.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, October 5, 2011

..3 hari 2 malam..

Assalamu'alaikum..

selama 10 bulan 2 minggu bergelar ummi haziq iman, saya belum pernah merasa terpaksa berpisah lebih dari sehari dengan dia. selalunya, paling lama pun cuma dalam tempoh 12 jam.

kali ini, merasa la saya sebagaimana ibu-ibu lain. walaupun cuma 3 hari 2 malam (1-3 oktober), masyaAllah, rindunya memang tak terkata. ada masa luang, saya akan telefon tanya khabar. bagi haziq iman dengar suara saya, walaupun tanpa jawapan dari dia. malam-malam, tidur berteman mimpikan si kecil kesayangan ni. termimpi-mimpi bangun susukan dia seperti malam-malam biasa. ya Allah, rindunya.

bila diarahkan menyertai program team building, macam-macam yang ada dalam kepala. siapa nak jaga haziq iman? meragam tak dia nanti?

mulanya saya berhasrat nak bawa hubby & haziq iman sekali ke tempat program tu. tapi bila mengenangkan program tu dibuat jauh di dalam hutan gopeng, saya terpaksa batalkan hasrat. pening sangat bila fikirkan siapa yang akan jaga haziq iman sepeninggalan saya nanti. hubby sendiri mulanya ragu untuk galas tanggungjawab tu. ye la, selama ni, boleh kira dengan sebelah jari, berapa kali hubby mandikan anak, basuh berak anak. tapi lama kelamaan, dia meyakinkan saya, dia mampu jaga haziq iman.

alhamdulillah, haziq iman sendiri budak yang tak banyak kerenah. prinsipnya mudah, "asalkan perut kenyang, takde sakit apa-apa, tidak ditinggalkan berseorangan, insyaAllah dia akan behave".
sampai masa tidur, bagi susu, dia golek-golek kejap atas tilam, kemudian dia akan tertidur sendiri.

mentua ada nyatakan kesudian nak jaga, tapi kebetulan pada tarikh yang sama, diaorang ada katering kenduri kahwin, kalau ada katering kenduri kahwin, memang sedia maklum mereka akan tersangat sibuk. habis siapa nak jaga kan? lagi pula, saya yang tak sanggup nak berjauhan lebih lama dengan si kecik tu. sebab kalau mentua yang jaga, sure kena hantar haziq iman balik sungai besar lebih awal dari tarikh saya ke gopeng. mungkin akan jadi 4-5 hari berjauhan. owhh, sangat tak sanggup!

ma kat terengganu pun ada offer nak datang jaga. tapi tu lagi menyusahkan. ma pun bukan larat sangat nak travel jauh-jauh. jadi kedua-dua tawaran saya tolak dengan baik.

seminggu sebelum pergi, debaran makin terasa. tiap-tiap malam rasa memanjang nak peluk haziq iman, taknak lepas. berkali-kali pesan kat hubby, cara nak masak bubur. bertambah risau, kebetulan pulak haziq iman kena cirit birit seminggu sebelum tu. pesan kat hubby kot-kot punggung si kecik tu merah. naik bernanah telinga hubby, asyik duk dengar pesanan yang sama dari saya. hehe.

dekat gopeng, ada masa free je, mesti telefon. tapi tengok orang lain, relax je. saya ni je, kejap-kejap telefon. kejap-kejap telefon. macam awak sorang je ada anak ngan laki. so far, dia tak banyak buat perangai. cuma malam je la, dia 'mencari' cik B. pernah sekali, cik B hubby pun boleh tarik perhatian dia. tapi hubby memang sentiasa standby susu. agak-agak nak menangis je, dia sumbat botol T__T


3 hari 2 malam berlalu.


petang isnin saya ambik haziq iman di taska. masa saya dukung dia, langsung tiada reaksi. diagah-agah, senyum pun tidak. dipanggil-panggil, pandang pun tidak. dipeluk-peluk, ditolaknya saya seolah-olah rimas. ok, mungkin dia tak kenal saya. tapi, kalau nak kata dia tak kenal saya, selalunya kalau orang yang jarang dia jumpa ambik dukung, dia ok je. boleh senyum-senyum. mesra alam je.

sampai kat rumah, macam-macam saya buat untuk tarik perhatian. tapi kejap-kejap lari ke arah ayah dia. saya ambik, dia patah balik kat hubby. kecik hati ummi tau.sampai hubby kata,
"ni sapa yang manja-manja sebenarnya? haziq nak manja ngan ummi ke, ummi yang nak manja ngan haziq?"

lama-kelamaan, saya realized, haziq iman bukan tak kenal saya. tapi dia sebenarnya MERAJUK. at last, saya breastfeed dia. mula-mula dia reject, tapi saya peluk perlahan-lahan. hampir 1/2 jam saya breastfeed dia, barulah ada senyuman untuk saya. bahagianya rasa!

kemudian, dia dah back to normal. pantang saya gerak, dia sibuk nak mengekor :D sukaaa!

moral of the story : baby pun ada sense untuk merajuk. dan sebagai ibu, breastfeeding adalah cara yang paling paling paling bagus untuk memujuk.

3 comments:

  1. alalala comelnye haziq, pandai merajuk eh.. meh auntie ella pujuk meh.. cium2 skit..muah3!

    ReplyDelete
  2. hehe..tu la ella, akak pun tak perasan..tp lama2 baru fhm, dia merajuk sbnrnya..sweet sgt.. :p

    ReplyDelete
  3. Pandai haziq merajuk..tp sedih plak bla dia merajuk camtu..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..