.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, March 30, 2011

~Wordless Wednesday #04 : Saya rindu orang di dalam rumah ini...! T___T

Wednesday, March 23, 2011

~Ummi ni banyak cakap la..

salam.
*malulah asyik wordless wednesday jek*

agaknya, kalau haziq iman dah boleh bercakap, tak mustahil dia cakap tajuk kat atas tu kat saya. hehe.

saya memang banyak cakap dengan haziq iman. bila ambil dia dari taska, memang agak kecewa kalau haziq iman tengah tidur. maknanya, saya takde peluang nak bermain-main dan bercakap-cakap dengan dia.

dulu, saya pun tak tahu nak cakap apa dengan dia. tapi bila dapat tahu yang kita boleh tambah perbendaharaan kata pada bayi, saya cuba improve diri sendiri.

kadang-kadang 'perbualan' tu boleh jadi skema. kalau saya sentuh tangan dia, mungkin saya akan cakap,
"ini tangan haziq. ini tangan kanan haziq (sambil angkat tangan kanan dia). ini pulak tangan kiri haziq. (sambil angkat tangan kiri)"

kalau saya bawa haziq iman jalan-jalan, saya suka bawa dia dekat pada daun pada mana-mana pokok.
"haziq, ini daun. daun ni warna hijau. daun ada pada pokok. cuba haziq sentuh."

kalau dalam kereta,
"haziq, tengok tu. ada langit. langit warna biru. eh, ada lori besar. yang kecik tu kereta."

tengah mandi,
"ini mata haziq. mata gunanya untuk melihat. kalau takde mata (sambil tutup mata haziq iman), haziq tak boleh nampak. ini hidung haziq. boleh hidu bau. ada bau wangi, ada bau busuk. ini pulak telinga haziq.bla..bla..bla.."
masa mandi ni masa paling ideal kot. sambil bercerita pasal telinga, sambil tu la kita boleh bersihkan telinga dia, dia takkan marah sebab tengah khusyuk dengar kita bercerita. cuba kalau kita nak bersihkan telinga dia tanpa berbual-bual, sure dia marah punya. hehe.

macam tu la setiap hari. paling seronok kalau hari minggu. ada masa-masanya, biarkan dia bercakap atau bagi respon pada percakapan kita. jangan asyik kita je nak bercakap dan dia hanya mendengar. tak betul jugak tu.

pernah suatu hari, sis-in-law kata saya cakap macam formal yang amat bila bercakap dengan haziq. yup, itulah cara nak tambah perbendaharaan kata dia. dengan menggunakan perkataan-perkataan yang betul dan tatabahasa yang betul. sesekali, saya selitkan juga loghat-loghat terengganu (*penting tu!) dan sesekali dengan loghat jawa.

saya pun bukan pandai sangat. semua ni cuma dari pembacaan saya semata-mata dan saya cuba untuk aplikasikan pada haziq iman. hasilnya? wallahu a'lam. tunggu sahaja nanti.

~Abaikan sahaja kata-kata yang mengguris hati kalau anda bukan orangnya

bagai kaduk naik junjung.

mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih-lebih.

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

lastly,
sape makan cili, dia la yang rasa pedas.

pesanan,
kalau dah rasa pedas, jangan datang kat saya. maaf la, takde air nak bagi untuk hilangkan pedas.

sekian, terima kasih.
-saya yang empunya hati-



saya --> memaafkan, saya akan. tapi bukan untuk melupakan.

~Wordless Wednesday #03 : Bila Haziq Iman kena buli dengan ayah =p (Ummi cuma geleng kepala)

Monday, March 21, 2011

~Ngantuknya..

salam.

mengantuk.

mengantuk.

mengantuk.

tersangat la mengantuk hari ni. semalam haziq iman asyik je merengek. tidur kejap, kemudian bangun. baru je lelap, menangis lagi. tak tahu apa puncanya. diaper dah tukar, bagi susu taknak, kembung perut pun tak, hidung pun takde selsema. sudahnya, asyik nak berdukung. sempat la dia tidur sekejap, kemudian merengek lagi.

saya dah tak larat, letak je atas riba sambil gerak-gerak sikit. pukul 5 pagi baru betul-betul lena. masa hantar kat taska pukul 7 pagi pun, haziq iman langsung tak terjaga.

hai la anak.

baru macam ni, ummi dah mengantuk kat pejabat. tak kuat ke ummi haziq iman ni?


saya --> sori bos, ni gambar je. bukan bebetul tidur. tersengguk-sengguk sikit je tadi.. :p






Tuesday, March 15, 2011

~Oh...susu saya tak cukup!

salam.

ok, tajuk gimik je tu. bukan pasal susu saya, tapi merujuk pada artikel di bawah. saya copy & paste dari Kumpulan Ibu Menyusu di facebook. semoga bermanfaat untuk kita semua :)


Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?


