.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, July 12, 2011

..blank 2.0..

salam.

saya mencari-cari semangat untuk meneruskan 'perjuangan kecil' blog ini. sesungguhnya semangat saya makin hari makin pudar. untuk menguburkan terus blog ini, sedikit sebanyak timbul rasa sayang. kalau diikutkan, banyak kenangan peribadi saya di sini. makin hari saya merasakan penulisan saya makin 'kosong'. yang membuatkan saya tersenyum hanyalah entri-entri yang melibatkan anakanda kesayangan, muhammad haziq iman.

saya mudah rasa 'tersungkur' tatkala ada suara-suara sinis yang menyanggah mana-mana penulisan saya di sini. itu punca utama kenapa saya rasa kecewa. saya tak meminta anda membaca andai anda rasa penulisan/entri saya tidak mencapai standard yang anda inginkan. saya hanya menulis apa yang saya inginkan. seboleh mungkin, saya cuba untuk menulis sesuatu yang tidak akan menyakitkan hati sesiapa. sesekali mungkin tanpa sedar, ada unsur riak dalam penulisan. tapi percayalah, saya tidak memaksudkannya!

masa mula-mula berblog dulu, saya menjadikan blog sebagai pentas untuk saya mencatit pengalaman/kenangan hidup saya. kemudian, tanpa sedar, saya jadikan blog ini sebagai 'kotak' untuk saya meluah perasaan. segala perasaan gembira, marah, sedih, suka, duka, saya humban ke sini. saya rasa puas. di sinilah tempatnya memandangkan sesetengah perkara, tidak sesuai untuk diluahkan pada manusia. dada saya lapang kerana dengan menulis, saya tak perlu meremukkan hati saya dengan menyimpan segala kesakitan dalam hati.

haa, tengok. saya dah mula nak luah perasaan. haisyhh, tak boleh jadi ni. so, kita berhenti dulu di sini.

peace!

..blank..