.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, November 12, 2010

~Ampun maaf..

sudah jumaat. kiranya, ada lagi 5 hari sebelum menjengah ke due date untuk ummi & ayah menatap wajah si-tecit.

setakat ni belum ada apa-apa tanda untuk saya bersalin. kalau tanya pasal sakit-sakit, tiap-tiap hari pun terasa sakitnya. terutama kalau si-tecit ni menegang. perut ni dah berbentuk-bentuk. kadang bulat, kadang membujur, kadang berpetak.

memang terasa sangat yang si-tecit ni dah kurang ruang untuk bergerak. perut pun rasa makin menipis je. paling sian kalau dia tersedu. dalam 20 minit juga la, baru berhenti sedunya. dulu, kalau dia menegang, saya rasa santai bila hubby gosok-gosok perut. tapi 2-3 hari ni, kalau hubby gosok-gosok masa menegang, rasa macam kulit perut rasa pedih. jadi tak selesa.

kejang kaki pun asyik berlaku 2-3 malam ni. jadi, hubby la yang jadi mangsa. terpaksa gosok itu, gosok ini. tidur dia pun tak lena sangat. nasib baik la dia tak merungut. thanks a lot to him.

isnin ni ada checkup lagi. entah apa la lagi komen doktor. hasrat hati, masa checkup nanti, nak je mintak MC sampai la ke masa bersalin. tapi tu pun kalau doktor nak kasi la kan, hehe.



lastly,
saya mohon maaf pada semua yang membaca entri ni andai sepanjang kita kenal/berhubung, saya ada menyakiti hati atau menyinggung perasaan. saya cuma selemah-lemah manusia. kadang teremosi tanpa berfikir. menulis pun kadang-kadang diluar kewarasan.

doakan saya selamat bersalin.


saya --> mungkin ini entri terakhir saya berbadan dua. wallahu a'lam.

Thursday, November 11, 2010

~Mencari kekuatan


sejak dua tiga hari ni, banyak sangat dapat sms dari kawan-kawan. semua duk tanya soalan bonus..
bila due?
dah bersalin ke belum?
dah ada turun tanda tak?
sihat ke tak?
still kerja atau dah mula cuti?
macam-macam lagi.

mak buyung pun balaslah,
"baby sayang nak tinggalkan perut. tengah syok berpusing sakan kat dalam ni."

serius, penantian memang satu penyiksaan. antara rasa takut nak menghadapi saat bersalin dengan rasa tak sabar nak menatap wajah si-tecit. semuanya bercampur baur.

tak henti-henti mulut melafazkan doa nabi yunus,
..dalam usaha untuk mencari kekuatan dan mohon moga Allah permudahkan segala urusan.

kalau 'ter'over due, doktor dah bagi tempoh seminggu dari due yang ada.

hubby pula cakap kat si-tecit,
"takpelah sayang. duduk la dulu kat dalam tu. dah sampai masanya, keluarlah dengan selamat. ayah & ummi tunggu."

dan saya, penantian akan diteruskan..
segalanya, lillahi ta'ala.


saya --> saat-saat akhir ni pun, ada mengidam jugak.. nak makan ikan bakar tanglin. tapi taktau la sempat ke tak. walhal dah dekat sangat dengan opis. masalahnya, takmau makan sorang tapi nak berdua dengan hubby. macam mana tu?

~Happy news

barisan hero kesayangan saya :
along zahirul, angah hisyam, abg amir, angah lutfil

this entry goes to angah lutfil.
anak saudara saya yang keempat dari 9 orang kesemuanya.

tahniah untuk angah sebab dah berjaya dapat 5A dalam peperiksaan UPSR.

ahad baru ni, saya sempat singgah rumah dear bro di kota damansara. angah sempat la kongsi perasaan dia yang takut menunggu hari keluarnya keputusan UPSR. biasalah, kebimbangan dia memang berasas. selain dari takut hampakan ibu abah dia, dia bimbang kalau-kalau kalah pada abangnya, along zahirul yang dapat 5A tahun lepas.

alhamdulillah, akhirnya tercapai impian. berkat usaha dan doa yang berterusan. dan pastinya, menggembirakan hati kami semua.

kebetulan, semalam hari lahir dia yang ke-12. haaa, sakan la dia mintak habuan dari ibu abah dia nanti, hehe.


saya --> kena fikir nak beli apa sebagai hadiah. dah la hadiah budak lelaki ni mahal-mahal.

