.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, March 11, 2011

~haziq iman..dengarlah ceritaku

haziq iman,
jom dengar ummi bercerita nak? ummi nak cerita dekat haziq iman pasal perjuangan ummi untuk bagi penyusuan eksklusif dekat haziq iman. baca ye sayang...

masa mula-mula tahu ummi mengandungkan haziq iman, ummi gembira sangat. dua bulan ummi tunggu 'kedatangan' haziq iman, akhirnya Allah makbulkan doa ummi dan ayah.

ummi mula selongkar ilmu pasal full breastfeed(bf). ummi cari kat internet, tanya kat kawan-kawan atau baca dari mana-mana buku @ majalah. kemuncak keputusan ummi, bila ummi dah beli set pam susu S3. walaupun masa tu ummi banyak nak guna duit untuk beli barang-barang haziq iman. pada ummi, harga RM550 tu satu nilai yang besar. tapi demi haziq iman, ummi sanggup. satu lagi pelaburan yang ummi buat, ummi belikan supplemen shaklee dalam usaha nak banyakkan susu badan ummi.

2 minggu pertama selepas haziq iman lahir, ummi balik berpantang kat sungai besar. masa tu, nenek haziq iman banyak kali pesan kat ummi,
"nanti dah dekat-dekat nak masuk kerja, kena mula campurkan susu badan dengan susu formula."
ummi cuma diam. ummi pandang muka ayah. ayah cuma senyum dengan memek muka seolah-olah ayah cakap,
"takpe, jangan risau. kita buktikan nanti."

kemudian, ummi sambung berpantang di terengganu kat rumah uwan haziq, ma ummi. pada mulanya, perjalanan penyusuan eksklusif ummi berjalan lancar. kemudian, dalam sebulan pantang, haziq iman mula menunjukkan tanda-tanda tak cukup susu. haziq iman susah nak tidur malam. uwan cakap, haziq iman lapar. nak susu lagi. ummi cuma mampu diam. ummi tetap suakan cik B ummi pada haziq iman. pernah suatu malam, ummi susukan haziq iman hampir sepanjang malam.

uwan mula bising. uwan takut haziq iman kelaparan. dengan penuh tersirat, uwan selalu cakap kat ummi,
"nanti nak bagi susu apa kat iman? fikir la mana yang sesuai. ma pegi belikan."
ummi diam. ummi keraskan hati.

dalam masa yang sama, ummi minum air banyak-banyak. ummi minum milo, makan banyak-banyak. ummi tak pakai bengkung langsung sebab asyik kena pergi tandas sebab banyak minum air *byknya sebab*.

ummi cuba pam susu ummi. tapi sikit sangat ummi dapat. dekat setengah jam ummi pam, ummi cuma dapat 0.5oz je. kemudian ummi mula cari otai-otai bf. diaorang banyak bantu ummi. ummi disarankan pam banyak kali. tapi masa tu ummi naif. ummi cakap, susu ummi tak ada, jadi proses pam cuma buang masa. ummi malas mengepam. ummi cuma pam sekali sehari.

bila otai bf suruh ummi buat power pumping, ummi buat. tapi tetap juga tak banyak susu yang keluar. ummi cuma buat 3 hari sekali. sekarang ummi menyesal. baru ummi faham konsep power pumping. rupanya power pumping tu untuk stimulate cik B ummi untuk hasilkan lagi banyak susu pada masa akan datang. power pumping ni antara salah satu cara untuk bagi isyarat pada cik B. ummi ingatkan dulu, power pumping gunanya untuk pam lagi banyak susu.

seminggu selepas tu, hasil pam bertambah. alhamdulillah. ummi dapat 3oz tapi bila pam waktu pagi sahaja. bila petang, susu ummi memang takde bila pam. waktu petang, ummi terpaksa bagi susu yang dipam pagi tadi pada haziq iman sebab haziq iman tunjuk tanda-tanda tak cukup susu. begitulah yang berlaku hampir setiap hari. ummi tak sempat nak buat stok susu. rezeki pagi, akan guna bila menjelang petang atau malam.

kemudian, ayah jemput kita balik kuala lumpur 10 hari sebelum ummi masuk kerja. masa tu, ummi langsung tak ada stok susu. ummi risau! tapi ummi tetap pam. ummi cuba buat stok.

