.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, December 31, 2012

..feel weird..

Assalamu'alaikum.. 

entah apa tak kena pagi ni, lain macam sangat badan ni.

sedia maklum, memang dah sampai masa untuk ABC, tapi tak sampai-sampai lagi. perut rasa berombak-ombak banyak angin, tapi takleh nak sendawa. tersekat je rasa. tekak pun sama buat hal, asyik rasa loya nak termuntah.

dah la keje memang tengah banyak hari ni, esok pun kena standby keje dah nama pun support team, standby 24/7. badan pulak buat hal, memang saje la kan..

err..ni pun dah gatal-gatal pegi test, tapi -ve. 

harini dah 31hb, tapi keputusan nak terima offer  PPPT belum decide lagi. ada lagi 23 hari je masa yang tinggal. nak buat keputusan, kena depend kepada beberapa keputusan/perkara yang diluar kuasa diri sendiri. nak consider pendapat family members lagi yang ada bermacam-macam argument walaupun hakikatnya mereka gembira dengan offer tu. kalau nak terima, kena hantar notis 2 bulan. makin lewat hantar notis letak jawatan, nanti tak pasal-pasal kena bayar gaji 2 bulan.

pagi ni belum breakfast, just minum je. keje banyak belum selesai, sempat ke nak siap sebelum 2hb ni? 

jiwa bercelaru, huhu. 

Friday, December 28, 2012

..please la..

Assalamu'alaikum.. 

please,
jangan buat sampai saya naik atas kepala awak. ada masanya saya boleh mengangguk-angguk dan menjadi "miss yes". sebab saya masih ada hormat dengan awak.
tapi sampai suatu tahap, saya akan jadi seorang yang kurang ajar bilamana awak sentiasa buat saya macam "miss nothing"!! diam saya bukan diam mengalah, tapi diam saya takmau cari pasal dengan orang.

bukan selamanya kata-kata awak sentiasa betul. ada masanya awak harus akui yang awak juga punya silap tersendiri. terima kasih sebab sekarang awak dah berjaya buat saya teringin nak jadi hulk hogan hari ni.

akhir-akhir bulan macam ni awak cari pasal dengan saya. memang saje la kan..

astaghfirullah hal 'azim. hari ni hari jumaat. saya takmau marah-marah sebab dosa saya memang dah sedia maklum banyaknya tak terkira. saya rasa macam taknak tengok muka awak, tapi yang pastinya saya tetap kena mengadap awak.

bila difikir-fikir, awak antara orang yang sebenarnya 'memujuk' saya,
"pergilah nak pergi sarawak pun".

ok. hati, please stop this.
pi sambung buat kerja.



**entri ni langsung tiada kaitan dengan 'teka tekak' nak terima offer PPPT atau tak.
:)

Monday, December 24, 2012

..ia berita membahagiakan, cuma terselit pilihan yang sukar dibuat..

Assalamu'alaikum.. 

firstly, maaf sebab lama sangat blog ini terabai. saya faham yang saya tak punya banyak reader, tapi saya tahu ada yang selalu jenguk dan asyik-asyik nampak entri yang sama. tiada alasna yang boleh saya berikan selain dari tiada ruang komitmen. atau boleh jugak kategorikan semalam mim alif lam sin.

ada seratus draf dalam tempoh 3-4 bulan ni yang terperap, tapi semuanya tak habis diltulis. sudahnya terperuk je. my bad :-|

ok, kita lupakan je la pasal tu. ni saya menulis ni pun, mesti ada sebab kan? haha, asal ada peristiwa je, baru sibuk nak menulis.

alkisah, dari entry INI dimana saya berstatus calon simpanan bagi PPPT DH41, hari ini terurai la teka teki, "bila masanya calon simpanan kena tunggu untuk dipanggil SPP?"
tempoh yang saya kena tunggu adalah 4 BULAN 8 HARI. tapi ini cuma saya punya status. tak semestinya sama dengan course lain dan seangkatan dengannya.

hari ni hubby off day, seronok berguling atas tilam kat rumah. pukul 12 tengahari hubby call.
"ni abang nak tanya, bila masanya syg apply jadi pensyarah kolej komuniti?"
yang saya ni pulak kalut,
"eh, mana ada?"

mulanya dalam kepala ni duk fikir, ada panggil temuduga lagi ke? kan ke baru je temuduga bulan Jun aritu? amboi, cepatnya kena panggil temuduga lagi?
kemudian hubby mula la potpet potpet dari sana. baca isi kandungan surat yang saya terima tu.

TAWARAN PELANTIKAN TETAP JAWATAN PPPT bla bla bla blabla....

subhanallah, surat panggilan untuk lapor diri untuk jawatan PPPT DH41!! mula-mula dengar tu badan dah menggigil, dah taktau nak bereaksi macam mana. rasa terawang-awang (hehe, melampau kan?) tapi itulah yang saya rasa. begitulah reaksi seorang manusia yang excited terima berita yang selama ni memang dinanti-nantikan. suara hubby kat hujung sana pun dengar tak dengar je. 

tarikh lapor diri di KPT Putrajaya, 23 Januari depan. dan dalam surat tu, dah dinyatakan sekali penempatan di mana. nyatanya, Allah menguji saya di dalam kegembiraan ini. nak uji sejauh mana kuatnya iman saya dengan qada' dan qadar.

penempatan saya di.....
Kolej komuniti mas gading, bau, SARAWAK!!

ye, SARAWAK. di pekan bau yang jauhnya dalam sejam perjalanan dari kuching. adik ipar saya baru je habis belajar kat UNIMAS, konvo bulan oktober baru ni. kemudian, saya pulak dijemput kesana yang entah untuk tempoh berapa lama.

tiba-tiba saya rasa macam, "eh, aku nak ke pergi?"

buntu.
fikir anak.
fikir hubby.
fikir ma ayah.
fikir jugak ibu dan ayah.
fikir jauhnya di Bau, pedalaman, rumah, transport, taska..stress..!

Allah..Ya Allah..
tolong la hamba-Mu ini.












Wednesday, October 10, 2012

..HAYYAN, seindah namanya..

