.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, February 17, 2012

..ustaz don?..

Assalamu'alaikum..

bagaikan jadi satu fenomena pulak ustaz don ni. masa awal-awal kemunculan ustaz don, saya memang tak berapa ambik pusing sangat. tambahan masa tu tv alhijrah tak berapa nak elok kat rumah. kadang-kadang gambar ok, tp suara berdesing kat tv. jadi tak jelas sangat apa yang ustaz don duk ajar. disebabkan hal tu, jadi tak berminat sangat nak tengok rancangan 30 minit ustaz don tu.

kemudian, bila dah pasang astro kat rumah dan siaran tv alhijrah mula ada dalam astro, saya tak lepas peluang tengok rancangan ustaz don ni. seronok! penyampaiannya santai, bersahaja dan mudah faham. takde la skema sangat. disamping tu pulak ada unsur humor, pendek kata memang tak berganjaklah dari depan tv.

ustaz don bukan sahaja menekankan konsep teori, tapi siap dengan amali sekali. contohnya pasal jenis-jenis najis dan cara penyuciannya. kadang-kadang, kita rasa kita dah buat dengan betul dalam bab-bab penyucian ni tapi rupa-rupanya masih ada yang terlepas pandang. walhal semua itu melibatkan ibadah kita terutama solat. astaghfirullah.

kadang-kadang walaupun kita dah tau tentang sesuatu tu (contoh :tajwid) tapi bila dengar penerangan ustaz don, benda tu jadi makin clear. sesuai jugak untuk refresh semula ilmu yang kita ada. ye la, manusia ni sometimes mudah lupa.

tiap-tiap pagi, pukul 6.30 mesti bukak 30 minit ustaz don ni. tengah-tengah duk bersiap pergi kerja, sempat la tengok kejap. tak tengok pun, dengar pun ok. janji kita terima ilmu tu. haziq iman pun duduk je mengadap, macam faham je. hehe. yang waktu malam pun, kadang-kadang tak lepas peluang kecuali kalau dah tertidur awal.

paling takleh lupa, ceramah ustaz don sempena maulidurrasul. lupa dah tajuk dia. punya sebak ustaz don bercerita semasa saat-saat akhir pemergian Nabi Muhammad SAW kepada Penciptanya. terasa tiap kata ustaz don tu menyerap masuk kedalam hati. subhanallah.

"tidak ada istilah terlambat untuk kita mengasihi Nabi Muhammad SAW"

hopefully ustaz don teruskan usaha-usaha dakwah ni. dan janganlah ustaz don terlibat dengan mana-mana parti politik, bimbang usaha dakwah terpesong jadi benda lain. kan?

2 comments:

  1. ustaz don mmg ramai peminat,ditempat saya mengajipon,bile guru membetulkan sebutan,mesti ade sebut ustaz don.bagaimana gaya mulot ustaz don bile menyebot ayat tu.

    ReplyDelete
  2. a'ah..bagus dia ni..kdg2 dia buat gerak perlahan utk kita nampak dengan jelas cara sebutan tu..
    * thanks jengah sini :) *

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..