.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, October 25, 2011

..rela, walau dalam keterpaksaan..

Assalamu'alaikum..

ecehh, tajuk cam pape je kan. takde pape, biasalah dengan empunya blog ni. apa-apa hal sikit, nak mengadu. sikit-sikit nak mengadu. nak mengadu dengan BFF macam segan. memasing dah kahwin, ada anak, jadi mcam ada gap. padahal diaorang ok je. sudahnya, blog la yang jadi mangsa.

mulai 1 november nanti saya dah kena tukar team kat opis ni. takde dah buat kerja-kerja SAP. lepas ni buat kerja lain pulak. sebenarnya diberi pilihan, nak tukar ke tak. tapi kalau dah diberi pilihan, sebenarnya memang nak kena tukar la kot. cuma pilihan diberi supaya pertukaran team tu nampak bukan seperti paksaan. huhu.

ok, takde nak salahkan sesiapa. urm, mungkin saya patut salahkan diri sendiri kot :) pertukaran ni dibuat demi kebaikan bersama. chewahh. maka, terimalah seadanya.

perasaan?

entah. susah nak kata. sedih ada. gembira pun ada. malu pun ada. teruja pun ada! setiap perasaan ada sebab musababnya. jadi segalanya saya terima dengan hati yang terbuka walaupun dalam masa yang sama, saya pohon dengan Allah supaya kuatkan hati saya, tabahkan hati saya.

masuk team baru bermakna dapat task baru yang berbeza dengan kerja-kerja saya sebelum ni. sebenarnya, saya sayang sangat-sangat dengan SAP. terlalu sayang. saya suka team saya sebelum ni. banyak benda baru saya dapat tahu. tambah-tambah lepas involve pulak dengan SAS. bertambah-tambah la suka. tapi jodoh saya dengan SAP & SAS ni tak panjang. bercerai juga akhirnya. haaa, kan dah melalut tu.

hmm, takleh nak cerita panjang-panjang pasal isu kerja ni. takut kang ada sesiapa yang tak berkenaan baca entri ni, tak pasal-pasal timbul benda lain. asalnya nak bercerita untuk release tension, karang bertambah-tambah pulak tensionnya.

jadi begitulah.
hidup manusia ada pasang surutnya. adakala kita turun, adakalanya kita naik. adakalanya mendatar takde perubahan.

Man jadda wajada wa man zara'a hasoda
Sesiapa yang berusaha maka dialah yang akan mendapatnya, sesiapa yang bercucuk tanam maka dialah yang akan menuainya

Friday, October 14, 2011

..kucing..

Assalamu'alaikum..

saya adalah peminat kucing. sangat-sangat sukakan kucing. sebelum kahwin dulu, tidur pun selalu dengan kucing. peluk cium, kena gomol (selalunya kepala), kena cakar dah jadi mainan. nama blog ni pun ada kaitan dengan kucing. ummihurairah = ibu kucing (nama ni diberi oleh arwah sahabat saya ketika di sekolah menengah). pernah terfikir nak tukar nama blog sebelum ni, tapi selepas mendapat pandangan beberapa 'pakar', saya kuburkan hasrat tersebut.

selepas kahwin, saya tak pernah berpeluang nak bela kucing. teringin, tapi persekitaran tak berapa nak mengizinkan. kalau ada pun, kidnap kucing yang selalu jalan-jalan depan rumah, main-main kejap, bagi makan kemudian lepaskan semula. sekarang bila dah duduk rumah sendiri, teringinnn sangat-sangat nak bela kucing. hmm, tapi duduk kat apartment, kena fikir dua tiga kali.

pernah jugak tanya hubby,
"kita ni bila nak bela kucing yek?"
secepat kilat hubby jawab,
"NO WAY!"
sentap kejap rasa. tapi, bila fikir-fikir boleh diterima la sebab dia fikirkan anak. hubby pun sebenarnya sangat mesra alam dengan kucing. memikirkan anak, terpaksa kuburkan dulu hasrat tu. kadang-kadang bila rasa teringin, pergi la 'menumpang kasih' dengan kucing-kucing yang berkeliaran sekitar apartment. selalunya kucing-kucing ni memang murah rezeki sebab ada je hamba Allah yang letak whiskas kat tepi-tepi tangga. kalau rasa-rasa lapar, kucing-kucing ni pandai la cari sendiri. makcik-makcik cleaner pulak selalunya tolong bersihkan bekas air untuk kucing-kucing ni minum.

