.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, March 14, 2012

..gangguan bekalan air 14 dan 15 mac..

Assalamu'alaikum..

isnin lepas, ada opismate bagi emel pasal notis gangguan bekalan air. dia bagi la link INI. jadi bila baca, terus terdetik dalam hati  "Ohh, dekat kawasan shah alam je. rumah aku tak terlibat pun. nasib baik. kalau tak, camne la haziq kat taska nanti. ramai-ramai camtu, taska kena tadah & simpan air banyak-banyak la." 

automatik dalam kepala ni, memang stop kat situ je. takde fikir-fikir dah.

sekali, hubby pergi ambil haziq iman kat taska semalam, taska ameen siap bagi notis.
TASKA AKAN DITUTUP PADA 14 DAN 15 MAC BERIKUTAN GANGGUAN BEKALAN AIR.
ini bagi mengelakkan dari anak-anak berkemungkinan terdedah kepada kuman (lupa dah apa namanya, 3 jenis). walaubagaimanapun pihak taska menerima jika ibu bapa masih ingin menghantar anak-anak pada dua hari berkenaan. namun, pihak taska tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang jangkitan pada anak-anak tersebut.


eh, kawasan petaling pun kena jugak ke? semak balik, rupanya iye.
isk, serba salah jadinya dengan haziq iman ni. short notice, kalau apply cuti sah-sah jadi emergency leave. nak hantar ke taska, takut jugak kan dengan kesihatan dia. bincang punya bincang dengan hubby, hari ni (14 mac) hantar la jugak ke taska.

esok insyaAllah hubby ambik cuti. ummi? takleh cuti sebab bos pun tengah cuti. sekarang ni ada jugak cover keje bos sikit-sikit. huhu. dengan sakit kepala tak hilang-hilang. sabar, sabar. kifarah dosa tu, insyaAllah.

kat rumah, dah siap-siap tadah air banyak-banyak. dapat la dalam 2 baldi, 2 besen. untuk wuduk, ada simpan air dalam botol. mudah dan selamat. hopefully, takdelah sampai 36 jam takde air tu. syabas pun rasanya dah estimate masa lebih sikit kot. lagipun kat apartment, air tangki maybe masih bertahan sampai malam ni. yang risaunya, esok.

boleh tahan susah hati jugak takde air ni ye? kalau takde elektrik, rasanya boleh bertahan sikit kot.




KUALA LUMPUR: Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdapat 5 wilayah yang akan terjejas dengan masalah belakan air ini.


Bilangan Wilayah terlibat : 5 Wilayah
1. Wilayah Hulu Selangor
2. Wilayah Petaling
3. Wilayah Kuala Lumpur
4. Wilayah Klang/Shah Alam
5. Wilayah Kuala Langat


WILAYAH HULU SELANGOR
Kg. Sg. Serai, Kuang
Kg. Kuang, Kuang
Kg. Cempedak, Kuang
Kg. Gombak, Kuang
Kg. Baru, Kundang
Kg. Melayu Sri, Kundang
Kg. Permata, Kundang
Taman Desa, Kundang
Bandar Baru Kundang
Kundang Jaya, Kundang
Taman Rajmat Jaya, Kundang
Taman Tasik Biru, Kundang
Kawasan Industri, Kundang
Keseluruhan Bandar Tasik Puteri


WILAYAH PETALING
SS 1 – 6, PJ
SS 7, Kelana Jaya
SS 8, Trade Zone
SS 9A, Sg. Way
SS 20, Damansara Kim
SS 21 & 21A, Damansara Utama
SS 22, Damansara Jaya
SS 22 – 23, Kg. Sg. Kayu Ara
SS 24, Taman Megah
SS 25, Taman Mayang Mas
SS 26, Taman Mayang
PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
PJU 1A, Damansara Idaman
PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
PJU 6A, Kg. Kayu Ara
PJU 7, Mutiara Damansara
PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
Taman Megah Mas
Bandar Utama
Tropicana Golf
TTDI & Pinggiran TTDI
Sg. Pencala
Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
Seksyen 12 hingga 14, PJ
Kg. Melayu Subang
U3, Subang Perdana
U5, Mah Sing
Subang Bestari


