalu. tu belum campur lagi dengan period, kenduri sana sini.


saya ni sebenarnya tak ingat tahun lepas ada tinggal puasa ke tak. selalunya ada je catat dalam telefon. tapi entah macam mana, boleh terlepas pandang untuk bulan puasa tahun lepas. tanya hubby, lagi la dia tak ingat. rasa-rasa macam takde ponteng, tapi timbul jugak rasa was-was tu. jadi kesimpulannya, saya nak ganti je la ikut kebiasaan kitaran ha*d saya. selalunya dalam 7-8 hari. dan kebiasaannya, saya akan tambah lagi 2 hari sebagai backup. itu memang ma sentiasa pesan. mana la tahu ada puasa kita tu yang berlubang sana sini, jadi boleh la tampung kan? :)


terus terang, sejak bersalinkan haziq iman, saya jarang sangat berpuasa. sebab saya nak jaga bekalan susu badan. tapi sekarang ni, susu pun dah makin kurang walaupun masih mampu tampung keperluan haziq iman pada waktu malam. jadi dah tak boleh dijadikan alasan.


jadi sekarang ni saya berazam, minggu depan nak cepat-cepat ganti puasa. untuk permulaan, nak ambil isnin dan khamis sahaja. nanti badan dah jumpa tune untuk berpuasa, boleh la amik 3 hari seminggu ke..tengok la macam mana. sampai la ke habis jumlah yang nak diganti tu.


so kawan-kawan, jom kita ganti puasa!


jangan tunggu lama-lama. nanti semput nak mengganti. dah habis ganti, boleh la teruskan dengan yang sunat pulak.

Monday, April 9, 2012

..alahan lagi..

Assalamu'alaikum.. 

haziq iman terkena alahan makanan lagi sekali minggu ni. dah lama sangat tak kena rasanya except dua minggu lepas. tu pun sebab ummi dia degil, nak jugak makan telur mata separuh masak. lepas breastfeed, si haziq iman jadi mangsa. habis naik rashes kat pipi. 

weekend baru ni balik sungai besar. balik sana, makanan memang heaven la. sebab 10 jenis lauk orang order dengan katering ibu, 10 jenis tu la kitaorang duk makan. hehe. 


kali ni haziq iman alah dengan ikan bawal. tak pasti pulak ikan bawal hitam ke, putih ke sebab tak kenal. iskk. goreng je pun. makan dengan kuah masak lemak kacang panjang & labu kuning. dia pun punya la berselera makan. sabtu malam, dia dah mula menggaru-garu. hampir satu badan. 

esoknya, ahad, muka dah naik rashes. dekat punggung pun naik merah-merah. kesian anak ummi. asyik menggaru. terpaksa alih perhatian dia, nak elak tangan dia dari asyik menggaru. makan pun tak berapa nak berselera. suap, dia luah balik. nasi ke, roti ke, semua taknak. kejap-kejap nak susu. kejap-kejap nak susu.


malam semalam, badan haziq iman dedar sikit. terdetik hati nak check kot-kot ada tumbuh gigi baru sebab haziq ni selalu demam kalau tumbuh gigi baru. raba punya raba, memang ye pun. geraham kecil bahagian atas dah tumbuh rupanya. yang belah kiri dah boleh nampak dah putihnya. belah kanan belum keluar lagi tapi dah boleh rasa dengan jari.


disebabkan ubat alahan & demam dah habis, so hubby decide nak pergi klinik. lupa semalam hari ahad. poliklinik yussof yang kami selalu pergi tu tak bukak. kami selesa dengan klinik tu sebab doktor dia sangat mesra dan sangat informative. tak pernah berkira kalau kami tanya soalan banyak-banyak tapi sebab ramai lagi pesakit tengah tunggu dekat luar, selalunya jarang la dapat tanya banyak-banyak. doktor yussof tak pernah miss bagi salam, membaca bismillah setiap kali nak buat pemeriksaan dan masa dia tengah buat pemeriksaan, mulut doktor yussof ni akan berzikir. secara tak langsung, kita jadi tenang. 


jadi kami pilih poliklinik gunwant. ibu cakap klinik tu pun ok, cuma mahal sikit. tapi takpelah, pmcare kan ada? (alhamdulillah)
nasib baik tak ramai pesakit masa tu. terus dipanggil masuk bilik rawatan lepas daftar. disebabkan haziq iman belum ada rekod di klinik tu, panjang lebar la nak bercerita dekat doktor.