Assalamu'alaikum.. 

semalam, seorang ofismate saya selamat bersalin anak ketiga pada pukul 6 petang. due dia pun memang dah dekat, lagi 3-4 hari je. tapi Allah lebih sayangkan mujahid kecil tersebut. baby Hayyan hanya sempat hidup selama 3 jam lebih sahaja. pukul 9.30 malam, baby Hayyan dipanggil kembali mengadap-Nya.

sayu. sedih sangat bila dapat berita ni. benarlah, hanya insan-insan terpilih yang akan melalui saat getir macam ni. ofismate saya tu memang kuat semangat orangnya. walaupun sebenarnya dari dalam kandungan lagi dia dah tahu baby Hayyan memang bermasalah dan doktor memang tak memberi harapan yang tinggi, tapi mereka suami isteri tak pernah fikirkan apa-apa yang buruk.

tak dapat nak bayangkan macam mana ofismate saya tu nak berpantang tanpa baby di sisi. tadi saya terpanjang full set shaklee set B atas meja dia. dan-dan tu jugak air mata saya menitik. baby Hayyan pergi terlebih dahulu sebab taknak menyusahkan ummi dan abi dia. dan pastinya baby Hayyan setia menanti di syurga sana.

apapun,
baby Hayyan akan sentiasa 'hidup' di dalam hati. seindah namanya yang bermaksud "Yang Hidup".

Al-Fatihah.

Tuesday, October 9, 2012

..haziq iman dah ada bestfriend!..

Assalamu'alaikum..

alhamdulillah,  haziq iman bakal menginjak 2 tahun bulan depan. mulut dah bising. dah boleh buat ayat yang simple-simple. dah boleh memahami ekspresi perasaan orang [macam kita marah ke, merajuk, sakit, letih, mengantuk, dll)

cerita terbaru, haziq iman dah ada bestfriend kat taska ameen. asyik je duk sebut nama bestfriend dia tu kat rumah. kejap-kejap sebut. tengah nyanyi lagu ABC pun boleh sebut nama bestfriend.

2-3 minggu lepas
sambil-sambil main dengan haziq iman, sesekali terdengar dia menyebut something like "anno" atau "annu". kadang-kadang kami ingatkan dia sebut "no..no..no". 
bila tanya balik kat dia, "haa, annu? apa tu haziq?", mesti lepas tu dia sengih-sengih.

minggu lepas
masa sampai kat taska, sebaik baby sitter dia pimpin tangan masuk ke dalam, terdengar haziq sebut lagi "annu" tu. tapi baby sitter dia macam faham apa yang disebut sebab terdengar baby sitter dia jawab,
"annu kat dalam. jom masuk."
so kami faham, "Ooo..annur kot. nama orang."
tapi tak pasti lagi siapa empunya badan yang nama annur tu. kawan dia ke, atau mungkin jugak nama salah sorang dari baby sitter kat situ.

esoknya, perasaan nak tahu tu membuatkan saya tanya dekat baby sitter taska ameen tu. 
"dik, annur tu sape? kawan haziq ke?"
"a'ah. bestfriend haziq. nama raihannur. panggil annur. lebih kurang sebaya"
"OOoooo..," punya panjang kami punya Ooooo tu, hehe.

kami pernah jugak 'intai' yang mana satu annur tu, tapi selalu takde kesempatan. kadang-kadang masa haziq iman sampai, annur belum sampai. kalau annur dah sampai pun, dia dah masuk dalam taska.


pagi tadi
belum sampai ke depan pagar taska ameen, saya dah nampak 3 orang budak comel lote duduk kat pagar kecik di pintu taska. ada dua budak lelaki dalam umur setahun lebih dan seorang budak perempuan baya haziq iman.

yang si haziq iman ni pulak, tak sabar-sabar nak turun dari motor padahal motor tengah gerak lagi. tak pernah pulak macam tu. ni belum sempat salam ayah ummi, dah sibuk nak masuk dalam pagar. kemudian mulut dia kecoh,
"annur! annur!"
saya dengan hubby ni pun terpandang kat pagar kecik pintu taska, budak perempuan tu dah terlompat-lompat nampak haziq iman.

bila baby sitter datang ambik haziq, dia pun cakap
"tu la annur. yang bertocang tu"
 
masyaAllah. budak yang melompat-lompat girang bila nampak haziq iman tu la annur. tergelak besar kitaorang bila tengok gelagat dua budak kecik ni.

bila haziq iman masuk ke dalam taska, nampak annur suapkan roti kat tangan dia ke mulut haziq iman. tapi dah dasar anak lelaki, dia terus ambik je roti tu dari tangan annur. tapi nampak annur tak marah, bertambah sengih ada la :) 

alahai, sweetnya bila tengok gelagat budak-budak ni. macam dah takde budak lelaki lain nak dijadikan bestfriend. annur jugak yang jadi pilihan haziq iman.

sepanjang jalan ke opis, tersenyum saya teringatkan budak-budak ni. hai, macam-macam ragam!


Friday, September 7, 2012

..aidilfitri 2012/1433H..

Assalamu'alaikum..


mudik perahu ke hujung muara,
mudik ketika senja nan merah,
nasib baik blog tak boleh bersuara,
kalau tak, dah lama tuan dia kena marah. 

eceh..berpantun pulak. nak bagi hilang rasa bersalah je sebenarnya ni.

hari ni dah pun masuk 20 syawal 1433 hijrah. sekejap tak sekejap, begitulah masa berlalu. orang lain dah berduyun-duyun update cerita raya sana sini. saya punya stuck dalam draft. dah jadi macam esei pulak rasanya. sudahnya tak siap-siap menulis, so lastly saya decide nak letak gambar je la.


syawal tahun ni biasa-biasa je bagi kami bertiga. macam biasa, persiapan lebih kepada haziq iman. paling sempoi, saya & hubby tak beli baju raya pun tahun ni. sebab belah sungai besar, ibu dah belikan kain siap tempah jahit lagi (untuk hubby & haziq iman sekali). kat belah terengganu pun sama, kak ja dah belikan kain dan dah siap tempah (saya punya je :P). saya tukang pakai. bertuah punya menantu hantu & adik kan?


