.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, March 13, 2012

..sakit kepala..

Assalamu'alaikum..

dah masuk 2 minggu mood naik turun. puncanya sebab setiap pagi dalam pukul 7 mesti sakit kepala, berdenyut-denyut dekat mata sebelah kanan. dah nak masuk ke pukul 12pm-1pm, sakit tu hilang la perlahan-lahan. taktau la apa puncanya. nak kata salah makan, makan macam biasa je. stress? entah la, rasanya macam takde err, tipu kot! pasal kerja ada la sikit-sikit.

bila dah sakit kepala ni, mula la mood berubah-ubah. nak buat kerja pun tersangkut-sangkut. dengar orang bercakap pun, jadi berserabut. tapi takde la nak salahkan orang, dia pun buat kerja dia jugak kan. nak dengar lagu lagi berserabut.

nak borak-borak ngan opismate pun jadi mim alif lam sin. bila sakit dah hilang, mula la berdesup pecut 100m nak siapkan semua kerja yang ada. tak habis buat, esok berganda-ganda la jadinya. memang terbaik la..

dalam tempoh ni, dua kali terpaksa mengaku kalah dengan paracetamol. kalau boleh, taknak bergantung sangat pada benda alah ni tapi kalau dah mata berbalam-balam bila tengok skrin laptop, apa nak buat kan? even sakitnya taklah masuk kategori teruk, tapi bila dah berpanjangan, rasanya bagi effect jugak kat badan ni.

pagi tadi hubby suruh minum madu, tapi belum ada kesan lagi hari ni. nak minum air zamzam & air khatam al-quran, tinggal stok untuk haziq iman je. hopefully esok ok la sikit. mana tahan kalau berlama-lama macam ni.

1 comment:

  1. assalamualaikum..

    oleh kerana ramai orang sampai ke entri ini dengan kata kunci "sakit kepala belah kanan", saya maklumkan yang sakit saya disebabkan masa ni saya tgh pregnant peringkat awal. bukan disebabkan simpton2 penyakit lain atau atas sbb2 lain. harap maklum.

    terima kasih.

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..