.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, October 21, 2010

~Sebulan sahaja lagi..

memasing dah sibuk bertanya,

agaknya orang dah jemu tengok, "eh, budak ni tak bersalin-salin lagi?"
perut pun kecik molek, tak besar-besar. dah masuk 36 minggu, tapi macam baru 28 minggu je.

dengan senyum simpul, mak buyung jawab,
"lagi sebulan. lebih kurang."

tarikh jangkaan berdasarkan mesin imbasan jatuh pada 17 November. itu cuma jangkaan. yang tak terjangka, wallahu a'lam. tapi due berdasarkan tarikh period, jatuh 9 november. jadi bila plus minus in two weeks, pandai-pandai la bakal ummi ni bersedia dengan apa-apa kemungkinan. tambah-tambah ini pengalaman pertama, jadi elemen-elemen unexpected tu memang kena bersedia.

isnin depan, ada checkup lagi dekat pusrawi. hubby macam biasa la, excited nak scan baby. tak habis-habis dengan tekaan dia,
"haaa, ni kaki dia. ni tangan dia. ni tulang belakang dia. ni lutut dia," bila dia syok melayan si-tecit-dalam-perut ni. yang si-tecit ni pulak macam biasa, bagi je respon kat si ayah. ummi? hanya mampu tersenyum gembira.

alhamdulillah, setakat ni kesihatan saya masih lagi baik. selain bengkak kaki, sakit pinggang & sakit belakang, tiada masalah kesihatan lain yang mengganggu.

luvly mom & MIL pun kerap tanya keadaan semasa. dah macam-macam petua diberikan dalam usaha nak mudahkan bersalin.

salah satunya berkaitan rambut. kedua-dua bonda ni bagi petua hampir sama dan jika digabungkan petua ni, akan jadi lebih kurang begini..
lurut-lurutkan rambut semasa mandi. niat dalam hati,
" ya Allah, sebagaimana mudahnya aliran air di rambutku ini, maka aku mohon begitulah juga mudahnya proses bersalin nanti."
kemudian, dengan menghadap ke arah kiblat, selawat tiga kali dan hisap titisan air terakhir dihujung rambut setelah selesai mandi.

opsS..tapi taktahu la pulak camner nak buat pada bakal ibu yang berambut pendek :)

selain tu, luvly sis pesan supaya cukupkan rehat tapi kena la jugak bersenam dan pastikan semua urat pada badan bekerja. nanti katanya takde la badan terkejut sangat masa nak bersalin. tiap-tiap petang pun saya ada berjalan dari ofis ke stesen komuter. agak jauh jugak rasanya. yup, saya masih lagi naik komuter sekarang ni atas beberapa alasan.
1 - ni je la peluang saya nak berjalan kaki (baca: bersenam) sebab malam-malam memang takde nak berjalan-jalan bagai. masak pun kadang-kadang je. lagipun sekarang, alhamdulillah.. mudah je nak dapat tempat duduk dalam komuter. kecuali ada sesetengah orang yang buat-buat tak nampak perut saya ni.

haishhh..ada jugak tu yang tak puas hati, hehe. tapi selalunya yang buat tak nampak ni, ada satu 'kaum' tu je. huhu.bukan nak buat statement berunsur perkauman atau apa, tapi ni memang hakikat. dah dekat 10 bulan saya naik komuter, itu sebahagian dari pemerhatian saya.
2 - jenuh nak harungi jem kalau hubby datang jemput. sekarang pun dah sampai rumah dalam pukul 7. kalau naik kereta, entah pukul berapa sampai. lagipun hubby kerja kat klang, satu hal pulak dia nak berulang alik dari sana nak ambik saya kat KL ni. nak naik motor, uisshhh.. maunya penat telinga saya duk menadah telinga dengar orang duk membebel :)


saya amalkan konsep tawakkal 'alallah. sepanjang dalam komuter, amalkan zikrullah. letakkan sepenuh pengabdian pada Kebesaran Allah Taala. insyaAllah, mudah-mudahan selamat perjalanan dalam komuter tu.

barang-barang kelengkapan untuk sambut si-tecit ni pun, semua dah lengkap. set selepas bersalin untuk saya je belum beli. luvly mom cakap takyah beli dulu dan takyah nak beli yang berset bagai. nanti saya tak pakai pun, hehe. mak mana yang tak kenal anak dia kan?



air selusuh pun belum settle. ingat nanti nak minta MIL yang carikan. ada orang pesan jangan minum awal-awal ek? alasan, takut nanti susah nak beranak. err, air selusuh ni kadang-kadang cuma guna air biasa atau air zamzam kan? ada kaitan ye dengan minum awal atau lewat? setahu saya, air selusuh digunakan sebagai suatu ikhtiar yang berpandukan al-Quran dan hadith. dan hukumnya adalah harus asalkan bacaannya tidak bercanggah dari landasan Islam. tolong betulkan kalau saya silap.

akar fatimah pula, luvly mom baru je pos dari terengganu. esok lusa sampai la kot :)

lagi satu, masa balik raya baru ni, luvly dad dah tuliskan ayat selusuh untuk saya amalkan bila dah mula sakit nak bersalin. yang ni nanti nak buat entri lain.

haaa..
sempat lagi gi tengok citer magika baru-baru ni. kenangkan hubby yang nakkk sangat tengok. sesekali berdating, seronok jugak.



saya --> selain petua-petua yang ada, utamakan yang lebih penting seperti perbanyakkan solat-solat sunat dan membaca al-Quran. moga mendapat reda-Nya.

2 comments:

  1. salam mak buyung =))
    faiz bgtau kat kwn suh baca tips2 ni. dia pn preggy

    ReplyDelete
  2. salam faiz..
    sila..sila..perkongsian kecik je ni.. ;)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..