.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, February 29, 2012

..lagi cerita psl taska yang tak menyedapkan hati..

Assalamu'alaikum..

hari ini kecoh pasal video di taska permata kota masai yang sememangnya buat ibu bapa panas punggung fikirkan macam mana dengan anak sendiri di taska. memang cukup menyedihkan bila anak-anak kecil dibuat macam tu. dibedung tu satu hal la, tapi masyaAllah, ketatnya. susah agaknya budak tu nak bernafas. lagi sedih bila mulut ditampal plaster, astaghfirullah. sampainya hati babysitter tu buat macam tu.

dengar ceritanya, pemilik taska berkenaan kata itu adalah perbuatan pekerjanya yang memang diketahui bermasalah (katanya pernah mencuri dll, wallahu a'lam. tak pasti kebenarannya). pemilik taska itu lagi mengatakan dia disabotaj dan telahpun membuat laporan polis.

ini bermakna, pemilik taska tak berada di premis la kan semasa anak-anak tu dijaga??
ini satu lagi kesilapan dia. memang betul-betul satu kesilapan besar. sebagai pemilik taska, sepatutnya kena la ada di premis berkenaan waktu bekerja tu. jangan nak harapkan pekerja je. kena la pantau macam mana budak-budak tu dijaga. ntah-ntah pemilik cuma datang hujung bulan je kot, masa mak ayah sibuk bayar yuran bulanan!

lagi satu, kalau dah tau pekerja dia memang bermasalah sebelum tu, apa salahnya usahakan cari pekerja lain? mak ayah taruh harapan tinggi, anak-anak diaorang dijaga dengan baik. bayar yuran tak pernah berkira pun. tapi, apa yang jadi?

ok, saya memang emosional sikit dalam hal ni. maafkan saya. dengan pengalaman yang pernah saya lalui, saya memang cukup berkira dalam hal-hal macam ni.


.

.

.




kisah ni berlaku masa haziq iman baru berumur 4-5 bulan. masa tu kami masih menetap di bandar saujana putra. tak dinafikan, tersangat banyak taska yang ada di kawasan tu. jadi, pilih punya pilih, adalah satu taska ni yang jadi pilihan kami. terletak dihujung simpang, jadi kami fikir mudah untuk hantar dan ambik. haziq iman mula duduk kat situ masa umur cecah 3 bulan.

baby bawah satu tahun cuma ada 4 orang sahaja termasuk haziq iman. selainnya, ada dalam 7-8 orang kanak-kanak yang berumur 2-5 tahun. pekerja ada 3 orang. so pada kami, keadaan nampak ok. saya cuba juga berborak-borak dengan babysitter (salah sorangnya nama mira) kat taska tu, dan saya berpuas hati. yang lagi dua tu, saya cam tak puas hati sikit, sebab nampak macam ganas sikit (tak silap lagi dua orang tu budak tengah tunggu result SPM).

bulan yang pertama, tiada apa yang merunsingkan hati kami. haziq iman nampak ok. lagipun masa tu dia memang mudah dijaga. tidur, kemudian minum susu, dan sambung tidur balik. dia jarang merengek kecuali kalau tak sihat. itu sahaja. petang-petang masa ambik dia, selalunya disambut dengan senyuman manis. cukup bahagia la kata orang.

pada saya, mira ni memang pandai jaga & ambik hati budak. ditambah pulak dengan badan dia yang agak berisi, agaknya baby macam haziq iman rasa comfort bila didukung. 2 minggu selepas haziq iman duduk kat taska tu, salah seorang pekerja dia berhenti. tinggal dua orang je termasuk mira. masa tu ok lagi.

masuk bulan kedua, mira balik kelantan. katanya ambik cuti. jadi masa tu cuma sorang je yang jaga kanak-kanak kat situ. sampai 2 minggu, mira tak datang-datang. batang hidung pemilik taska, memang langsung tak nampak dan sesungguhnya saya tak pernah bertemu mata pun dengan empunya badan. apa-apa urusan, hanya melalui mira.

masa ketiadaan mira, nampak kelam kabut jugak la budak tu dibuatnya. kadang-kadang pernah haziq iman tak mandi petang pun lagi walhal masa tu dah nak dekat pukul 7 malam. ok, takpe, saya abaikan je. faham kesukaran dia. sabar lagi.

tak lama lepas tu, masuk lagi seorang pekerja baru. masa ni mira belum masuk lagi. ntah cuti, ntah terus berhenti, saya pun taktau. pekerja baru ni nampak dah berusia sikit, dalam linkungan umur 35-40 tahun. nampak la macam emak-emak sikit. so, lega sikit hati ni sebab dah ada 2 pekerja kat situ.