Antara faktor yang mendorong tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutam...a mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!


Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?


Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal" tidak berupaya untuk menyusui bayinya.


Dengan andaian tiada uri tertinggal dan paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu). Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.

Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum. Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.


Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.


Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.


Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.


Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

Friday, March 11, 2011

~haziq iman..dengarlah ceritaku

haziq iman,
jom dengar ummi bercerita nak? ummi nak cerita dekat haziq iman pasal perjuangan ummi untuk bagi penyusuan eksklusif dekat haziq iman. baca ye sayang...

masa mula-mula tahu ummi mengandungkan haziq iman, ummi gembira sangat. dua bulan ummi tunggu 'kedatangan' haziq iman, akhirnya Allah makbulkan doa ummi dan ayah.

ummi mula selongkar ilmu pasal full breastfeed(bf). ummi cari kat internet, tanya kat kawan-kawan atau baca dari mana-mana buku @ majalah. kemuncak keputusan ummi, bila ummi dah beli set pam susu S3. walaupun masa tu ummi banyak nak guna duit untuk beli barang-barang haziq iman. pada ummi, harga RM550 tu satu nilai yang besar. tapi demi haziq iman, ummi sanggup. satu lagi pelaburan yang ummi buat, ummi belikan supplemen shaklee dalam usaha nak banyakkan susu badan ummi.

2 minggu pertama selepas haziq iman lahir, ummi balik berpantang kat sungai besar. masa tu, nenek haziq iman banyak kali pesan kat ummi,
"nanti dah dekat-dekat nak masuk kerja, kena mula campurkan susu badan dengan susu formula."
ummi cuma diam. ummi pandang muka ayah. ayah cuma senyum dengan memek muka seolah-olah ayah cakap,
"takpe, jangan risau. kita buktikan nanti."

kemudian, ummi sambung berpantang di terengganu kat rumah uwan haziq, ma ummi. pada mulanya, perjalanan penyusuan eksklusif ummi berjalan lancar. kemudian, dalam sebulan pantang, haziq iman mula menunjukkan tanda-tanda tak cukup susu. haziq iman susah nak tidur malam. uwan cakap, haziq iman lapar. nak susu lagi. ummi cuma mampu diam. ummi tetap suakan cik B ummi pada haziq iman. pernah suatu malam, ummi susukan haziq iman hampir sepanjang malam.

uwan mula bising. uwan takut haziq iman kelaparan. dengan penuh tersirat, uwan selalu cakap kat ummi,
"nanti nak bagi susu apa kat iman? fikir la mana yang sesuai. ma pegi belikan."
ummi diam. ummi keraskan hati.

dalam masa yang sama, ummi minum air banyak-banyak. ummi minum milo, makan banyak-banyak. ummi tak pakai bengkung langsung sebab asyik kena pergi tandas sebab banyak minum air *byknya sebab*.

ummi cuba pam susu ummi. tapi sikit sangat ummi dapat. dekat setengah jam ummi pam, ummi cuma dapat 0.5oz je. kemudian ummi mula cari otai-otai bf. diaorang banyak bantu ummi. ummi disarankan pam banyak kali. tapi masa tu ummi naif. ummi cakap, susu ummi tak ada, jadi proses pam cuma buang masa. ummi malas mengepam. ummi cuma pam sekali sehari.

bila otai bf suruh ummi buat power pumping, ummi buat. tapi tetap juga tak banyak susu yang keluar. ummi cuma buat 3 hari sekali. sekarang ummi menyesal. baru ummi faham konsep power pumping. rupanya power pumping tu untuk stimulate cik B ummi untuk hasilkan lagi banyak susu pada masa akan datang. power pumping ni antara salah satu cara untuk bagi isyarat pada cik B. ummi ingatkan dulu, power pumping gunanya untuk pam lagi banyak susu.

seminggu selepas tu, hasil pam bertambah. alhamdulillah. ummi dapat 3oz tapi bila pam waktu pagi sahaja. bila petang, susu ummi memang takde bila pam. waktu petang, ummi terpaksa bagi susu yang dipam pagi tadi pada haziq iman sebab haziq iman tunjuk tanda-tanda tak cukup susu. begitulah yang berlaku hampir setiap hari. ummi tak sempat nak buat stok susu. rezeki pagi, akan guna bila menjelang petang atau malam.