gambar pun tak banyak. ni pun ambik gambar masa kat rumah wan (nenek saudara hubby). kitaorg memang suka datang sini sebab tepi sawah, angin sepoi-sepoi bahasa. memang syok habis. haziq iman pun bebas gerak sana sini sebab tak banyak kereta.




gambar kami bertiga cuma ada dua keping. tapi yang cantiknya cuma sekeping. hehe, biasalah kan..ada budak kecik ni, selalu sangat spoilkan keadaan. kebetulan pulak masa ni haziq iman kena alahan kat pipi, taktau sebab tersalah makan apa. hensem jugak, tapi tak banyak sangat :)


susah nak suruh dia senyum, sebab dia sibuk nak datang serbu kat kamera. muka berkerut semacam sebab masa tu tengahari, tengah panas terik.

ni la hero kesayangan kami. makin ligat, makin nakal, makin berakal. dulu mudah nak uruskan dia, cuma sekarang agak mencabar. kadang-kadang dia boleh menangia terlentang kat shopping complex kalau tak dapat apa yang dia nak. tu yang buat kami fobia nak bawak di pi beli barang dapur. tapi kalau tak bawak, mana nak letak dia kan? hehe. 

so penyelesaiannya, keluar awal pagi. kami suka beli barang dapur kat mydin subang jaya. pukul 9.00 pagi dah terpacak tunggu mydin buka. awal-awal pagi ni dia fresh sikit, so tak banyak ragam sangat. pukul 10 biasanya dah habis membayar. masa tu la mood dia dah mula meragam sebab mengantuk.

eh, apa pulak kuar tajuk raya ni? nanti la..nak cerita dalam entri lain pasal perangai si hero ni.


 
ni pulak gambar dekat rumah nenek saya (moyang haziq) kat kemaman. pertama kali haziq iman jumpa 2pupu dia. padahal duduk kat putraya je, tu pun susah kemain nak jumpa. kat kemaman jugak jadi port bermain. nampak la haziq iman ni pandai berkawan. memang tak kering gusi la tengok kerenah diaorg berdua ni. sorang berair mulut, sorang berair hidung, isk..

err..hilang idea dah. gamabr pun tu je yang ada.
selamat hari raya! :)

Tuesday, August 14, 2012

..keputusan temuduga PPPT DH41 sesi Jun 2012 dah keluar..

Assalamu'alaikum.. 

bagi pengunjung-pengunjung yang datang ke sini untuk dapatkan maklumat bila tarikh keputusan bagi temuduga PPPT DH41sesi Jun 2012, anda boleh la berbuat demikian di link INI
(http://anggerik.spp.gov.my/sistemDH/StatusDH/carian.php)

tahniah pada yang berjaya ye :) 

result saya, kena simpan dalam stor, hehe. apapun, alhamdulillah. kalau ada rezeki, dipanggil la kot nanti nanti nanti nanti nanti..at least, jadi simpanan dalam tempoh 6 bulan kot. kalau tak dipanggil pun, maknanya ramai lagi calon lebih layak dari saya. 

wallahu a'lam.

Friday, June 29, 2012

..ayat ruqyah..

Assalamu'alaikum..

sejak dua tiga minggu kebelakangan ni, tidur haziq iman selalu terganggu. sekaligus mengganggu tidur saya & hubby. tapi tak kisah la, cuma kesiankan dia sebab pagi-pagi dia nampak macam tak cukup tidur. haziq iman selalu je terjaga tengah-tengah malam, pastu menangis sekuat-kuat hati. bagi nenen dia refuse, buatkan susu pun dia tak mau.

dipujuk-pujuk tak jalan. makin kuat menangis, ada la. pastu mula la dia bergolek kiri kanan. kadang-kadang dia lonjak-lonjakkan badan dia sampai terhantuk kat dinding. takpun terhantuk kat lantai kalau dia dah jatuh dari tilam.

nak kata kembung perut, takde pun. hubby pulak ingat sebab dia kepanasan. so, kami bukak baju dia, lap badan dengan tuala basah. kemudian pakaikan singlet je. tapi sama jugak. nangis non stop. ada la dalam 10-15 minit nangis, baru dia minum susu kalau dihulur. then sambung tidur. nanti-nanti, bila terjaga, dia buat lagi hal yang sama. sampai satu malam, 3-4 kali dia buat perangai macam tu.

kalau dia terjaga dalam linkungan pukul 5.30-6.30 pagi (waktu normal dia bangun tidur), dia akan nangis dulu. pastu dalam 10-15 minit kemudian, dia akan normal macam biasa. sengih-sengih sambil ajak kita berborak. kalau dulu, celik mata terus sengih. sekarang? memang rasa hangin je. tapi..sabar, sabar.

lama kelamaan kami jadi sedikit letih. nak dimarah. dia budak kecik. penghuni syurga. taktahu apa-apa yang berlaku. sebelum tidur tu jangan cakap la..ayat kursi, 4 Qul, al-Fatihah tu saya akan ulang baca sekurang-kurangnya 3 kali. tu tak campur lagi ikhtiar baca surah Yaasin.

pernah saya lap badan dia dengan air yang ma dapat masa khatam al-Quran beramai-ramai. lena la jugak. tapi tak tahan lama. air zamzam pun sama.

kadang-kadang pernah juga saya terperasan, masa dia menangis tu, tangan dia ada menunjuk ke arah-arah tertentu sambil mulut dia macam nak bagitahu sesuatu. tapi dah kalau cakap bahasa jerman, celah mana nak fahamnya? hehe. automatik dalam kepala ni terfikirkan alam ghaib yang kita takkan nampak dengan mata kasar.

