.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, October 25, 2011

..rela, walau dalam keterpaksaan..

Assalamu'alaikum..

ecehh, tajuk cam pape je kan. takde pape, biasalah dengan empunya blog ni. apa-apa hal sikit, nak mengadu. sikit-sikit nak mengadu. nak mengadu dengan BFF macam segan. memasing dah kahwin, ada anak, jadi mcam ada gap. padahal diaorang ok je. sudahnya, blog la yang jadi mangsa.

mulai 1 november nanti saya dah kena tukar team kat opis ni. takde dah buat kerja-kerja SAP. lepas ni buat kerja lain pulak. sebenarnya diberi pilihan, nak tukar ke tak. tapi kalau dah diberi pilihan, sebenarnya memang nak kena tukar la kot. cuma pilihan diberi supaya pertukaran team tu nampak bukan seperti paksaan. huhu.

ok, takde nak salahkan sesiapa. urm, mungkin saya patut salahkan diri sendiri kot :) pertukaran ni dibuat demi kebaikan bersama. chewahh. maka, terimalah seadanya.

perasaan?

entah. susah nak kata. sedih ada. gembira pun ada. malu pun ada. teruja pun ada! setiap perasaan ada sebab musababnya. jadi segalanya saya terima dengan hati yang terbuka walaupun dalam masa yang sama, saya pohon dengan Allah supaya kuatkan hati saya, tabahkan hati saya.

masuk team baru bermakna dapat task baru yang berbeza dengan kerja-kerja saya sebelum ni. sebenarnya, saya sayang sangat-sangat dengan SAP. terlalu sayang. saya suka team saya sebelum ni. banyak benda baru saya dapat tahu. tambah-tambah lepas involve pulak dengan SAS. bertambah-tambah la suka. tapi jodoh saya dengan SAP & SAS ni tak panjang. bercerai juga akhirnya. haaa, kan dah melalut tu.

hmm, takleh nak cerita panjang-panjang pasal isu kerja ni. takut kang ada sesiapa yang tak berkenaan baca entri ni, tak pasal-pasal timbul benda lain. asalnya nak bercerita untuk release tension, karang bertambah-tambah pulak tensionnya.

jadi begitulah.
hidup manusia ada pasang surutnya. adakala kita turun, adakalanya kita naik. adakalanya mendatar takde perubahan.

Man jadda wajada wa man zara'a hasoda
Sesiapa yang berusaha maka dialah yang akan mendapatnya, sesiapa yang bercucuk tanam maka dialah yang akan menuainya

Friday, October 14, 2011

..kucing..

Assalamu'alaikum..

saya adalah peminat kucing. sangat-sangat sukakan kucing. sebelum kahwin dulu, tidur pun selalu dengan kucing. peluk cium, kena gomol (selalunya kepala), kena cakar dah jadi mainan. nama blog ni pun ada kaitan dengan kucing. ummihurairah = ibu kucing (nama ni diberi oleh arwah sahabat saya ketika di sekolah menengah). pernah terfikir nak tukar nama blog sebelum ni, tapi selepas mendapat pandangan beberapa 'pakar', saya kuburkan hasrat tersebut.

selepas kahwin, saya tak pernah berpeluang nak bela kucing. teringin, tapi persekitaran tak berapa nak mengizinkan. kalau ada pun, kidnap kucing yang selalu jalan-jalan depan rumah, main-main kejap, bagi makan kemudian lepaskan semula. sekarang bila dah duduk rumah sendiri, teringinnn sangat-sangat nak bela kucing. hmm, tapi duduk kat apartment, kena fikir dua tiga kali.

pernah jugak tanya hubby,
"kita ni bila nak bela kucing yek?"
secepat kilat hubby jawab,
"NO WAY!"
sentap kejap rasa. tapi, bila fikir-fikir boleh diterima la sebab dia fikirkan anak. hubby pun sebenarnya sangat mesra alam dengan kucing. memikirkan anak, terpaksa kuburkan dulu hasrat tu. kadang-kadang bila rasa teringin, pergi la 'menumpang kasih' dengan kucing-kucing yang berkeliaran sekitar apartment. selalunya kucing-kucing ni memang murah rezeki sebab ada je hamba Allah yang letak whiskas kat tepi-tepi tangga. kalau rasa-rasa lapar, kucing-kucing ni pandai la cari sendiri. makcik-makcik cleaner pulak selalunya tolong bersihkan bekas air untuk kucing-kucing ni minum.

sekarang ni, saya banyak 'lepaskan rindu' kat kucing dengan baca blog-blog pasal kucing. yang saya selalu jenguk, dua ni la.
KUCING TERBIAR DOT COM
KUCING TERBIAR & ANJING JALANAN

bahagia bila tengok kucing-kucing jalanan ni dijaga dengan penuh kasih sayang. yang luka, yang sakit, diberi rawatan sewajarnya. masa terbaca kisah kucing-kucing yang dianiaya oleh peknode baru ni, memang menitis air mata tengok kucing-kucing tu. sedih sangat keadaan diaorang ni. terutama yang ini,

 

kesian ibu & anak ni :( mati kelaparan. apalah daya mereka masa terkurung tu. sanggup pihak peknode buat aniaya kat kucing-kucing ni. kesian mereka terkurung dan kelaparan.



agak-agaknya, kalau haziq iman dah cecah umur 2 tahun, kira sedang elok la kot untuk bela kucing. tu pun kalau 'adik' haziq iman belum ada la, hehe. akhir kata, kalau tak suka kucing, taknak sayang pun takpe asalkan jangan aniaya kucing. ingat, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah saw.

motif cerita pasal kucing?
tetiba teringat kat kucing kesayangan yang dah mati 18 mac 2008 (takdelah pulak gambar dia)


**apsal macam 'lesu' je entri kali ni? tapi tak kira, nak publish jugak!

Friday, October 7, 2011

..belum tertulis..

Assalamu'alaikum..

saya terpanggil untuk menulis tentang ini walaupun saya sedikit pun tidak arif. saya hanya menulis mengikut apa yang berlegar dalam kepala saya sahaja. maafkan khilaf saya andai tersilap kata.


. : : ANAK : : .



ada 3-4 orang di sekeliling saya yang masih menanti kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. ada yang menulis perasaan mereka di blog. hingga ada yang remove blog saya dari bloglist mereka; mungkin kerana entri saya saban waktu bercerita tentang haziq iman. haziq iman itu, haziq iman ini. macam saya seorang je yang ada anak. takpe, saya tak kisah mereka nak remove. saya akui, salah satu cara berkesan untuk jauhkan rasa bersedih adalah dengan mengurangkan/mengelakkan dari membaca entri pasal anak di blog orang lain; walaupun sahabat kita sendiri.

saya sendiri pun pernah melalui saat-saat menanti ni. ye, walaupun cuma 3 bulan, tapi tekanannya sangat terasa.

"haa, kau baru 3 bulan dah terasa. aku ni dah 3-4 tahun kahwin, lagi la berganda-ganda terasanya."

ok, betul tu. siapa saya untuk bercakap tentang sabar. siapa saya untuk bercakap tentang tabah. semua orang pun boleh menyebut 2 perkataan ini, tapi bukan mudah untuk dilaksanakan. dan percayalah, semua ujian ini tarbiah terbaik dari Allah. sesungguhnya, hanya hamba-hamba yang terpilih akan menerima ujian sebegini.

memang saya dah ada anak. eh, tetiba emosi pulak, hehe. tapi akuilah semua orang diberi ujian dari-Nya. si A diberi ujian lambat dikurniakan anak, tapi si B?

si B mungkin didatangkan ujian dalam bentuk kewangan. tiap-tiap bulan 'tercekik' nak urus belanja. nak jimat sana, jimat sini sampai makan pun terpaksa berkira-kira. televisyen pun bukak sekali sekala. kipas bukak nombor 1. bila malam, lampu bukak satu je. masuk bilik air, bergelap. nak tukar diapers anak pun fikir 2-3 kali, takut cepat habis. nanti nak kena beli lagi. bancuh susu pun tak ikut sukatan. ikutkan kena bancuh satu skop susu dengan 2oz air, tapi sebab nak jimat, bancuh satu skop susu dengan 4oz air. sampai macam tu sekali. si C?

si C pula diduga dengan masalah keluarga. even duit banyak, boleh beli apa sahaja yang diingini tapi tetap tak bahagia. mak ayah bergaduh sana sini, berebut harta, takde kemesraan. ada anak pun, kadang-kadang terabai sebab mak ayah sibuk duk fikir masalah lain. ujian jugak tu kan?

semua tu contoh je. perumpamaan semata. tiada kena mengena dengan sesiapa.

ok, berbalik pada kisah anak tadi. pada yang tak merasa lambat dapat anak, sebolehnya elakkan la bertanya soalan sensitif ni. saya rasa tak ramai pasangan yang berkahwin taknak anak. betul kan?

kalau nak tanya pun, berkias la sikit. jangan terlalu direct. memang, kadang-kadang kita nak tunjuk yang kita ambil berat dengan situasi kawan-kawan, tapi kita takkan pernah merasa apa yang mereka lalui. ada yang tiba-tiba merasa sebak selepas diajukan soalan, tak ke kita merasa bersalah? ada juga yang usahkan ditanya soalan, melihat kita duk berulit dengan anak pun dah buat mereka rasa sayu.

saya percaya, andai mereka mendapat 'berita gembira', tak perlu ditanya pun, mereka yang akan excited nak bercerita dengan kita. jagalah hati mereka. jangan dikorek kesedihan mereka kecuali mereka sendiri yang willing untuk berkongsi rasa. kalau macam tu, barulah kita boleh bersuara. mencadangkan perkara-perkara yang boleh membantu. selebihnya, kita hanya mampu berdoa. berdoa la seperti kita sendiri yang mengharapkan keajaiban itu, seperti kita sendiri yang menginginkan cahaya mata.

saya bukan sesiapa untuk memberi nasihat. tapi saya hanya berkongsi perasaan. setiap ujian ada sebab musababnya. pasti ada urusan lain yang Allah ingin kita dahulukan sebelum diberi amanah menjaga seorang anak. tiada yang lebih baik dan tiada yang lebih menenangkan selain mengadu pada-Nya. mengadulah tanpa rasa malu. mengadulah dengan bersungguh-sungguh.

kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
(al-Fatihah : ayat 5)


saya memohon jutaan kemaafan andai entri-entri saya berkaitan haziq iman menyebabkan insan-insan terpilih ini merasa sedih @ sebal. andai perkongsian yang menggembirakan hati saya ini menyakitkan, ketahuilah, hati saya juga sedang sakit menghadapi ujian-ujian yang lain. jangan pernah menilai seseorang dari luarnya saja, kerana kita tak pernah tahu apa yang telah dia jalani dalam hidupnya.
wallahua'lam.