"ye, sakit apa?"


"anak saya kena alahan doktor. tersilap makan ikan bawal. dia asyik menggaru je. ni, naik rashes kat pipi."

doktor check suhu.

"demam sikit ni. tekak pun merah," patut la dia takde selera nak makan.


"ok, dia memang alahan ke sebelum ni?"


"dia memang alah dengan seefood. dengan ayam, tapi kalau macam sup ayam dia ok. daging pun ok. boleh makan. selsema dia pun jarang baik. selalu on off. tapi lungs dia selalunya clear je. dengan ekzema sekali," sambil tunjuk gejala ekzema yang ada kat leher haziq iman.


"Oooo..ni telur pun tak boleh makan ni.ekzema dan alahan adalah satu. kalau sebut ekzema, alahan la tu. jarang sangat nak jumpa budak ada ekzema, tapi takde alahan. "


"absolutely doktor. tu yang paling berbisa pada dia. kalau saya makan telur, memang habis la naik rashes. tapi kalau saya makan seefood, ok je. tu pun lepas umur dia dah masuk setahun. masa belum umur setahun. saya pun takleh makan seefood."


"alahan ni ada dua sebab. satu sebab keturunan. dan satu lagi, faktor gula semasa pregnant."


haih, ni baru first time dengar pasal gula masa pregnant.


"tapi doktor, masa pregnant dulu, gula dalam darah saya ok. takde masalah. kalau problem pun, hb je. dengan tekanan darah rendah"


"ni bukan padal kencing manis. tapi jenis gula dalam badan. gula yang tidak diperlukan.  gula yang tidak dapat diproses secara sempurna oleh badan. lebih kepada faktor dan jenis pemakanan. mudah je, elakkan makanan yang awak rasa memang tak elok untuk badan. awak pun tahu kan apa dia?"

sengih.

"pasal alahan ni doktor, berapa peratus boleh bawak pada asma? saya risau jugak sebab orang keliling asyik sebut pasal asma sebab dia ada ekzema ni."

"alahan ni ada banyak jenis. bukan semua alahan membawa kepada asma. jangan risau tu. kalau pernafasan dia ok, takde tersekat-sekat, tu tanda dia takde asma. dia selalu batuk?"

"jarang. memang jarang sangat."

"ok, good. lagi satu, budak-budak macam ni pun ada alahan dengan protein susu."

"betul la tu doktor. dia minum susu s-26 masa umur masuk 9 bulan. masa tu ok. kemudian kami tukar nespray. teruk dia allergik. kepala  naik berkudis & bernanah. kemudian tukar semula ke s-26. sekarang, dah 2 bulan dia minum dugro vege&fruits. so far, dia nampak serasi dengan susu dugro ni. perkumuhan dia setakat ni ok. belum pernah ada masalah."


"hati-hati. ada susu yang bagi kesan for long term. mungkin sekarang tak nampak dia allergik, tapi mungkin akan nampak selepas beberapa ketika."


"selalu muntah-muntah? takpun cirit?"


"muntah jarang. except kalau dia batuk & lepas minum susu. cirit pun jarang. last pun saya rasa dia cirit dalam bulan 11 tahun lepas."


as usual, soalan saya pada doktor yang baru jumpa,
"alahan ni boleh hilang je doktor?"


"boleh tu boleh. tapi ambik masa. seeloknya, jangan bagi anak awak makan ayam, ikan atau daging sampai la umur dia sekurang-kurangnya 5 tahun."


"5 TAHUN? biar betul doktor?"


"iye, jadi vegetarian untuk sementara waktu."


"so, apa sumber protein yang saya boleh bagi kat anak saya?"


"kekacang is a good protein."


"saya tak pernah bagi lagi kacang sebelum ni. sebab kacang pun boleh buat allergik kan doktor?"

"cuba bagi dulu. dalam kuantiti sikit."