jadi isnin lepas, saya cuba berikhtiar dengan ayat ruqyah. mintak hubby pasangkan dari waktu maghrib. malam pertama, pasang sampai pukul 9 mlm je. elok je dia tidur. tapi malam tu, pukul 2 pagi dia still nangis kuat giler.
selasa semalam, hubby pasang sampai pukul 12 tengah malam. alhamdulillah, tenang je dia tidur. kalau terjaga nak susu pun, takdelah melalak macam sebelumnya. setakat ek ek ek, sumbat susu, terus sambung tidur. tapi bangun pagi pukul 5.30, dia menangis teruk. bila hubby cuba dukung, dia meliuk lentuk badan sampai nak terjatuh. hubby basuh muka dia, still takde perubahan. tapi tak lama lepas tu, elok dia bukak mata, terus agah kitaorang sambil senyum macam biasa.
rabu malam, saya cuba ikhtiarkan baca sendiri ayat ruqyah ni kemudian pasang di laptop sepanjang malam sampai ke waktu subuh. nak tengok macam mana perbezaannya.alhamdulillah, besar sangat bezanya. macam kami dah dapat balik haziq iman kami sebelum ni :D

tiada lagi tangisan kuat macam sebelum ni. syukur sangat-sangat. dia nak susu pun, dia merengek sekejap je. dah dapat susu, minum sampai habis then terus sambung tidur. pagi pun, tiada lagi tangisan mengiringi eceh, ayat takleh blah. waktu subuh, masa dia mula-mula terjaga, cepat-cepat saya bagi salam. kemudian, dia senyum..Allah, manisnya kurniaan ini.


jadi begitulah keajaiban mukjizat Nabi Muhammad SAW yang Allah kurniakan. bagi penerangan panjang lebar mengenai ayat ruqyah ni, boleh singgah SINI.

hakikatnya, ayat ni boleh je diamalkan walaupun tiada 'masalah' apa-apa pada kita. cuma saya yang tak pernah sedar diri.



nama surah
juzuk
ayat
1
Al-Fatihah
1
seluruhnya
2
Al-Baqarah
1
1 - 5
3
Al-Baqarah
1
102
4
Al-Baqarah
2
163 dan 164
5
Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
3
255
6
Al-Baqarah
3
285 dan 286
7
 Ali-Imran
3
18 dan 19
8
Al-’Araf
8
54 - 56
9
Al-’Araf
9
117 - 122
10
Yunus
11
81 dan 82
11
Toha
16
69
12
Al-Mukminun
18
115 - 118
13
As-Soffaat
23
1 - 10
14
Al-Ahqaaf
26
29 - 32
15
Ar-Rahman
27
33 - 36
16
Al-Hasyr
28
21 - 24
17
Al-Jin
29
1 -9
18
Al-Ikhlas
30
seluruhnya
19
Al-Falaq
30
seluruhnya
20
 An-Naas
30
seluruhnya

bagi sesiapa yang berminat untuk muat turun ayat ruqyah ini, boleh dapatkan
di SINI
atau di SINI

manakala untuk dapatkan ayat ruqyah dalam bentuk fail pdf, boleh dapatkan di SINI.


saya cuma kongsikan secebis pengalaman saya hadapi situasi sebegini. semoga dapat jadi panduan kepada kawan-kawan di luar.

Tuesday, June 26, 2012

..temuduga PPPT DH41 - pengalaman dan sedikit tips..

Assalamu'alaikum.. 

saya curi-curi masa untuk bercerita sikit pasal temuduga SPP yang saya dah pergi isnin lepas (18.06.2012). peluang untuk lulus rasanya 50-50. tapi kadang-kadang macam jadi 80-20. hehe, 80% tak lulus. apapun, yang ini saya berserah pada-Nya. ada rezeki, ada la. kalau tak ada pun, pasti ada sesuatu yang lebih baik sedang menanti saya di masa hadapan. pasrah

kali ni saya menulis dengan tidak sepenuhnya excited. sebaliknya saya menulis kalau-kalau dapat menjadi panduan kepada calon-calon temuduga yang sedang membuat carian mengenai pengalaman temuduga bagi jawatan pegawai pendidikan pengajian tinggi (PPPT DH41)

mengikut surat panggilan temuduga, saya mesti daftar pukul 7.30 di SPP Putrajaya. tapi digalakkan untuk sampai 30 minit sebelum tu. memandangkan dari rumah saya ke putrajaya mengambil masa lebih kurang 45-50 minit, jadi hubby decide untuk turun dari rumah sebelum subuh, pkul 5.30 pagi. punya la excited! tapi sebenarnya takut jem dekat subang dan lagi satu takut sesat barat nak cari bangunan SPP tu. 


kami berhenti solat di plaza tol putrajaya. masa tu pukul 6.15 pagi. sempat tidur kejap kat situ. hubby pun bantai tidur sekali. dalam pukul 6.50 baru teruskan perjalanan. memang mengantuk sangat-sangat sebab malam tu tidur 2 jam je. kononnya study la, tapi satu  benda pun tak melekat dalam kepala ni kot :P


sah, memang kami sesat. tersilap bangunan. kami pergi ke jabatan perdana menteri, kompleks B. padahal temuduga kat kompleks perdana menteri (eh, ye ke? lupa lak nama dia). pusing punya pusing, saya betul-betul sampai kat tempat temuduga pukul 7.25 pagi.


pengajaran pertama : jangan sampai lambat ke tempat temuduga!
kalau lambat, nanti kita dah jadi gelisah semacam. menyebabkan kita jadi bertambah kalut dan gemuruh. sampai awal sejam pun takpe. biar kita lama menunggu dari kita tergesa-gesa mengejar masa.


masa ambil pas pelawat di pondok pengawal, saya dah rasa lega sebab dalam senarai calon temuduga yang ada, terdapat nama coursemate saya. alhamdulillah, happy sebab dapat jumpa kawan-kawan tu dan happy sebab secara tak langsung dapat hilangkan nervous.
*untuk makluman, disediakan satu meja khas bagi pengambilan pas pelawat untuk calon-calon temuduga. disertakan sekali senarai nama, lepas tandatangan baru diberikan pas.


kemudian masuk ke dalam pusat temuduga, ada 4 bilik temuduga di dalam tu kalau tak silap saya. ada bilik 11, 12, 15 dan 16. bilik 11 untuk calon dari course kejuruteraan perisian. selebihnya saya tak pasti. tapi calon bagi bilik 15, ramaiiii sangat tak datang.


bila dipanggil, barulah mendaftar di kaunter. saya serahkan borang temuduga yang telah diisi dan ditampal sekeping gambar pasport terkini. terkini la sangat :P tu pun letak gambar masa nak nikah dulu. ehem, baru 2 tahun. haha. masa ni la pegawai bertugas akan semak susunan sijil di dalam folder kita. tapi kalau nak lebih jimatkan masa, susun la siap-siap mengikut turutan yang betul dari rumah. turutan susunan, ikut seperti yang tertulis di dalam surat panggilan temuduga. tapi selalunya, susunan sijil bila pergi temuduga kerajaan adalah seperti berikut :

