.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, March 7, 2012

..haziq iman dan makanan..

Assalamu'alaikum..

alhamdulillah, selera haziq iman terhadap makanan sekarang ni jarang buat saya rasa gusar. bak kata penjaga dia dekat taska ameen,
"akak, dia ni memanjang nak makan. masa dia makan, dia makan. masa orang lain makan pun dia nak menyelit sama."

kadang-kadang timbul jugak rasa risau bila dia asyik je nak makan. pernah la saya cakap dengan owner taska ameen, kak umi. tapi kak umi cakap semua tu normal. sebab jadual buang air besar dia sentiasa ok, hehe. memang pun. pagi-pagi bangun tidur, memang ummi dapat task berjadual untuk basuh berak dia. tu yang terus mandikan. kalau tak 'membuang' kat rumah, kat taska dia akan membuang jugak. mungkin lewat sikit la. kemudian petang-petang pun, dia akan membuang lagi sekali.

berat badan dia pun sedang-sedang. normal untuk umur dia. sekarang, dengan umur 15 bulan, berat haziq iman mencecah 10.5kg. kami memang dah tak larat nak dukung lama-lama. tu yang bagi dia bebas berjalan terkedek-kedek, explore suasana selain dalam rumah. nampak kucing, kejar kucing. dah laju-laju sangat berjalan, jatuh. tapi ayah dia selalu je halang saya tolong kalau haziq iman jatuh.
"biar dia bangun sendiri."
tu yang kena sentiasa pastikan dia pakai seluar di bawah paras lutut. setakat parut-parut kecik tu, dah jadi mainan pada haziq. nama pun anak lelaki.

berbalik pada hal makanan. cuma satu je yang tak best; haziq iman alah dengan telur, ayam dan segala macam seafood. seafood tu memang dari baby dah tunjuk tanda. pantang saya makan sotong ke, udang ke, mesti naik rashes kat pipi dia. dah macam pakai blusher pulak. so, ummi dia pun terpaksa la pantang makan seafood. baru la cantik sikit muka anaknya.

macam ayam, dia tak boleh ayam tu tapi kalau minum sup ayam, ok. nugget ayam pun ok. takde masalah. tapi kalau telur, memang langsung tak boleh. saya pun tak boleh makan telur (secara direct macam telur mata, telur rebus tapi kalau makan kek yang ada telur, boleh). kalau tak ,esoknya pipi mesti merah.

lagi satu perangai haziq iman ni, dia lebih cenderung dengan makanan yang masin. yang manis, dia macam kurang berminat. macam baru ni dekat secret recipe, hubby suap jagung rebus yang sedap tu. boleh dia reject? sebabnya manis. fish n chip boleh pulak dia makan laju-laju. anak, anak..
perangai sape lagi kan? perangai ummi dia la tu, hehe. saya memang tak berminat sangat dengan manis-manis ni. masin lebih takpe. hubby pulak terbalik, lebih kepada manis.

weekend baru ni saya buat nasi ayam. inipun antara kegemaran haziq iman. kalau bagi dia hirup kuah tu, nikmat je nampak muka dia walaupun tak boleh makan ayam. dalam sup untuk dia, saya letak lobak merah dan sawi manis. potong kecik-kecik, mudah dia nak makan. pastikan less salt, less sugar. no ajinomoto!

sekarang ni saya dah cuba train untuk dia makan sendiri-sendiri. tapi nasi masih failed, jadi memang saya suap. kalau bagi dia makan nasi sendiri, banyak yang jatuh dari masuk mulut. kesian, perut pun tak kenyang. kalau ikan ke, sayur ke, memang saya masukkan dalam pinggan dan suruh dia suap sendiri. bila saya letak lobak & sawi tadi dalam pinggang, sempat hubby buat muka pelik.
"haziq makan ke tu?"

"eh, mesti makan punya" confident je saya jawab padahal risau jugak kot-kot haziq iman reject, nak-nak batang sawi tu. tapi hasilnya, licinnnnn! sampai nasi pun dia makan gitu-gitu je. dah habis makan sayur, baru dia sentuh nasi.

1 - separuh dari sayur yang masih tinggal
2 - kantoi, suap dengan tangan kiri! iskk..ni la perangai dia. kalau dua-dua tangan ada makanan, tangan kiri lagi cenderung menyuap. tapi kalau makanan ada dekat tangan kanan je, pandai pulak dia suap je terus. ni yang ummi selalu nak jadi hulk hogan.
3 - tin biskut kat sebelah tu, selalu dia usung kemana-mana. biskut kena sentiasa standby



puas hati ummi. harap-harap sampai ke besar la minat dia makan sayur ni. ameen.


** any idea tak untuk taknak dia terlalu biasakan makan dengan tangan kiri? dari pengamatan saya, tak nampak pulak haziq iman ni kidal tapi entah la. tak pandai saya nak tafsir. sebab kalau berus gigi, elok je dia guna tangan kanan. kalau tengah main pun, nampak dia lebih ke tangan kanan.

3 comments:

  1. mika pun kidal,
    tp sbb keturunan belah babah mmg ramai kidal termasuk babah dia,
    no wonder la, tp tetap gak ajar tgn kanan
    tp biasenye if kite mrh
    dia amek tgn kanan, then tukar blk ke tgn kiri
    huhu xslesa kot, xkan nk paksa kan??
    cume kdang2 org2 yg xtao ske la sok sek2, ckp nape ajar anak tgn kiri, xajar anak tgn kanan, apehal ????? grrrr...

    ReplyDelete
  2. tu la..haziq ni pun ada makcik yg kidal..ada kemungkinan jugak..haha, tau takpe..penat ar nak dgr org duk sok sek ni..

    ReplyDelete
  3. DULU SOFIA PUN PERNAH GOK GUNA TGN KIRI..PENING GAK NAK AJAR..LAST2 AKU KATA PIA NI TGN KANAN..TGN BAIK TAU..NI TGN KIRI..TGN JAHAT TAU..KITA MKN GUNA TGN BAIK YE...ULANG BYK KALI...BILA DIAGUNA TGN KIRI..AKUMULA KATA..EH SOFIA TAK INGAT YE..MANA TGN BAIK? BILA DIA ANGKAT TGN KANAN..AKU P PELUK DIA..OH..PANDAI PIA...OK..GUNA TGN BAIK..SKARANG DAH OK..TAK GUNA KIRI DAH..TP KADAG2 ADA GAK LUPADIA...BIASA LA BUDAK2...

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..