"tapi maaf doktor. saya ni tak arif sangat. cuma dari beberapa doktor yang saya jumpa sebelum ni suruh bagi secara berdikit makanan-makanan ni pada anak saya. sebab katanya nak suruh badan belajar untuk adapt dengan makanan tu. kalau tak bagi, badan kita tak belajar untuk terima makanan tu. macam mana doktor?"

"tujuan saya suruh anak awak ni jadi vegetarian supaya badan dia langsung tiada memori berkenaan makanan tersebut. kita nak delete terus memori tu. kalau kita berterusan bagi walaupun dalam kuantiti sedikit, sistem imunisasi badan dia tak akan lalui proses penyembuhan. memang kadang-kadang alahan tu tak nampak secara mata kasar. selalunya bila kita perkenalkan semula makanan tu dalam tempoh 4-5 tahun, badan dia akan terus terima tanpa masalah."

"lagi satu, selagi awak breastfeed dia, awak pun seboleh-bolehnya jadi vegetarian jugak sampai dia stop. jangan langsung makan makanan yang boleh bagi kesan pada dia."

lepukkk. terasa terkena sebijik kat kepala.


"persekitaran pun penting. kena bersih, bebas dari habuk. tu pun membantu mempercepatkan proses penyembuhan."

itulah sedikit sebanyak perbualan dengan doktor di poliklinik gunwant. dari gaya dia, macam dari keturunan singh. panjang lagi sebenarnya perbualan dengan dia. dia pun seboleh-boleh nak bagi sebanyak-banyak maklumat. tapi dah lewat sangat. tambah pulak ada lagi patient lain kat luar.


so, kuat ke saya ni nak jauhkan diri dari segala mak nenek sumber protein tu? nanti la, nak buat research sikit pasal pemakanan vegetarian ni. hopefully dapat la bantu haziq iman. kesian sangat bila dia duk menggaru sana, menggaru sini. tidur pun tak lena.



Friday, April 6, 2012

..dilema..

Assalamu'alaikum.. 

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

kalau ada orang lain bercerita dia menghadapi dilema 'ini' pada saya, tentu saya akan suggest,

"tak payah pedulikan dia tu. memang suka mengomen je kejenya. kalau dia cuba nak cerita apa-apa, cakap la awak banyak kerja ke, apa ke. so takdelah masa nak dengar dia bercerita. takpun kalau terpaksa dengar jugak, cuba la nasihatkan dia. tak elok duk mengata orang. kan berdosa tu. ibarat makan daging saudara sendiri"

tapi bila terkena dekat batang hidung??

astaghfirullahal a'dzim..sukarnya nak menegur perbuatan seseorang yang suka menjaja keburukan orang.  ada aje perkara yang tidak puas dalam hatinya. pendek kata, apa yang dia cakap/buat/decide kebanyakkannya adalah tepat (walaupun sebenarnya memang tepat pun). dan cadangan/syor orang lain adalah kurang tepat dan tidak boleh diterima. orang nak menolong dikatanya menyibuk. 


saya?? menadah telinga sambil istighfar tak putus-putus di dalam hati. saya khilaf. saya lemah. Ya Allah, tolong hamba-Mu ini. tolong Ya Allah, saya tak mampu nak bersuara. saya cuma mampu dengar dan diam. tidak membalas apa-apa. hanya itu yang mampu saya buat. hanya itu T___T


adakah diam bermakna saya setuju dengan kata-kata dia? tak, demi Allah saya tak setuju!
adakah diam bermakna saya 'mengampu' dia? sedikit pun tiada niat di hati. 


nak jauhkan diri? tak mungkin.
nak menegur? saya tiada kekuatan.
tak dilayan? takut dikata tiada hormat. 


selemah-lemah perkara saya buat,
1) kalau rasa-rasa dia mula nak bercerita 'sesuatu', saya cuba alihkan dengan bercakap dengan perkara yang lebih penting
2) istighfar dalam hati


kadang-kadang saya cuba juga menyanggah cerita yang disampaikan (sebab saya tahu kebenarannya), tapi dia mesti menyanggah semula kenyataan saya. so, what to do?


semoga saya dapat 'keluar' dari dilema ni. sesungguhnya sangat menyakitkan.