.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, November 2, 2010

~Set berpantang.. Shaklee

luvly mom kata, saya ni memang bermusuh dengan ubat. dengan vitamin pun sama. ni pun disebabkan saya hamil je. kalau tak, saya memang tak jejak kaki ke klinik pun.

masa memula hamil dulu, saya buat pengesahan hamil di klinik swasta. kat bawah ofis ni je pun. doktor tu tanya,
"keje pos kan? awak belum ada rekod kat klinik ni. sebelum ni selalu ke klinik panel mana?"

"takde doktor. saya takde gi mana-mana klinik panel pun sebelum ni."

"dah berapa lama kerja kat pos ni?"

"dalam setahun setengah."

"untungnya kompeni awak. dah setahun lebih, takyah nak bayar apa-apa kos rawatan untuk awak."

hehe. yang sebenarnya, saya ni yang liat nak gi klinik. batuk ke, demam ke, selsema je, biar je baik sendiri. jangan tiru macam saya.

ok, dah melalut. nak cerita pasal set bersalin sebenarnya.


masa hamil 7 bulan dulu, saya dah sibuk-sibuk tanya kat luvly mom & MIL, apa set bersalin yang bagus untuk saya gunakan lepas bersalin nanti. tu tak termasuk survey dengan kawan-kawan, internet, luvly sis & SIL. macam-macam produk orang duk cadangkan kat saya.

tapi ma lebih faham anak dia yang susah nak makan ubat ni. jadi ma kata, tak payah beli dulu set bersalin tu. lagipun, set bersalin ni biasanya orang makan dalam seminggu selepas bersalin. so, beli bila dah lepas bersalin nanti dan tak payah nak beli berset bagai. beli pun, apa yang perlu je. takut nanti membazir. jadi saya abaikan daripada serabut kepala fikir nak beli jenama apa.

****************


bila kandungan dah masuk 30 minggu, saya mula terfikir-fikir lebih mendalam pasal breastfeed. mampu ke saya nak bagi penyusuan eksklusif pada si-tecit ni nanti? banyak ke susu saya? tambah semangat bila saya beli set pam susu spectra3 dari One Baby World masa mereka tengah adakan sale. 


sebagai inisiatif, saya cuba surf internet.. mencari-cari suplemen untuk saya ambil masa hamil ni dalam usaha nak produce banyak susu. akhirnya, saya jumpa blog kak cery, http://everybodylovescery.blogspot.com. kak cery ni distributor bagi produk shaklee. jadi, saya minta pandangan kak cery pasal breastfeed ni.

kak cery memang bagi banyak info pada saya. ikutkan kak cery, dia cakap tak perlu ambil dulu suplemen ni sebelum bersalin tapi terpulang pada saya. untuk ibu yang nak breastfeed, kak cery suruh saya cuba set B - breastfeeding.

dan bila dah bersalin nanti, add on zinc semasa dalam pantang. dalam erti kata lain, set untuk berpantang, boleh ambil set C - confinement.

pendek kata, selain makan suplemen untuk tujuan breastfeed, shaklee ni boleh digunakan juga sebagai set bersalin. 2 in 1. jadi bila fikir-fikir, saya cadang nak berpantang guna suplemen shaklee ni je la.

cakap kat ma, so ma kata ok. tapi kena tambah juga makan ubat-ubat lain yang biasa orang ambil masa dalam pantang. cumanya, saya tak beli complete set dulu. kak cery cadang saya cuba trial dalam tempoh 40 hari. nanti kalau rasa suplemen shaklee ni sesuai dengan badan, baru beli yang full set. err, tapi kena sedia ongkos lebih sikit la.

untuk baby, apa salahnya kan?

tak susah berurusan dengan kak cery. just sms je. call pun ok. selesai buat bayaran, esoknya terus sampai parcel kat saya.

parcel belum bukak lagi.

tadaaa..tu dia. terisi kemas dalam bekas. kalau pada sesiapa yang berminta dengan produk shaklee ni, boleh terus hubungi kak cery. alamat ada, no phone ada, emel ada, nama blog pun ada.lengkap.

ni dia kandungan kat dalam bekas tu.