Wednesday, November 10, 2010

~Ku impikan Bicara Pedusi

klik gambar untuk terus ke entri berkenaan buku menarik ni.

salam pembuka bicara.


Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah?

dah lama saya sering bertandang ke dunia .:: HaRuMaN MaWaR ::. ini. tapi sekadar sebagai pembaca senyap [baca: silent reader]. bicara Insyirah Soleha antara genre penulisan yang memang menarik perhatian saya untuk membacanya.

tulisannya santai, taklah skema sangat atau tidaklah terlalu berat untuk difahami. tapi maksudnya tetap sampai pada kita.

berkenaan buku Bicara Pedusi pula, tajuknya pun dah buat saya rasa teruja. pedusi? memang agak janggal perkataan ini pada pembacaan saya. tapi dah diterangkan oleh Insyirah Soleha, pedusi bermaksud wanita/perempuan. dari sinopsis yang diberikan, saya yakin Bicara Pedusi banyak melibatkan emosi seorang wanita yang kadang-kadang sukar untuk diselami. kadang-kadang, wanita sendiri pun sukar untuk memahami hati wanita yang lain. selalunya, melalui bacaan juga, secara tidak langsung, kita sendiri mampu menyelami bicara hati sendiri. betul tak?

saya juga peminat tulisan-tulisan motivasi. apatah lagi motivasi yang berkait rapat dengan jatidiri kita sebagai umat Islam. selalunya tulisan motivasi ni menggunakan tulisan yang agak berat, tapi dari gaya penulisan Insyirah Soleha di blog, saya beranggapan, buku ni pasti mudah untuk difahami.

paling teruja, saya suka membaca sambil berangan. dalam erti kata lain, saya cuba membayangkan diri sendiri sebagai watak utama dalam cerita tersebut. jadi, kalau tak dapat jejak kaki di perantauan, berangan melalui pembacaan pun, dah kira ok la kan?

rasanya dah cukup kot 200 patah perkataan. cukup sampai di sini.


saya --> menang tak menang, tak kisah. tapi kalau dapat, mesti best.. :)

Tuesday, November 9, 2010

~3rd checkup @ pusrawi


update secara pantas.


- semalam check-up kali ketiga dengan gynae di pusrawi. alhamdulillah, semua ok. tekanan darah ok, urine ok, hb pun hampir-hampir ok, air ketuban ok.

- berat saya maintain 50kg, sama macam 2 minggu lepas. gynae kata bagus :)

- owwwhh, tapi berat si-tecit naik hampir 900gram. 2 minggu lepas, berat si-tecit 2.7kg. semalam 3.6kg. ini termasuk air ketuban semua.

- gynae jangkakan berat sebenar si-tecit sekarang ni dalam 3.2kg - 3.3kg.

- kepala baby dah masuk lorong ke bawah tapi belum betul-betul turun lagi sebab si-tecit masih dapat bergerak aktif. jangkaan lahir, gynae cakap dalam minggu depan jugak. minggu ni cuma berjaga-jaga je.
"saya tengok, awak pun kuat je lagi ni."

- sementara nak tunggu si-tecit lahir, gynae bimbang si-tecit makin membesar . pesanan dia, saya kena jaga makan. aiyokkk, gerunnya dengar walaupun gynae bercakap dengan riak muka yang sangat cool. badan saya dah la kecik. kalau baby membesar lagi, jenuh la nak teran masa bersalin nanti. harap-harap, mintak dijauhkan dari pembedahan. taknak la camtu.