tapi.....
sejak akak tu jaga haziq iman, saya perasan macam-macam benda tak best yang berlaku. selalunya masa mira jaga dulu, petang-petang masa ambik haziq iman, adalah jugak bau bedak/losyen kat badan. badan pun nampak segar. senyum memanjang. ummi & ayah pun hepi je tengok anak macam tu.
tapi sejak akak tu jaga, petang-petang haziq iman nampak lemau. nampak letih. mengantuk je. muka pun tak ceria. takde senyuman. bila cium badan dia, ada bau masam macam tak mandi tapi dah pakai baju tidur. diapers pun guna dalam dua keping je. pernah sehari tu, sekeping je diapers yang luak. masa tu, hampir setiap petang saya akan mandikan semula selepas balik dari taska. barulah nampak dia ok sikit. kat celah-celah pelipat, memang penuh dengan daki. memang macam tak mandi pun.

dan yang paling mengejutkan, bila penutup botol susu haziq iman ada tanda-tanda merah. sehari, dua hari, lama-lama bawak ke seminggu. selalunya setiap hari saya akan bekalkan 6-7 botol EBM. setiap hari tanpa miss, mesti ada penutup botol bertanda merah. saya dah curiga.

dalam kepala saya, memang dah takde benda lain. akak tu dah campurkan ubat batuk/demam dalam susu haziq iman. kesan merah tu ada kat penutup botol sebab dia goncang kuat-kuat supaya susu sebati dengan ubat tu. so memang tidur je la memanjang. takde nangis-nangis. senang nak jaga. cakap kat hubby, dia cakap tunggu lagi 2-3 hari. kalau tak ok jugak, call pemilik taska. takpun terus je tukar ke taska lain.

klik untuk enlarge. saya kekalkan gambar ni dalam saiz asal.

tanda merah macam ubat batuk/demam jelas kelihatan

secara logiknya, kalau bukan ubat batuk/demam, agaknya apalah benda yang ajdikan penutup botol ni merah??


tisu yang saya gunakan untuk lap botol susu di bahagian dalam. ada tanda-tanda merah dengan jelas.

genap dua minggu akak tu kerja kat situ, saya dah tak tahan. kemuncaknya bila ketujuh-tujuh penutup botol EBM ada tanda-tanda merah tu.saya call rozie, pemilik taska. bagitahu apa yang berlaku. esoknya, akak tu dah takde. bila tanya rozie, akak tu dah berhenti. katanya nak pindah rumah. hmm, dalam hati saya "lantak la". yang saya tahu, saya nak anak saya dijaga baik-baik sebab mereka dibayar!

selepas tu, baru la keadaan kembali normal. rozie, empunya taska tu boleh dikatakan setiap hari ada. saya ambik sedikit masa untuk borak-borak dengan dia. dan dia mengakui dia jarang datang jenguk taska. saya luahkan perasaan saya sebagai seorang mak. rozie pun muda dari saya tapi anak dia dah cecah umur 2 tahun. tak lama lepas tu, mira balik semula bekerja ke taska tersebut. mengikut kiraan saya, ada la dalam sebulan haziq iman ni berada dalam jagaan yang tak sepatutnya. sian anak ummi.

sekarang, bila dah pindah kota damansara, alhamdulillah saya jumpa taska yang betul-betul memikat hati saya. taska ameen. walaupun bayaran memang sedikit tinggi, tapi sangat berbaloi dengan jagaan & didikan yang diberi. setiap hari, saya nampak perubahan positif di dalam pembesaran haziq iman. saya tak pernah mengalami pengalaman anak menangis bila nak dihantar ke taska pada waktu pagi. malahan, bila sampai je kat taska, haziq iman ni dah langsung lupa kat ayah & ummi dia. jalan menonong masuk taska, tak toleh-toleh dah.

alhamdulillah.

semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. pada pemilik-pemilik taska kat luar tu, tolonglah jaga anak-anak kami dengan baik. tolonglah jaga amanah yang diberikan.

Wednesday, February 22, 2012

..wordless wednesday #07 : jadual tetap setiap pagi..komplot anak beranak..satu untuk haziq, satu untuk ayah..

Assalamu'alaikum..

Friday, February 17, 2012

..ustaz don?..