- set C - RM100
*add on Rm10 (alfafa – milk booster)
40 tabs of Vitalea/ Multivitamin
40 tabs of B Complex
40 tabs of Vitamin C
40 tabs of Zinc

total = RM110
bayaran pos = free.
***********************


selain kak cery, saya ada emel persoalan yang sama pada kak hadhatina. ni emel yang saya hantar.
salam akak..
sy skrg hamil 35 minggu..
bercadang nak bg full breastfeed kat baby bila dah bersalin nnti..cuma sy cam risau jugak kalau2 susu sy tak byk utk full breast ni..agak2 apa supplemen yg sesuai utk sy amik sbg persediaan utk ni sblm sy bersalin?

atau selain supplemen, ada tak amalan pemakanan yg akak boleh suggest pd sy? sbb selalunya ramai yg cakap psl amalan pemakanan bila dah bersalin..jrg yg cakap psl sblm bersalin..

terima kasih.

jadi, ini balasan emel yang saya terima.

salam hariza,

sorry akak lambat reply. baru-baru ni akak ada sms tp hariza tak reply pulak.

okey. first of all, thanks sbb sudi bertanya. bukan apa, senang akak nak explain awal2 sebelum hariza buat keputusan nak beli.

so, kiranya dah masuk trimester ketiga lah ni kan? congrats! so far mcm mana progress? hb, bp, berat semua ok? ;-)

pasal breastfeed, dun worry. yg hariza kena tahu ialah susu badan sebenarnya mula dihasilkan sebaik aje uri terpisah daripada rahim nanti, dalam ertikata lain, lepas dah bersalin. confirm ada! cumanya, masa 3 hari pertama tu, memang sikit sbb yg keluar ialah kolostrum, iaitu cecair pekat kuning yg kaya dengan khasiat utk kehidupan bayi sampai dia tua. mmh sikit tp sgt cukup utk baby. yelah.. besar mana pun perut anak tu kan? setakat 2 ml je kalau tak silap akak.

pasal pemakanan dan suplemen.

masa mengandung ni biasalah, amalkan makanan yg sihat dan berkhasiat. sebab penting utk kesihatan baby dalam perut tu. lagi satu, elakkan makan fast food byk sgt, or minum berkaffein.. ermm.. rasanya hariza tahu kan semua tu? takde amalan pemakanan khusus utk bykkan susu. cuma ada yg kata minum soya byk2.. akak tak minum soya pun, alhamdulillah ok je bf.

cuma untuk persediaan bersalin, makan suplemen @ vitamin. if doctor ada bagi, takyah beli dulu yg shaklee ni. habiskan yg tu dulu. akak tak galakkan customer akak membazir. tp kalau hariza perlu vitamin tambahan, mcm kalsium dan omega, akak boleh sediakan. boleh makan sampai lepas bersalin, sampai baby besar pun.

tp, if nak try vitamin shaklee, hariza ambil:
set A - ada multivits with iron, b complex lengkap dgn acid folic dan vitamin C
ostematrix (kalsium-magnesium) - utk tulang dan gigi, juga kurgkan sakit2 sendi masa mengandung
omega guard - bekalkan DHA untk perkembangan otak baby
ESP - protein soya intk tumbesaran bby dan bg mak baby rasa lebih kuat



harganya :

SET A = RM80
Ostematrix (40 biji) = RM20
Omega (30 biji) = RM45.00
ESP = RM121.00.00
Pos = RM10.00

Osteo dan Omega tu yg add on. If harga sebotol lain lah. Hariza boleh check kat blog juga utk harga sebotol/fullpack.

anything just revert ye? TQ ;-)



saya --> untuk keterangan lanjut, boleh terus pergi ke blog kak cery atau kak hadhatina. ingat nak tulis apa kegunaan setiap jenis suplemen tu, tapi dah panjang sangat dah entri ni. tuan blog pun dah tak larat..hehe

2 comments:

  1. Bagus info ni iza. Tq! P pun tengah risau takut susu tak ada untuk breastfeed ni.. dan memang blur pasal set bersalin ni.

    P pun da order pump kat OneBabyWorld macam iza cakap airtu, cume p beli yang madela harmony jek sebab takut beli pump mahal-mahal, tapi susu tak keluar jugek. Tambahan ngan bajet yang tak seberapa. Tapi no hal kan.. pump ni bley jual balik kalo da x guna. Ramai yang nak. Cuma harapnya, tak perlu jual. Harap susu banyak so, bley la beli spectra jugek la lepas ni. Hihihi.

    ReplyDelete
  2. hai P..
    tu la psal. risau bila fkr psl breastfeed & set bersalin ni. last2, iza pilih ni. at least, rasa smgt nak mkn suplemen ni atas dasar baby. demi baby, sanggup je wat pape even tak suka mkn ubat, hehe..

    xpe, medela harmony pun ok. kwn iza ada guna. iza beli spectra sbb double pumping wpun poket semput2 je ni.. :P kom kita sama2 kuatkan smgt nak breastfeed ni. insyaAllah moga dipermudahkan..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..