.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, March 23, 2012

..potluck..

Assalamu'alaikum..


hari ni ada potluck dekat opis. saje, suka-suka. menu utama nasi kerabu. ada jugak kue teow goreng. selebihnya banyak kuih muih. ada puding karamel, agar-agar, karipap, pulut panggang, sosej roll.

saya pulak konon-kononnya bawak donut. bersemangat la kononnya. bimbang tak terjaga nak bangun pukul 3-4 pagi untuk adun doh, jadi saya decide buat doh pukul 12 tengah malam.

dan konon-kononnya jugak, nak donut jadi makin sedap, saya ubah sikit resepi. bukan ubah banyak pun, cuma marjerin saya gantikan dengan butter kemudian susu pekat gantikan dengan susu segar. secara logiknya makin sedap la kan? tapi takkkkkk pun.. masa mengadun tu dah rasa lain macam. adunan jadi macam liat, tapi mata dah mengantuk, saya biarkan je la doh tu dalam besen dan tutup dengan tuala lembab. dengan harapan dalam pukul 3-4 pagi nanti adunan tu jadi gebu macam selalu saya buat.

haziq iman ni pulak macam tau-tau je ummi takde kat sebelah. boleh pulak dia bukak mata pukul 12.15 tengah malam tu.beria-ia menangis. macam nampak hantu pun ye.

tidur punya tidur, terjaga pukul 5 pagi. haziq iman pun terjaga sama. nak bf taknak lepas-lepas. saya tarik je dia marah. tarik je dia menangis. dalam 5.45 baru dia lena semula. cepat-cepat bangun. dengan selawat, saya angkat tuala lembab. huwaaa, nak nangis tengok doh tak naik pun macam biasa.

tapi tetap jugak tekap bentuk donut. selesai tekap, saya siapkan diri dulu,mandikan si kecik tu,solat,pakai tudung bagai. pukul 6.45 baru sibuk nak goreng, tapi donut tak kembang pun. sedih takyah cakap la. rasa nak EL pun ada. takpun nak cari je donut kat kedai, yang ni buat makan kat rumah. sampai macam tu sekali.

goreng donut dengan tiada perasaan. hubby bawak haziq iman turun dulu. dia taknak kacau mood saya kot. dalam pada nak EL, taknak pergi opis, akhirnya sampai jugak. letak bekas donut sembunyi-sembunyi atas meja potluck dengan harapan orang tak tahu pun siapa yang buat.

tengahari, alhamdulillah licin. dan sesungguhnya, saya tak rasa sikit pun donut tu, huhu. entah apa rasanya. sedap ke tidak. kesian kat sape-sape yang makan.

sekian, cerita saya yang mood sangat tak elok hari ini.

**tapi lepas ni saya tetap akan buat donut sebab tu favourite haziq iman. hehe, cuma nak bagi orang lain makan, mungkin akan ambik masa lama lagi.
practice makes perfect kan?

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..