- checkup akan datang, seminggu lagi. tapi gynae dah pesan, ada apa-apa tanda, terus gi pusrawi & terus pegi tingkat 1. ok, tingkat 1 tu = labour room. huhu.


saya --> semalam, kali terakhir hubby bagi saya chance minum ais. pasni dah takleh minum katanya sebab tu salah satu sebab baby jadi besar. err, ye ek?

Thursday, November 4, 2010

~Err..saje nak highlight sikit

cuti tiga hari..maknanya 3 hari jugak la takkan dating dengan internet. ada broadband, tak bayar. tapi kalau bayar pun, takde line kat umah T___T. duduk rumah diam-diam.

jadi hari ni, saya genap 38 minggu 1 hari.


doa saya, harapnya dapat la benda alah ni dapat cecah 40 minggu. boleh gitu?


saya --> selamat bercuti semua :)

Wednesday, November 3, 2010

~Goodies bag

masa 2nd checkup kat pusrawi hari tu, nurse bagi saya satu goodies bag masa dah nak balik. berat.

tapi tak pasti pula kenapa saya je yang dapat. sebelum-sebelum tu, takde pun nampak nurse bagi kat mommies lain. agaknya diaorang dah pernah dapat kot sebelum ni.

so, inilah isinya. dari abbot laboratories.

ada 3 isi. 2 paket kecil susu anmum materna perisa coklat (tiada dalam gambar), susu similac advanced, buku + majalah.

ini bukunya. banyak sangat info kat dalam ni. dari sebelum hamil, semasa hamil dan selepas bersalin. paling hubby excited bila ada jadual mile stones baby dari umur 0 hingga setahun, kalau tak silap la. bila baby mula bagi respon pada panggilan kita, bila baby mula tersenyum, meniarap & sebagainya.
ahha..buku tu harga dia RM18 kalau nak beli. tapi tak sure pulak kat mana ada jual.

ni pula, susu similac advanced. memula tu ingatkan susu untuk mommies, tapi untuk baby rupanya. susu yang dah siap berbancuh.

cuma pasangakn puting kat botol tu je. tapi macam konpius, sedia untuk diminum? tak perlu panaskan ek?

tapi yang pastinya..
susu ni akan tersimpan kemas dalam almari. semangat saya untuk bagi full breastfeed kat si-tecit ni, buat saya fikir "tak kisahlah membazir pun kalau buang susu ni."
takpun nanti, saya bagi kat sesiapa je susu ni.. :) lahipun sesuai untuk bayi 0-12 bulan. cumanya, tarikh luput dia dah dekat, bulan mac 2011.


saya --> amboi, sejak ada water mark ni, makin rajin lak wat entri bergambar. sebelum ni bukan main ngaku tak mesra gambar. hehe.

Tuesday, November 2, 2010

~Set berpantang.. Shaklee

luvly mom kata, saya ni memang bermusuh dengan ubat. dengan vitamin pun sama. ni pun disebabkan saya hamil je. kalau tak, saya memang tak jejak kaki ke klinik pun.

masa memula hamil dulu, saya buat pengesahan hamil di klinik swasta. kat bawah ofis ni je pun. doktor tu tanya,
"keje pos kan? awak belum ada rekod kat klinik ni. sebelum ni selalu ke klinik panel mana?"

"takde doktor. saya takde gi mana-mana klinik panel pun sebelum ni."

"dah berapa lama kerja kat pos ni?"

"dalam setahun setengah."