Assalamu'alaikum..

bagaikan jadi satu fenomena pulak ustaz don ni. masa awal-awal kemunculan ustaz don, saya memang tak berapa ambik pusing sangat. tambahan masa tu tv alhijrah tak berapa nak elok kat rumah. kadang-kadang gambar ok, tp suara berdesing kat tv. jadi tak jelas sangat apa yang ustaz don duk ajar. disebabkan hal tu, jadi tak berminat sangat nak tengok rancangan 30 minit ustaz don tu.

kemudian, bila dah pasang astro kat rumah dan siaran tv alhijrah mula ada dalam astro, saya tak lepas peluang tengok rancangan ustaz don ni. seronok! penyampaiannya santai, bersahaja dan mudah faham. takde la skema sangat. disamping tu pulak ada unsur humor, pendek kata memang tak berganjaklah dari depan tv.

ustaz don bukan sahaja menekankan konsep teori, tapi siap dengan amali sekali. contohnya pasal jenis-jenis najis dan cara penyuciannya. kadang-kadang, kita rasa kita dah buat dengan betul dalam bab-bab penyucian ni tapi rupa-rupanya masih ada yang terlepas pandang. walhal semua itu melibatkan ibadah kita terutama solat. astaghfirullah.

kadang-kadang walaupun kita dah tau tentang sesuatu tu (contoh :tajwid) tapi bila dengar penerangan ustaz don, benda tu jadi makin clear. sesuai jugak untuk refresh semula ilmu yang kita ada. ye la, manusia ni sometimes mudah lupa.

tiap-tiap pagi, pukul 6.30 mesti bukak 30 minit ustaz don ni. tengah-tengah duk bersiap pergi kerja, sempat la tengok kejap. tak tengok pun, dengar pun ok. janji kita terima ilmu tu. haziq iman pun duduk je mengadap, macam faham je. hehe. yang waktu malam pun, kadang-kadang tak lepas peluang kecuali kalau dah tertidur awal.

paling takleh lupa, ceramah ustaz don sempena maulidurrasul. lupa dah tajuk dia. punya sebak ustaz don bercerita semasa saat-saat akhir pemergian Nabi Muhammad SAW kepada Penciptanya. terasa tiap kata ustaz don tu menyerap masuk kedalam hati. subhanallah.

"tidak ada istilah terlambat untuk kita mengasihi Nabi Muhammad SAW"

hopefully ustaz don teruskan usaha-usaha dakwah ni. dan janganlah ustaz don terlibat dengan mana-mana parti politik, bimbang usaha dakwah terpesong jadi benda lain. kan?

..ragam haziq iman..

Assalamu'alaikum..

saya ni boleh dikatakan takde checmistry dengan kamera. jarang sangat nak ambil gambar kalau kemana-mana. kadang-kadang teringin juga nak ambik gambar , tapi segan pulak kat orang sekeliling. bila ntah nak hilang rasa segan tu. tu yang blog suram je kot. cuma penuh dengan kata-kata je.

ni gelagat haziq iman semasa kami ke summit usj baru ni. makchu dia nak guna baucer buku yang rm200 tu, so beraraklah kami ke kedai buku popular. orang lain yang nak beli buku, tapi haziq iman yang lebih-lebih.


pantang suruh senyum, cepat je dia. tapi mata ntah pandang kemana.

mengemas buku. habis berterabur buku dibuatnya.

"makchu, nak buku ni"

pandang kat ummi sebab ummi dah bebel-bebel dia jatuhkan buku.

lepas kena bebel, peluk makchu dia. konon mintak belas kasihan la tu.

budak manja =)


Wednesday, February 15, 2012

..haziq iman yang suka mandi..

Assalamu'alaikum..


semangat menulis membuak-buak. hati melonjak-lonjak untuk bercerita perihal haziq iman yang sudah mencecah 15 bulan. penawar hati kami ni dah bermacam-macam perangai ada.

daripada kecik sampai la ke sekarang, waktu mandi adalah waktu yang paling menggembirakan dia. main air tu takyah cakap la. musim-musim sejuk pun, takde hal berlama-lama dalam bilik air tanpa air suam. sengih memanjang.

setakat ni belum ada masalah untuk gosok gigi. berebut berus gigi tu biasalah. penyelesaiannya, satu untuk dia pegang, satu lagi ummi dia yang pegang. tapi 'berebut' pulak nak nak masukkan berus gigi dalam mulut. kadang-kadang saya pun terpaksa berus gigi sekali sebab dia akan ikut apa yang saya buat. tu pun sebenarnya lebih kepada berus lidah, bukan gigi pun.

sekarang ni, kegemaran terbaru dia, main sabun. kemudian paksa saya tiup buih dan dia dengan senang hatinya tepuk-tepuk belon atas tangan saya sambil gelak-gelak. kadang-kadang sampai setengah jam melayan dia dalam bilik air tu.

pagi-pagi sebelum pergi taska, selalunya dia nak mandi dulu kat rumah. celik mata, sengih-sengih kemudian terus menuju ke bilik air. tambah-tambah sejak dah pandai bukak baju sendiri ni. tak bagi masuk bilik air, mula la dia 'menyanyi' sakan. ummi & ayah takut suara dia membingitkan jiran-jiran sekeliling, terpaksa la mandikan jugak.

tapi rupa-rupanya...

kat taska ameen pun sama. cerita penjaga dia kat taska,
"dia ni kak, asal sampai kat taska je, terus bukak baju, menuju ke bilik air. tak kira la akak dah mandikan kat rumah ke belum, mandi pagi kat taska dah jadi rutin"

alahai, bertuah punya anak. kat rumah dia nak mandi, kat taska pun mandi jugak rupanya.

haziq iman..haziq iman..

