.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, August 12, 2011

..haziq, si anak kecil..

salam.

baru terbaca blog fashya. entri MENYESAL. tak fashya sorang la yang hadapai perkara ni. tapi fashya kira gigih la sebab PJJ dengan suami dia.



***************************************

petang tu, cuma ayah yang datang ambil haziq di taska. tanpa ummi. haziq taktau ummi kemana. selalunya ummi yang akan dukung haziq dulu, bagi salam kemudian cium haziq banyak-banyak. bila ummi tak ada, haziq kena duduk dalam car seat. haziq tak suka, jadi haziq banyak merengek.

rupa-rupanya ummi balik lambat. haziq dengan ayah pergi ambil ummi kat stesen komuter sungai buloh. haziq suka sangat bila ummi cepat-cepat keluarkan haziq dari car seat dan breastfeed haziq. sambil breastfeed, haziq still juga menangis sambil mengadu. walaupun ummi tak faham pun bahasa haziq.

malamnya, haziq rasa haziq asyik nak melekat dengan ummi. haziq nak ummi sentiasa peluk haziq. bila ummi bangun nak kemana-mana tanpa bawak haziq, haziq nangis kuat-kuat. mula-mula ummi layan, tapi lama kelamaan, ummi naik angin. ummi naikkan suara pada haziq, tapi haziq tetap juga nak ikut ummi kemana-mana.

haziq bukan nak apa. haziq cuma nak ummi. haziq nak ummi sentiasa ada dekat haziq. haziq nakkan perhatian ummi. seharian haziq di taska, jadi waktu malam haziq nak bermanja sepenuhnya dengan ummi. kenapa umi marah haziq??

kemudian, haziq poo poo. ummi dah get ready nak basuh. macam biasa, ummi selalunya akan lap dulu punggung haziq dengan tisu, kemudian baru basuh. dulu ayah selalu jugak tanya, kenapa tak terus basuh je, tak payah la lap dengan tisu. tapi ummi kata, takut ada air terpercik kat baju, tak sedar. kalau dah lap dengan tisu, kemungkinan besar najis tu susah nak terpercik.
masa ummi lap dengan tisu, haziq gerak sana sini. ummi marah haziq. tapi haziq tetap jugak gerak-gerak. haziq dengar ummi sebut nama haziq kuat-kuat kemudian ummi tepuk punggung haziq. kuat. haziq diam. dan haziq tak nangis. haziq cuma pandang muka ummi.

dah siap basuh, ummi nak pakaikan diaper. kemudian baru ummi perasan, punggung haziq naik ruam. tadi haziq gerak-gerak sebab tak selesa punggung gatal. haziq nak garu, tapi ummi marah. haziq taktau macam mana nak cakap ngan ummi yang haziq gatal.

kemudian ummi nak tidurkan haziq. ummi breastfeed haziq. haziq paling suka bila sambil breastfeed, ummi peluk haziq dan alunkan zikir. sambil breasfeed, haziq dengar ummi menangis. haziq taktau kenapa. haziq dengar ummi kata,
"maafkan ummi sayang. ummi mintak maaf."
haziq nampak tangan ayah sentuh ubun-ubun ummi.
ummi cium haziq banyak-banyak. haziq rasa selesa. haziq tak mintak banyak. haziq cuma nak perhatian ummi. haziq sayang ummi. sayang sangat.

lama kelamaan, haziq tertidur. haziq tenang dalam pelukan ummi.

***************************************

6 comments:

  1. sedih aku baca...Iza, jgn mcm tu..sian anak.....aku klu dh balik kerja, penat dh tolak tepi....kdg2 hubby naik hangin juga dengan rizqin tapi aku yg selalu pujuk..sbb aku rasa 1 hari aku tinggalkan dia so, bila balik kerja dia manja sbb tu dia wat perangai nak perhatian.... ;)

    ReplyDelete
  2. huhu..ude..aku cuba sgt sabo..takmau marah2 anak..sbb aku perasan, klu mlm aku marah, pg esok msti dia buat perangai..
    kdg2 aku nangis sorg2 bila igtkan perangai aku..mcm tak layak nak jd sorg mak..

    ReplyDelete
  3. Haziq belum jalan...klu dah jalan, ko lagi stress sbb dia x reti duduk diam...sepahkan rumah......banyak2 sabar...anak ni kan penghibur.....masa dia tgh lena, cuba ko perhatikan dia....sedih sgt kan marah dia....

    ReplyDelete
  4. biasa la tu iza..kita ni sebagai ibu mmg sensitif ckit...tak ckit byk sgt.....kadang2 kalau ank bt perangai naik suara gak aku ni.....bila kecik perangai kecik..dah besar perangai besar....apapunlepas marah anak mesti kita akan menyesal..tp kalau aku lepas marah aku bgtau sebab apa aku marah...kemudian tanyer sofia faham...dia angguk...dari kecik ajar takpe..biar dia tak paham tp latihan utk dia..yg ruam tu mg bagi pakai CD la kat dia..kalau susah kat taska..pakaikat umoh je...sian dia.....nant nak potty train pun senang...pengalaman aku la...

    ReplyDelete
  5. ella..huhu..akak lg sadis bila teringat apa yg akak buat kat dia..

    ude..hehe, tq..nasihat yg bagus..time dia tido, aku tengok muka dia lama2..kesian ada, bertambah syg pun ada..hope dia dpt membesar dgn baik bawah didikan aku & hubby..

    noora..sofia dah besar sikit, mybe dia boleh fhm bila ko cakap2..si haziq ni, aku cakap2, boleh dia sengih je..geram pun ada, nak tergelak pun ada..aku ada jugak plan nak pakai cd, tp kena tggu kewangan stabil dulu..huhu..dia naik ruam teruk lps aku try pakaikan diaper petpet kat dia..sblm ni dia pakai drypers..rupanya petpet tu tak serasi la ngan dia..tu yg teruk punggung dia..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..