"untungnya kompeni awak. dah setahun lebih, takyah nak bayar apa-apa kos rawatan untuk awak."

hehe. yang sebenarnya, saya ni yang liat nak gi klinik. batuk ke, demam ke, selsema je, biar je baik sendiri. jangan tiru macam saya.

ok, dah melalut. nak cerita pasal set bersalin sebenarnya.


masa hamil 7 bulan dulu, saya dah sibuk-sibuk tanya kat luvly mom & MIL, apa set bersalin yang bagus untuk saya gunakan lepas bersalin nanti. tu tak termasuk survey dengan kawan-kawan, internet, luvly sis & SIL. macam-macam produk orang duk cadangkan kat saya.

tapi ma lebih faham anak dia yang susah nak makan ubat ni. jadi ma kata, tak payah beli dulu set bersalin tu. lagipun, set bersalin ni biasanya orang makan dalam seminggu selepas bersalin. so, beli bila dah lepas bersalin nanti dan tak payah nak beli berset bagai. beli pun, apa yang perlu je. takut nanti membazir. jadi saya abaikan daripada serabut kepala fikir nak beli jenama apa.

****************


bila kandungan dah masuk 30 minggu, saya mula terfikir-fikir lebih mendalam pasal breastfeed. mampu ke saya nak bagi penyusuan eksklusif pada si-tecit ni nanti? banyak ke susu saya? tambah semangat bila saya beli set pam susu spectra3 dari One Baby World masa mereka tengah adakan sale. 


sebagai inisiatif, saya cuba surf internet.. mencari-cari suplemen untuk saya ambil masa hamil ni dalam usaha nak produce banyak susu. akhirnya, saya jumpa blog kak cery, http://everybodylovescery.blogspot.com. kak cery ni distributor bagi produk shaklee. jadi, saya minta pandangan kak cery pasal breastfeed ni.

kak cery memang bagi banyak info pada saya. ikutkan kak cery, dia cakap tak perlu ambil dulu suplemen ni sebelum bersalin tapi terpulang pada saya. untuk ibu yang nak breastfeed, kak cery suruh saya cuba set B - breastfeeding.

dan bila dah bersalin nanti, add on zinc semasa dalam pantang. dalam erti kata lain, set untuk berpantang, boleh ambil set C - confinement.

pendek kata, selain makan suplemen untuk tujuan breastfeed, shaklee ni boleh digunakan juga sebagai set bersalin. 2 in 1. jadi bila fikir-fikir, saya cadang nak berpantang guna suplemen shaklee ni je la.

cakap kat ma, so ma kata ok. tapi kena tambah juga makan ubat-ubat lain yang biasa orang ambil masa dalam pantang. cumanya, saya tak beli complete set dulu. kak cery cadang saya cuba trial dalam tempoh 40 hari. nanti kalau rasa suplemen shaklee ni sesuai dengan badan, baru beli yang full set. err, tapi kena sedia ongkos lebih sikit la.

untuk baby, apa salahnya kan?

tak susah berurusan dengan kak cery. just sms je. call pun ok. selesai buat bayaran, esoknya terus sampai parcel kat saya.

parcel belum bukak lagi.

tadaaa..tu dia. terisi kemas dalam bekas. kalau pada sesiapa yang berminta dengan produk shaklee ni, boleh terus hubungi kak cery. alamat ada, no phone ada, emel ada, nama blog pun ada.lengkap.

ni dia kandungan kat dalam bekas tu.

- set C - RM100
*add on Rm10 (alfafa – milk booster)
40 tabs of Vitalea/ Multivitamin
40 tabs of B Complex
40 tabs of Vitamin C
40 tabs of Zinc

total = RM110
bayaran pos = free.
***********************


selain kak cery, saya ada emel persoalan yang sama pada kak hadhatina. ni emel yang saya hantar.
salam akak..
sy skrg hamil 35 minggu..
bercadang nak bg full breastfeed kat baby bila dah bersalin nnti..cuma sy cam risau jugak kalau2 susu sy tak byk utk full breast ni..agak2 apa supplemen yg sesuai utk sy amik sbg persediaan utk ni sblm sy bersalin?

