.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, March 23, 2011

~Ummi ni banyak cakap la..

salam.
*malulah asyik wordless wednesday jek*

agaknya, kalau haziq iman dah boleh bercakap, tak mustahil dia cakap tajuk kat atas tu kat saya. hehe.

saya memang banyak cakap dengan haziq iman. bila ambil dia dari taska, memang agak kecewa kalau haziq iman tengah tidur. maknanya, saya takde peluang nak bermain-main dan bercakap-cakap dengan dia.

dulu, saya pun tak tahu nak cakap apa dengan dia. tapi bila dapat tahu yang kita boleh tambah perbendaharaan kata pada bayi, saya cuba improve diri sendiri.

kadang-kadang 'perbualan' tu boleh jadi skema. kalau saya sentuh tangan dia, mungkin saya akan cakap,
"ini tangan haziq. ini tangan kanan haziq (sambil angkat tangan kanan dia). ini pulak tangan kiri haziq. (sambil angkat tangan kiri)"

kalau saya bawa haziq iman jalan-jalan, saya suka bawa dia dekat pada daun pada mana-mana pokok.
"haziq, ini daun. daun ni warna hijau. daun ada pada pokok. cuba haziq sentuh."

kalau dalam kereta,
"haziq, tengok tu. ada langit. langit warna biru. eh, ada lori besar. yang kecik tu kereta."

tengah mandi,
"ini mata haziq. mata gunanya untuk melihat. kalau takde mata (sambil tutup mata haziq iman), haziq tak boleh nampak. ini hidung haziq. boleh hidu bau. ada bau wangi, ada bau busuk. ini pulak telinga haziq.bla..bla..bla.."
masa mandi ni masa paling ideal kot. sambil bercerita pasal telinga, sambil tu la kita boleh bersihkan telinga dia, dia takkan marah sebab tengah khusyuk dengar kita bercerita. cuba kalau kita nak bersihkan telinga dia tanpa berbual-bual, sure dia marah punya. hehe.

macam tu la setiap hari. paling seronok kalau hari minggu. ada masa-masanya, biarkan dia bercakap atau bagi respon pada percakapan kita. jangan asyik kita je nak bercakap dan dia hanya mendengar. tak betul jugak tu.

pernah suatu hari, sis-in-law kata saya cakap macam formal yang amat bila bercakap dengan haziq. yup, itulah cara nak tambah perbendaharaan kata dia. dengan menggunakan perkataan-perkataan yang betul dan tatabahasa yang betul. sesekali, saya selitkan juga loghat-loghat terengganu (*penting tu!) dan sesekali dengan loghat jawa.

saya pun bukan pandai sangat. semua ni cuma dari pembacaan saya semata-mata dan saya cuba untuk aplikasikan pada haziq iman. hasilnya? wallahu a'lam. tunggu sahaja nanti.

2 comments:

  1. ok la tu iza...biladah besar mcm sofia ni tak adanyer nakdengar cam tu..setiap hari ada je mainan baru dia reka...baca buku makin malas.....kalau dtg mood baru baca...cd pun dah pandaimemilih..yg education ni tak nak..ultraman je setiap hari....vocab pun tak byk..vocab jepun je la setiap hari..pening kepalaaku ni...dah buntu dibuatnyer..

    ReplyDelete
  2. bagusnyeer.. nak buat jgk la.. my baby br 4 bln.. tp suka dgr org berckp...

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..