.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, August 26, 2011

..ampun maaf dipinta..

Assalamualaikum.

ramadhan 1432H sudah sampai ke penghujung. lagi 3 hari, tirai akan dilabuhkan. ayat macam pengacara tv. dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas silap/salah/khilaf andai ada terkasar bahasa, tersilap cakap selama berblog ini. jangan la ada apa-apa yang disimpan dalam hati.

harap 0-0 la ye.

salam aidilfitri. maaf zahir dan batin.

Thursday, August 25, 2011

..senyum simpul..

Assalamualaikum.

sekarang ni mesti masing-masing dah tak boleh nak bagi tumpuan kat kerja kan? masing-masing dah mood raya. kerja pun pandang tak pandang je. so, meh la kita layan senyum simpul ni. sekali sekala, boleh hilangkan bosan.


step 1 : masuk ke maps.google.
step 2 : dekat ruang destination A, taip China dan ruang destination B, taip Taiwan.
step 3 : klik Get Directions

tadaaa..!


tengok direction 48 tu.. T__T
-> swim across the Pacific Ocean = 165km
jenuhhhh...



sekarang tukar. tadi pergi Taiwan, sekarang kita pergi Jepun pulak.
destination A letak China, destination B letak Jepun.


tadaaaa...!


tengok direction 27 tu..
- Jet ski across the Pacific Ocean = 782km
pulakk..tadi suruh berenang. ni nak kena ada jet ski :D



pengsan..hehe.

Wednesday, August 24, 2011

..petua jika bayi terkena ulser dalam mulut..

Assalamualaikum.

minggu lepas adalah minggu yang mencabar bagi kami suami isteri. seminggu haziq iman demam disulami batuk dan selsema. puncanya, sebab nak tumbuh gigi bahagian atas. lagi menyedihkan, ada ulser dalam mulut beserta bibir kering yang sesekali pecah dan berdarah.

merengek jugak la haziq iman dibuatnya dek kesakitan bila bibirnya pecah. susu pun tak berapa nak minum sebab pedih ulser tu. makan pun tak berselera. susah hati la jugak. tapi tetap hantar ke taska. cuti pun dah tak banyak mana.

hari rabu, ulser dia nampak lagi teruk. silap jugak la sebab tak bawak dia ke klinik. cuma bagi ubat yang memang dah ada dlam simpanan je.
dalam pukul 10, kak umi call bagitahu yang demam haziq iman ni naik turun. tapi suhu blm lagi melebihi 37 darjah. dia monitor suhu haziq iman kot-kot la suhu meningkat ke paras tak sepatutnya.

dah kebetulan kak umi call, tanya la sekali pasal ulser haziq iman. tapi kak umi tenang je jawab,
"ulser dia tu takde hal, iza. budak-budak kat sini, kak umi selalunya sapu marjerin je. insyaAllah ok."

marjerin?

tak pernah pulak saya dengar petua letak marjerin kalau ada ulser. tapi dengan kuasa-Nya, alhamdulillah ulser haziq beransur-ansur ok 2-3 hari selepas tu.

lepas ni kalau saya @ hubby kena ulser, boleh la try cara ni jugak. haha, ke cuma berkesan kat baby je? :p

Tuesday, August 23, 2011

..Ramadhan 1432..

Assalamualaikum.

* entri rawak ramadhan 1432 *

1) sudah 23 Ramadhan. rasa macam kilat je bulan ramadhan tahun ni. ibadah kali ni macam orang terhumban dalam laut. sikiiiit sangat yang mampu dibuat. terawih entah kemana, mengaji entah kemana. taktau nak salahkan atas apa. yang penting, memang salah diri sendiri yang tak pandai manage masa.

2) ma dan ayah selamat berangkat ke kota suci mekah 17 ogos lepas. ini kali ketiga ma dan ayah dapat berpuasa di sana. rezeki yang tak ternilai dari Allah walaupun ma bukanlah sesihat-sihatnya selepas pembedahan awal tahun ni. insyaAllah, permata hati saya ni akan balik pada 2 syawal.

3) tahun ni giliran beraya di terengganu pulak. tahun lepas dah di sungai besar. perasaan seronok tu tak mampu nak digambarkan biarpun hanya pada raya kedua baru dapat sentuh tangan ma dan ayah. beraya di rumah mentua pun super duper best, tapi tempat jatuh lagi dikenang kan?