Wednesday, October 5, 2011

..3 hari 2 malam..

Assalamu'alaikum..

selama 10 bulan 2 minggu bergelar ummi haziq iman, saya belum pernah merasa terpaksa berpisah lebih dari sehari dengan dia. selalunya, paling lama pun cuma dalam tempoh 12 jam.

kali ini, merasa la saya sebagaimana ibu-ibu lain. walaupun cuma 3 hari 2 malam (1-3 oktober), masyaAllah, rindunya memang tak terkata. ada masa luang, saya akan telefon tanya khabar. bagi haziq iman dengar suara saya, walaupun tanpa jawapan dari dia. malam-malam, tidur berteman mimpikan si kecil kesayangan ni. termimpi-mimpi bangun susukan dia seperti malam-malam biasa. ya Allah, rindunya.

bila diarahkan menyertai program team building, macam-macam yang ada dalam kepala. siapa nak jaga haziq iman? meragam tak dia nanti?

mulanya saya berhasrat nak bawa hubby & haziq iman sekali ke tempat program tu. tapi bila mengenangkan program tu dibuat jauh di dalam hutan gopeng, saya terpaksa batalkan hasrat. pening sangat bila fikirkan siapa yang akan jaga haziq iman sepeninggalan saya nanti. hubby sendiri mulanya ragu untuk galas tanggungjawab tu. ye la, selama ni, boleh kira dengan sebelah jari, berapa kali hubby mandikan anak, basuh berak anak. tapi lama kelamaan, dia meyakinkan saya, dia mampu jaga haziq iman.

alhamdulillah, haziq iman sendiri budak yang tak banyak kerenah. prinsipnya mudah, "asalkan perut kenyang, takde sakit apa-apa, tidak ditinggalkan berseorangan, insyaAllah dia akan behave".
sampai masa tidur, bagi susu, dia golek-golek kejap atas tilam, kemudian dia akan tertidur sendiri.

mentua ada nyatakan kesudian nak jaga, tapi kebetulan pada tarikh yang sama, diaorang ada katering kenduri kahwin, kalau ada katering kenduri kahwin, memang sedia maklum mereka akan tersangat sibuk. habis siapa nak jaga kan? lagi pula, saya yang tak sanggup nak berjauhan lebih lama dengan si kecik tu. sebab kalau mentua yang jaga, sure kena hantar haziq iman balik sungai besar lebih awal dari tarikh saya ke gopeng. mungkin akan jadi 4-5 hari berjauhan. owhh, sangat tak sanggup!

ma kat terengganu pun ada offer nak datang jaga. tapi tu lagi menyusahkan. ma pun bukan larat sangat nak travel jauh-jauh. jadi kedua-dua tawaran saya tolak dengan baik.

seminggu sebelum pergi, debaran makin terasa. tiap-tiap malam rasa memanjang nak peluk haziq iman, taknak lepas. berkali-kali pesan kat hubby, cara nak masak bubur. bertambah risau, kebetulan pulak haziq iman kena cirit birit seminggu sebelum tu. pesan kat hubby kot-kot punggung si kecik tu merah. naik bernanah telinga hubby, asyik duk dengar pesanan yang sama dari saya. hehe.

dekat gopeng, ada masa free je, mesti telefon. tapi tengok orang lain, relax je. saya ni je, kejap-kejap telefon. kejap-kejap telefon. macam awak sorang je ada anak ngan laki. so far, dia tak banyak buat perangai. cuma malam je la, dia 'mencari' cik B. pernah sekali, cik B hubby pun boleh tarik perhatian dia. tapi hubby memang sentiasa standby susu. agak-agak nak menangis je, dia sumbat botol T__T


3 hari 2 malam berlalu.


petang isnin saya ambik haziq iman di taska. masa saya dukung dia, langsung tiada reaksi. diagah-agah, senyum pun tidak. dipanggil-panggil, pandang pun tidak. dipeluk-peluk, ditolaknya saya seolah-olah rimas. ok, mungkin dia tak kenal saya. tapi, kalau nak kata dia tak kenal saya, selalunya kalau orang yang jarang dia jumpa ambik dukung, dia ok je. boleh senyum-senyum. mesra alam je.

sampai kat rumah, macam-macam saya buat untuk tarik perhatian. tapi kejap-kejap lari ke arah ayah dia. saya ambik, dia patah balik kat hubby. kecik hati ummi tau.sampai hubby kata,
"ni sapa yang manja-manja sebenarnya? haziq nak manja ngan ummi ke, ummi yang nak manja ngan haziq?"

lama-kelamaan, saya realized, haziq iman bukan tak kenal saya. tapi dia sebenarnya MERAJUK. at last, saya breastfeed dia. mula-mula dia reject, tapi saya peluk perlahan-lahan. hampir 1/2 jam saya breastfeed dia, barulah ada senyuman untuk saya. bahagianya rasa!

kemudian, dia dah back to normal. pantang saya gerak, dia sibuk nak mengekor :D sukaaa!

moral of the story : baby pun ada sense untuk merajuk. dan sebagai ibu, breastfeeding adalah cara yang paling paling paling bagus untuk memujuk.

Friday, September 30, 2011

..haziq iman 10 bulan 2 minggu..

Assalamu'alaikum..


lama saya tak update perkembangan haziq iman. kalau tak tulis kat sini, nanti dah lama-lama, lupa plak dengan perkembangan anak sendiri.

di usia 10 bulan 2 minggu, dah macam-macam perkara yang boleh dibanggakan. (bangga dalam erti kata memberansangkan pada kami ayah & ummi dia. bukan sebab nak puji melangit anak sendiri. saya akui ramai lagi anak orang lain yang perkembangannya jauh lebih baik dari haziq iman. saya terpaksa menulis tentang ini sebab saya pernah 'terdengar' seorang ibu lain mengeluarkan ayat "macam anak dia sorang yang pandai").

1) sudah memberi reaksi kepada beberapa arahan mudah. sit down, come here, salam, give me 5, peluk ummi, pegang sendiri (botol susu),

2) menunjukkan minat bila dibacakan ali ba ta, A B C dan 1 2 3. kadang-kadang bila datang mood dia nak 'membaca' semua tu, dia akan memanjat dinding tempat saya menampal kad-kad tersebut. bila kita sibuk nak tunjuk mana satu hurufnya, dia pun sibuk la nak tunjuk sekali.

3) gigi sudah 6 batang. 4 atas, 2 bawah. bila gigi dah makin bertambah, dia dah kurang menggigit. mungkin sebelum ni gusi gatal kot. dia cuma akan menggigit bila dia tgh happy atau excited. nak-nak kalau ayah dia duk mengusik time menyusu. auwww, memang menjerit la ummi dia.

4) sangaatttt marah bila nak gosok gigi. geram pun ada. dia punya menangis, macam apa je.

5) dah 2 kali terjatuh dan berdarah dalam mulut. sekali tergigit pipi sebelah dalam. lagi sekali gigi terhantuk di lantai, gusi berdarah. tiap kali dia buat aksi, nak tercabut jantung saya ni. dia boleh je sengih-sengih sambil buat muka innocent.

6) bila hilang kelibat saya dari mata dia, mula la duk nyanyi "mama..ma..ma.". nak susu pun sama. mana ntah datang perkataan mama tu. bila ayah dia tanya, "mana mama?" spontan mata dia melirik pada saya. bila tanya, "mana ummi?", dia buat taktau je.

7) dah mula belajar nak berdiri sendiri. pencapaian terbaik, berdiri 15 saat tanpa sebarang sokongan. kata orang, bila gigi cepat tumbuh, lambat dapat berjalan. wallahu a'lam. kalau dikira, haziq iman memang cepat tumbuh gigi, masa umur 6 bulan setengah. kalau ditakdirkan lambat berjalan pun takpe, asalkan perkembangan dia sihat. tapi kalau lagi cepat berjalan, bagus jugak kan? hehe, mak dia yang lebih-lebih excited.

8) sangatttt berselera dengan makanan. masih lagi makan bubur kasar. campur la lobak ke, kurma ke, kentang ke, ayam ke, ikan bilis ke, brokoli ke,semua dia suka. tapi bubur kena sedikit berair ala-ala bersup. kalau tak, mesti dia nak termuntah. bila makan biskut pegang sendiri, dah berjaya makan semua. ada la habuk jatuh sana sini, tapi boleh kata 98% biskut tu masuk dalam mulut.
kalau roti gardenia yang 70 sen tu, boleh habis sekali makan je. tapi tanpa krim la, hehe. krim tu kan manis, tak berapa elok untuk dia lagi.
nestum pulak, cuma bagi bila dalam keadaan terdesak, contoh macam travel. kalau tak, memang saya tak berapa nak bagi. konon-konon nak anak sentiasa makan dari air tangan sendiri :)

9) kalau dah bermain, memang ralit sangat. terutama kalau kat taska ameen. banyak mainan kot. campur pulak ramai kawan. tu yang seronok. pagi-pagi kalau hantar ke taska, tak menyempat nak salam ummi ayah pun, mata dah melilau tengok ke arah taska. balik waktu petang pun, kadang-kadang dia boleh buat taktau kalau nampak saya datang. kalau hulur tangan nak dukung dia, boleh dia paling kepala ke arah pengasuh. geram, nak cubit-cubit je rasa, hehe.

