.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, January 19, 2011

~Tingkat-tingkat kehidupan

salam.

hidup. ada tingkat-tingkatnya. dari kecil, masuk tadika. kemudian sekolah rendah, sekolah menengah seterusnya ke alam ipta. dan begitulah juga seterusnya. dari zaman berkenalan, bertunang, berkahwin hinggalah dianugerahkan amanah paling indah, muhammad haziq iman.

dari hari pertama memandang wajah haziq iman, bermacam-macam rasa yang ada dalam hati. 39 minggu dia menghuni di alam rahim, namun tak banyak ragamnya bila 'berpindah' ke dunia baru.

pertama kali haziq iman disuakan dengan susu saya, seakan dia memahami tanpa perlu dipaksa-paksa. yup, itulah pengalaman indah. sangat indah. syukur sangat semuanya berlaku dengan sangat lancar. smooth.

tips : masa dalam kandungan, kena selalu bercakap-cakap dengan si-tecit. bagitahu dia,
"nanti dah keluar, minum susu ummi ye sayang. haziq kena hisap betul-betul. baru la kenyang nanti. kena sabar."

sekarang, kami suami isteri tak akan melepaskan setiap detik pembesaran haziq. jumaat lepas, haziq genap 2 bulan. jadi, anak ummi kena la cucuk. bawa ke pusrawi lepas maghrib. orang kata kalau cucuk waktu pagi atau malam, kurang sikit sakitnya berbanding waktu petang.

dalam hati, "jangan la haziq iman ni meraung satu klinik. jenuh nak pujuk kang."
sebenarnya kekok lagi nak breastfeed haziq iman kat tempat awam, huhu

tapi alhamdulillah. haziq iman tunjuk macho pulak depan doktor dan nurse, hehe. masa kena cucuk, muka haziq iman merah jap. kemudian riak muka macam nak nangis tapi tak rupanya. dia ambil masa kejap nak hilangkan rasa sakit kemudian SENGIH. haiyoo, anak ummi. macam ni rupanya.

hubby ambik dia kemudian dukung. pastu baru la dengar suara dia cam mengadu sakit. nak tergelak pun ada, tapi perasaan ni lebih kepada kesian. tengok-tengok, air mata dah meleleh. alahai. breastfeed kejap, kemudian haziq iman dah back to normal. ceria macam biasa.

malam tu, dalam pukul 12, badan dia dedar sikit.
haziq iman demam
tapi syukurnya, dia langsung tak meragam atau merengek. demamnya hanya dilayan dengan tidur. ummi ngan ayah je tak lena tidur, takut demamnya makin panas. bagi makan ubat pun, ok la walaupun muka dia dah berkerut semacam.


dan kini..
ini adalah perjuangan baru yang sedang saya lalui. exclusive breastfeed selama mana yang mungkin. walaupun tak banyak dan cukup-cukup makan je, tapi alhamdulillah, rezeki haziq iman tetap ada. semoga perjuangan saya ini dapat bertahan lama.


hasil pam untuk dua sesi.

8 comments:

  1. meriahnye hasil ebm iza. p.. sekli pam.. dapat 3 oz jek paling banyak. pakai medela harmony. hihi... manual kot... kadang2.. berenti walopun susu ada lg. cume x larat. brape lame iza pump untuk 1 session?

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah banyak susu iza:)
    seronoknya haziq tidor kat pangkuan ummiya...siann demam yer. auntie doakan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. syukur..teruskn bf..mga sentiasa ada utk haziq

    ReplyDelete
  4. chaiyokk iza.. selamat meneruskan BF sampai ke 2 tahun.. aku dpt 6 bulan je.. tp sgt menyokong org lain yg dpt smp 2 tahun.. semoga rezeki berterusan untuk haziq iman(sdap nama anak ko)...

    ReplyDelete
  5. P..
    3 oz dah kira byk tau P..
    ni masa iza dah keje. dlm pantang dulu, sadis sikit citer psl susu ni. pam 20 minit, kdg2 dpt dlm 1-1.5 oz je. cari sifu sana sini, tanya tips, tanya pengalaman diaorg, alhmdulillah..ni hasilnya. tp iza tgh usaha lagi ni..nak hasil lg banyak. haziq pun makin demand skrg. sekali minum nak 4 oz. sekrg ni, iza pam dlm 20 minit tiap sesi.

    pam manual or letrik, takde beza P. yg penting, disiplin masa ngepam tu. kena konsisten. makan kena jaga gak. yg penting, niat n doa byk2. :)

    susu ibu ni bergantung pd demand & supply. lg kerap kita kosongkan B, lg byk susu akan produce pastu..

    ececeh..pepandai je iza citer..hehe. walhal ni semua tau dr sifu2 exclusive breastfeed.

    ReplyDelete
  6. kak mieja..
    huhu..tu pun hasil utk dua kali pam. mmg struggle giler2 ni nak penuhi keperluan haziq. hehe, 1st time pengalaman anak demam,alhmdulillah..skrgg dh ok. selsema je tak ilang, jangkit ngan kwn2 kat taska..

    yana..
    ameen..~
    alhmdulillah..setakat ni masih ada rezeki utk dia..perjuangan akan diteruskan..

    il..
    tq il. ameen..mudah2an Allah bantu aku.. :D

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah.... dh kira ok la byk tu ...cayok3!!..
    fariza nye peti dh ppenuh ebm.skrang 1 kali pam je 1 hari..bila bengkak kena pam la gak..susu penuh azri tak selesa nk isap.harap2 hbs la ebm nnt..sayang tak hbs...
    nnt sy da geng pam baru laa.heheheeh..

    ReplyDelete
  8. huhu..
    tgh survive lagi ni..demi haziq iman..tq..
    nnti dah ada geng pam, lagi bersemangat kot.. :) ni pun sy pam 3 kali sehari kat opis..kejap2 lari gi bilik solat..hehe..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..