4) plan asal nak balik ke terengganu, pagi-pagi sabtu. tapi dah diubah ke pagi-pagi ahad. hari sabtu balik berbuka kat sungai besar dulu, kemudian dari sungai besar terus bertolak ke terengganu. bagi peluang haziq iman main-main dulu dengan kakek, nenek, cik ngah & mak su dia dulu. sabtu selepas raya baru bertolak ke sungai besar semula.

5) persiapan raya suam-suam kuku je. persiapan lebih kepada si kecil hensem kami tu. baju melayu je dah 2 pasang. satu maroon ikut tema terengganu. satu lagi kuning-hijau ikut tema sungai besar. ummi ada baju maroon je. ayah pulak ada baju kuning hijau je. haissyh, sadis sungguh. balik terengganu, haziq iman sedondon dengan ummi. balik sungai besar, haziq iman sedondon dengan ayah pulak. adil sungguh anak ummi ni ye..
nak penuhkan kuota sedondon, poket ummi dah sempit sangat dah. hehe. pasrah je la.

6) kuih raya & kerepek ada la beli 2-3 jenis. nak buat sendiri? bercinta la bila mengenangkan haziq iman. buat popia nestum pun, jenuh duk bertempik dengan dia. jangankan nak buat biskut yang remeh temeh tu. dia sekarang ni, dah jual mahal dengan hubby. asyik nak dengan saya je. hilang sekejap je dari pandangan mata dia, kejap lagi dengarlah suara hero tu menangis.

7) baki 6 hari ramadhan, saya berazam nak habiskan lagi 6 juzuk bacaan al-Quran. tolong Ya Allah.

Thursday, August 18, 2011

..haziq iman yang HOT..

Assalamua'laikum.

saya nak mengaku hot blogger, rasa macam tak layak je. jadi, kita nobatkan haziq iman la yang HOT. tambah-tambah blog ni memang dah banyak cerita pasal budak kecik ni je.

t-shirt ni dah lama dapat. masa hari dayu bagitahu t-shirt dah mula edar, hari tu juga saya terima parcel. hehe, dah keje kat pos malaysia kan. kalau sampai lambat, maunya bising kat pejabat ni.

tapi baru semalam berkesempatan nak pakaikan kat haziq iman. cuma, ummi dia ni dah tersilap ukur badan anak kot. t-shirt ni kecik dengan dia. ngam-ngam je. konon nak pakai buat beraya, tapi tak sampai hasrat la nampak gayanya.

haziq iman nampak suka dengan baju ni. mungkin sebab sebelum ni dia tak pernah pakai baju warna hitam. jadi sesekali bila pakai baju warna lain, feelingnya lain.

jom layan haziq iman & t-shirt My Mommy is a HOT BLOGGER MOM.


abaikan jambul haziq iman yang berserabut tu. biasalah dia, kalau main ngan ummi & ayah, tak sah kalau tak berguling satu tilam tu.

"tengoklah gigi saya. cantik tak?"
sebatang tumbuh masa umur 6 bulan setengah. lagi sebatang masa umur 8 bulan. tapi sekarang, gigi tu dah macam sama besar je.



gaya manja. suka buat camni terutama kalau main dengan ayahnya.

"hye, my name is Haziq!"

Friday, August 12, 2011

..haziq, si anak kecil..

salam.

baru terbaca blog fashya. entri MENYESAL. tak fashya sorang la yang hadapai perkara ni. tapi fashya kira gigih la sebab PJJ dengan suami dia.



***************************************

petang tu, cuma ayah yang datang ambil haziq di taska. tanpa ummi. haziq taktau ummi kemana. selalunya ummi yang akan dukung haziq dulu, bagi salam kemudian cium haziq banyak-banyak. bila ummi tak ada, haziq kena duduk dalam car seat. haziq tak suka, jadi haziq banyak merengek.

rupa-rupanya ummi balik lambat. haziq dengan ayah pergi ambil ummi kat stesen komuter sungai buloh. haziq suka sangat bila ummi cepat-cepat keluarkan haziq dari car seat dan breastfeed haziq. sambil breastfeed, haziq still juga menangis sambil mengadu. walaupun ummi tak faham pun bahasa haziq.

malamnya, haziq rasa haziq asyik nak melekat dengan ummi. haziq nak ummi sentiasa peluk haziq. bila ummi bangun nak kemana-mana tanpa bawak haziq, haziq nangis kuat-kuat. mula-mula ummi layan, tapi lama kelamaan, ummi naik angin. ummi naikkan suara pada haziq, tapi haziq tetap juga nak ikut ummi kemana-mana.