10) dah 3 bulan berat turun naik. naik sikit, pastu turun. latest, 3 minggu lepas berat 9kg. sekarang taktau la berapa berat dia. tambahan pulak dah seminggu kena cirit birit. tapi dalam macam tu pun, makan tetap makan. aktif tetap aktif.


ok, kena stop dulu. ayat pun dah tunggang langgang ni. ni la jadinya bila lama tak menulis.

Monday, September 26, 2011

...





















buntu..



















saya tak minta banyak, cuma saya mohon..

TOLONG FAHAMI HATI SAYA SEBAGAI SEORANG UMMI.






-> pesanan penaja kepada sesiapa yang berkenaan. terima kasih.

Friday, August 26, 2011

..ampun maaf dipinta..

Assalamualaikum.

ramadhan 1432H sudah sampai ke penghujung. lagi 3 hari, tirai akan dilabuhkan. ayat macam pengacara tv. dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas silap/salah/khilaf andai ada terkasar bahasa, tersilap cakap selama berblog ini. jangan la ada apa-apa yang disimpan dalam hati.

harap 0-0 la ye.

salam aidilfitri. maaf zahir dan batin.

Thursday, August 25, 2011

..senyum simpul..

Assalamualaikum.

sekarang ni mesti masing-masing dah tak boleh nak bagi tumpuan kat kerja kan? masing-masing dah mood raya. kerja pun pandang tak pandang je. so, meh la kita layan senyum simpul ni. sekali sekala, boleh hilangkan bosan.


step 1 : masuk ke maps.google.
step 2 : dekat ruang destination A, taip China dan ruang destination B, taip Taiwan.
step 3 : klik Get Directions

tadaaa..!


tengok direction 48 tu.. T__T
-> swim across the Pacific Ocean = 165km
jenuhhhh...



sekarang tukar. tadi pergi Taiwan, sekarang kita pergi Jepun pulak.
destination A letak China, destination B letak Jepun.


tadaaaa...!


tengok direction 27 tu..
- Jet ski across the Pacific Ocean = 782km
pulakk..tadi suruh berenang. ni nak kena ada jet ski :D



pengsan..hehe.

Wednesday, August 24, 2011

..petua jika bayi terkena ulser dalam mulut..

Assalamualaikum.

minggu lepas adalah minggu yang mencabar bagi kami suami isteri. seminggu haziq iman demam disulami batuk dan selsema. puncanya, sebab nak tumbuh gigi bahagian atas. lagi menyedihkan, ada ulser dalam mulut beserta bibir kering yang sesekali pecah dan berdarah.

merengek jugak la haziq iman dibuatnya dek kesakitan bila bibirnya pecah. susu pun tak berapa nak minum sebab pedih ulser tu. makan pun tak berselera. susah hati la jugak. tapi tetap hantar ke taska. cuti pun dah tak banyak mana.

hari rabu, ulser dia nampak lagi teruk. silap jugak la sebab tak bawak dia ke klinik. cuma bagi ubat yang memang dah ada dlam simpanan je.
dalam pukul 10, kak umi call bagitahu yang demam haziq iman ni naik turun. tapi suhu blm lagi melebihi 37 darjah. dia monitor suhu haziq iman kot-kot la suhu meningkat ke paras tak sepatutnya.

dah kebetulan kak umi call, tanya la sekali pasal ulser haziq iman. tapi kak umi tenang je jawab,
"ulser dia tu takde hal, iza. budak-budak kat sini, kak umi selalunya sapu marjerin je. insyaAllah ok."

marjerin?

tak pernah pulak saya dengar petua letak marjerin kalau ada ulser. tapi dengan kuasa-Nya, alhamdulillah ulser haziq beransur-ansur ok 2-3 hari selepas tu.

lepas ni kalau saya @ hubby kena ulser, boleh la try cara ni jugak. haha, ke cuma berkesan kat baby je? :p

Tuesday, August 23, 2011

..Ramadhan 1432..

Assalamualaikum.

* entri rawak ramadhan 1432 *

1) sudah 23 Ramadhan. rasa macam kilat je bulan ramadhan tahun ni. ibadah kali ni macam orang terhumban dalam laut. sikiiiit sangat yang mampu dibuat. terawih entah kemana, mengaji entah kemana. taktau nak salahkan atas apa. yang penting, memang salah diri sendiri yang tak pandai manage masa.

2) ma dan ayah selamat berangkat ke kota suci mekah 17 ogos lepas. ini kali ketiga ma dan ayah dapat berpuasa di sana. rezeki yang tak ternilai dari Allah walaupun ma bukanlah sesihat-sihatnya selepas pembedahan awal tahun ni. insyaAllah, permata hati saya ni akan balik pada 2 syawal.

3) tahun ni giliran beraya di terengganu pulak. tahun lepas dah di sungai besar. perasaan seronok tu tak mampu nak digambarkan biarpun hanya pada raya kedua baru dapat sentuh tangan ma dan ayah. beraya di rumah mentua pun super duper best, tapi tempat jatuh lagi dikenang kan?

4) plan asal nak balik ke terengganu, pagi-pagi sabtu. tapi dah diubah ke pagi-pagi ahad. hari sabtu balik berbuka kat sungai besar dulu, kemudian dari sungai besar terus bertolak ke terengganu. bagi peluang haziq iman main-main dulu dengan kakek, nenek, cik ngah & mak su dia dulu. sabtu selepas raya baru bertolak ke sungai besar semula.

5) persiapan raya suam-suam kuku je. persiapan lebih kepada si kecil hensem kami tu. baju melayu je dah 2 pasang. satu maroon ikut tema terengganu. satu lagi kuning-hijau ikut tema sungai besar. ummi ada baju maroon je. ayah pulak ada baju kuning hijau je. haissyh, sadis sungguh. balik terengganu, haziq iman sedondon dengan ummi. balik sungai besar, haziq iman sedondon dengan ayah pulak. adil sungguh anak ummi ni ye..
nak penuhkan kuota sedondon, poket ummi dah sempit sangat dah. hehe. pasrah je la.

6) kuih raya & kerepek ada la beli 2-3 jenis. nak buat sendiri? bercinta la bila mengenangkan haziq iman. buat popia nestum pun, jenuh duk bertempik dengan dia. jangankan nak buat biskut yang remeh temeh tu. dia sekarang ni, dah jual mahal dengan hubby. asyik nak dengan saya je. hilang sekejap je dari pandangan mata dia, kejap lagi dengarlah suara hero tu menangis.

7) baki 6 hari ramadhan, saya berazam nak habiskan lagi 6 juzuk bacaan al-Quran. tolong Ya Allah.

Thursday, August 18, 2011

..haziq iman yang HOT..

Assalamua'laikum.

saya nak mengaku hot blogger, rasa macam tak layak je. jadi, kita nobatkan haziq iman la yang HOT. tambah-tambah blog ni memang dah banyak cerita pasal budak kecik ni je.

t-shirt ni dah lama dapat. masa hari dayu bagitahu t-shirt dah mula edar, hari tu juga saya terima parcel. hehe, dah keje kat pos malaysia kan. kalau sampai lambat, maunya bising kat pejabat ni.

tapi baru semalam berkesempatan nak pakaikan kat haziq iman. cuma, ummi dia ni dah tersilap ukur badan anak kot. t-shirt ni kecik dengan dia. ngam-ngam je. konon nak pakai buat beraya, tapi tak sampai hasrat la nampak gayanya.

haziq iman nampak suka dengan baju ni. mungkin sebab sebelum ni dia tak pernah pakai baju warna hitam. jadi sesekali bila pakai baju warna lain, feelingnya lain.

jom layan haziq iman & t-shirt My Mommy is a HOT BLOGGER MOM.


abaikan jambul haziq iman yang berserabut tu. biasalah dia, kalau main ngan ummi & ayah, tak sah kalau tak berguling satu tilam tu.

"tengoklah gigi saya. cantik tak?"
sebatang tumbuh masa umur 6 bulan setengah. lagi sebatang masa umur 8 bulan. tapi sekarang, gigi tu dah macam sama besar je.



gaya manja. suka buat camni terutama kalau main dengan ayahnya.

"hye, my name is Haziq!"

Friday, August 12, 2011

..haziq, si anak kecil..

salam.

baru terbaca blog fashya. entri MENYESAL. tak fashya sorang la yang hadapai perkara ni. tapi fashya kira gigih la sebab PJJ dengan suami dia.



***************************************

petang tu, cuma ayah yang datang ambil haziq di taska. tanpa ummi. haziq taktau ummi kemana. selalunya ummi yang akan dukung haziq dulu, bagi salam kemudian cium haziq banyak-banyak. bila ummi tak ada, haziq kena duduk dalam car seat. haziq tak suka, jadi haziq banyak merengek.

rupa-rupanya ummi balik lambat. haziq dengan ayah pergi ambil ummi kat stesen komuter sungai buloh. haziq suka sangat bila ummi cepat-cepat keluarkan haziq dari car seat dan breastfeed haziq. sambil breastfeed, haziq still juga menangis sambil mengadu. walaupun ummi tak faham pun bahasa haziq.

malamnya, haziq rasa haziq asyik nak melekat dengan ummi. haziq nak ummi sentiasa peluk haziq. bila ummi bangun nak kemana-mana tanpa bawak haziq, haziq nangis kuat-kuat. mula-mula ummi layan, tapi lama kelamaan, ummi naik angin. ummi naikkan suara pada haziq, tapi haziq tetap juga nak ikut ummi kemana-mana.

haziq bukan nak apa. haziq cuma nak ummi. haziq nak ummi sentiasa ada dekat haziq. haziq nakkan perhatian ummi. seharian haziq di taska, jadi waktu malam haziq nak bermanja sepenuhnya dengan ummi. kenapa umi marah haziq??

kemudian, haziq poo poo. ummi dah get ready nak basuh. macam biasa, ummi selalunya akan lap dulu punggung haziq dengan tisu, kemudian baru basuh. dulu ayah selalu jugak tanya, kenapa tak terus basuh je, tak payah la lap dengan tisu. tapi ummi kata, takut ada air terpercik kat baju, tak sedar. kalau dah lap dengan tisu, kemungkinan besar najis tu susah nak terpercik.
masa ummi lap dengan tisu, haziq gerak sana sini. ummi marah haziq. tapi haziq tetap jugak gerak-gerak. haziq dengar ummi sebut nama haziq kuat-kuat kemudian ummi tepuk punggung haziq. kuat. haziq diam. dan haziq tak nangis. haziq cuma pandang muka ummi.

dah siap basuh, ummi nak pakaikan diaper. kemudian baru ummi perasan, punggung haziq naik ruam. tadi haziq gerak-gerak sebab tak selesa punggung gatal. haziq nak garu, tapi ummi marah. haziq taktau macam mana nak cakap ngan ummi yang haziq gatal.

kemudian ummi nak tidurkan haziq. ummi breastfeed haziq. haziq paling suka bila sambil breastfeed, ummi peluk haziq dan alunkan zikir. sambil breasfeed, haziq dengar ummi menangis. haziq taktau kenapa. haziq dengar ummi kata,
"maafkan ummi sayang. ummi mintak maaf."
haziq nampak tangan ayah sentuh ubun-ubun ummi.
ummi cium haziq banyak-banyak. haziq rasa selesa. haziq tak mintak banyak. haziq cuma nak perhatian ummi. haziq sayang ummi. sayang sangat.

lama kelamaan, haziq tertidur. haziq tenang dalam pelukan ummi.