atau selain supplemen, ada tak amalan pemakanan yg akak boleh suggest pd sy? sbb selalunya ramai yg cakap psl amalan pemakanan bila dah bersalin..jrg yg cakap psl sblm bersalin..

terima kasih.

jadi, ini balasan emel yang saya terima.

salam hariza,

sorry akak lambat reply. baru-baru ni akak ada sms tp hariza tak reply pulak.

okey. first of all, thanks sbb sudi bertanya. bukan apa, senang akak nak explain awal2 sebelum hariza buat keputusan nak beli.

so, kiranya dah masuk trimester ketiga lah ni kan? congrats! so far mcm mana progress? hb, bp, berat semua ok? ;-)

pasal breastfeed, dun worry. yg hariza kena tahu ialah susu badan sebenarnya mula dihasilkan sebaik aje uri terpisah daripada rahim nanti, dalam ertikata lain, lepas dah bersalin. confirm ada! cumanya, masa 3 hari pertama tu, memang sikit sbb yg keluar ialah kolostrum, iaitu cecair pekat kuning yg kaya dengan khasiat utk kehidupan bayi sampai dia tua. mmh sikit tp sgt cukup utk baby. yelah.. besar mana pun perut anak tu kan? setakat 2 ml je kalau tak silap akak.

pasal pemakanan dan suplemen.

masa mengandung ni biasalah, amalkan makanan yg sihat dan berkhasiat. sebab penting utk kesihatan baby dalam perut tu. lagi satu, elakkan makan fast food byk sgt, or minum berkaffein.. ermm.. rasanya hariza tahu kan semua tu? takde amalan pemakanan khusus utk bykkan susu. cuma ada yg kata minum soya byk2.. akak tak minum soya pun, alhamdulillah ok je bf.

cuma untuk persediaan bersalin, makan suplemen @ vitamin. if doctor ada bagi, takyah beli dulu yg shaklee ni. habiskan yg tu dulu. akak tak galakkan customer akak membazir. tp kalau hariza perlu vitamin tambahan, mcm kalsium dan omega, akak boleh sediakan. boleh makan sampai lepas bersalin, sampai baby besar pun.

tp, if nak try vitamin shaklee, hariza ambil:
set A - ada multivits with iron, b complex lengkap dgn acid folic dan vitamin C
ostematrix (kalsium-magnesium) - utk tulang dan gigi, juga kurgkan sakit2 sendi masa mengandung
omega guard - bekalkan DHA untk perkembangan otak baby
ESP - protein soya intk tumbesaran bby dan bg mak baby rasa lebih kuat



harganya :

SET A = RM80
Ostematrix (40 biji) = RM20
Omega (30 biji) = RM45.00
ESP = RM121.00.00
Pos = RM10.00

Osteo dan Omega tu yg add on. If harga sebotol lain lah. Hariza boleh check kat blog juga utk harga sebotol/fullpack.

anything just revert ye? TQ ;-)



saya --> untuk keterangan lanjut, boleh terus pergi ke blog kak cery atau kak hadhatina. ingat nak tulis apa kegunaan setiap jenis suplemen tu, tapi dah panjang sangat dah entri ni. tuan blog pun dah tak larat..hehe

~Semuanya sebagai kaffarah dosa

haaa..

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. terima kasih pada seorang sahabat yang memahami. baca entri saya, kemudian dia hantar emel untuk beri pendapat.

Barangsiapa yg ditimpa penyakit (musibah), harus baginya bersabar krn tiada ganjaran yg lebih baik drp yg tlh disediakan bg mereka yg menahan musibah dgn penuh sabar..

mengadu kadang-kadang dibenarkan atas dasar untuk membantu meringankan kesakitan asalkan ia tidak dijadikan ruang untuk melepaskan kemarahan (kepada Allah).

malahan, kita seharusnya berterima kasih diberikan kesakitan kerana sakit itu diturunkan sebagai kaffarah dosa. hanya org-org yang terpilih sahaja yang diberikan rasa sakit ini.