tiap kali pergi giant atau mydin, ummi & ayah akan lalu dekat rak-rak susu formula. mata ummi & ayah melilau survey susu mana yang sesuai untuk haziq. tapi selalunya, kami cuma akan berlalu tanpa sebarang kata putus. ummi & ayah tak sanggup!

pernah ummi pam susu sambil keluar air mata. ummi takut hasrat ummi tak tercapai. setiap masa ummi mengadu pada Allah. ummi merintih mohon perbanyakkan susu badan ummi.

akhirnya, ummi berjaya dapatkan 7 botol x 3oz dalam masa 7 hari. 7 hari, haziq. ummi sedikit tersenyum masa tu.

hari pertama bekerja, ummi bekalkan haziq iman dengan 6 botol x 3oz. dekat ofis, ummi cuba pam 3 kali. alhamdulillah, ummi rasa takjub dengan ciptaan-Nya. ummi berjaya pam 16oz! walaupun belum cukup untuk bekal haziq iman esoknya, tapi ummi tak risau sebab ummi akan pam lagi sekali pada waktu malam.

masa ummi ambil haziq iman lepas habis kerja hari pertama, pengasuh bagitahu yang haziq iman macam tak cukup susu. bila dah habis sebotol, mulut comel haziq iman masih tercari-cari puting. berderau darah ummi, tapi ummi tunjuk muka tenang kat pengasuh tu. ummi janji untuk bekalkan 6 botol x 3.5oz keesokkan harinya.

ummi pam lagi waktu malam. Allah Maha Penyayang. ummi berjaya bekalkan susu mengikut keperluan haziq iman. syukur. dan begitulah seterusnya. susu yang ummi pam hari ini akan dibekalkan ke taska keesokkan harinya. inilah rutin ummi setiap hari hingga kini. dan dengan kuasa-Nya, ummi mampu buat stok sebanyak 12 botol x 4oz. ummi kumpul berdikit-dikit.

anehnya, susu badan ummi semacam ada chemistry dengan haziq iman. hasil susu yang ummi pam tiap hari hampir selari dengan demand haziq iman walaupun kadang-kadang ada terkurang kalau ummi tengah stress. sekarang, haziq iman dah minum 6 hingga 8 botol x 4oz sehari. stok yang 12 botol tu, masih belum terusik jumlahnya. ummi cuma pastikan stok susu lama akan diganti dengan susu baru.

nenek & uwan haziq iman pun sekarang dah tak risau apa-apa sebab tau haziq iman dapat susu dengan cukup. ummi senang hati bila dapat hapuskan kerisauan mereka selama ni. satu kejayaan pada ummi.


haziq iman..
ummi tak pasti sampai bila ummi mampu bertahan walaupun ummi menyimpan hasrat kuat untuk susukan haziq iman hingga mencecah umur 2 tahun. ummi akan terus usahakan yang terbaik. setiap hari ummi doakan moga diluaskan pintu rezeki haziq iman.

haziq iman mesti berterima kasih pada ayah tau sebab ayah lah penyokong ummi nombor satu. bila ummi sedih hasil susu kurang, ayah selalu tanya,
"sayang stress apa ni?"
kalau ummi pam susu dekat rumah, ayah datang urut bahu ummi. ayah hadiahkan ciuman di dahi ummi tanda ayah hargai apa yang ummi buat. kalau ayah malas nak datang dekat dengan ummi, ayah cuma bagi semangat dengan kenyit mata kat ummi. hehe, cukuplah tu. ayah pastikan yang ummi makan makanan yang boleh tambahkan susu. setiap pagi juga, ayah yang akan kemaskan beg pam susu ummi. sayang betul ayah kat ummi haziq iman =)


haziq iman sayang..
bukan ummi merendah-rendahkan martabat susu formula. bukan sayang! sebab ummi tahu, sampai suatu masa, pasti haziq iman akan minum susu formula/susu lembu juga. tapi pada ummi, jika ummi mampu, bf sahaja harta tak ternilai yang ummi boleh bagi pada haziq iman. 9 bulan ummi kandungkan haziq dan pelbagai cabaran ummi dah hadapi. takkan ummi nak mengalah dalam hal macam ni? banyak usaha yang boleh dilakukan untuk perbanyakkan susu. ummi yakin sebab semua itu dengan izin Allah.

ummi ibaratkan diri ummi sebagai seorang pesawah. kalau ummi dah tanam padi, kenapa ummi perlu beli beras di kedai lagi selepas tu? tentulah ummi akan guna beras dari hasil padi yang ummi tanam.