***************************************

Thursday, August 11, 2011

..teka teki, samar-samar sudah terjawab..

salam.

sudah 4 ramadhan. tapi saya masih lalai untuk merebut sebanyak-banyak pahala yang dijanjikan jika kita bersungguh-sungguh beribadat pada-NYA.

pengalaman pindah rumah agak memenatkan. it was a very hectic weekend. proses pack barang, pindah barang hingga nak unpack memang memerlukan tenaga. tambah-tambah dalam bulan puasa ni. agak mencabar. tetapi merungut bukanlah satu penyelesaian tapi lebih kepada 'memenatkan' lagi keadaan, jadi shut up your mouth then smile :)

sebenarnya ada lagi satu kegusaran yang tengah duk main-main dalam kepala ni. semalam sempat berbual dari hati ke hati dengan hubby.

"kalau ada, macam mana abg?"

hubby senyum je.

"syg rasa?"

haha, kita tanya dia, dia tanya kita balik.

"entah. taktahu. bercampur-campur. excited pun ada, takut pun ada. tapi rasa macam perasaan nak senyum tu lagi banyak dari tak senyum."

"tu la. abg pun rasa sama macam tu. kalau ada, agaknya kita jadi kalut-kalut sikit. tapi kalau tak ada, mesti kita rasa macam sedih. betul tak?"

perbualan mati di situ. kami kehilangan kata-kata.




. . .


. .


.


. .


. . .



itu cerita 3 ramadhan yang lepas. hari ni dah pun 11 ramadhan, sudah masuk 2/3 bulan. dan cerita yang ada adalah berbeza keadaan.

keesokkan hari selepas perbualan kami, saya langkahkah juga kaki ke guardian berhampiran opis. sebab dah banyak sangat spekulasi yang ada dalam kepala ni.
- dah 2 minggu hubby asyik duk mengidam nak makan itu ini. sama macam saya hamilkan haziq iman dulu. walhal sebelum ni biasa je.
- ada jiran tegur badan saya macam orang hamil.
- susu badan drop dengan teruk.
- "puan P" dah lewat 2 bulan.
- selera makan kurang.
- saya demam-demam manja on off pada waktu malam.

tapi.....
belum sempat nak test pun, petang khamis tu, "puan P" dah datang menjengukkan mukanya. tiba-tiba ada rasa sedih. even sebelum ni mulut asyik duk kata,
"taknak dulu dalam masa terdekat ni. nak tumpu perhatian pada haziq iman."
tapi perasaan tu macam berbolak balik. wujud sedikit perasaan kecewa.

ada sedikit unsur mengada-ngada sikit kat situ. hubby cuma cakap,
"redha tu penting. tu maknanya belum masanya untuk haziq dapat adik."
haziq iman pulak, tengah ralit-ralit main, tetiba sengih kat ummi ngan ayah dia. so, macam biasa, senyuman dia tu memang penawar paling hebat bagi ummi dia.

takpelah sayang. lain kali la ye ummi bagi adik kat haziq iman :)

Tuesday, August 2, 2011

..haziq iman & taska..

salam.

alhamdulillah, sesyukur-syukurnya bila kami sekeluarga dah selamat berpindah ke kota damansara sabtu lepas. jadinya, ramadhan kami tahun ini di rumah baru sendiri. rumah pun masih bersepah, belum sempat berkemas. sahur pun setakat ni masih ala kadar. peti ais (sponsored by my bro) & mesin basuh akan dihantar esok. merana kejap takde dua barang utama ni. beli hari ahad, rabu baru dapat. jangan esok tokei kedai cakap postpone lagi, tak tau la camne. baju kotor dah bertimbun tu.

satu lagi hal paling penting, berkenaan taska haziq iman. 2 minggu sebelum, saya ada contact satu taska berhampiran apartment kami. tapi masa tu dia tak tahu nak terima haziq iman ke tak sebab takut tak cukup tangan. sekarang ni dia ada 6 baby yang dijaga. sampai saat-saat akhir, baru dia cakap tak dapat jaga haziq iman. kelam kabut la saya dan hubby nak survey tempat lain. sehari sebelum pindah (jumaat), hubby tolong survey di kawasan terdekat. dapat la tiga contact number. telefon punya telefon, 2 taska dah penuh kuota baby. tinggal satu je. tu pun kat seksyen lain dari rumah kami. tapi takpelah, janji ada orang nak jaga haziq iman.

satu lagi taska nama taska ameen, cakap ok. boleh terima haziq iman. tapi, bab bayaran sangat la membebankan pada kami yang baru berpindah rumah ni. bayaran bulanan, rm350 kemudian untuk pendaftaran rm100 dan yuran tahunan rm100. semput jap ummi haziq iman ni. masa pendaftaran, terketar-ketar nak hulur rm550 kat assistant kepada owner taska. tapi redha, janji haziq iman dapat jagaan yang baik. sebab nak cepat, tak sempat nak jumpa owner dia pagi tu.

--------------------------------------------------------------------------------------
~selingan~
taska ameen ni sebuah taska berdaftar. dari apa yang saya lihat di taska tu dan dibandingkan dengan komen-komen kat internet, taska ni memang recommended. di bahagian luar taska, ada satu ruang untuk kanak-kanak buat aktiviti outdoor, kanak-kanak kat situ didedahkan dengan aktiviti macam main playdoh, mewarna, melukis, dan kraf. memang menarik. walaupun bayi, mereka bukan sekadar menjaga tetapi juga memberi pengisian yang sesuai mengikut peringkat umur. lebih menarik, taska ini lengkap dengan cctv. hari sabtu, staff-staff taska ameen ni akan basuh semua peralatan dalam taska tu macam toto, alat-alat mainan, alas simen dll. cuma pengasuh-pengasuh dia, ada yang nampak terlalu muda.
lagi satu, masa penjagaan dari pukul 6.30 pagi sampai 6.30 petang. tapi dalam bulan puasa, sampai pukul 5.30 petang sahaja. sure la tiap-tiap hari saya kena bayar OT T____T

--------------------------------------------------------------------------------------

jadi, semalam haziq iman dah selamat tinggal kat taska baru. pagi, sempat menangis sekejap budak kecil tu, tapi 3-4 minit lepas tu dah sengih-sengih atas dukungan pengasuh dia. senang hati ummi yang menengoknya.

tengahari, owner taska ameen telefon saya. berderau jugak darah tengok nombor dia naik kat skrin telefon. dalam hati duk tertanya-tanya,
"nape dengan haziq iman? menangis ke? buat perangai ke?"

tapi bila dia kata haziq iman ok, lega sikit rasa. makan pun berselera, dan pandai berkawan dengan kanak-kanak kat situ. habis, kenapa pulak owner taska telefon?

"kak umi lupa nak cakap kat iza hari tu. untuk bayaran permulaan, kena bayar jugak deposit sebulan. jadi total semua sekali rm900 untuk bayaran sebulan+sebulan, pendaftaran dan yuran tahunan."

terkedu!

dengan pindah rumahnya, dengan beli barang-barang rumahnya, dengan dah bayar rm550 kat taska sebelum tu, sekarang nak kena bayar lagi? terdiam, dan taktau nak bagi jawapan apa kat kak umi. sesak nafas pun ada. dalam kepala pulak sempat lagi duk fikir pasal belanja raya.hehe.

balik kerja, bincang lagi dengan hubby. macam-macam benda nak kena fikir. kalau keluarkan haziq iman dari taska ameen, maknanya kena la survey taska lain. tapi bayaran boleh dapat balik tak? dibuatnya burn duit pendaftaran & yuran tahunan, tak ke gigit jari? rm200, banyak tu. nak survey taska lain, susah jugak nak survey malam-malam. nak ambik EL esoknya, macam dah tak sanggup. tahun ni aje dah 4 kali ambik EL. kang saje je kena cop muka EL. naya. sempat la gaduh-gaduh jap ngan hubby. sampai sudah tak ada penyelesaian.

"dari kita gaduh, baik gi ambik haziq iman sekarang. esok la fikir lagi."
hehe, boleh pulak camtu?

sampai di taska, kami disambut kak umi. ceria sangat orangnya. masa tu dia tengah layan sorang ayah yang datang ambik anak dia. saya tertarik tengok cara kak umi say goodbye kat budak tu, kak umi hug and kisses budak tu dan budak tu membalas pelukan tu.

kemudian, ada lagi sorang budak ni, dari dalam kereta dia bagi flying kiss pada kak umi. kak umi balas dengan flying kick jugak dan say 'i love you' kat budak tu. nampak kemesraan yang terbina.

kemudian kak umi mula 'bagi laporan' pasal haziq iman.