WILAYAH KUALA LUMPUR
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
Kelab DiRaja Selangor
Bukit Kiara Resort
Pusat Sukan Bukit Kiara
Pusat Sains Negara
Suruhanjaya Sekuriti
Bahagian Teknologi Pendidikan
Pusat Konvensyen Sime Darby
Jalan Segambir
Jalan Belimbing
Jalan Setia Bistari
Jalan Setia Murni 1 hingga 12
Jalan Setia Budi
Jalan Setia Rasa
Jalan Setia Raya
Jalan Setia Jaya
Jalan Medan Setia
Jalan Setia Bakti
Jalan Setia Kasih
Plaza Damansara
Taman Seri Beringin


WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
Seluruh Kawasan Sunway Suria
Seluruh Kawasan Puncak Perdana
Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar
Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
Seluruh Kawasan Jalan Yadi
Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
Seluruh Kawasan Bandar Puteri
Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
Seluruh Kawasan Bandar Botanic
Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
Seluruh Kawasan Taman Sentosa
Seluruh Kawasan Bandar parklands
Seluruh Kawasan Kg. Idaman
Seluruh Kawasan Taman Gembira
Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
Seluruh Kawasan Jalan Kastam
Seluruh Kawasan Pandamaran
Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran


WILAYAH KUALA LANGAT
Tmn Perwira Sijangkang
Tmn Sri Medan Sijangkang
Meter Pukal - Kebun Baru Ke Bkt Kemandol
Tmn Sijangkang Indah Sijangkang.
Tmn Sijangkang Jaya
Rancangan Rumah Murah Sijangkang
Bt 8 Sijangkang
Bt 8 1/2 & Bt 9 Kg Medan Sijangkang
Bt 9 Kg Medan
Bt 9 Sijangkang
Bt 10 Kebun Baru
Ladang Telok, Telok Panglima Garang
Tmn Sri Panglima, Telok Panglima Garang
Tmn Panglima, Telok Panglima Garang
Tmn Dato Hormat , Telok Panglima Garang
Tmn Emas , Telok Panglima Garang
Tmn Halijahton , Telok Panglima Garang
Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
Tmn Indah Jaya , Telok Panglima Garang
Jln Kenanga Sijangkang
Tmn Telok , Telok Panglima Garang
Tmn Gembira (Jaya Utama) , Telok Panglima Garang
Tmn Jaya Utama , Telok Panglima Garang
Tmn Pahlawan
Tmn Medan Indah , Telok Panglima Garang
Tmn Perkasa, Telok Panglima Garang
Tmn Pertiwi (Jalan Pertiwi 1,3,5) , Telok Panglima Garang
Kg Mujahiddin Bt 9 Kebun Baru
Jln Gotong Royong Bt 8 Sijangkang
Jln Telok Mengkuang , Telok Panglima Garang
Jln Kubur , Telok Panglima Garang
Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
Jln Manggis Kg Medan
Jln Pisang Kg Medan
Jln Helang Kebun Baru
Jln Merak Kebun Baru
Jln Sekolah Bt 9 Kebun Baru
Jln Murai Bt 9 Kebun Baru
Jln Siantan Bt 10 Kebun Baru
Jln Masjid Bt 10 Kebun Baru
Jln Cempaka Bt 10 Kebun Baru
Jln Enggang Kebun Baru
Jln Rajawali Bt 9 Kebun Baru
Jln Besar Sijangkang
Ladang Telok , Telok Panglima Garang
Kaw.Kilang Kebun Baru / Telok Panglima Garang
Pekan Telok , Telok Panglima Garang

1 comment:

  1. Salam,

    dengan besar hati, Lovely Dots menjemput anda untuk meMENANGI Where's Elmo a peek-a-boo book untuk anak kesayangan.

    Sila lawati blog kami http://lovelydots.blogspot.com atau Facebook kami di MENANGI Where's Elmo a peek-a-boo book untuk keterangan lanjut.

    Terima kasih

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..