1) surat beranak & kad pengenalan

2) sijil SPM
3) skrol sarjana - kalau ada
4)  transkrip sarjana - kalau ada
5) skrol ijazah
6) transkrip ijazah
7) skrol diploma - kalau ada
8) transkrip ijazah - kalau ada
kemudian baru la letakkan sijil-sijil aktiviti dan penyertaan yang ada.
9) sijil-sijil dekan
10) sijil-sjil aktiviti ketika sudah bekerja
11) sijil-sijil aktiviti ketika sarjana, ijazah dan diikuti dengan diploma. sijil-sijil masa sekolah tak perlu letak.
[tolong betulkan saya kalau ada susunan yang silap] 


ok, cukup la intro kot. dah panjang sangat.

oh, sebelum tu mengenai pakaian. yang perempuan, seeloknya pakai baju kurung. ada seorang guru saya pesan, kalau boleh pakai baju yang mempunyai warna tak lebih dari 3 warna. tudung pulak, elakkan dari pakai tudung berwarna hitam. yang lelaki biasalah, kemeja lengan panjang, slack dan bertali leher. disarankan pakai kemeja yang berwarna cerah. paling bagus, warna putih.
mengenai kasut, wajib kasut bertutup. memakai blazer adalah bonus terutama kepada calon lelaki. kalau ada tag nama, sila la pakai :)


kali ni saya kena temuduga berkumpulan. pengalaman pertama saya sebab sebelum-sebelum ni pergi temuduga kerajaan, memang kena secara individu. ada dua orang panel temuduga lelaki. seorang melayu dan seorang lagi india. jangan lupa untuk tanya pegawai yang semak sijil kita, apa pangkat panel temuduga yang akan kita jumpa nanti. sebab panggilan kepada panel temuduga akan memberi first impression yang baik pada kita. kali ni panel temuduga saya tiada pangkat, jadi panggilan haruslah 'tuan'.

sebelum masuk, ketuk pintu macam biasa. seeloknya dah berpakat dari awal, ucap salam & selamat pagi tuan secara serentak. suara pun kena bersemangat. nama pun nak jadi pensyarah kan? tapi kami ni lain pulak jadinya. sebab last minute baru tahu kena interview berkumpulan, jadi kelam kabut. bagi salam berterabur, selamat pagi pun berterabur. hilang markah (-_-) 


pastikan jangan duduk sebelum disuruh! salah seorang dari kami dah duduk sebelum disuruh. tak pasal-pasal panel suruh berdiri semula. awal-awal dah kena tegur. hati dah dupdap dupdap tak sedap hati.


kemudian, duduk la dengan penuh kesopanan. rapatkan paha dan letakkan tangan diatasnya. beg tangan letak di bawah.  pastikan paha jangan tergedik-gedik/digerak-gerakkan. badan tegakkan. nak menyandar pada kerusi pun boleh tapi dalam keadaan betul-betul tegak. dah tenang sikit, panel minta kami perkenalkan diri seorang demi seorang. calon pertama perkenalkan dalam bahasa melayu. calon kedua, panel minta untuk speaking. makanya 3 calon selepas tu pun kena speaking la jugak. dah habis sesi perkenalkan diri, panel terangkan kenapa dia minta bercakap dalam bahasa inggeris. sebagai pensyarah, terutama IT, memang banyak gunakan term in english. dan katanya, penggunaan bahasa inggeris dapat meningkatkan lagi mutu seseorang pensyarah. 
dalam hati macam tak setuju. tapi jangan sekali-kali bangkang kata-kata panel.hilang markah nanti
elakkan juga untuk nyatakan kelemahan diri semasa sesi temuduga. contoh:
- i'm not really good to speak in english 
- i'm not really good in programming 
walaupun selepas ayat tu kita cakap,
- but i'll always improve myself to speak in that languange
- but i'm really good in analyst the system.
no..no..no..jangan la sesekali buat ayat macam ni. simpan diam-diam dalam kepala tu.
nasib kami kira ok sebab panel tegur bila ada calon yang cakap macam ni.


selepas tu, kami cuma ditanya dalam bahasa malaysia sahaja. dipendekkan cerita, ini antara soalan yang diutarakan dan jawapan-jawapan yang telah kami berlima berikan:
1) sebutkan rukun-rukun negara
- yang ni seorang calon je yang kena jawab. tapi ditakdirkan dia tak betul-betul ingat. kami yang kat sebelah menyebelah ni cuba la tolong. sebut perlahan-lahan. berbisik-bisik. tetiba panel tu mencelah :
"yang lain tolong diam. ada banyak lagi soalan untuk kamu"
huhu..kan dah kena sebijik.


2) sebutkan ciri-ciri seorang pensyarah yang cemerlang
- pensyarah perlu pandai bermain dengan psikologi dimana seharusnya pensyarah cuba meletakkan diri dalam situasi seorang pelajar.
- tidak mencampur adukkan antara tugas dengan perkara peribadi
- mengamalkan sikap-sikap intergriti
- tidak pilih kasih. 
- harus bijak mengaplikasikan  gabungan antara pembelajaran dengan suasana industri yang sebenar.
- mampu bertindak sebagai pemudah cara yang baik dan membimbing pelajar dengan kaedah sebagai 'kawan'
- bersikap tegas bagi membina rasa hormat pelajar kepada pensyarah dan bukannya garang yang menyebabkan pelajar menjadi takut atau bosan.


3) kenapa saya perlu pilih kamu sebagai pensyarah
- panel tak terima jawapan "saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini". katanya hujah tak cukup kuat.  
- sudah mempunyai pengalaman 4-5 tahun dalam bidang industri. gabungan pengalaman & sesi pembelajaran ketika ijazah/sarjana dapt memantapkan lagi proses untuk share knowlegde dengan pelajar.
- satu bonus kepada calon yang dapat keputusan cgpa yang bagus sebab boleh jadi point utama untuk 'jual' diri.