"pagi tadi lepas mandi & minum susu, dia terus tidur. dah bangun, dia terpinga-pinga. tapi akak biar je dia explore. kita memang takkan sekat pergerakan dia. dia gerak sana, gerak sini. keluar masuk bilik, pastu pergi dapur. agaknya dia duk fikir, dia ada kat mana ni. kemudian, dia keluar dari dapur, terus sengih-sengih tengok akak. pastu dia duduk main je. takde masalah nak jaga. tapi kalau menangis, kuat suaranya."

satu lagi yang saya risau pasal haziq iman ni, dia dah 2 minggu porridge-off. dia reject apa je bubur yang saya masak. selama ni semua bubur pun dia balun. sekarang, yang dia nak makan, cuma nestum. kadang-kadang nampak dia tak puas makan nestum, tapi kalau disuap bubur, dia buat-buat macam nak muntah. jadi saya tetap bekalkan nestum pada taska even sebenarnya taska tak benarkan (ada tertulis dalam borang pendaftaran).

"tadi pun akak suruh je staff akak cuba bagi bubur kat dia. mula-mula dia macam taknak, tapi lepas tu ok je dia makan. berselera. 3 kali dia makan hari ni."

wahh, dalam hati saya, ada improvement nih.

"kat taska ni memang kita takkan bagi nestum kat baby. kita memang bagi makan bubur je. bubur pun, kita buat standard baby punya, tanpa garam, tanpa gula. cuma beras, sayur dan kadang-kadang letak ayam @ ikan. lagi satu, jangan risau pasal dia masuk dapur sebab dapur bersih. kita masak kat tempat lain dan bawa ke sini. sebab tu kita tak risau budak-budak nak gerak mana-mana je dalam taska."

apa yang jadi pada saya & hubby?

guess what??


.

.

.

.


tiba-tiba, semua kerisauan kami tadi terhapus macam tu je. tanpa bicara, kami sepakat untuk kekalkan haziq iman di taska ameen. kami nampak keriangan dan keceriaan pada haziq iman. dia nampak bersemangat dan gembira.

pasal kewangan, terpaksa la kami ikat perut sementara nak tunggu gaji akan datang. mungkin ada hikmah disebalik semua ni. kami menerimanya sebagai cabaran ramadhan, menguji kami sebagai hamba-Nya. kami sematkan dalam hati, ini hanyalah sekecil-kecil ujian dan kami yakin dengan kasih sayang-NYA yang takkan berbelah bagi.


haziq iman.. apa sahaja untukmu.

Tuesday, July 12, 2011

..blank 2.0..

salam.

saya mencari-cari semangat untuk meneruskan 'perjuangan kecil' blog ini. sesungguhnya semangat saya makin hari makin pudar. untuk menguburkan terus blog ini, sedikit sebanyak timbul rasa sayang. kalau diikutkan, banyak kenangan peribadi saya di sini. makin hari saya merasakan penulisan saya makin 'kosong'. yang membuatkan saya tersenyum hanyalah entri-entri yang melibatkan anakanda kesayangan, muhammad haziq iman.

saya mudah rasa 'tersungkur' tatkala ada suara-suara sinis yang menyanggah mana-mana penulisan saya di sini. itu punca utama kenapa saya rasa kecewa. saya tak meminta anda membaca andai anda rasa penulisan/entri saya tidak mencapai standard yang anda inginkan. saya hanya menulis apa yang saya inginkan. seboleh mungkin, saya cuba untuk menulis sesuatu yang tidak akan menyakitkan hati sesiapa. sesekali mungkin tanpa sedar, ada unsur riak dalam penulisan. tapi percayalah, saya tidak memaksudkannya!

masa mula-mula berblog dulu, saya menjadikan blog sebagai pentas untuk saya mencatit pengalaman/kenangan hidup saya. kemudian, tanpa sedar, saya jadikan blog ini sebagai 'kotak' untuk saya meluah perasaan. segala perasaan gembira, marah, sedih, suka, duka, saya humban ke sini. saya rasa puas. di sinilah tempatnya memandangkan sesetengah perkara, tidak sesuai untuk diluahkan pada manusia. dada saya lapang kerana dengan menulis, saya tak perlu meremukkan hati saya dengan menyimpan segala kesakitan dalam hati.

haa, tengok. saya dah mula nak luah perasaan. haisyhh, tak boleh jadi ni. so, kita berhenti dulu di sini.

peace!

..blank..

Monday, May 30, 2011

~Budak dah lama tak bukak blog buat muka tak malu tayang entri baru ;)

salam.


jumaat, 27 mei 2011

pukul 4.30 pagi, haziq iman bangun nak susu. kepala rasa berat. badan rasa penat. tapi abaikan. kemudian rasa nak ke tandas. bangun, rasa gelap mata. dalam masa yang sama, kaki tetap juga melangkah, tanpa arah. kemudian, dummm! langgar dinding. tak sempat jatuh, hubby dah tolong paut.

kemudian fikir, tak makan nasi ke? eh, makan. ada salah makan ke? rasanya takde.

pergi klinik. isk, darah rendah rupanya. lagii rendah dari hamil dulu. pelik, dah lama tak kena tekanan darah rendah ni. bagitahu doktor, masa hamil dulu selalu la rendah. kemudian doktor tanya pasal kitaran period. lupa, tapi nasib baik ada simpan note dalam telefon. last 20 april. tak pasal-pasal kena buat urine test, takut pregnant. hati dah berdebar-debar. "ada" ke?

negatif. fuhh..

tapi, ada kandungan tak diingini dalam urine. kencing kotor. kemudian buka cerita, 2-3 hari lepas ada sakit-sakit kat ari-ari. pastu macam bleeding sikit sebab angkat baldi penuh berisi air, takde sape tahu sebab kalau ada orang tahu, confirm kena marah. eh, doktor nak scan la pulak. pelik rasanya bila scan perut masa tak pregnant. lain macam. takde pape yang merisaukan pun bila scan, cuma uterus besar sikit saiznya dari biasa. tapi doktor kata ok je.

pastu ambik pulak suhu badan. 38 darjah je.
"demam sikit ni."

hehe, nak tergelak pun ada sebab tak rasa macam demam pun. tapi doktor kata macam tu, iye kan je la. bagus betul doktor ni. habis semua benda dia nak periksa. teliti. dah tak pasal-pasal dapat 5-6 jenis ubat. alhamdulillah, nasib baik kompeni yang bayar. terima kasih pos malaysia! kalau bayar sendiri, menggigil masa nak bayar kot.

dan lagi penting, saya dapat MC pertama dalam tahun 2011 ni.



motif entri?
saya hepi dapat MC sebab boleh peluk cium / gomol budak tecit saya tu puas-puas. hehe. haziq iman pun gembira dapat DF puas-puas. asyik senyum je.

Monday, April 4, 2011

~Weekend yang best:)


salam.

nak cerita panjang tapi ada keje nak kena siapkan cepat-cepat. apapun, saya & hubby sangat enjoy weekend baru ni. ada perasaan cam ala-ala 'honeymoon gitu'. dah lama tak keluar berdua macam ni. walhal dalam hati, tiap saat duk fikir pasal haziq iman yang paksa rela kena tinggal dengan pengasuh.

ok, nanti sambung ek.

Wednesday, March 23, 2011

~Ummi ni banyak cakap la..

salam.
*malulah asyik wordless wednesday jek*

agaknya, kalau haziq iman dah boleh bercakap, tak mustahil dia cakap tajuk kat atas tu kat saya. hehe.

saya memang banyak cakap dengan haziq iman. bila ambil dia dari taska, memang agak kecewa kalau haziq iman tengah tidur. maknanya, saya takde peluang nak bermain-main dan bercakap-cakap dengan dia.

dulu, saya pun tak tahu nak cakap apa dengan dia. tapi bila dapat tahu yang kita boleh tambah perbendaharaan kata pada bayi, saya cuba improve diri sendiri.

kadang-kadang 'perbualan' tu boleh jadi skema. kalau saya sentuh tangan dia, mungkin saya akan cakap,
"ini tangan haziq. ini tangan kanan haziq (sambil angkat tangan kanan dia). ini pulak tangan kiri haziq. (sambil angkat tangan kiri)"

kalau saya bawa haziq iman jalan-jalan, saya suka bawa dia dekat pada daun pada mana-mana pokok.
"haziq, ini daun. daun ni warna hijau. daun ada pada pokok. cuba haziq sentuh."

kalau dalam kereta,
"haziq, tengok tu. ada langit. langit warna biru. eh, ada lori besar. yang kecik tu kereta."

tengah mandi,
"ini mata haziq. mata gunanya untuk melihat. kalau takde mata (sambil tutup mata haziq iman), haziq tak boleh nampak. ini hidung haziq. boleh hidu bau. ada bau wangi, ada bau busuk. ini pulak telinga haziq.bla..bla..bla.."
masa mandi ni masa paling ideal kot. sambil bercerita pasal telinga, sambil tu la kita boleh bersihkan telinga dia, dia takkan marah sebab tengah khusyuk dengar kita bercerita. cuba kalau kita nak bersihkan telinga dia tanpa berbual-bual, sure dia marah punya. hehe.

macam tu la setiap hari. paling seronok kalau hari minggu. ada masa-masanya, biarkan dia bercakap atau bagi respon pada percakapan kita. jangan asyik kita je nak bercakap dan dia hanya mendengar. tak betul jugak tu.

pernah suatu hari, sis-in-law kata saya cakap macam formal yang amat bila bercakap dengan haziq. yup, itulah cara nak tambah perbendaharaan kata dia. dengan menggunakan perkataan-perkataan yang betul dan tatabahasa yang betul. sesekali, saya selitkan juga loghat-loghat terengganu (*penting tu!) dan sesekali dengan loghat jawa.

saya pun bukan pandai sangat. semua ni cuma dari pembacaan saya semata-mata dan saya cuba untuk aplikasikan pada haziq iman. hasilnya? wallahu a'lam. tunggu sahaja nanti.