kemudian, ayah jemput kita balik kuala lumpur 10 hari sebelum ummi masuk kerja. masa tu, ummi langsung tak ada stok susu. ummi risau! tapi ummi tetap pam. ummi cuba buat stok.

tiap kali pergi giant atau mydin, ummi & ayah akan lalu dekat rak-rak susu formula. mata ummi & ayah melilau survey susu mana yang sesuai untuk haziq. tapi selalunya, kami cuma akan berlalu tanpa sebarang kata putus. ummi & ayah tak sanggup!

pernah ummi pam susu sambil keluar air mata. ummi takut hasrat ummi tak tercapai. setiap masa ummi mengadu pada Allah. ummi merintih mohon perbanyakkan susu badan ummi.

akhirnya, ummi berjaya dapatkan 7 botol x 3oz dalam masa 7 hari. 7 hari, haziq. ummi sedikit tersenyum masa tu.

hari pertama bekerja, ummi bekalkan haziq iman dengan 6 botol x 3oz. dekat ofis, ummi cuba pam 3 kali. alhamdulillah, ummi rasa takjub dengan ciptaan-Nya. ummi berjaya pam 16oz! walaupun belum cukup untuk bekal haziq iman esoknya, tapi ummi tak risau sebab ummi akan pam lagi sekali pada waktu malam.

masa ummi ambil haziq iman lepas habis kerja hari pertama, pengasuh bagitahu yang haziq iman macam tak cukup susu. bila dah habis sebotol, mulut comel haziq iman masih tercari-cari puting. berderau darah ummi, tapi ummi tunjuk muka tenang kat pengasuh tu. ummi janji untuk bekalkan 6 botol x 3.5oz keesokkan harinya.

ummi pam lagi waktu malam. Allah Maha Penyayang. ummi berjaya bekalkan susu mengikut keperluan haziq iman. syukur. dan begitulah seterusnya. susu yang ummi pam hari ini akan dibekalkan ke taska keesokkan harinya. inilah rutin ummi setiap hari hingga kini. dan dengan kuasa-Nya, ummi mampu buat stok sebanyak 12 botol x 4oz. ummi kumpul berdikit-dikit.

anehnya, susu badan ummi semacam ada chemistry dengan haziq iman. hasil susu yang ummi pam tiap hari hampir selari dengan demand haziq iman walaupun kadang-kadang ada terkurang kalau ummi tengah stress. sekarang, haziq iman dah minum 6 hingga 8 botol x 4oz sehari. stok yang 12 botol tu, masih belum terusik jumlahnya. ummi cuma pastikan stok susu lama akan diganti dengan susu baru.

nenek & uwan haziq iman pun sekarang dah tak risau apa-apa sebab tau haziq iman dapat susu dengan cukup. ummi senang hati bila dapat hapuskan kerisauan mereka selama ni. satu kejayaan pada ummi.


haziq iman..
ummi tak pasti sampai bila ummi mampu bertahan walaupun ummi menyimpan hasrat kuat untuk susukan haziq iman hingga mencecah umur 2 tahun. ummi akan terus usahakan yang terbaik. setiap hari ummi doakan moga diluaskan pintu rezeki haziq iman.

haziq iman mesti berterima kasih pada ayah tau sebab ayah lah penyokong ummi nombor satu. bila ummi sedih hasil susu kurang, ayah selalu tanya,
"sayang stress apa ni?"
kalau ummi pam susu dekat rumah, ayah datang urut bahu ummi. ayah hadiahkan ciuman di dahi ummi tanda ayah hargai apa yang ummi buat. kalau ayah malas nak datang dekat dengan ummi, ayah cuma bagi semangat dengan kenyit mata kat ummi. hehe, cukuplah tu. ayah pastikan yang ummi makan makanan yang boleh tambahkan susu. setiap pagi juga, ayah yang akan kemaskan beg pam susu ummi. sayang betul ayah kat ummi haziq iman =)


haziq iman sayang..
bukan ummi merendah-rendahkan martabat susu formula. bukan sayang! sebab ummi tahu, sampai suatu masa, pasti haziq iman akan minum susu formula/susu lembu juga. tapi pada ummi, jika ummi mampu, bf sahaja harta tak ternilai yang ummi boleh bagi pada haziq iman. 9 bulan ummi kandungkan haziq dan pelbagai cabaran ummi dah hadapi. takkan ummi nak mengalah dalam hal macam ni? banyak usaha yang boleh dilakukan untuk perbanyakkan susu. ummi yakin sebab semua itu dengan izin Allah.

ummi ibaratkan diri ummi sebagai seorang pesawah. kalau ummi dah tanam padi, kenapa ummi perlu beli beras di kedai lagi selepas tu? tentulah ummi akan guna beras dari hasil padi yang ummi tanam.