** ehemm, lagipun ni baru sakit tekak takleh makan kan? blm lg sakit nak bersalin. karang kalau sakit nak bersalin, lg sakit. so, jgn mengeluh wahai sahabat. anggap ni sebagai 'latihan' sakit nak bersalin. hihi. peace no war.. \o/

aduh, rasa terpukul. takde, bukan nak mengadu sangat pun sebenarnya. cuma sekadar catatan je. hehe. boleh terima alasan ni tak? :)

err, lagipun entri saya pasal selsema takde macam marah-marah kan? cuma ngadu je. taknak ngaku kalah gak tu. :P

apapun, terima kasih atas teguran. syukran jazilan kathiran.


saya --> salah satu ciri-ciri sahabat yang baik : jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menegur & menutupnya.

~Selsema

hari ni rasa tak berapa nak larat sangat. dari petang semalam, dah ada tanda-tanda selsema. kali pertama saya selsema sepanjang hamil ni.

malam semalam, asyik je terbersin. taktau berapa banyak tisu saya habiskan. betul-betul terganggu dan kemudian disusuli dengan sakit tekak. masa makan nasi semalam pun, perit semacam je tekak.

pkul 3-4 pagi, terjaga sebab nak telan air liur pun tersangat sakit. bangun ke bilik air dan seperti dijangka, tekak luka. berdarah-darah dibuatnya. minum air masak pun, ya Allah, sakitnya. tapi nasib baik takde batuk-batuk. kalau tak, taktau la camner.

sebelum ke ofis pagi tadi, hubby suruh makan madu. jadi kurang sikit peritnya. selsema pun dah berkurangan. tapi ni makan pun ,cuma makan roti je. makanan lembut-lembut. sekadar alas perut. tak berani nak makan nasi atau lain-lain. tambah pula yang pedas-pedas.

hai, cepat la tekak ni baik. sian si-tecit duk tendang-tendang kelaparan kat dalam ni. selsema ok je lagi. huhu.


saya --> cancel plan nak gi KFC arini.. :P

Monday, November 1, 2010

~Dah berhari-hari 'hilang'..tapi masih boleh berjimba-jimba di alamanda

waaaaa.. lagi 16 hari je.

apa yang hilang tu? urmm, tak lain tak bukan, mood saya. asyik je pasang surut.

pelik bin ajaib.

kalau dikira, tiada apa pun yang berlaku. err..ada la sikit. taklah serius mana tapi mood saya betul-betul lost.

cakap kat hubby, dia cuma cakap mungkin saya dah mula rasa tertekan menunggu masa bersalin. dengan tidur yang dah makin tak lena sekarang ni, rasa letih tu memang agak mendesak diri. kalau boleh, nak tidur sambil duduk je. takmau baring. sebab kalau baring, mula la rasa sakit sana sini. psiko je lebih ni kot.. :P

sebab tu, saya cuba hilangkan perasaan 'resah' ni dengan ajak hubby gi jalan-jalan. hehe, sian dia. tapi nak taknak, dia kena layan juga. kalau tak, lagi tension dia tengok saya macam 'kelemasan' je duk kat dalam rumah tu.

kebetulan, adik-adik kesayangan saya masa kat UMT dulu ajak jumpa di alamanda. dua orang je pun, dayah dan mizah. tapi kira dah sangat gembira sebab dah dekat setahun tak jumpa diaorang ni. yang lain, semua jauh-jauh. kema di keratong, amni di kelantan, che sue di besut, nurul tengah dalam pantang di kedah. inipun dapat jumpa sebab dayah yang tinggal di terengganu ada temuduga di putrajaya. so, grab masa yang ada untuk jumpa.


