.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, March 16, 2012

..selimut putih..

Assalamu'alaikum..

hari ni kita buat joke sikit. nak hilangkan stress kat kepala ni. dah sejuk beku rasanya duduk dalam opis ni. masa solat tadi sempat la rasa selesa kejap sebab air paip suam masa ambik wudhuk. dah masuk opis, beku lagi sekali..brrr..

benda paling bod*h boleh buat - pergi toilet, hulur tangan kat pengering tangan automatik yang ada, haha. tapi tipsnya, buat masa takde orang. kalau tak, sah-sah la malu. *dont try this at home*


ni satu lagi kes bengang kat opis. tapi bukan saya. ni opismate saya merangkap classmate saya kat umt dulu. dia bengang laptop dia asyik hang.

masa laptop dia hang, mula la dia duk 'berzikir-zikir' entah apa-apa. sampai orang kiri kana depan belakang dah faham dah. laptop dia dah berapa kali format pun taktau la. tapi performance sama jugak.

2-3 minggu lepas, dia dah tak tahan sangat. mula la dia melalut-lalut buat lagu, diilhamkan dari lagu selimut putih. kemudian siap emel lirik tu kat 5-6 orang opismate lain termasuk bos kecik dia. sekali, bos kecik pergi forward kat bos besar, haha. tersengih je la dia.

~ gambar original dari tuan punya laptop ~

Bila teliti ku panggil-panggil..
laptop terbujur.. screen ku putih..

Bila teliti ku panggil-panggil..
laptop terbujur.. build tak boleh..

seluruh applikasi macam menggigil...
seluruh sistem tak boleh jalan... X2

tiada lagi gunanya usaha...
lewat balik.. siapkan kerja.. X2

jikalah ada.. laptop macam ku punya..
itulah hanya yang nak ku pinta.. X2

janganlah selalu hanging tidak menentu..
engkau sebenar yang buang masaku..X2

sedarlah diri..tahu di untung..
sebelum engkau ku campak biar hancur..X2

Datang teliti buatlah something
laptop ku ini mcm dah hanging..X2

Tinggal semua kerja yang lain..
berbaktilah kamu,tolong selesaikan..X2


lepas setengah jam, terus vendor (teliti) yang uruskan hardware kat kompeni kitaorang tu datang ambik laptop tu cepat-cepat. format lagi, tapi entah taktau la apa yang dibuat, laptop tu dah ok dah sekarang. bila laptop dah ok, sunyi pulak rasanya bila dah lama tak dengar 'zikir' alunan tuan punya laptop tu.

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..