haziq iman anak ummi..
ummi bercerita bukan untuk membangga diri. ummi tak pernah anggap yang ummi sedang buat satu pengorbanan besar untuk haziq iman. apa yang ummi buat sekarang ni hanyalah secebis dari kasih sayang ummi pada haziq iman. dan ummi juga tak pernah impikan sebarang pembalasan dari haziq iman atas apa yang ummi lakukan sekarang. malahan, ummi yang sepatutnya berterima kasih pada haziq iman kerana dengan kehadiran haziq imanlah, ummi dapat lalui semua pengalaman ini. sungguh, haziq iman suatu anugerah tak ternilai pada ummi. syukur ya Allah.

ummi sayang haziq iman melebihi apa yang ummi ada. ummi akan buat sehabis baik untuk anak ummi. semoga haziq iman akan jadi anak yang soleh.


ummi berhenti dulu bercerita sampai di sini. nanti kita sambung lagi ye sayang.

Tuesday, March 8, 2011

~Semilir angin bulan februari

salam.


failed..!


failed nak update blog banyak-banyak. isk..isk..isk..



- kisah haziq iman -
genap 3 bulan pada 13 februari. pergi cucuk kat pusrawi. alhamdulillah, masih lagi bertahan dengan rekod tak menangis masa kena cucuk. pada ummi dia yang cukup ngeri ngan jarum, satu kejayaan bila haziq iman tak nangis. hehe. siap ajak doktor borak-borak dan sengih dengan nurse yang cun melecun tu. berat 3 bulan - 7.2kg ikut genetik ayahnya. panjang dengan ukur lilit kepala, taktau sebab nurse tak ukur pun T___T

hero saya ni dah mula nak mengiringkan badan. tapi belum pernah lagi berjaya meniarap. kalau berjaya pun, dengan bantuan tolakan dari ayah dia. ummi suka tengok je. badan dah boleh nak pusing-pusing. tang bunt** je yang belum berjaya. kena usaha lebih keras :)

21 februari
haziq iman dah pandai ketawa mengekek-ngekek. paling best, dia ketawa dengan saya dulu baru dengan ayahnya. maklumlah, dia ni anak ayah. kuat borak pun dengan ayahnya.dengan ummi, dia diam je. cuma mata je yang pandang muka saya kalau saya bercakap-cakap dengan dia. kadang-kadang naik jeles jugak dibuatnya :( kalau dia tengah syok borak dengan hubby, kemudian saya join borak sekali, automatik haziq iman diam. pastu bila saya menjauh je, dia sambung borak dengan hubby! taulah anak ayah, tapi jangan la buat ummi macam ni, huhu.


22 februari
pukul 4.30 petang, pengasuh kat haziq iman hantar sms,
"susu haziq dah habis. sekarang last."

pukul 4.30 habis? maunya hati tak cuak kalau dapat sms macam ni. setiap hari saya hantar 6 botol susu x 3.5oz. dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. kadang-kadang pukul 6.30 petang. even masa balik kerja tu hujan tengah lebat, tapi redah jugak dengan hubby. sampai-sampai je pukul 6.25, haziq tengah sengih-sengih duk main dengan pengasuh dia. alahai, leganya..

esoknya saya bekalkan 7 botol x 3.5oz.


26 februari
saya sampai kat taska pukul 7 malam. agak lewat sebab hubby ada kerja nak kena settle. sampai-sampai je, dengar suara haziq iman tengah nangis. kelam kabut saya turun dari motor sampai tersadung batu, ish. belum sempat nak tanya, pengasuh dia dah bagitahu,
"susu dia dah habis kak, pukul 6 petang tadi."

"haaa, habis lagi?"
mana la tak susah hati saya. hasil pam memang ciput-ciput. cukup makan. pam semalam, untuk minum hari ni. kalau haziq iman dah makin demand, maknanya saya kena usaha kuat lagi.

'takpe haziq, jangan risau. ummi akan usaha lagi.'

sekarang, haziq perlukan 8 botol x 4oz setiap hari. alhamdulillah, saya masih mampu bertahan.


ye, apapun, perjuangan mesti diteruskan. kumohon redha dan kekuatan-Nya. ameen.

Hai aunty..!



















alamak, apa nak jadi ni? tajuk sikit punya gempak, tapi sebenarnya cuma nak update pukal bulan februari. tu pun ciput je. maaf ye. lack of ideas. otak full dengan benda lain sekarang ni.






saya --> tunggu pula ~Semilir angin bulan mac. heheh.