.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, March 16, 2012

..EL pertama tahun ni..

Assalamu'alaikum..

semalam terpaksa jugak EL jaga haziq iman walau pada asalnya hubby yang cuti. kisahnya, haziq iman bangun pukul 6.00 pagi. tengok-tengok dia dah membuang, jadi terus mandikan dia. selesai mandikan, mintak tolong hubby pakaikan diaper dengan baju sementara saya mandi (saya takleh mandi sekali dengan haziq iman, nanti dia sibuk ajak main bubbles). lagipun takleh lambat-lambat sangat bersiap, sebab nak kejar bas pukul 7 pagi.

dari dalam bilik air saya dengar hubby dah bising-bising.
"tengok, habis dah kotor ni." kemudian dengar bunyi macam hubby nak termuntah. saya bukak pintu bilik air, tengok hubby dah angkat haziq iman yang belum pakai diaper ke depan pintu bilik air. tak berkata apa-apa. jadi dalam kepala duk ingat haziq iman dah kencing kat tilam la.

so saya ambik haziq iman, kemudian bersihkan. dah macam mandikan pun iye. payah bila anak suka mandi, air sejuk pun sejuk la.
dah siap, panggil hubby suruh siapkan haziq. tapi muka dia dah lain-lain. geram jugak la jadinya.

"tu, tengok anak buat apa kat atas toto?"

bertuah punya budak! dia buang air besar atas toto (-_-) nasib baik setempat je. huhu. hubby dah merah padam muka dia. dia memang anti dengan benda-benda busuk ni.

"abg ralit kejap je. pegi amik baju dia tadi. bila nak pakai pampers, ada bau"

"masa basuh dia tadi, takde pun sayang nampak dia macam berak."

"memang la. dah dia berak cangkung. tak banyak lekat kat punggung tu"


sudahnya, saya nak kena bersihkan dulu 'hasil kerja' haziq iman tu. nak kena basuh toto lagi.

sayup-sayup dari dalam bilik air,
"sayang je la EL ari ni. abang pergi kerja."

maka, terkorban la sehari anual leave saya. takpelah..apa saja untukmu haziq iman.

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..