.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, February 29, 2012

..lagi cerita psl taska yang tak menyedapkan hati..

Assalamu'alaikum..

hari ini kecoh pasal video di taska permata kota masai yang sememangnya buat ibu bapa panas punggung fikirkan macam mana dengan anak sendiri di taska. memang cukup menyedihkan bila anak-anak kecil dibuat macam tu. dibedung tu satu hal la, tapi masyaAllah, ketatnya. susah agaknya budak tu nak bernafas. lagi sedih bila mulut ditampal plaster, astaghfirullah. sampainya hati babysitter tu buat macam tu.

dengar ceritanya, pemilik taska berkenaan kata itu adalah perbuatan pekerjanya yang memang diketahui bermasalah (katanya pernah mencuri dll, wallahu a'lam. tak pasti kebenarannya). pemilik taska itu lagi mengatakan dia disabotaj dan telahpun membuat laporan polis.

ini bermakna, pemilik taska tak berada di premis la kan semasa anak-anak tu dijaga??
ini satu lagi kesilapan dia. memang betul-betul satu kesilapan besar. sebagai pemilik taska, sepatutnya kena la ada di premis berkenaan waktu bekerja tu. jangan nak harapkan pekerja je. kena la pantau macam mana budak-budak tu dijaga. ntah-ntah pemilik cuma datang hujung bulan je kot, masa mak ayah sibuk bayar yuran bulanan!

lagi satu, kalau dah tau pekerja dia memang bermasalah sebelum tu, apa salahnya usahakan cari pekerja lain? mak ayah taruh harapan tinggi, anak-anak diaorang dijaga dengan baik. bayar yuran tak pernah berkira pun. tapi, apa yang jadi?

ok, saya memang emosional sikit dalam hal ni. maafkan saya. dengan pengalaman yang pernah saya lalui, saya memang cukup berkira dalam hal-hal macam ni.


.

.

.




kisah ni berlaku masa haziq iman baru berumur 4-5 bulan. masa tu kami masih menetap di bandar saujana putra. tak dinafikan, tersangat banyak taska yang ada di kawasan tu. jadi, pilih punya pilih, adalah satu taska ni yang jadi pilihan kami. terletak dihujung simpang, jadi kami fikir mudah untuk hantar dan ambik. haziq iman mula duduk kat situ masa umur cecah 3 bulan.

baby bawah satu tahun cuma ada 4 orang sahaja termasuk haziq iman. selainnya, ada dalam 7-8 orang kanak-kanak yang berumur 2-5 tahun. pekerja ada 3 orang. so pada kami, keadaan nampak ok. saya cuba juga berborak-borak dengan babysitter (salah sorangnya nama mira) kat taska tu, dan saya berpuas hati. yang lagi dua tu, saya cam tak puas hati sikit, sebab nampak macam ganas sikit (tak silap lagi dua orang tu budak tengah tunggu result SPM).

bulan yang pertama, tiada apa yang merunsingkan hati kami. haziq iman nampak ok. lagipun masa tu dia memang mudah dijaga. tidur, kemudian minum susu, dan sambung tidur balik. dia jarang merengek kecuali kalau tak sihat. itu sahaja. petang-petang masa ambik dia, selalunya disambut dengan senyuman manis. cukup bahagia la kata orang.

pada saya, mira ni memang pandai jaga & ambik hati budak. ditambah pulak dengan badan dia yang agak berisi, agaknya baby macam haziq iman rasa comfort bila didukung. 2 minggu selepas haziq iman duduk kat taska tu, salah seorang pekerja dia berhenti. tinggal dua orang je termasuk mira. masa tu ok lagi.

masuk bulan kedua, mira balik kelantan. katanya ambik cuti. jadi masa tu cuma sorang je yang jaga kanak-kanak kat situ. sampai 2 minggu, mira tak datang-datang. batang hidung pemilik taska, memang langsung tak nampak dan sesungguhnya saya tak pernah bertemu mata pun dengan empunya badan. apa-apa urusan, hanya melalui mira.

masa ketiadaan mira, nampak kelam kabut jugak la budak tu dibuatnya. kadang-kadang pernah haziq iman tak mandi petang pun lagi walhal masa tu dah nak dekat pukul 7 malam. ok, takpe, saya abaikan je. faham kesukaran dia. sabar lagi.

tak lama lepas tu, masuk lagi seorang pekerja baru. masa ni mira belum masuk lagi. ntah cuti, ntah terus berhenti, saya pun taktau. pekerja baru ni nampak dah berusia sikit, dalam linkungan umur 35-40 tahun. nampak la macam emak-emak sikit. so, lega sikit hati ni sebab dah ada 2 pekerja kat situ.

tapi.....
sejak akak tu jaga haziq iman, saya perasan macam-macam benda tak best yang berlaku. selalunya masa mira jaga dulu, petang-petang masa ambik haziq iman, adalah jugak bau bedak/losyen kat badan. badan pun nampak segar. senyum memanjang. ummi & ayah pun hepi je tengok anak macam tu.
tapi sejak akak tu jaga, petang-petang haziq iman nampak lemau. nampak letih. mengantuk je. muka pun tak ceria. takde senyuman. bila cium badan dia, ada bau masam macam tak mandi tapi dah pakai baju tidur. diapers pun guna dalam dua keping je. pernah sehari tu, sekeping je diapers yang luak. masa tu, hampir setiap petang saya akan mandikan semula selepas balik dari taska. barulah nampak dia ok sikit. kat celah-celah pelipat, memang penuh dengan daki. memang macam tak mandi pun.

