.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, February 15, 2012

..merajuk dengan suami? cuba baca ini..


saya tengah merajuk dengan hubby. merajuk disebabkan hal biasa, yang memang menjadi "masalah rutin rumahtangga" keluarga kami. hehe, tiba-tiba keluar istilah "masalah rutin rumahtangga" tu dari kepala saya. kadang-kadang taknak fikir pun, tapi bila dah meruncing sangat keadaannya, memang berat la kepala ni jadinya.

bila dah penat fikir cara nak atasi, suasana tu kadang-kadang tegang la jugak. mula-mula nak berbincang tapi bawak ke bergaduh. dari gaduh berlawan kata, baik saya diam. tu yang berubah jadi merajuk. senyap tak cakap pape. mata ni kalau boleh nak elak dari bertentangan dengan hubby. sape tak pernah buat macam ni, angkat tangan!

nak hilangkan rasa resah di hati (bukan tenang pun bila gaduh dengan hubby kan?), saya suka search motivasi dalam internet. cari la apa-apa motivasi yang boleh turunkan mood merajuk saya ni.

kali ni, terjumpa entri tulisan dr muhaya di SINI. kredit untuk dr muhaya dan saya C&P disini.

Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata selamat 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini, bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal, hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini. Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya. Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus menjaga tiga perkara suami kita.

1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.


Beliau seterusnya memberitahu saya sebelum berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan suaminya. Beliau nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali beliau berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan berlaku terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam kehidupan kita bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai seorang isteri, hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai profession, jadi professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni, beliau menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus beliau adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini, semangat beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat.

Saya bersyukur kerana di dalam setiap pesakit yang saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan menambah lagi kesyukuran apabila hati kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.


amacam? agak-agak ada rasa tersentak tak? pada saya, memang rasa macam tu la. mudah-mudahan saya istiqamah untuk mengingati diri sendiri supaya elakkan dari sakitkan hati hubby lagi.





tapi, kalau dia yang sengaja buat kita terasa, macam mana pulak ek?
hmm..

1 comment:

  1. rumahtangga mana yang tak dilanda badai...adat...cuma yelah kadang2 kita orang perempuan emosi terlebih..hehehe...I sendiri kadang2 buat perangai, tapi I pulak jenis memang tak boleh bergaduh lama, tak tenteram, nanti sendiri merajuk, sendiri ckp dgn hubby suruh pujuk i sebab i tengah merajuk (tak tahu malu kan) terus jadi kelakar plak..hahahaha

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..