sekarang ni, saya banyak 'lepaskan rindu' kat kucing dengan baca blog-blog pasal kucing. yang saya selalu jenguk, dua ni la.
KUCING TERBIAR DOT COM
KUCING TERBIAR & ANJING JALANAN

bahagia bila tengok kucing-kucing jalanan ni dijaga dengan penuh kasih sayang. yang luka, yang sakit, diberi rawatan sewajarnya. masa terbaca kisah kucing-kucing yang dianiaya oleh peknode baru ni, memang menitis air mata tengok kucing-kucing tu. sedih sangat keadaan diaorang ni. terutama yang ini,

 

kesian ibu & anak ni :( mati kelaparan. apalah daya mereka masa terkurung tu. sanggup pihak peknode buat aniaya kat kucing-kucing ni. kesian mereka terkurung dan kelaparan.



agak-agaknya, kalau haziq iman dah cecah umur 2 tahun, kira sedang elok la kot untuk bela kucing. tu pun kalau 'adik' haziq iman belum ada la, hehe. akhir kata, kalau tak suka kucing, taknak sayang pun takpe asalkan jangan aniaya kucing. ingat, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah saw.

motif cerita pasal kucing?
tetiba teringat kat kucing kesayangan yang dah mati 18 mac 2008 (takdelah pulak gambar dia)


**apsal macam 'lesu' je entri kali ni? tapi tak kira, nak publish jugak!

Friday, October 7, 2011

..belum tertulis..

Assalamu'alaikum..

saya terpanggil untuk menulis tentang ini walaupun saya sedikit pun tidak arif. saya hanya menulis mengikut apa yang berlegar dalam kepala saya sahaja. maafkan khilaf saya andai tersilap kata.


. : : ANAK : : .



ada 3-4 orang di sekeliling saya yang masih menanti kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. ada yang menulis perasaan mereka di blog. hingga ada yang remove blog saya dari bloglist mereka; mungkin kerana entri saya saban waktu bercerita tentang haziq iman. haziq iman itu, haziq iman ini. macam saya seorang je yang ada anak. takpe, saya tak kisah mereka nak remove. saya akui, salah satu cara berkesan untuk jauhkan rasa bersedih adalah dengan mengurangkan/mengelakkan dari membaca entri pasal anak di blog orang lain; walaupun sahabat kita sendiri.

saya sendiri pun pernah melalui saat-saat menanti ni. ye, walaupun cuma 3 bulan, tapi tekanannya sangat terasa.

"haa, kau baru 3 bulan dah terasa. aku ni dah 3-4 tahun kahwin, lagi la berganda-ganda terasanya."

ok, betul tu. siapa saya untuk bercakap tentang sabar. siapa saya untuk bercakap tentang tabah. semua orang pun boleh menyebut 2 perkataan ini, tapi bukan mudah untuk dilaksanakan. dan percayalah, semua ujian ini tarbiah terbaik dari Allah. sesungguhnya, hanya hamba-hamba yang terpilih akan menerima ujian sebegini.

memang saya dah ada anak. eh, tetiba emosi pulak, hehe. tapi akuilah semua orang diberi ujian dari-Nya. si A diberi ujian lambat dikurniakan anak, tapi si B?

si B mungkin didatangkan ujian dalam bentuk kewangan. tiap-tiap bulan 'tercekik' nak urus belanja. nak jimat sana, jimat sini sampai makan pun terpaksa berkira-kira. televisyen pun bukak sekali sekala. kipas bukak nombor 1. bila malam, lampu bukak satu je. masuk bilik air, bergelap. nak tukar diapers anak pun fikir 2-3 kali, takut cepat habis. nanti nak kena beli lagi. bancuh susu pun tak ikut sukatan. ikutkan kena bancuh satu skop susu dengan 2oz air, tapi sebab nak jimat, bancuh satu skop susu dengan 4oz air. sampai macam tu sekali. si C?

