.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, November 1, 2010

~Dah berhari-hari 'hilang'..tapi masih boleh berjimba-jimba di alamanda

waaaaa.. lagi 16 hari je.

apa yang hilang tu? urmm, tak lain tak bukan, mood saya. asyik je pasang surut.

pelik bin ajaib.

kalau dikira, tiada apa pun yang berlaku. err..ada la sikit. taklah serius mana tapi mood saya betul-betul lost.

cakap kat hubby, dia cuma cakap mungkin saya dah mula rasa tertekan menunggu masa bersalin. dengan tidur yang dah makin tak lena sekarang ni, rasa letih tu memang agak mendesak diri. kalau boleh, nak tidur sambil duduk je. takmau baring. sebab kalau baring, mula la rasa sakit sana sini. psiko je lebih ni kot.. :P

sebab tu, saya cuba hilangkan perasaan 'resah' ni dengan ajak hubby gi jalan-jalan. hehe, sian dia. tapi nak taknak, dia kena layan juga. kalau tak, lagi tension dia tengok saya macam 'kelemasan' je duk kat dalam rumah tu.

kebetulan, adik-adik kesayangan saya masa kat UMT dulu ajak jumpa di alamanda. dua orang je pun, dayah dan mizah. tapi kira dah sangat gembira sebab dah dekat setahun tak jumpa diaorang ni. yang lain, semua jauh-jauh. kema di keratong, amni di kelantan, che sue di besut, nurul tengah dalam pantang di kedah. inipun dapat jumpa sebab dayah yang tinggal di terengganu ada temuduga di putrajaya. so, grab masa yang ada untuk jumpa.


dayah si baju hijau masih lagi merah inai dijari. selamat diijabkabulkan pada 31 julai lepas dan kini sedang hamil 11 minggu. sekarang dalam fasa mabuk-mabuk dan dah lama tak dapat sentuh nasi. mizah pula, sedang berdarah manis. menanti hari untuk disatukan dengan jejaka bertuahnya.


sempat berceloteh 2 jam kat foodcourt alamanda. takde kemana-mana pun. dengan saya yang memboyot, dengan dayah yang mabuk-mabuk. tapi puas dapat bercerita itu ini. masing-masing excited nak sentuh perut saya yang mengeras. tapi sayang, tak dapat rasa si-tecit gerak-gerak sebab dia tengah kekenyangan. kalau si-tecit tengah lapar, ligat je dia duk pusing-pusing.

dah faham perangai hubby, mesti dia bosan bila saya sibuk berceloteh dengan adik-adik saya ni. orang pendiam, camni la gayanya.. :)
jadi, saya suggest kat dia pegi tengok wayang. sebab dia duk asyik je sebut pasal filem altitude sebelum ni. saya tak minat nak tengok sebab nampak macam 'serabut' semacam je bila tengok thrill filem tu kat tv. sian si-tecit ni nanti.

tapi tayangan mula pukul 2.10 petang. adik-adik saya ni pula, pukul 2.30 dah nak balik. mizah takut jalan jem sebab ada piala malaysia, dayah pula nak balik rehat. muka dah pucat-pucat menahan muntah.

alkisah sementara nak tunggu hubby habis layan filem altitude, saya pun merayap dalam MPH. jadi lone ranger kejap. teringat kawan saya bagitahu pasal novel "diari mat despatch" yang dia baca. cari punya cari, tak jumpa pun buku tu kat bahagian novel. cuba search kat kat sistem yang disediakan, laa.. kat bahagian buku kanak-kanak rupanya T__T


masa tengok kulit buku novel ni, saya dah tergelak besar. sebijik buku rampaian sains kat sekolah dulu. kat dalam pula, siap ada garis-garis dan ada garis tepi. font yang digunakan pun, ala-ala tulisan tangan. bahasa yang digunakan pun, bahasa mudah. padanlah buku ni ada kat rak bahagian kanak-kanak.

sesuai untuk bacaan santai menggunakan 'ayat diari', tapi ada banyak mesej yang boleh diambil. dalam masa 30 minit, saya berjaya habiskan membaca buku ni, tapi ada langkau-langkau. nasib la MPH dapat pelanggan cam saya. tapi buku yang saya baca tu memang tak di'seal' berbanding 7 buku lain yang sama. so, tak salah la ek saya baca? cover baek punya.

pusing-pusing lagi dalam MPH,  jumpa rak yang memuatkan buku-buku motivasi. saya & luvly sis memang pengumpul dan pembaca buku-buku motivasi tulisan dr. hm tuah iskandar. belek punya belek, ada 3 buku tulisan beliau yang belum dibeli. nampak sangat dah lama tak masuk kedai buku.. isk.

hubby telefon, bagitahu dia dah keluar dari panggung dan ajak balik. tapi saya suruh dia datang MPH dulu. sudahnya, dia pula terpikat dengan buku tulisan Muhammad Alexander bertajuk Alexander Adalah Zulqarnain. hubby memang minat dengan buku-buku macam ni. dekat setengah jam juga tunggu hubby melilau cari lagi satu buku hasil penulis yang sama, Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung, tapi tak jumpa. walaupun dalam sistem cakap ada 4 biji lagi buku ni.

akhirnya, inilah hasil melangut hampir 2 jam dalam MPH. eh, tetiba ada dua buku masakan :P
saya punya la tu. al-maklum, skill memasak masih ditahap beginner. banyak lagi yang perlu dipelajari even luvly mom & MIL terror bab-bab masak ni.



saya --> tengok la orang takde mood ni..makin takde mood, makin berjela entri ditulisnya. tapi topik bercampur baur. kalau dalam SPM, mesti dah takleh kredit ni.

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..