4) jelaskan apa itu 1 Malaysia

5) apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan sistem dari di ceroboh (hack)
- antaranya penggunaan verification code. 
- ramai takleh nak jawab soalan ni termasuklah saya :P


6) jelaskan apa itu integriti

7) bagaimanakah cara untuk memupuk budaya membaca
- program NILAM
- baucer buku 1Malaysia 
- perpustakaan bergerak
- tapi sebenarnya dia nak idea baru. yang kami semua sebutkan, memang dah lama diaplikasikan.

8) seperti kamu sedia maklum, pelajar kolej komuniti terdiri dari kalangan pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang kurang memberansangkan. bagaimanakah cara untuk kamu menarik minat mereka apabila diminta untuk membuat programming? apakah method yang akan kamu gunakan?
-menyediakan slide pengajaran dalam bahasa malaysia tetapi masih mengekalkan term-term dalam bahasa inggeris
-minta pelajar bina sistem yang boleh dijual. secara tidak langsung pelajar dapat jana pendapatan dan memupuk minat dalam pembangunan sistem.

9) terangkan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi pembangunan sesuatu sistem/software? kaitkan dengan industri
-hurai la sedalam-dalamnya tentang SDLC dan apa-apa yang kita dah lakukan masa bekerja. kadang-kadang bila dah kerja, kita takdelah ikutkan sangat SDLC tu, depends pada sistem apa yang kita gunakan. 

10) sebutkan visi Malaysia

11) apakah yang dikatakan sebagai modal insan?

12) sanggup jika ditugaskan ke sabah/sarawak?
- sanggup je la kan, hehe. panel lebih tekankan kepada calon yang dah kahwin dan ada anak. dari lima calon, dua orang je yang dah kahwin.

13)bagaimanakah teknologi dapat membantu memudahkan lagi sistem pembelajaran pada masa sekarang?
- panel tu  tak bersetuju bila ada calon menyebut tentang kelas digital. itu katanya, takde pensyarah pun takpe. terkedu kami dibuatnya.
- menjimatkan masa, tenaga
- pensyarah akan lebih bertindak sebagai pemudah cara.


14) bagaimanakah penggunaan laman sosial facebook boleh membantu proses pembelajaran? 
- tak ingat dah jawab apa.cuma ini yang saya ingat. kalau tetiba ada teringat yang lain, nanti saya update.

masa saya cuba jawab soalan (7), saya nak sebut nama PM kita. silapnya saya cuma sebut, Dato Seri Najib Tun Razak. tetiba panel tu mencelah,
"kita kena hormat pemimpin kita. awak patut sebut Yang Berbahagia Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak"
tu dia..so dah buat silap, pandai-pandai la minta maaf.
"maafkan saya, tuan!"


dipendekkan cerita, selama 45 minit dalam bilik temuduga tu, banyak yang kami kena tegur dengan panel. tapi nak kata berpeluh tu, tak sangat la. lagipun, dari 5 calon yang ada, 4 orang dari UMT :D saya dengan seorang coursemate, seorang junior, dan sorang lagi senior. jadi nervous tu macam hilang sikit demi sikit sebab kalau tersilap jawab pun, takde segan sangat. kawan-kawan je pun, hehe. lagi seorang calon, rasanya dari UM kot. kelima-lima kami dah pun bekerja.


dengar-dengar cerita, kekosongan jawatan pun tak banyak. dan kekosongan yang ada, cuma banyak kat Politeknik Mukah. kalau lulus pun, memang tipis peluang untuk dapat penempatan di semenanjung. lapor diri pun kemungkinan besar selepas hari raya puasa. maka bersedia je la. dan lagi satu, panel tu sempat cakap, mereka sebenarnya lebih utamakan fresh graduate. pangg, rasa macam tertampar.


tapi takpelah. sekurang-kurangnya, saya dah hadiri temuduga ni atas permintaan ma dan ayah. alhamdulillah, saya gembira. tentang keputusan temuduga, berserah je la. usaha dah, tinggal nak tawakkal je.

**seminggu ambik masa nak siapkan entri ni. isk, isk..**

Wednesday, June 13, 2012

..terbiar lagi..

Assalamu'alaikum.. 

buat kesekian kalinya, blog ni terabai lagi. tuan blog ni taktahu la apa kerjanya. asyik takde masa je alasannya. 

ni pun update sebab nak releasekan otak yang dah traffic jammed. freeze. entah apa kenanya, emel bertalu-talu masuk inbox hari ni. ada masalah itu, ada masalah ini. ada satu kes besar, libatkan poslaju. customer dapat double billing. duplicate. entah apa kena pun tak tahu.  maunya customer tak bising bila kena bayar double.


penat nak menjawab. haihh.



isk, tapi kita lupakan je la hal tu. meh kita cakap pasal benda lain. ni haa, tetiba dapat panggilan interview pulak. haha, nak tergelak pun ada. tak tahu bila apply. rasanya dah lama sangat dah applynya dekat jobsmalaysia, tapi senyap je. tu yang dah lupa.



isnin 2 hari lepas ma call, cakap ada surat panggilan temuduga dari SPP. jawatan PPPT gred DH41. ma siap baca sebijik-sebijik ayat kat dalam surat tu. suara bukan main excited. ayah pulak duk buat sound effect kat sebelah ma. anak dia yang mendengar ni ha tetiba jadi blur.


mana tak blurnya, dah lama sangat tak bertemuduga ni. otak macam dah berkarat. mana lagi nak study buku malaysia kita tu. mana nak hafal pasal modal insan, falsafah pendidikan negara, pasal sejarah perkembangan pelajaran malaysia, teori pendidikan, wawasan 2020, wilayah iskandar, integriti, isu-isu semasa...ok, cukup. cukup. 


huwaaa. nak menangis pun ada. bila masanya nak menghafal semua tu? interview tu dah tak lama, isnin depan!! (18.06.2012)
surat sampai seminggu sebelum. memang terbaiklah!


ada sape-sape nak bagi tips tak? tolong la ek..





Tuesday, May 1, 2012

..Hari pekerja..