si C pula diduga dengan masalah keluarga. even duit banyak, boleh beli apa sahaja yang diingini tapi tetap tak bahagia. mak ayah bergaduh sana sini, berebut harta, takde kemesraan. ada anak pun, kadang-kadang terabai sebab mak ayah sibuk duk fikir masalah lain. ujian jugak tu kan?

semua tu contoh je. perumpamaan semata. tiada kena mengena dengan sesiapa.

ok, berbalik pada kisah anak tadi. pada yang tak merasa lambat dapat anak, sebolehnya elakkan la bertanya soalan sensitif ni. saya rasa tak ramai pasangan yang berkahwin taknak anak. betul kan?

kalau nak tanya pun, berkias la sikit. jangan terlalu direct. memang, kadang-kadang kita nak tunjuk yang kita ambil berat dengan situasi kawan-kawan, tapi kita takkan pernah merasa apa yang mereka lalui. ada yang tiba-tiba merasa sebak selepas diajukan soalan, tak ke kita merasa bersalah? ada juga yang usahkan ditanya soalan, melihat kita duk berulit dengan anak pun dah buat mereka rasa sayu.

saya percaya, andai mereka mendapat 'berita gembira', tak perlu ditanya pun, mereka yang akan excited nak bercerita dengan kita. jagalah hati mereka. jangan dikorek kesedihan mereka kecuali mereka sendiri yang willing untuk berkongsi rasa. kalau macam tu, barulah kita boleh bersuara. mencadangkan perkara-perkara yang boleh membantu. selebihnya, kita hanya mampu berdoa. berdoa la seperti kita sendiri yang mengharapkan keajaiban itu, seperti kita sendiri yang menginginkan cahaya mata.

saya bukan sesiapa untuk memberi nasihat. tapi saya hanya berkongsi perasaan. setiap ujian ada sebab musababnya. pasti ada urusan lain yang Allah ingin kita dahulukan sebelum diberi amanah menjaga seorang anak. tiada yang lebih baik dan tiada yang lebih menenangkan selain mengadu pada-Nya. mengadulah tanpa rasa malu. mengadulah dengan bersungguh-sungguh.

kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
(al-Fatihah : ayat 5)


saya memohon jutaan kemaafan andai entri-entri saya berkaitan haziq iman menyebabkan insan-insan terpilih ini merasa sedih @ sebal. andai perkongsian yang menggembirakan hati saya ini menyakitkan, ketahuilah, hati saya juga sedang sakit menghadapi ujian-ujian yang lain. jangan pernah menilai seseorang dari luarnya saja, kerana kita tak pernah tahu apa yang telah dia jalani dalam hidupnya.
wallahua'lam.

Wednesday, October 5, 2011

..3 hari 2 malam..

Assalamu'alaikum..

selama 10 bulan 2 minggu bergelar ummi haziq iman, saya belum pernah merasa terpaksa berpisah lebih dari sehari dengan dia. selalunya, paling lama pun cuma dalam tempoh 12 jam.

kali ini, merasa la saya sebagaimana ibu-ibu lain. walaupun cuma 3 hari 2 malam (1-3 oktober), masyaAllah, rindunya memang tak terkata. ada masa luang, saya akan telefon tanya khabar. bagi haziq iman dengar suara saya, walaupun tanpa jawapan dari dia. malam-malam, tidur berteman mimpikan si kecil kesayangan ni. termimpi-mimpi bangun susukan dia seperti malam-malam biasa. ya Allah, rindunya.

bila diarahkan menyertai program team building, macam-macam yang ada dalam kepala. siapa nak jaga haziq iman? meragam tak dia nanti?