dayah si baju hijau masih lagi merah inai dijari. selamat diijabkabulkan pada 31 julai lepas dan kini sedang hamil 11 minggu. sekarang dalam fasa mabuk-mabuk dan dah lama tak dapat sentuh nasi. mizah pula, sedang berdarah manis. menanti hari untuk disatukan dengan jejaka bertuahnya.


sempat berceloteh 2 jam kat foodcourt alamanda. takde kemana-mana pun. dengan saya yang memboyot, dengan dayah yang mabuk-mabuk. tapi puas dapat bercerita itu ini. masing-masing excited nak sentuh perut saya yang mengeras. tapi sayang, tak dapat rasa si-tecit gerak-gerak sebab dia tengah kekenyangan. kalau si-tecit tengah lapar, ligat je dia duk pusing-pusing.

dah faham perangai hubby, mesti dia bosan bila saya sibuk berceloteh dengan adik-adik saya ni. orang pendiam, camni la gayanya.. :)
jadi, saya suggest kat dia pegi tengok wayang. sebab dia duk asyik je sebut pasal filem altitude sebelum ni. saya tak minat nak tengok sebab nampak macam 'serabut' semacam je bila tengok thrill filem tu kat tv. sian si-tecit ni nanti.

tapi tayangan mula pukul 2.10 petang. adik-adik saya ni pula, pukul 2.30 dah nak balik. mizah takut jalan jem sebab ada piala malaysia, dayah pula nak balik rehat. muka dah pucat-pucat menahan muntah.

alkisah sementara nak tunggu hubby habis layan filem altitude, saya pun merayap dalam MPH. jadi lone ranger kejap. teringat kawan saya bagitahu pasal novel "diari mat despatch" yang dia baca. cari punya cari, tak jumpa pun buku tu kat bahagian novel. cuba search kat kat sistem yang disediakan, laa.. kat bahagian buku kanak-kanak rupanya T__T


masa tengok kulit buku novel ni, saya dah tergelak besar. sebijik buku rampaian sains kat sekolah dulu. kat dalam pula, siap ada garis-garis dan ada garis tepi. font yang digunakan pun, ala-ala tulisan tangan. bahasa yang digunakan pun, bahasa mudah. padanlah buku ni ada kat rak bahagian kanak-kanak.

sesuai untuk bacaan santai menggunakan 'ayat diari', tapi ada banyak mesej yang boleh diambil. dalam masa 30 minit, saya berjaya habiskan membaca buku ni, tapi ada langkau-langkau. nasib la MPH dapat pelanggan cam saya. tapi buku yang saya baca tu memang tak di'seal' berbanding 7 buku lain yang sama. so, tak salah la ek saya baca? cover baek punya.

pusing-pusing lagi dalam MPH,  jumpa rak yang memuatkan buku-buku motivasi. saya & luvly sis memang pengumpul dan pembaca buku-buku motivasi tulisan dr. hm tuah iskandar. belek punya belek, ada 3 buku tulisan beliau yang belum dibeli. nampak sangat dah lama tak masuk kedai buku.. isk.

hubby telefon, bagitahu dia dah keluar dari panggung dan ajak balik. tapi saya suruh dia datang MPH dulu. sudahnya, dia pula terpikat dengan buku tulisan Muhammad Alexander bertajuk Alexander Adalah Zulqarnain. hubby memang minat dengan buku-buku macam ni. dekat setengah jam juga tunggu hubby melilau cari lagi satu buku hasil penulis yang sama, Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung, tapi tak jumpa. walaupun dalam sistem cakap ada 4 biji lagi buku ni.

akhirnya, inilah hasil melangut hampir 2 jam dalam MPH. eh, tetiba ada dua buku masakan :P
saya punya la tu. al-maklum, skill memasak masih ditahap beginner. banyak lagi yang perlu dipelajari even luvly mom & MIL terror bab-bab masak ni.



saya --> tengok la orang takde mood ni..makin takde mood, makin berjela entri ditulisnya. tapi topik bercampur baur. kalau dalam SPM, mesti dah takleh kredit ni.