haziq bukan nak apa. haziq cuma nak ummi. haziq nak ummi sentiasa ada dekat haziq. haziq nakkan perhatian ummi. seharian haziq di taska, jadi waktu malam haziq nak bermanja sepenuhnya dengan ummi. kenapa umi marah haziq??

kemudian, haziq poo poo. ummi dah get ready nak basuh. macam biasa, ummi selalunya akan lap dulu punggung haziq dengan tisu, kemudian baru basuh. dulu ayah selalu jugak tanya, kenapa tak terus basuh je, tak payah la lap dengan tisu. tapi ummi kata, takut ada air terpercik kat baju, tak sedar. kalau dah lap dengan tisu, kemungkinan besar najis tu susah nak terpercik.
masa ummi lap dengan tisu, haziq gerak sana sini. ummi marah haziq. tapi haziq tetap jugak gerak-gerak. haziq dengar ummi sebut nama haziq kuat-kuat kemudian ummi tepuk punggung haziq. kuat. haziq diam. dan haziq tak nangis. haziq cuma pandang muka ummi.

dah siap basuh, ummi nak pakaikan diaper. kemudian baru ummi perasan, punggung haziq naik ruam. tadi haziq gerak-gerak sebab tak selesa punggung gatal. haziq nak garu, tapi ummi marah. haziq taktau macam mana nak cakap ngan ummi yang haziq gatal.

kemudian ummi nak tidurkan haziq. ummi breastfeed haziq. haziq paling suka bila sambil breastfeed, ummi peluk haziq dan alunkan zikir. sambil breasfeed, haziq dengar ummi menangis. haziq taktau kenapa. haziq dengar ummi kata,
"maafkan ummi sayang. ummi mintak maaf."
haziq nampak tangan ayah sentuh ubun-ubun ummi.
ummi cium haziq banyak-banyak. haziq rasa selesa. haziq tak mintak banyak. haziq cuma nak perhatian ummi. haziq sayang ummi. sayang sangat.

lama kelamaan, haziq tertidur. haziq tenang dalam pelukan ummi.

***************************************

Thursday, August 11, 2011

..teka teki, samar-samar sudah terjawab..

salam.

sudah 4 ramadhan. tapi saya masih lalai untuk merebut sebanyak-banyak pahala yang dijanjikan jika kita bersungguh-sungguh beribadat pada-NYA.

pengalaman pindah rumah agak memenatkan. it was a very hectic weekend. proses pack barang, pindah barang hingga nak unpack memang memerlukan tenaga. tambah-tambah dalam bulan puasa ni. agak mencabar. tetapi merungut bukanlah satu penyelesaian tapi lebih kepada 'memenatkan' lagi keadaan, jadi shut up your mouth then smile :)

sebenarnya ada lagi satu kegusaran yang tengah duk main-main dalam kepala ni. semalam sempat berbual dari hati ke hati dengan hubby.

"kalau ada, macam mana abg?"

hubby senyum je.

"syg rasa?"

haha, kita tanya dia, dia tanya kita balik.

"entah. taktahu. bercampur-campur. excited pun ada, takut pun ada. tapi rasa macam perasaan nak senyum tu lagi banyak dari tak senyum."

"tu la. abg pun rasa sama macam tu. kalau ada, agaknya kita jadi kalut-kalut sikit. tapi kalau tak ada, mesti kita rasa macam sedih. betul tak?"

perbualan mati di situ. kami kehilangan kata-kata.




. . .


. .


.


. .


. . .



itu cerita 3 ramadhan yang lepas. hari ni dah pun 11 ramadhan, sudah masuk 2/3 bulan. dan cerita yang ada adalah berbeza keadaan.

keesokkan hari selepas perbualan kami, saya langkahkah juga kaki ke guardian berhampiran opis. sebab dah banyak sangat spekulasi yang ada dalam kepala ni.
- dah 2 minggu hubby asyik duk mengidam nak makan itu ini. sama macam saya hamilkan haziq iman dulu. walhal sebelum ni biasa je.
- ada jiran tegur badan saya macam orang hamil.
- susu badan drop dengan teruk.
- "puan P" dah lewat 2 bulan.
- selera makan kurang.
- saya demam-demam manja on off pada waktu malam.