mulanya saya berhasrat nak bawa hubby & haziq iman sekali ke tempat program tu. tapi bila mengenangkan program tu dibuat jauh di dalam hutan gopeng, saya terpaksa batalkan hasrat. pening sangat bila fikirkan siapa yang akan jaga haziq iman sepeninggalan saya nanti. hubby sendiri mulanya ragu untuk galas tanggungjawab tu. ye la, selama ni, boleh kira dengan sebelah jari, berapa kali hubby mandikan anak, basuh berak anak. tapi lama kelamaan, dia meyakinkan saya, dia mampu jaga haziq iman.

alhamdulillah, haziq iman sendiri budak yang tak banyak kerenah. prinsipnya mudah, "asalkan perut kenyang, takde sakit apa-apa, tidak ditinggalkan berseorangan, insyaAllah dia akan behave".
sampai masa tidur, bagi susu, dia golek-golek kejap atas tilam, kemudian dia akan tertidur sendiri.

mentua ada nyatakan kesudian nak jaga, tapi kebetulan pada tarikh yang sama, diaorang ada katering kenduri kahwin, kalau ada katering kenduri kahwin, memang sedia maklum mereka akan tersangat sibuk. habis siapa nak jaga kan? lagi pula, saya yang tak sanggup nak berjauhan lebih lama dengan si kecik tu. sebab kalau mentua yang jaga, sure kena hantar haziq iman balik sungai besar lebih awal dari tarikh saya ke gopeng. mungkin akan jadi 4-5 hari berjauhan. owhh, sangat tak sanggup!

ma kat terengganu pun ada offer nak datang jaga. tapi tu lagi menyusahkan. ma pun bukan larat sangat nak travel jauh-jauh. jadi kedua-dua tawaran saya tolak dengan baik.

seminggu sebelum pergi, debaran makin terasa. tiap-tiap malam rasa memanjang nak peluk haziq iman, taknak lepas. berkali-kali pesan kat hubby, cara nak masak bubur. bertambah risau, kebetulan pulak haziq iman kena cirit birit seminggu sebelum tu. pesan kat hubby kot-kot punggung si kecik tu merah. naik bernanah telinga hubby, asyik duk dengar pesanan yang sama dari saya. hehe.

dekat gopeng, ada masa free je, mesti telefon. tapi tengok orang lain, relax je. saya ni je, kejap-kejap telefon. kejap-kejap telefon. macam awak sorang je ada anak ngan laki. so far, dia tak banyak buat perangai. cuma malam je la, dia 'mencari' cik B. pernah sekali, cik B hubby pun boleh tarik perhatian dia. tapi hubby memang sentiasa standby susu. agak-agak nak menangis je, dia sumbat botol T__T


3 hari 2 malam berlalu.


petang isnin saya ambik haziq iman di taska. masa saya dukung dia, langsung tiada reaksi. diagah-agah, senyum pun tidak. dipanggil-panggil, pandang pun tidak. dipeluk-peluk, ditolaknya saya seolah-olah rimas. ok, mungkin dia tak kenal saya. tapi, kalau nak kata dia tak kenal saya, selalunya kalau orang yang jarang dia jumpa ambik dukung, dia ok je. boleh senyum-senyum. mesra alam je.

sampai kat rumah, macam-macam saya buat untuk tarik perhatian. tapi kejap-kejap lari ke arah ayah dia. saya ambik, dia patah balik kat hubby. kecik hati ummi tau.sampai hubby kata,
"ni sapa yang manja-manja sebenarnya? haziq nak manja ngan ummi ke, ummi yang nak manja ngan haziq?"

lama-kelamaan, saya realized, haziq iman bukan tak kenal saya. tapi dia sebenarnya MERAJUK. at last, saya breastfeed dia. mula-mula dia reject, tapi saya peluk perlahan-lahan. hampir 1/2 jam saya breastfeed dia, barulah ada senyuman untuk saya. bahagianya rasa!

kemudian, dia dah back to normal. pantang saya gerak, dia sibuk nak mengekor :D sukaaa!

moral of the story : baby pun ada sense untuk merajuk. dan sebagai ibu, breastfeeding adalah cara yang paling paling paling bagus untuk memujuk.