dan yang paling mengejutkan, bila penutup botol susu haziq iman ada tanda-tanda merah. sehari, dua hari, lama-lama bawak ke seminggu. selalunya setiap hari saya akan bekalkan 6-7 botol EBM. setiap hari tanpa miss, mesti ada penutup botol bertanda merah. saya dah curiga.

dalam kepala saya, memang dah takde benda lain. akak tu dah campurkan ubat batuk/demam dalam susu haziq iman. kesan merah tu ada kat penutup botol sebab dia goncang kuat-kuat supaya susu sebati dengan ubat tu. so memang tidur je la memanjang. takde nangis-nangis. senang nak jaga. cakap kat hubby, dia cakap tunggu lagi 2-3 hari. kalau tak ok jugak, call pemilik taska. takpun terus je tukar ke taska lain.

klik untuk enlarge. saya kekalkan gambar ni dalam saiz asal.

tanda merah macam ubat batuk/demam jelas kelihatan

secara logiknya, kalau bukan ubat batuk/demam, agaknya apalah benda yang ajdikan penutup botol ni merah??


tisu yang saya gunakan untuk lap botol susu di bahagian dalam. ada tanda-tanda merah dengan jelas.

genap dua minggu akak tu kerja kat situ, saya dah tak tahan. kemuncaknya bila ketujuh-tujuh penutup botol EBM ada tanda-tanda merah tu.saya call rozie, pemilik taska. bagitahu apa yang berlaku. esoknya, akak tu dah takde. bila tanya rozie, akak tu dah berhenti. katanya nak pindah rumah. hmm, dalam hati saya "lantak la". yang saya tahu, saya nak anak saya dijaga baik-baik sebab mereka dibayar!

selepas tu, baru la keadaan kembali normal. rozie, empunya taska tu boleh dikatakan setiap hari ada. saya ambik sedikit masa untuk borak-borak dengan dia. dan dia mengakui dia jarang datang jenguk taska. saya luahkan perasaan saya sebagai seorang mak. rozie pun muda dari saya tapi anak dia dah cecah umur 2 tahun. tak lama lepas tu, mira balik semula bekerja ke taska tersebut. mengikut kiraan saya, ada la dalam sebulan haziq iman ni berada dalam jagaan yang tak sepatutnya. sian anak ummi.

sekarang, bila dah pindah kota damansara, alhamdulillah saya jumpa taska yang betul-betul memikat hati saya. taska ameen. walaupun bayaran memang sedikit tinggi, tapi sangat berbaloi dengan jagaan & didikan yang diberi. setiap hari, saya nampak perubahan positif di dalam pembesaran haziq iman. saya tak pernah mengalami pengalaman anak menangis bila nak dihantar ke taska pada waktu pagi. malahan, bila sampai je kat taska, haziq iman ni dah langsung lupa kat ayah & ummi dia. jalan menonong masuk taska, tak toleh-toleh dah.

alhamdulillah.

semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. pada pemilik-pemilik taska kat luar tu, tolonglah jaga anak-anak kami dengan baik. tolonglah jaga amanah yang diberikan.

8 comments:

  1. cian haziq. smpai mcm tu sekali kakak tu buat, smta-mata nak senangkan kerja dia. hishh. tak berkat, kerja cmtu.

    ReplyDelete
  2. ya allah..mmg dia buh ubat la tu sbb tu lemau je haziq iman..parent lain tak perasan ke??

    ReplyDelete
  3. ella..
    tu la yg akak jd emosi sgt bila tengok video tu..huhu..nak menitik air mata ni..


    rDna,
    pernah saya tanya dekat sorang parent ni. tapi dia macam tak pasti. dia kata, pasal badan bau masam tu mmg perasan. klu psl botol susu, dia taktau. lagipun, saya sorang je yang bekalkan EBM masa tu. jadi parent lain tak pernah dapat botol susu bertanda merah sbb botol memang ada kat taska je.

    ReplyDelete
  4. xde ibu yg tak emo pasal video kes2 xbetul kt taska ni iza..

    uhuh siannya kt haziq..ntah brape bnyk dh agknya minum ubat tuh..teruknya la diorg ni..nasib baik dh pindah taska..

    bila pkir cmtu, terdetik kt hati nk jg ank sdri tp tak mampu, berserah pd Allah je la

    ReplyDelete
  5. saspennye,
    slalu trfikir risiko2 cmni lah yg mil na ckp,
    tggu ank bsr sket bru hantar ke taska
    tp mslhnye bl dr kecik duduk ngn atok dia,
    manja mengada
    dh bsr nk antar taska xmo dah T__T

    mtk dijauhkan la perkara2 buruk cni brlaku kt anak kite kan??

    ReplyDelete
  6. salam..sy ni tengah2 gugel utk hantar anak sy ke taska ameen..so nak tnyla...ok x taska tuh..sy dah siap call kak umi tu..meriah orgnyer dlm phone...dgrnyer mcm friendlyla walaupon sy call je kan...smlm pon mlm siap saje nak tinjau taska tu ngan asben..nak tgk environmentnyer mcm mane...so kalo ade testimoni kate ok...insyaAllah sy pon nak antar anak kat ctu..anak sy dah 11 bulan...1st time nak antar taska selame 10bulan lbh ni jage dia je..jd housewife...ni 1st time dia nak duduk ngan org..xtau camne kan..so nak test antar dia dlm seminggu dua b4 masuk kje..bg dia serasi kat ctu...

    ReplyDelete
  7. kak, brapa yuran bulanan taska ameen tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shira..

      untuk 2 tahun ke atas skrg ni RM350..
      kalau 2 tahun ke bawah, tak silap akak RM380..

      Delete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..