tapi.....
belum sempat nak test pun, petang khamis tu, "puan P" dah datang menjengukkan mukanya. tiba-tiba ada rasa sedih. even sebelum ni mulut asyik duk kata,
"taknak dulu dalam masa terdekat ni. nak tumpu perhatian pada haziq iman."
tapi perasaan tu macam berbolak balik. wujud sedikit perasaan kecewa.

ada sedikit unsur mengada-ngada sikit kat situ. hubby cuma cakap,
"redha tu penting. tu maknanya belum masanya untuk haziq dapat adik."
haziq iman pulak, tengah ralit-ralit main, tetiba sengih kat ummi ngan ayah dia. so, macam biasa, senyuman dia tu memang penawar paling hebat bagi ummi dia.

takpelah sayang. lain kali la ye ummi bagi adik kat haziq iman :)

Tuesday, August 2, 2011

..haziq iman & taska..

salam.

alhamdulillah, sesyukur-syukurnya bila kami sekeluarga dah selamat berpindah ke kota damansara sabtu lepas. jadinya, ramadhan kami tahun ini di rumah baru sendiri. rumah pun masih bersepah, belum sempat berkemas. sahur pun setakat ni masih ala kadar. peti ais (sponsored by my bro) & mesin basuh akan dihantar esok. merana kejap takde dua barang utama ni. beli hari ahad, rabu baru dapat. jangan esok tokei kedai cakap postpone lagi, tak tau la camne. baju kotor dah bertimbun tu.

satu lagi hal paling penting, berkenaan taska haziq iman. 2 minggu sebelum, saya ada contact satu taska berhampiran apartment kami. tapi masa tu dia tak tahu nak terima haziq iman ke tak sebab takut tak cukup tangan. sekarang ni dia ada 6 baby yang dijaga. sampai saat-saat akhir, baru dia cakap tak dapat jaga haziq iman. kelam kabut la saya dan hubby nak survey tempat lain. sehari sebelum pindah (jumaat), hubby tolong survey di kawasan terdekat. dapat la tiga contact number. telefon punya telefon, 2 taska dah penuh kuota baby. tinggal satu je. tu pun kat seksyen lain dari rumah kami. tapi takpelah, janji ada orang nak jaga haziq iman.

satu lagi taska nama taska ameen, cakap ok. boleh terima haziq iman. tapi, bab bayaran sangat la membebankan pada kami yang baru berpindah rumah ni. bayaran bulanan, rm350 kemudian untuk pendaftaran rm100 dan yuran tahunan rm100. semput jap ummi haziq iman ni. masa pendaftaran, terketar-ketar nak hulur rm550 kat assistant kepada owner taska. tapi redha, janji haziq iman dapat jagaan yang baik. sebab nak cepat, tak sempat nak jumpa owner dia pagi tu.

--------------------------------------------------------------------------------------
~selingan~
taska ameen ni sebuah taska berdaftar. dari apa yang saya lihat di taska tu dan dibandingkan dengan komen-komen kat internet, taska ni memang recommended. di bahagian luar taska, ada satu ruang untuk kanak-kanak buat aktiviti outdoor, kanak-kanak kat situ didedahkan dengan aktiviti macam main playdoh, mewarna, melukis, dan kraf. memang menarik. walaupun bayi, mereka bukan sekadar menjaga tetapi juga memberi pengisian yang sesuai mengikut peringkat umur. lebih menarik, taska ini lengkap dengan cctv. hari sabtu, staff-staff taska ameen ni akan basuh semua peralatan dalam taska tu macam toto, alat-alat mainan, alas simen dll. cuma pengasuh-pengasuh dia, ada yang nampak terlalu muda.
lagi satu, masa penjagaan dari pukul 6.30 pagi sampai 6.30 petang. tapi dalam bulan puasa, sampai pukul 5.30 petang sahaja. sure la tiap-tiap hari saya kena bayar OT T____T

--------------------------------------------------------------------------------------

jadi, semalam haziq iman dah selamat tinggal kat taska baru. pagi, sempat menangis sekejap budak kecil tu, tapi 3-4 minit lepas tu dah sengih-sengih atas dukungan pengasuh dia. senang hati ummi yang menengoknya.

tengahari, owner taska ameen telefon saya. berderau jugak darah tengok nombor dia naik kat skrin telefon. dalam hati duk tertanya-tanya,
"nape dengan haziq iman? menangis ke? buat perangai ke?"

tapi bila dia kata haziq iman ok, lega sikit rasa. makan pun berselera, dan pandai berkawan dengan kanak-kanak kat situ. habis, kenapa pulak owner taska telefon?