..merajuk dengan suami? cuba baca ini..


saya tengah merajuk dengan hubby. merajuk disebabkan hal biasa, yang memang menjadi "masalah rutin rumahtangga" keluarga kami. hehe, tiba-tiba keluar istilah "masalah rutin rumahtangga" tu dari kepala saya. kadang-kadang taknak fikir pun, tapi bila dah meruncing sangat keadaannya, memang berat la kepala ni jadinya.

bila dah penat fikir cara nak atasi, suasana tu kadang-kadang tegang la jugak. mula-mula nak berbincang tapi bawak ke bergaduh. dari gaduh berlawan kata, baik saya diam. tu yang berubah jadi merajuk. senyap tak cakap pape. mata ni kalau boleh nak elak dari bertentangan dengan hubby. sape tak pernah buat macam ni, angkat tangan!

nak hilangkan rasa resah di hati (bukan tenang pun bila gaduh dengan hubby kan?), saya suka search motivasi dalam internet. cari la apa-apa motivasi yang boleh turunkan mood merajuk saya ni.

kali ni, terjumpa entri tulisan dr muhaya di SINI. kredit untuk dr muhaya dan saya C&P disini.

Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata selamat 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini, bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal, hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini. Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya. Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus menjaga tiga perkara suami kita.

1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.


Beliau seterusnya memberitahu saya sebelum berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan suaminya. Beliau nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali beliau berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan berlaku terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam kehidupan kita bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai seorang isteri, hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai profession, jadi professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni, beliau menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus beliau adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini, semangat beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat.

Saya bersyukur kerana di dalam setiap pesakit yang saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan menambah lagi kesyukuran apabila hati kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.


amacam? agak-agak ada rasa tersentak tak? pada saya, memang rasa macam tu la. mudah-mudahan saya istiqamah untuk mengingati diri sendiri supaya elakkan dari sakitkan hati hubby lagi.





tapi, kalau dia yang sengaja buat kita terasa, macam mana pulak ek?
hmm..

Tuesday, February 14, 2012

..menyepi..

Assalamu'alaikum..

kekok rasanya nak publish entri kali ni. sejak episod paksa rela yang lepas, agak terbatas ruang nak menulis. tambahan pula mood yang sekejap ada,sekejap tak ada. sepanjang 3 bulan ni sebenarnya dah ada 15 entri dalam draf yang saya tulis. tapi semuanya saya tak publish. sebabnya semua entri melepas perasaan yang agak melampau. dari kisah kena tukar team, kemudian kisah berkemas bagai nak rak sebab nak pindah pejabat, kemudian kisah duduk di pejabat baru dan akhirnya pada awal januari 2012, dikejutkan dengan struktur baru dalam unit yang menyebabkan saya bertukar team lagi sekali!

hehe, tapi semua tu cerita lama. yang pasti sekarang ni saya gembira dengan kerja saya. alhamdulillah, walaupun kerja macam banyak, tapi rasanya saya bahagia. harap-harap saya boleh catch-up dengan kerja-kerja baru ni. sekarang masih dalam proses merangkak. apapun, alhamdulillah dengan kesudian pihak-pihak berkenaan yang banyak bagi tunjuk ajar.

entah macam mana, jodoh saya dengan SAP kembali bertaut. walaupun dapat task lain dari yang sebelum tu, tapi takpe. saya ok je.

ok. dah la citer pasal opis ni. kalau nak bercerita, memang panjang jadinya. takut nanti melalut-lalut. bahaya T___T

--------------------------------------------------------------


haziq iman genap setahun 3 bulan semalam. perangai pun dah macam-macam. dah pandai merajuk, pandai marah. menangis pun dah makin kuat. manja makin menjadi-jadi. tapi semua tu rencah dalam pembesaran seorang kanak-kanak seusianya.

dengar muzik pun,dah pandai berjoget-joget. taktahu la dari mana dia belajar. mungkin dari rancangan hi-5 kot. sebab pagi-pagi pukul 7, dia suka tengok rancangan tu. pkul 6.30 pagi selalunya dia tercongok tengok 30 minit ustaz don. cara dia tengok, macam faham je. kemudian tangan duk tunjuk-tunjuk ke ustaz sambil mulut mengomel dan pandang ummi. agaknya nak cakap, "ummi dengar tu apa ustaz don cakap."

nantilah, nak bercerita lanjut pasal milestones haziq iman dalam tempoh 3-4 bulan ni. dah besar nanti, boleh haziq iman baca kot..hehe.

nak balik dah ni, daaa..