.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, March 8, 2012

..Mengigau..

Assalamu'alaikum..

Hehehe,
Bila teringatkan haziq iman semalam, memang nak pecah perut dibuatnya. Tak pernah-pernah dia buat perangai macam ni.
Semalam, dalam lingkungan pukul 3 pagi dia bangun nak menyusu. Haus. Selalunya masa-masa macam ni memang breastfeed je, jarang sangat bangun buat susu botol.

Biasalah dia, dah puas menyusu sure sambung tidur. Sama la macam semalam. Tapi 2-3 minit lepas tu dengar dia cakap-cakap bahasa jerman dia tu. Jelas terdengar perkataan favourite dia, "Ape tu? Pe tu? Pe tu?"
Sambil jari telunjuk lurus tunjuk ke arah depan.

Pelik jugak bila saya dengar. Haziq Iman ni terjaga ke? Dalam samar-samar lampu dapur, saya intai muka dia. Haha, mata pejam! Kemudian saya saje-saje je buat tanya,
"Haziq cakap dengan sape tu sayang?"

Kemudian dengar dia ketawa manja. Sah, budak kecik ni mengigau. Tapi yang nak sakit perut dibuatnya tu, cara dia respon memang mirip ketawa kalau dia tengah malu-malu ngan kita.

Hai la Haziq Iman. Macam mana la ummi ni tak rindu memanjang. Macam-macam gelagat terbayang kat mata.

1 comment:

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..