"kak umi lupa nak cakap kat iza hari tu. untuk bayaran permulaan, kena bayar jugak deposit sebulan. jadi total semua sekali rm900 untuk bayaran sebulan+sebulan, pendaftaran dan yuran tahunan."

terkedu!

dengan pindah rumahnya, dengan beli barang-barang rumahnya, dengan dah bayar rm550 kat taska sebelum tu, sekarang nak kena bayar lagi? terdiam, dan taktau nak bagi jawapan apa kat kak umi. sesak nafas pun ada. dalam kepala pulak sempat lagi duk fikir pasal belanja raya.hehe.

balik kerja, bincang lagi dengan hubby. macam-macam benda nak kena fikir. kalau keluarkan haziq iman dari taska ameen, maknanya kena la survey taska lain. tapi bayaran boleh dapat balik tak? dibuatnya burn duit pendaftaran & yuran tahunan, tak ke gigit jari? rm200, banyak tu. nak survey taska lain, susah jugak nak survey malam-malam. nak ambik EL esoknya, macam dah tak sanggup. tahun ni aje dah 4 kali ambik EL. kang saje je kena cop muka EL. naya. sempat la gaduh-gaduh jap ngan hubby. sampai sudah tak ada penyelesaian.

"dari kita gaduh, baik gi ambik haziq iman sekarang. esok la fikir lagi."
hehe, boleh pulak camtu?

sampai di taska, kami disambut kak umi. ceria sangat orangnya. masa tu dia tengah layan sorang ayah yang datang ambik anak dia. saya tertarik tengok cara kak umi say goodbye kat budak tu, kak umi hug and kisses budak tu dan budak tu membalas pelukan tu.

kemudian, ada lagi sorang budak ni, dari dalam kereta dia bagi flying kiss pada kak umi. kak umi balas dengan flying kick jugak dan say 'i love you' kat budak tu. nampak kemesraan yang terbina.

kemudian kak umi mula 'bagi laporan' pasal haziq iman.

"pagi tadi lepas mandi & minum susu, dia terus tidur. dah bangun, dia terpinga-pinga. tapi akak biar je dia explore. kita memang takkan sekat pergerakan dia. dia gerak sana, gerak sini. keluar masuk bilik, pastu pergi dapur. agaknya dia duk fikir, dia ada kat mana ni. kemudian, dia keluar dari dapur, terus sengih-sengih tengok akak. pastu dia duduk main je. takde masalah nak jaga. tapi kalau menangis, kuat suaranya."

satu lagi yang saya risau pasal haziq iman ni, dia dah 2 minggu porridge-off. dia reject apa je bubur yang saya masak. selama ni semua bubur pun dia balun. sekarang, yang dia nak makan, cuma nestum. kadang-kadang nampak dia tak puas makan nestum, tapi kalau disuap bubur, dia buat-buat macam nak muntah. jadi saya tetap bekalkan nestum pada taska even sebenarnya taska tak benarkan (ada tertulis dalam borang pendaftaran).

"tadi pun akak suruh je staff akak cuba bagi bubur kat dia. mula-mula dia macam taknak, tapi lepas tu ok je dia makan. berselera. 3 kali dia makan hari ni."

wahh, dalam hati saya, ada improvement nih.

"kat taska ni memang kita takkan bagi nestum kat baby. kita memang bagi makan bubur je. bubur pun, kita buat standard baby punya, tanpa garam, tanpa gula. cuma beras, sayur dan kadang-kadang letak ayam @ ikan. lagi satu, jangan risau pasal dia masuk dapur sebab dapur bersih. kita masak kat tempat lain dan bawa ke sini. sebab tu kita tak risau budak-budak nak gerak mana-mana je dalam taska."

apa yang jadi pada saya & hubby?

guess what??


.

.

.

.


tiba-tiba, semua kerisauan kami tadi terhapus macam tu je. tanpa bicara, kami sepakat untuk kekalkan haziq iman di taska ameen. kami nampak keriangan dan keceriaan pada haziq iman. dia nampak bersemangat dan gembira.

pasal kewangan, terpaksa la kami ikat perut sementara nak tunggu gaji akan datang. mungkin ada hikmah disebalik semua ni. kami menerimanya sebagai cabaran ramadhan, menguji kami sebagai hamba-Nya. kami sematkan dalam hati, ini hanyalah sekecil-kecil ujian dan kami yakin dengan kasih sayang-NYA yang takkan berbelah bagi.


haziq iman.. apa sahaja untukmu.