Assalamu'alaikum.. 

chakk..!
saya sedang bersiaran dari ofis. memula pagi tadi nak naik bas, tapi bas tak banyak rupanya hari ni. nama pun hari pekerja. so hubby decide nak hantar je ke ofis. sebab awal lagi, singgah pekena nasi lemak tanglin dulu.


eh, saya tengah pantang lagi :) makan nasi lemak kosong je. tanpa sambal. cubit ayam hubby sikit, hehe. tu pun kena jeling dengan dia. haziq iman pun seronok sesekali diajak makan di luar. kejap lari kesana, kejap kesini. jatuh jugak sekali, luka sikit kat bibir. hai, anak lelaki. makin dilarang, makin dibuat. sekali dapat sakit, duduk la diam sekejap. lepas 3-4 minit berlari lagi, kejar kucing.


janji dengan hubby nak balik pukul 2 petang. tapi ni ada lagi job pending. aduii, camne ntah nak menjawab ni nanti. datang kerja semalam dengan hari ni pun, hubby dah muncung semacam. tu yang esok-jumaat, saya proceed je la dengan MC yang ada.

badan ni rasa sihat je. tapi kita tak tahu macam mana keadaan kat dalam badan kita. sebab tu pentingnya proses berpantang. bukan sekadar nak sihat sekarang, tapi juga untuk long term. sampai ke tua nanti (kalau dipanjangkan umur) 


hubby dah jadi mak bidan :P
tolong panggang ikan untuk saya, masak nasi, ingatkan saya untuk bertungku, pakai stokin.  nasib baik tak suruh saya berbengkung je tu. haha, tu pun sebab dia dah kena bebel dengan ibu. ni pun ibu taktau saya dapat MC seminggu. kalau dia tahu, sure ibu takkan lepas saya balik kota damansara ahad baru ni. ma pun taktau saya dapat MC. syhh, rahsia dengan hubby je ni. nasib baik sporting. tapi dalam pada sporting, bising jugak mulut dia.

ni pun baru lepas call hubby. tengok je no ofis yang naik kat hp dia, tanpa salam, terus je terjah,
"kata nak balik pukul 1??"

haha, kan dah kena tu?

ok, sampai sini dulu. panjang umur, minggu depan baru boleh post entri baru. kalau rajin la :)

Monday, April 30, 2012

..cerita pasal keguguran lagi..

Assalamu'alaikum.. 

rentetan dari kisah INI. jangan jemu ye baca kisah saya ni.


jumaat lepas, kami balik sungai besar. ibu ada terima tempahan katering untuk kenduri kahwin esoknya. saya cakap dengan hubby, nak pergi poliklinik yusoff kat sungai besar untuk scan samada masih sisa-sisa sac yang masih tertinggal dalam rahim. hubby setuju.
masa tu family-in-law belum tahu lagi kisah saya keguguran. saya pun cuma bagitahu ma je.  saya taknak bercerita sangat sebab takut kesedihan tu berlanjutan.

sabtu malam, kami ke klinik. mula-mula check haziq iman dulu sebab jumaat petang, dia jatuh di taska. main gelungsur, tapi turun kepala dulu. ada sedikit lebam dan luka-luka di bahagian dahi dan di tepi mata sebelah kiri. berderau jugak darah bila hubby bagitahu petang tu. tapi alhamdulillah, doktor cakap takde masalah apa-apa. sebab dia tak demam, takde muntah-muntah, minum susu ok, makan ok, main pun aktif, takde nampak lesu+penat. settle pasal haziq iman.

kemudian saya bercerita dari A-Z hal keguguran saya. tapi silap besar kat situ. sebelum ke klinik, lupa nak minum air banyak-banyak. ye la, dah setahun setengah tak buat scan, lupa yang pundi kencing kena penuh baru mudah nak scan. tapi doktor cuba la jugak. malangnya kabur. doktor tak nampak samada rahim dah betul-betul kosong atau ada lagi sisa yang tertinggal.

ni kali pertama saya jumpa doktor taqiuddin di poliklinik yusoff. sebelum ni selalu jumpa doktor aziz je. doktor taqiudding ni cam tegas sikit. dia argue kenapa saya tak cepat-cepat gi scan selepas keguguran. ok, saya silap T___T

kemudian, dia mintak saya buat pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan. sambil cakap,
"saya akan bagi surat refer. hospital kerajaan boleh dapat MC 2 minggu. klinik swasta boleh bagi 2 hari je."

hubby yang tadi tenang tetiba nampak gelabah.
"kena pergi hospital malam ni ke doktor?"

"kalau boleh malam ni la. terus pergi ke bahagian kecemasan."

ikutkan saya, malas nak ke hospital kerajaan. dalam kepala ni duk fikir, pagi esok nak datang lagi sekali ke poliklinik yusoff dengan perut kembung dengan air :P
sama je pun scan kat klinik dengan hospital tu. kalau kena cuci pun, nak balik buat kat pusrawi je. dekat sikit dengan rumah.

balik rumah, hubby duk pot pet cerita kat ibu. akhirnya decide malam tu jugak nak ke hospital tengku ampuan jemaah di sabak bernam. saya ni macam.... "eh, perlu ke?"

hubby paksa minum air banyak-banyak. habis la 1 liter minum air. pukul 9.30 malam bertolak ke hospital. tu pun dah siap tidurkan haziq iman. dah pesan cara buat susu dekat ibu & angah. beratnya rasa hati nak tinggalkan dia, huhu. sempat 5-6 kali duk cium budak kecik tu sebelum keluar rumah.

sampai di hospital, tak ramai pun orang dekat bahagian kecemasan. sebelum masuk, saya provok hubby lagi sekali.
"perlu ke kita pergi bahagian kecemasan ni? sama je kan scan kat sini dengan kat klinik esok? ke sebab nak dapat MC 2 minggu? saya bukan nak MC pun. dah la badan sihat wal'afiat. pastu terkedek-kedek masuk bahagian kecemasan. eh, segan la."

