.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, October 7, 2011

..belum tertulis..

Assalamu'alaikum..

saya terpanggil untuk menulis tentang ini walaupun saya sedikit pun tidak arif. saya hanya menulis mengikut apa yang berlegar dalam kepala saya sahaja. maafkan khilaf saya andai tersilap kata.


. : : ANAK : : .



ada 3-4 orang di sekeliling saya yang masih menanti kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. ada yang menulis perasaan mereka di blog. hingga ada yang remove blog saya dari bloglist mereka; mungkin kerana entri saya saban waktu bercerita tentang haziq iman. haziq iman itu, haziq iman ini. macam saya seorang je yang ada anak. takpe, saya tak kisah mereka nak remove. saya akui, salah satu cara berkesan untuk jauhkan rasa bersedih adalah dengan mengurangkan/mengelakkan dari membaca entri pasal anak di blog orang lain; walaupun sahabat kita sendiri.

saya sendiri pun pernah melalui saat-saat menanti ni. ye, walaupun cuma 3 bulan, tapi tekanannya sangat terasa.

"haa, kau baru 3 bulan dah terasa. aku ni dah 3-4 tahun kahwin, lagi la berganda-ganda terasanya."

ok, betul tu. siapa saya untuk bercakap tentang sabar. siapa saya untuk bercakap tentang tabah. semua orang pun boleh menyebut 2 perkataan ini, tapi bukan mudah untuk dilaksanakan. dan percayalah, semua ujian ini tarbiah terbaik dari Allah. sesungguhnya, hanya hamba-hamba yang terpilih akan menerima ujian sebegini.

memang saya dah ada anak. eh, tetiba emosi pulak, hehe. tapi akuilah semua orang diberi ujian dari-Nya. si A diberi ujian lambat dikurniakan anak, tapi si B?

si B mungkin didatangkan ujian dalam bentuk kewangan. tiap-tiap bulan 'tercekik' nak urus belanja. nak jimat sana, jimat sini sampai makan pun terpaksa berkira-kira. televisyen pun bukak sekali sekala. kipas bukak nombor 1. bila malam, lampu bukak satu je. masuk bilik air, bergelap. nak tukar diapers anak pun fikir 2-3 kali, takut cepat habis. nanti nak kena beli lagi. bancuh susu pun tak ikut sukatan. ikutkan kena bancuh satu skop susu dengan 2oz air, tapi sebab nak jimat, bancuh satu skop susu dengan 4oz air. sampai macam tu sekali. si C?

si C pula diduga dengan masalah keluarga. even duit banyak, boleh beli apa sahaja yang diingini tapi tetap tak bahagia. mak ayah bergaduh sana sini, berebut harta, takde kemesraan. ada anak pun, kadang-kadang terabai sebab mak ayah sibuk duk fikir masalah lain. ujian jugak tu kan?

semua tu contoh je. perumpamaan semata. tiada kena mengena dengan sesiapa.

ok, berbalik pada kisah anak tadi. pada yang tak merasa lambat dapat anak, sebolehnya elakkan la bertanya soalan sensitif ni. saya rasa tak ramai pasangan yang berkahwin taknak anak. betul kan?

kalau nak tanya pun, berkias la sikit. jangan terlalu direct. memang, kadang-kadang kita nak tunjuk yang kita ambil berat dengan situasi kawan-kawan, tapi kita takkan pernah merasa apa yang mereka lalui. ada yang tiba-tiba merasa sebak selepas diajukan soalan, tak ke kita merasa bersalah? ada juga yang usahkan ditanya soalan, melihat kita duk berulit dengan anak pun dah buat mereka rasa sayu.

saya percaya, andai mereka mendapat 'berita gembira', tak perlu ditanya pun, mereka yang akan excited nak bercerita dengan kita. jagalah hati mereka. jangan dikorek kesedihan mereka kecuali mereka sendiri yang willing untuk berkongsi rasa. kalau macam tu, barulah kita boleh bersuara. mencadangkan perkara-perkara yang boleh membantu. selebihnya, kita hanya mampu berdoa. berdoa la seperti kita sendiri yang mengharapkan keajaiban itu, seperti kita sendiri yang menginginkan cahaya mata.

saya bukan sesiapa untuk memberi nasihat. tapi saya hanya berkongsi perasaan. setiap ujian ada sebab musababnya. pasti ada urusan lain yang Allah ingin kita dahulukan sebelum diberi amanah menjaga seorang anak. tiada yang lebih baik dan tiada yang lebih menenangkan selain mengadu pada-Nya. mengadulah tanpa rasa malu. mengadulah dengan bersungguh-sungguh.

kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
(al-Fatihah : ayat 5)


saya memohon jutaan kemaafan andai entri-entri saya berkaitan haziq iman menyebabkan insan-insan terpilih ini merasa sedih @ sebal. andai perkongsian yang menggembirakan hati saya ini menyakitkan, ketahuilah, hati saya juga sedang sakit menghadapi ujian-ujian yang lain. jangan pernah menilai seseorang dari luarnya saja, kerana kita tak pernah tahu apa yang telah dia jalani dalam hidupnya.
wallahua'lam.

4 comments:

  1. Dear,..

    Sgt setuju dgn ur fact ni...kita jgnlah terlalu direct an.. Sampai tak fikir hati an perasaan org keliling..ye tak...entahlah,manusia kan...rambut je sama hitam.....hati? Lain lain dear....

    Btw,kalau org tu remove you,lantaklah kat depa...ni log u..sukahatiu lah kan nak citer ape...ye kan..

    ReplyDelete
  2. betul tu iza. p paham perasaan iza. sebab tu p xde mood nak post blog. tu cara p berduka sebab ada kawan-kawan p belum lagi merasa. InsyaALLAH, ada rezeki nanti. masing-masing ada cara sendrik.

    betul gak, masing-masing ada rezeki kurang kat sini tapi lebih dari sudut lain plak.

    jangan rasa sedey ye iza. nak puaskan hati semua orang, memang tak dapat. kita doakan yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. kak khaleelah..
    tu la..tpaksa buat ignore..dlm masa yg sama, cuba elakkan buat mereka rasa lebih terluka..

    P..
    kdg2 iza rasa terhukum..kdg2 jugak bila post psl anak ni, iza jd org yg bersalah..rasa nak ajak, "jom kita tukar tempat nak?"
    tp Allah tu Maha Adil..Dia tahu apa yg terbaik..masing2 ada bahagian sendiri..moga mereka cpt2 dikurniakan rezeki yg diinginkan..

    ReplyDelete
  4. memang dh jadik mak ni entry kt blog semua pasla anak, kadang xde cerita pasal diri sendiri..xde pun mak yg tak cerita pasal anak..xpe la iza, one day bila diorg ade anak diorg akan faham dan kite doakan je la agr mereka cepat dikurniakan anak

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..