.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, November 12, 2010

~Ampun maaf..

sudah jumaat. kiranya, ada lagi 5 hari sebelum menjengah ke due date untuk ummi & ayah menatap wajah si-tecit.

setakat ni belum ada apa-apa tanda untuk saya bersalin. kalau tanya pasal sakit-sakit, tiap-tiap hari pun terasa sakitnya. terutama kalau si-tecit ni menegang. perut ni dah berbentuk-bentuk. kadang bulat, kadang membujur, kadang berpetak.

memang terasa sangat yang si-tecit ni dah kurang ruang untuk bergerak. perut pun rasa makin menipis je. paling sian kalau dia tersedu. dalam 20 minit juga la, baru berhenti sedunya. dulu, kalau dia menegang, saya rasa santai bila hubby gosok-gosok perut. tapi 2-3 hari ni, kalau hubby gosok-gosok masa menegang, rasa macam kulit perut rasa pedih. jadi tak selesa.

kejang kaki pun asyik berlaku 2-3 malam ni. jadi, hubby la yang jadi mangsa. terpaksa gosok itu, gosok ini. tidur dia pun tak lena sangat. nasib baik la dia tak merungut. thanks a lot to him.

isnin ni ada checkup lagi. entah apa la lagi komen doktor. hasrat hati, masa checkup nanti, nak je mintak MC sampai la ke masa bersalin. tapi tu pun kalau doktor nak kasi la kan, hehe.



lastly,
saya mohon maaf pada semua yang membaca entri ni andai sepanjang kita kenal/berhubung, saya ada menyakiti hati atau menyinggung perasaan. saya cuma selemah-lemah manusia. kadang teremosi tanpa berfikir. menulis pun kadang-kadang diluar kewarasan.

doakan saya selamat bersalin.


saya --> mungkin ini entri terakhir saya berbadan dua. wallahu a'lam.

6 comments:

  1. akak doakan semoga iza selamat melahirkan baby yg comel nnt yer...insya-Allah moga dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  2. tak sabar rasanya..InsyaAllah... ella doakan segalanya berjalan lancar..amin~~~

    ReplyDelete
  3. eh.. baru terbaca komen kat chatbox iza. da selamat deliver ye. congrate! :k

    ReplyDelete
  4. salam ummuhurairah...
    nampaknya kita serupa, mama fiyan juga tgh tunggu hari. bb still suka duduk dlm perut ibunya. tunggu arahan dari Allah, baru kuar ni. Esok dah due...harap2 semuanya selamat dan dimudahkan oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  5. hye Mama Iza :D U've been tag. Sila la ke blog p untuk details. --- > http://dandeliciousprincess.blogspot.com/2010/11/tagged-by-mama-nieyzha.html

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..