haziq iman anak ummi..
ummi bercerita bukan untuk membangga diri. ummi tak pernah anggap yang ummi sedang buat satu pengorbanan besar untuk haziq iman. apa yang ummi buat sekarang ni hanyalah secebis dari kasih sayang ummi pada haziq iman. dan ummi juga tak pernah impikan sebarang pembalasan dari haziq iman atas apa yang ummi lakukan sekarang. malahan, ummi yang sepatutnya berterima kasih pada haziq iman kerana dengan kehadiran haziq imanlah, ummi dapat lalui semua pengalaman ini. sungguh, haziq iman suatu anugerah tak ternilai pada ummi. syukur ya Allah.

ummi sayang haziq iman melebihi apa yang ummi ada. ummi akan buat sehabis baik untuk anak ummi. semoga haziq iman akan jadi anak yang soleh.


ummi berhenti dulu bercerita sampai di sini. nanti kita sambung lagi ye sayang.

5 comments:

  1. assalamu'alaikum...

    TAHNIAH ummi hariza...:)
    semoga dayah tabah dan sabar seperti akak...walaupun dugaan dan ujian kita dalam berlainan bentuk...doakan untuk dayah jgk...:')

    ReplyDelete
  2. wsalam..
    insyaAllah..kebahagiaan dayah pun sebahagian dr kebahagiaan akak..semoga Allah sentiasa lindungi dan rahmati dayah..jgn pernah berhenti berharap.. :)

    ReplyDelete
  3. Terharu sgt2 aku baca entry ko ni Iza..InsyaAllah…kita akan buat sehabis baik untuk anak..anak anugerah & amanah Allah pada kita..kita bertanggungjawab atas anak yg diberi Allah..wlaupun susu yg terhasil tidaklah mewah mcm ibu2 lain, memadai dengan cukup mengikut demand anak..kita kena selalu usaha & berdoa semoga sentiasa ada rezeki untuk anak.insyaAllah doa seorg ibu akan dimakbulkan lagi2 bdoa untuk kebaikkan anak.Aku teringat awal2 aku nak menyusukan Rizqin, setitik pun susu tak keluar. Menangis2 aku picit dengan tangan (masa tu belum beli pam) …masa dalam pantang, aku selalu surf internet cari apa yg membanyakkan susu & suruh hubby belikan..kita pon patut bersyukur sebab suami bagi semngat untuk kita bf anak..insyaAllah kita boleh bf hingga usia mereka 2 tahun…insyaAllah..jgn cepat mengalah & putus asa….hubby selalu ckp ‘susu ibu itu hak anak, anak tanggungjawab kita…jadi, bagi yg terbaik untuk dia’….insyaAllah…kita sama2 doa ye…diam aje bila ada org yg memperlekehkan niat kita & selalu pandang serong & tak bg semangat..lebih2 lagi org yg dekatt dengan kita…itu semua cabaran & tunjukkan yg kita boleh!..... ;)

    ReplyDelete
  4. kak ma, citer kak ma sebiji mcm kakpi. Masa dalam pantang aritu balqis selalu berjaga malam, kije dia nk bergayut je sepanjang malam sapa ma suruh beri FM. Sbb kakpi pangku dia almost sepanjang mlm. Ma risau takut kakpi sakit sbb badan xsihat sgt lg lepas czer kan. Tp cekalkan hati gak demi Balqis. Minum air 4-5L sehari, tak kira la org kata xle minum air byk2 dalam pantang tkt buncit. Biar la buncit & gemuk. Janji dpt bg terbaik utk anak kita kan? Salute la ngn kak ma sbb bg full bf. Hope kita sama2 dpt bg full bf sampai anak kita 2 thn.

    *sorry kakma, panjang lak komen arini

    ReplyDelete
  5. p tewas pada FM. Masa tu nak nangis2 da. Mak p yang offer nak belikan FM. P tau, bukannya mak tak support. Cuma dia kesian kat P sebab x berenti susukan Aqeel dan kesiankan Aqeel sebab Aqeel nampak lapar sangat.

    Skang ni Aqeel masih campur FM. Tu pun sebab nak perabis stok 650g yang 1 bulan ++ xsampai 1/2 luak sebab p bnyk bg BM.

    Insaf baca coretan iza ni. Huuhuh.. P baru jek abis pum susu. Rezeki anak.. Alhamdulillah

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..