~Abaikan sahaja kata-kata yang mengguris hati kalau anda bukan orangnya

bagai kaduk naik junjung.

mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih-lebih.

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

lastly,
sape makan cili, dia la yang rasa pedas.

pesanan,
kalau dah rasa pedas, jangan datang kat saya. maaf la, takde air nak bagi untuk hilangkan pedas.

sekian, terima kasih.
-saya yang empunya hati-



saya --> memaafkan, saya akan. tapi bukan untuk melupakan.

~Wordless Wednesday #03 : Bila Haziq Iman kena buli dengan ayah =p (Ummi cuma geleng kepala)

Monday, March 21, 2011

~Ngantuknya..

salam.

mengantuk.

mengantuk.

mengantuk.

tersangat la mengantuk hari ni. semalam haziq iman asyik je merengek. tidur kejap, kemudian bangun. baru je lelap, menangis lagi. tak tahu apa puncanya. diaper dah tukar, bagi susu taknak, kembung perut pun tak, hidung pun takde selsema. sudahnya, asyik nak berdukung. sempat la dia tidur sekejap, kemudian merengek lagi.

saya dah tak larat, letak je atas riba sambil gerak-gerak sikit. pukul 5 pagi baru betul-betul lena. masa hantar kat taska pukul 7 pagi pun, haziq iman langsung tak terjaga.

hai la anak.

baru macam ni, ummi dah mengantuk kat pejabat. tak kuat ke ummi haziq iman ni?


saya --> sori bos, ni gambar je. bukan bebetul tidur. tersengguk-sengguk sikit je tadi.. :p






Tuesday, March 15, 2011

~Oh...susu saya tak cukup!

salam.

ok, tajuk gimik je tu. bukan pasal susu saya, tapi merujuk pada artikel di bawah. saya copy & paste dari Kumpulan Ibu Menyusu di facebook. semoga bermanfaat untuk kita semua :)


Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?


Antara faktor yang mendorong tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutam...a mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!


Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?


Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal" tidak berupaya untuk menyusui bayinya.


Dengan andaian tiada uri tertinggal dan paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu). Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.

Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum. Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.


Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.


Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.


Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.


Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

Friday, March 11, 2011

~haziq iman..dengarlah ceritaku

haziq iman,
jom dengar ummi bercerita nak? ummi nak cerita dekat haziq iman pasal perjuangan ummi untuk bagi penyusuan eksklusif dekat haziq iman. baca ye sayang...

masa mula-mula tahu ummi mengandungkan haziq iman, ummi gembira sangat. dua bulan ummi tunggu 'kedatangan' haziq iman, akhirnya Allah makbulkan doa ummi dan ayah.

ummi mula selongkar ilmu pasal full breastfeed(bf). ummi cari kat internet, tanya kat kawan-kawan atau baca dari mana-mana buku @ majalah. kemuncak keputusan ummi, bila ummi dah beli set pam susu S3. walaupun masa tu ummi banyak nak guna duit untuk beli barang-barang haziq iman. pada ummi, harga RM550 tu satu nilai yang besar. tapi demi haziq iman, ummi sanggup. satu lagi pelaburan yang ummi buat, ummi belikan supplemen shaklee dalam usaha nak banyakkan susu badan ummi.

2 minggu pertama selepas haziq iman lahir, ummi balik berpantang kat sungai besar. masa tu, nenek haziq iman banyak kali pesan kat ummi,
"nanti dah dekat-dekat nak masuk kerja, kena mula campurkan susu badan dengan susu formula."
ummi cuma diam. ummi pandang muka ayah. ayah cuma senyum dengan memek muka seolah-olah ayah cakap,
"takpe, jangan risau. kita buktikan nanti."

kemudian, ummi sambung berpantang di terengganu kat rumah uwan haziq, ma ummi. pada mulanya, perjalanan penyusuan eksklusif ummi berjalan lancar. kemudian, dalam sebulan pantang, haziq iman mula menunjukkan tanda-tanda tak cukup susu. haziq iman susah nak tidur malam. uwan cakap, haziq iman lapar. nak susu lagi. ummi cuma mampu diam. ummi tetap suakan cik B ummi pada haziq iman. pernah suatu malam, ummi susukan haziq iman hampir sepanjang malam.

uwan mula bising. uwan takut haziq iman kelaparan. dengan penuh tersirat, uwan selalu cakap kat ummi,
"nanti nak bagi susu apa kat iman? fikir la mana yang sesuai. ma pegi belikan."
ummi diam. ummi keraskan hati.

dalam masa yang sama, ummi minum air banyak-banyak. ummi minum milo, makan banyak-banyak. ummi tak pakai bengkung langsung sebab asyik kena pergi tandas sebab banyak minum air *byknya sebab*.

ummi cuba pam susu ummi. tapi sikit sangat ummi dapat. dekat setengah jam ummi pam, ummi cuma dapat 0.5oz je. kemudian ummi mula cari otai-otai bf. diaorang banyak bantu ummi. ummi disarankan pam banyak kali. tapi masa tu ummi naif. ummi cakap, susu ummi tak ada, jadi proses pam cuma buang masa. ummi malas mengepam. ummi cuma pam sekali sehari.

bila otai bf suruh ummi buat power pumping, ummi buat. tapi tetap juga tak banyak susu yang keluar. ummi cuma buat 3 hari sekali. sekarang ummi menyesal. baru ummi faham konsep power pumping. rupanya power pumping tu untuk stimulate cik B ummi untuk hasilkan lagi banyak susu pada masa akan datang. power pumping ni antara salah satu cara untuk bagi isyarat pada cik B. ummi ingatkan dulu, power pumping gunanya untuk pam lagi banyak susu.

seminggu selepas tu, hasil pam bertambah. alhamdulillah. ummi dapat 3oz tapi bila pam waktu pagi sahaja. bila petang, susu ummi memang takde bila pam. waktu petang, ummi terpaksa bagi susu yang dipam pagi tadi pada haziq iman sebab haziq iman tunjuk tanda-tanda tak cukup susu. begitulah yang berlaku hampir setiap hari. ummi tak sempat nak buat stok susu. rezeki pagi, akan guna bila menjelang petang atau malam.

kemudian, ayah jemput kita balik kuala lumpur 10 hari sebelum ummi masuk kerja. masa tu, ummi langsung tak ada stok susu. ummi risau! tapi ummi tetap pam. ummi cuba buat stok.

tiap kali pergi giant atau mydin, ummi & ayah akan lalu dekat rak-rak susu formula. mata ummi & ayah melilau survey susu mana yang sesuai untuk haziq. tapi selalunya, kami cuma akan berlalu tanpa sebarang kata putus. ummi & ayah tak sanggup!

pernah ummi pam susu sambil keluar air mata. ummi takut hasrat ummi tak tercapai. setiap masa ummi mengadu pada Allah. ummi merintih mohon perbanyakkan susu badan ummi.

akhirnya, ummi berjaya dapatkan 7 botol x 3oz dalam masa 7 hari. 7 hari, haziq. ummi sedikit tersenyum masa tu.

hari pertama bekerja, ummi bekalkan haziq iman dengan 6 botol x 3oz. dekat ofis, ummi cuba pam 3 kali. alhamdulillah, ummi rasa takjub dengan ciptaan-Nya. ummi berjaya pam 16oz! walaupun belum cukup untuk bekal haziq iman esoknya, tapi ummi tak risau sebab ummi akan pam lagi sekali pada waktu malam.

masa ummi ambil haziq iman lepas habis kerja hari pertama, pengasuh bagitahu yang haziq iman macam tak cukup susu. bila dah habis sebotol, mulut comel haziq iman masih tercari-cari puting. berderau darah ummi, tapi ummi tunjuk muka tenang kat pengasuh tu. ummi janji untuk bekalkan 6 botol x 3.5oz keesokkan harinya.

ummi pam lagi waktu malam. Allah Maha Penyayang. ummi berjaya bekalkan susu mengikut keperluan haziq iman. syukur. dan begitulah seterusnya. susu yang ummi pam hari ini akan dibekalkan ke taska keesokkan harinya. inilah rutin ummi setiap hari hingga kini. dan dengan kuasa-Nya, ummi mampu buat stok sebanyak 12 botol x 4oz. ummi kumpul berdikit-dikit.

anehnya, susu badan ummi semacam ada chemistry dengan haziq iman. hasil susu yang ummi pam tiap hari hampir selari dengan demand haziq iman walaupun kadang-kadang ada terkurang kalau ummi tengah stress. sekarang, haziq iman dah minum 6 hingga 8 botol x 4oz sehari. stok yang 12 botol tu, masih belum terusik jumlahnya. ummi cuma pastikan stok susu lama akan diganti dengan susu baru.

nenek & uwan haziq iman pun sekarang dah tak risau apa-apa sebab tau haziq iman dapat susu dengan cukup. ummi senang hati bila dapat hapuskan kerisauan mereka selama ni. satu kejayaan pada ummi.


haziq iman..
ummi tak pasti sampai bila ummi mampu bertahan walaupun ummi menyimpan hasrat kuat untuk susukan haziq iman hingga mencecah umur 2 tahun. ummi akan terus usahakan yang terbaik. setiap hari ummi doakan moga diluaskan pintu rezeki haziq iman.

haziq iman mesti berterima kasih pada ayah tau sebab ayah lah penyokong ummi nombor satu. bila ummi sedih hasil susu kurang, ayah selalu tanya,
"sayang stress apa ni?"
kalau ummi pam susu dekat rumah, ayah datang urut bahu ummi. ayah hadiahkan ciuman di dahi ummi tanda ayah hargai apa yang ummi buat. kalau ayah malas nak datang dekat dengan ummi, ayah cuma bagi semangat dengan kenyit mata kat ummi. hehe, cukuplah tu. ayah pastikan yang ummi makan makanan yang boleh tambahkan susu. setiap pagi juga, ayah yang akan kemaskan beg pam susu ummi. sayang betul ayah kat ummi haziq iman =)


haziq iman sayang..
bukan ummi merendah-rendahkan martabat susu formula. bukan sayang! sebab ummi tahu, sampai suatu masa, pasti haziq iman akan minum susu formula/susu lembu juga. tapi pada ummi, jika ummi mampu, bf sahaja harta tak ternilai yang ummi boleh bagi pada haziq iman. 9 bulan ummi kandungkan haziq dan pelbagai cabaran ummi dah hadapi. takkan ummi nak mengalah dalam hal macam ni? banyak usaha yang boleh dilakukan untuk perbanyakkan susu. ummi yakin sebab semua itu dengan izin Allah.

