.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, March 6, 2012

..kerja kerja kerja..

Assalamu'alaikum..


dah beberapa hari tidur tak berapa lena gara-gara recycle billing. macam-macam problem timbul masa nak buat billing ni. daripada proses billing, sampai ke extract data, sampai ke nak hantar fail ke ftp, ada je tersangkut. sistem SAP asyik cancelled. fail duplicate melambak-lambak. server usage sampai 100%. job asyik hanging. sebelum ni takde pun masalah-masalah macam ni. jadual dah delay banyak kali. jadual asalnya, poslaju akan mula hantar bil pada pelanggan pada 4 mac lagi, tapi maybe esok baru boleh hantar. 3 hari delay, pening nak jawab kat orang-orang atas.

sejak menjak dah bertukar pengurusan baru ni, benda utama yang diaorang fikir adalah "revenue". tak kira la macam mana kuli ni nak laksanakan. kena standby 24/7. sebelum-sebelum ni relax je time billing. bila tiba masa pihak pengurusan monitor, boleh pulak buat hal!!
bonus? ntah, takde dengar cerita. kalau ada pun, maybe dalam bulan 7 atau 8 nanti. kalau sebelum ni, dalam bulan 4 atau 5 dah boleh merasa bonus. hmm, hopefully pengurusan baru ni still jaga kebajikan staff-staff diaorang. patut la sebelum ni ramai panas punggung, lari sana sini.

<-- ok, kalau saya baca semua ni kat blog orang lain, sumpah tak faham. apa ni? billing? extract data? -->

saya cuma harap billing recycle bulan depan dah takde jadi macam ni. bermalam-malam balik kerja lewat, pukul 10-11 malam baru jejak lantai rumah [-_-] balik, anak dah tidur nyenyak. masak entah kemana. mengemas entah kemana. dah penat, mandi, sempat borak-borak kejap dengan hubby kemudian dummm..terus tidur. nasib baik hubby faham. thank you sangat-sangat.

so far, beberapa faktor dah diambil kira dan akan dibetulkan. konsultan pun dah bagi beberapa cadangan. moga kami berjaya bulan depan ;)

wa makaru wa makarallah..wallahu khairul maa kirin.
kita merancang, Allah juga merancang..dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..