"kita cuma nak kepastian je. check je la. kalau dah turun semua, takpelah. kalau ada lagi yang tertinggal, kena la cuci cepat-cepat. MC tu belakang cerita. kalau dah turun semua, tak dapat la MC tu. yang dapat MC tu sebab kena cuci. ok? dah, jangan nak fikir bukan-bukan."

panjang lebar pulak hubby bercakap.

masuk, buat pendaftaran. bayar RM1. ada la dalam 3-4 je pesakit masa tu. tengok carta kat dinding, kes bukan kecemasan akan dilayan dalam masa 90 minit. gulpp, lamanya. tapi sebab tak ramai orang, dalam masa 15 minit dah dipanggil masuk bilik pemeriksaan. disuruh baring dulu. datang la sorang doktor lelaki ni (ke MA, tak pasti pulak) tanya itu ini. bila last period, bleeding heavy ke tak, ada buku merah tak, apa tanda gugur, bla..bla..

setengah jam terbaring. malu betul, sebab bukan tengah sakit pun. hubby kat luar, takleh masuk. kemudian masuk la seorang nurse. ambik darah. dah lama tak merasa kena cucuk-cucuk macam ni. ingatkan dah amik darah, kira habis la kat situ. eh, tengok-tengok ada jarum terpacak kat tangan untuk masuk air.

kemudian nurse tanya ada rasa nak kencing tak? cakap la ada sebab tadi dah minum banyak air.
"ok, pergi kencing dulu la. kita nak test air kencing."

"oo..tapi tadi saya minum air banyak-banyak sebab nak mudahkan scan. ni kalau kencing, camne nak scan? tak payah test air kencing, tak boleh ke? saya dah test semalam, positif."haha, degil kan?

"takpe, nanti kita masukkan air sebelum nak scan."

*sengih*

so, the result from urine is positive. positif dalam erti kata yang tidak membawa apa-apa makna. ala kulli hal, alhamdulillah :) semua ini tetap kurnia dari Allah.

selepas buat urine test, nampak nurse duk susun-susun alat atas troli. alamak, 'muncung itik' tu ada la!! ntah apa namanya.
alamak, alamak, alamak..takkan dia nak check kat bawah kot. dalam hati cam berfikir-fikir..nak lari, taknak? nak lari, taknak? hehe.

sudahnya, merasa la saya kena periksa ngan 'muncung itik' tu. yang kelakarnya, doktor dengan nurse pun panggil benda tu 'muncung itik'. doktor muda tu mintak izin nak periksa kat bawah tu. nasib baik perempuan. dibuatnya lelaki, mana nak campak muka ni.

"kak, mintak izin sekejap ye. saya nak check bukaan."

selama ni dengar/baca je pengalaman orang. jadi dah ramai yang pesan, masa doktor masukkan muncung itik tu, tahan nafas. so, tak terasa sangat sakitnya. ok, petua berjaya. takde la sakit sangat. lebih pada perasaan ngeri je sebenarnya. dan malu. dah la tengah bleeding, huwaaaa. dekat 3 minit jugak dia check kat bawah tu.

"ok, takde bukaan. dan takde jugak nampak macam ada sisa-sisa dekat tu."
lega..

tapi rupanya, kesan muncung itik tu tinggalkan kawasan pedih kat kawasan sekitarnya. dekat setengah jam jugak kot menahan pedih tu. sakit :( dalam masa yang sama, nurse dah masukkan air. kemudian suruh bagitahu kalau dah ada tanda-tanda nak terkucil. habis sebotol air 500ml, takde jugak tanda-tanda nak terkucil. nurse sambung lagi sebotol air.

habis separuh botol kedua, baru ada tanda nak terkucil. bagitahu nurse dan nurse sorong ke wad bersalin naik kerusi roda. tu pun tak habis lagi perangai degil. nak jalan sendiri, taknak naik kerusi roda. tapi dia cakap, ini prosedur. kena duduk jugak.

nak scan, tggu lagi setengah jam sebelum doktor datang. scannya kejap je, tak sampai 3-4 minit pun. hasilnya, rahim dah kosong. tiada kesan apa-apa. memang sac dah jatuh semua. masa tu jadi sayu sekejap. doktor gosok-gosok belakang badan.
"insyaAllah, mesti ada rezeki lagi lepas ni"
manis je doktor tu senyum. doktor suriani nama dia. doktor yang sama je masa check bukaan tadi.

balik semula ke bahagian kecemasan. degil lagi.
"saya nak jalan je la. segan la naik kerusi roda. saya sihat je ni."

"eh, tak boleh. sebab ada drip air. kena duduk atas kerusi roda ni."
haha, tension nurse dapat 'pesakit' macam saya.

baring lagi di bahagian kecemasan. ingatkan boleh terus balik je. dekat 20 minit menunggu. saya bayangkan nurse dah lupa kot nak cabut jarum ni. saya nak balik, nak peluk haziq iman. baru je nak bangun pergi dekat nurse, nurse pun masuk.

"ok, dah boleh balik. ni dapat MC seminggu. 28 april-4 mei."

Ooo, dia pergi buat surat MC rupanya. patut ler lama. sampai rumah dalam pukul 12.30 malam.
tapi hari ni saya terpacak kat ofis. keje melambak. esok dah nak run billing. bos pulak cuti. kalau saya tak datang kerja hari ni, memang hancur la jawabnya. kalau ada masalah pape pasal billing ni nanti, jenuh saya nak jawab. esok pun datang ofis jugak. kalau rasa tak rajin, kira saya amik MC 2-4 april je la kot. hehe.

secara ringkasnya, prosedur di hospital kerajaan ni memang pelbagai dan terperinci. tu yang kadang-kadang ambik masa lebih lama dari klinik/hospital kerajaan. dan ini conclusion saya bila buat pemeriksaan kes gugur/bleeding :
1) daftar
2) ambil darah
3) pemeriksaan air kencing
4) check bukaan
5) masuk air
6) scan
7) a- proses d&c jika perlu
    b- balik jika tidak perlu cuci

keseluruhannya, hari ni masih ada bleeding lagi. hopefully tak lama la. sebenarnya ada jugak rasa penatnya, mungkin sebab banyak hilang darah dari badan. dan pada saya, MC tu sebenarnya lebih kepada MC dari segi emosi. sebab dari segi fizikal, orang takkan nampak apa-apa perubahan pun.

pasal pantang, nanti la saya ceritakan kemudian. panjang pulak ceritanya sebab ma & ibu , dua-dua jenis yang kuat berpantang.