ummi ibaratkan diri ummi sebagai seorang pesawah. kalau ummi dah tanam padi, kenapa ummi perlu beli beras di kedai lagi selepas tu? tentulah ummi akan guna beras dari hasil padi yang ummi tanam.


haziq iman anak ummi..
ummi bercerita bukan untuk membangga diri. ummi tak pernah anggap yang ummi sedang buat satu pengorbanan besar untuk haziq iman. apa yang ummi buat sekarang ni hanyalah secebis dari kasih sayang ummi pada haziq iman. dan ummi juga tak pernah impikan sebarang pembalasan dari haziq iman atas apa yang ummi lakukan sekarang. malahan, ummi yang sepatutnya berterima kasih pada haziq iman kerana dengan kehadiran haziq imanlah, ummi dapat lalui semua pengalaman ini. sungguh, haziq iman suatu anugerah tak ternilai pada ummi. syukur ya Allah.

ummi sayang haziq iman melebihi apa yang ummi ada. ummi akan buat sehabis baik untuk anak ummi. semoga haziq iman akan jadi anak yang soleh.


ummi berhenti dulu bercerita sampai di sini. nanti kita sambung lagi ye sayang.

Tuesday, March 8, 2011

~Semilir angin bulan februari

salam.


failed..!


failed nak update blog banyak-banyak. isk..isk..isk..



- kisah haziq iman -
genap 3 bulan pada 13 februari. pergi cucuk kat pusrawi. alhamdulillah, masih lagi bertahan dengan rekod tak menangis masa kena cucuk. pada ummi dia yang cukup ngeri ngan jarum, satu kejayaan bila haziq iman tak nangis. hehe. siap ajak doktor borak-borak dan sengih dengan nurse yang cun melecun tu. berat 3 bulan - 7.2kg ikut genetik ayahnya. panjang dengan ukur lilit kepala, taktau sebab nurse tak ukur pun T___T

hero saya ni dah mula nak mengiringkan badan. tapi belum pernah lagi berjaya meniarap. kalau berjaya pun, dengan bantuan tolakan dari ayah dia. ummi suka tengok je. badan dah boleh nak pusing-pusing. tang bunt** je yang belum berjaya. kena usaha lebih keras :)

21 februari
haziq iman dah pandai ketawa mengekek-ngekek. paling best, dia ketawa dengan saya dulu baru dengan ayahnya. maklumlah, dia ni anak ayah. kuat borak pun dengan ayahnya.dengan ummi, dia diam je. cuma mata je yang pandang muka saya kalau saya bercakap-cakap dengan dia. kadang-kadang naik jeles jugak dibuatnya :( kalau dia tengah syok borak dengan hubby, kemudian saya join borak sekali, automatik haziq iman diam. pastu bila saya menjauh je, dia sambung borak dengan hubby! taulah anak ayah, tapi jangan la buat ummi macam ni, huhu.


22 februari
pukul 4.30 petang, pengasuh kat haziq iman hantar sms,
"susu haziq dah habis. sekarang last."

pukul 4.30 habis? maunya hati tak cuak kalau dapat sms macam ni. setiap hari saya hantar 6 botol susu x 3.5oz. dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. kadang-kadang pukul 6.30 petang. even masa balik kerja tu hujan tengah lebat, tapi redah jugak dengan hubby. sampai-sampai je pukul 6.25, haziq tengah sengih-sengih duk main dengan pengasuh dia. alahai, leganya..

esoknya saya bekalkan 7 botol x 3.5oz.


26 februari
saya sampai kat taska pukul 7 malam. agak lewat sebab hubby ada kerja nak kena settle. sampai-sampai je, dengar suara haziq iman tengah nangis. kelam kabut saya turun dari motor sampai tersadung batu, ish. belum sempat nak tanya, pengasuh dia dah bagitahu,
"susu dia dah habis kak, pukul 6 petang tadi."

"haaa, habis lagi?"
mana la tak susah hati saya. hasil pam memang ciput-ciput. cukup makan. pam semalam, untuk minum hari ni. kalau haziq iman dah makin demand, maknanya saya kena usaha kuat lagi.

'takpe haziq, jangan risau. ummi akan usaha lagi.'

sekarang, haziq perlukan 8 botol x 4oz setiap hari. alhamdulillah, saya masih mampu bertahan.


ye, apapun, perjuangan mesti diteruskan. kumohon redha dan kekuatan-Nya. ameen.

Hai aunty..!



















alamak, apa nak jadi ni? tajuk sikit punya gempak, tapi sebenarnya cuma nak update pukal bulan februari. tu pun ciput je. maaf ye. lack of ideas. otak full dengan benda lain sekarang ni.






saya --> tunggu pula ~Semilir angin bulan mac. heheh.

Monday, February 28, 2011

~Usia sudah makin meningkat

YA ALLAH PANJANGKAN LAH USIA KU DLM KEIMANAN, TAMBAHKAN KETAQWAAN KU PADA-MU..BERIKANKU AFIAT UNTUK BERIBADAH..BERIKAN AKU KESABARAN UNTUK MENDIDIK ANAKKU HAZIQ IMAN DAN JADIKANLAH AKU ISTERI YG TAAT DAN PATUH PADA SUAMI..ANAK YG BAIK DAN BERBAKTI BUAT IBUBAPA TERCINTA..

AMEEN.

Wednesday, February 23, 2011

~Time to sleep now

salam.

dah seminggu, tidur haziq iman diganggu selsema. asyik pasang surut selsemanya. kejap ada, kejap hilang. hidung asyik tersumbat. budak sekecil 3 bulan, apalah yang mampu dilakukan selain gelisah. nasib baik la dia bukan jenis yang menangis.

bila rasa tak boleh nak bernafas, tangan haziq iman sibuk duk gosok-gosok hidung sambil marah-marah. kadang-kadang sempat terlelap sekejap, kemudian terjaga lagi. aduhh, memang sedih tengok dia macam tu.

haa, ni baru selsema. masa ni saya terbayang ibu bapa yang diduga Allah dengan penyakit serius anak-anak. betapa perlunya ketabahan + kesabaran + kekuatan + usaha + tawakkal. na'uzubillah.

berbalik pada selsema tadi..
dipendekkan cerita, terpaksa dukung si budak-debab-umur-3-bulan-berat-7.2kg tu untuk memastikan dia dapat tidur lena. letak je kepala dia atas bahu saya, nyanyikan selawat ke atas nabi kejap, then terus je dia tidur. umminya terpaksa la tidur sambil duduk kat sofa.

ni gambar masa tidur waktu siang :)

time to sleep now, close your your eyes..
try to think of tomorrow..
all of us wish u good night..
so im switching off the lights..
one more hug, one more smile..
kiss you once, kiss u twice..
i'll be here, for a while..
try to sleep and close your eyes..

saya --> suka tengok haziq iman tidur. tenang sangat-sangat.

Monday, January 31, 2011

~See u




tuan rumah bercuti mula esok, 31 jan sampai isnin depan, 7 feb.

hoho..seronoknya. meluncur laju ke terengganu pagi esok. hope hujan tak lah lebat sangat. sian haziq iman, asyik selsema. ni dah jangkit kat ummi. tapi semangat nak balik terengganu kan.. so, selsema dah tolak tepi!

see u soon :)

Friday, January 28, 2011

~Nak tukar..taknak tukar??alahai..

salam.

lately, blog ni dah macam bertukar tuan pulak kan? balik-balik cerita pasal haziq iman. kejap-kejap haziq iman. nak buat cam mana kan? dah ummi dia memamg addict gila-gila dengan haziq iman. dalam kepala ni, hampir 80% ruang reserve untuk dia je.

kali ni saya nak tulis pasal hal lain sikit. err, tapi ada kaitan dengan haziq iman jugak sikit-sikit.

saya tengah pening ni. tengah fikir-fikir nak tukar url blog. kalau boleh, dah takmau guna url ummihurairah83.blogspot.com ni. tapi, macam sayang pun ada jugak. isk, cam mana yek? kalau tukar, jenuh la nak bagitahu kawan-kawan pasal url blog yang baru.

sebab nak tukar :

ummihurairah ini, andai diterjemahkan sebenarnya bermaksud "ibu kucing". nama ni, Allahyarhamah sahabat saya masa di sekolah menengah dulu, norihan binti abdullah, yang berikan. saya memang gilakan kucing. dekat hostel, pantang jumpa kucing, mesti nak didukung-dukung, dicium-cium. malam-malam pun, kadang-kadang tidur dengan kucing. jadi Allahyarhamah gelarkan saya dengan nama ni, sesuai dengan kisah abu hurairah sahabat rasuluLlah saw.

saya sukakan gelaran yang diberi dan atas dasar sayang pada persahabatn yang dibina, saya gunakan nama ni di hampir segenap ruang di alam maya. emel, nama blog, nama di forum, dll.

tapi kini, bila dah ada haziq iman, saya dah jadi serba tak kena. ummihurairah? haziq iman bukan kucing! aduh, cam mana yek?

dulu pernah tanya dengan hubby. dia suggest letak url dengan nama ummihaziq. hehe, kalau ada rezeki dapat anak lain nanti, macam mana pulak? :P

hmm, perlu ke tukar? kalau tukar, nak letak nama apa pulak ye? satu hal pulak nak fikir.


saya --> masalah punyalah kecik, tapi boleh pulak termimpi-mimpi. isk..

Tuesday, January 25, 2011

~Blogger Momma

salam.

alahai, baru je nak aktif-aktif sikit ngan blogger momma, tapi diaorg dah tukar port kat twitter lak. dah la kat fb pun boleh masuk time lunch hour je. memang lost habis. sian :P

ni pun dah jadi cam fikir 4-5 kali, nak join ke tak gath 13 feb ni. segan ada, malu pun ada. blogger lain kenal ke saya? blog cabuk je pun, tapi seronok jugak dapat jumpa geng momma ni. hmm..

  • masih dalam proses nak add link blogger2 momma. slow in action sikit pasal benda ni. saya lagi suka buat link dari follow. tapi mana-mana pun ok, janji boleh berkawan.

  • kalau ada mana-mana blogger momma yang link blog saya, bagitahu la. nanti saya linkkan balik. kalau yang jadi follower,insyaAllah saya follow balik.

  • saya ni kadang-kadang silent reader kat kebanyakan blog. maaf pada mana-mana blogger yang kurang senang dalam hal ni.

  • ~Tanya sama pokok

    salam.

    alahai si botak ummi ni, rindunya ummi kat haziq iman. lambat betul nak pukul 5.30 ptg.

    sekarang ni balik je kerja, memang haziq iman dulu yang dilayan. masak? err, selalu je delay. sian ayah.

    seboleh-bolehnya, saya taknak bagi haziq iman tidur awal. saya nak bercakap-cakap dengan dia, bermain-main dengan dia dulu sebab hanya itu je la masa untuk saya luangkan masa hari bekerja. saya nak bagi dia menyusu secara direct puas-puas. kat situ la sebenarnya wujud kepuasan bagi seorang ibu.

    haziq iman ni kuat betul menyembang. asal diajak berborak je, memang dia tak letih. kita yang kadang-kadang habis idea, taktau nak cakap apa. setiap patah yang kita tutur, jarang je haziq iman buat taktau. mesti dia balas dengan cara dia yang tersendiri. ternganga-nganga mulutnya. kadang-kadang, tiba-tiba menjerit riang.

    bila dah penat menyembang, kadang-kadang saya nyanyi untuk dia. apa-apa lagu je la. pok amai-amai, lagu nama nabi, papaku pulang dari kota, saya ada kucing dll. tapi selalunya yang jadi perhatian dia cuma satu lagu; tanya sama pokok. memang berbeza sikit cara haziq iman respon pada lagu tu. terlonjak-lonjak badan dia nak ikut nyanyi sama.
    bulat mata, tengah ikut ummi nyanyi

    lagi haziq iman suka, lagi ummi dia ni syok duk nyanyi walaupun suara tak semenggah mana :P tapi ummi haziq ni pun, tak ingat mana lirik lagu ni. cuma 2 rangkap kat atas tu je yang duk ulang-ulang nyanyi.

    Tanya sama pokok apa sebab goyang,
    Nanti jawab pokok angin yang goncang,
    Tanya sama langit apa sebab hujan,
    Nanti jawab langit tanyalah awan.

    Awan nanti kata aku kandung air,
    Sampai tempat sejuk aku pun cair,
    Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
    Campak satu batu bayang pun hilang.

    Tanya sama hati apa rasa sayang,
    Adakah tandanya nampak dipandang,
    Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
    Punya tanda-tanda hubungan mesra.

    Tanya sama hati pernahkah merindu,
    Tiba masa lena apa mimpimu,
    Masa berjauhan apa nan dikenang,
    Bila difahamkan itulah sayang.

    Jikalau tidak kerana sayang,
    Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
    Andainya jemu mengganti rindu,
    Jambangan mesra tentulah layu.

    Tanya sama hati pernahkah merindu,
    Tiba masa lena apa mimpimu,
    Masa berjauhan apa nan dikenang,
    Bila difahamkan itulah sayang.

    sekarang ni tengah duk cari irama lagu anak nabi kita. lirik dah ada, tapi lupa nak nyanyi macam mana. lagu ni dulu mula-mula nyanyi masa saya kat tadika. hehe, dah 22 tahun tinggal. mana la nak ingat ^_^ tapi sebab nak nyanyi jugak kat haziq iman, saya bantai pakai irama tanya sama pokok.. :P
    Anak nabi kita
    Ada tujuh orang
    Tiga laki-laki
    Empat perempuan
    Kasim Abdullah Ibrahim Fatimah
    Zainab Ummi Kalthum
    Siti Rokiah

    saya --> tengah plan nak beli buku ABC pulak kat haziq iman. hubbby geleng kepala tengok wife dia ni excited sangat.

    Monday, January 24, 2011

    ~Dah mula selsema pulakk

    salam.

    hai haziq iman. baru je duduk taska beberapa hari, dah bawak balik virus selsema ke rumah ye?

    mula-mula macam selsema biasa je. masih lagi bertahan. boleh tidur lena. bangun tidur pun sebab nak menyusu je semata. kemudian,tidur balik. tapi sejak 2-3 hari lepas, dah makin teruk pulak selsema dia. sampai satu tahap,hidung haziq iman dah tersumbat. nak hisap susu pun dah tak selesa sebab dia terpaksa bernafas ikut mulut.

    sudahnya, dia asyik merengek je. guna penyedut hingus pureen, tapi macam tak jalan. jadi terpaksa buat keputusan drastik,

    *sedut hingus manual, pakai mulut*

    berhasil! walaupun taklah keluar sepenuhnya. haziq iman pun, nampak lega sikit lepas saya sedut tu. sedikit gembira disitu walaupun tak pernah terfikir akan buat semua tu sebelum ni. hubby? awal-awal dah surrender. hehe. takpelah. saya sanggup je buat apapun demi haziq iman. kalau tak, maunya menangis tak berlagu bila tengok anak merengek tak selesa.

    bila dah join group blogger momma kat facebook, dapat la petua macam mana nak hilangkan selsema bayi ni. sagat kunyit hidung, kemudian letak atas hidung baby. thanx to aishah. kemudian ada yang cakap, boleh tambah sedikit kapur dengan kunyit hidup tadi. insyaAllah menjadi. hmm, boleh la try buat kat haziq iman. jangan kuning hidung hero kecik saya tu, dah la ek.. :P


    saya --> baru tau yang jadi blogger pun kena report kat income tax kalau nuffnang ribu riban. nasib baik la saya ni blogger cabuk je.

    Wednesday, January 19, 2011

    ~Tingkat-tingkat kehidupan

    salam.

    hidup. ada tingkat-tingkatnya. dari kecil, masuk tadika. kemudian sekolah rendah, sekolah menengah seterusnya ke alam ipta. dan begitulah juga seterusnya. dari zaman berkenalan, bertunang, berkahwin hinggalah dianugerahkan amanah paling indah, muhammad haziq iman.

    dari hari pertama memandang wajah haziq iman, bermacam-macam rasa yang ada dalam hati. 39 minggu dia menghuni di alam rahim, namun tak banyak ragamnya bila 'berpindah' ke dunia baru.

    pertama kali haziq iman disuakan dengan susu saya, seakan dia memahami tanpa perlu dipaksa-paksa. yup, itulah pengalaman indah. sangat indah. syukur sangat semuanya berlaku dengan sangat lancar. smooth.

    tips : masa dalam kandungan, kena selalu bercakap-cakap dengan si-tecit. bagitahu dia,
    "nanti dah keluar, minum susu ummi ye sayang. haziq kena hisap betul-betul. baru la kenyang nanti. kena sabar."

    sekarang, kami suami isteri tak akan melepaskan setiap detik pembesaran haziq. jumaat lepas, haziq genap 2 bulan. jadi, anak ummi kena la cucuk. bawa ke pusrawi lepas maghrib. orang kata kalau cucuk waktu pagi atau malam, kurang sikit sakitnya berbanding waktu petang.

    dalam hati, "jangan la haziq iman ni meraung satu klinik. jenuh nak pujuk kang."
    sebenarnya kekok lagi nak breastfeed haziq iman kat tempat awam, huhu

    tapi alhamdulillah. haziq iman tunjuk macho pulak depan doktor dan nurse, hehe. masa kena cucuk, muka haziq iman merah jap. kemudian riak muka macam nak nangis tapi tak rupanya. dia ambil masa kejap nak hilangkan rasa sakit kemudian SENGIH. haiyoo, anak ummi. macam ni rupanya.

    hubby ambik dia kemudian dukung. pastu baru la dengar suara dia cam mengadu sakit. nak tergelak pun ada, tapi perasaan ni lebih kepada kesian. tengok-tengok, air mata dah meleleh. alahai. breastfeed kejap, kemudian haziq iman dah back to normal. ceria macam biasa.

    malam tu, dalam pukul 12, badan dia dedar sikit.
    haziq iman demam
    tapi syukurnya, dia langsung tak meragam atau merengek. demamnya hanya dilayan dengan tidur. ummi ngan ayah je tak lena tidur, takut demamnya makin panas. bagi makan ubat pun, ok la walaupun muka dia dah berkerut semacam.


    dan kini..
    ini adalah perjuangan baru yang sedang saya lalui. exclusive breastfeed selama mana yang mungkin. walaupun tak banyak dan cukup-cukup makan je, tapi alhamdulillah, rezeki haziq iman tetap ada. semoga perjuangan saya ini dapat bertahan lama.


    hasil pam untuk dua sesi.

    Wednesday, January 12, 2011

    ~Lara hati seorang ummi


    assalamualaikum..

    fuhhh..lamanya tak jenguk blog.

    hari ni alhamdulillah, saya dah masuk kerja semula. tinggal la haziq iman kat nurseri. bila dah masuk ofis ni, kepala dah takde ingat lain.

    haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..haziq iman..

    tu je la yang tergambar dalam kepala sekarang ni. tengok gambar-gambar dia, gembira ada, sebak pun ada. anak tak apa-apa pun kat taska, tapi ummi pulak yang sememeh semacam kat ofis. tadi telefon penjaga haziq iman. dia cakap haziq iman ok, tidur je. bangun nak menyusu, kemudian tidur lagi.

    "bagus anak ummi." sape lagi nak puji anak sendiri, hehe.

    tak sabar nak tunggu habis waktu kerja. nak peluk cium haziq iman.