.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, October 28, 2010

~Teknik pernafasan

tengah-tengah solat zohor tadi, tetiba saya rasa macam sesak nafas. dada rasa sendat. macam udara taknak masuk pun ke dalam paru-paru. berpeluh juga dibuatnya masa tu.

tapi tak lama. dalam tempoh 4-5 minit je saya alami sesak nafas tu. kemudian, saya duduk kejap. relakskan minda. tenangkan hati. dan terfikir, saya belum lagi dalami ilmu teknik pernafasan masa nak bersalin nanti.

godek punya godek, akhirnya jumpa info di web babycenter. info yang diberikan memang cukup lengkap untuk dijadikan panduan ketika bersalin nanti.

ada 6 perkara utama yang dititikberat dalam pernafasan semasa bersalin ni.

  • Bernafas dan bernafas terlebih
    Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

    Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa perlahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

  • Corak pernafasan untuk perlahiran
    Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

    Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

    Semasa perlahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

  • Teknik pernafasan mudah
    • Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

    • Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

    Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

  • Sokongan semasa pernafasan
    Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman perlahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik perlahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

    Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam perlahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

  • Bernafas dan meneran
    Semasa fasa kedua perlahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

    Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

    Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

    Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

  • Bernafas dan bukan meneran
    Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.


  • saya --> thanx a lot to babycenter!

    Wednesday, October 27, 2010

    ~2nd checkup @ pusrawi

    update baby : 36 minggu 6 hari

    malam kelmarin, pemeriksaan kali kedua di pusrawi. dari petang lagi dah cukup excited, maklumlah nak 'jumpa' baby.

    so, pukul 7.45 malam dah terpacak dalam pusrawi. macam biasa, nurse akan timbang berat dan ambil bacaan tekanan darah. haaaaaaaa, finally.. berat saya cecah jugak ke 50kg. senyum lebar je masa nurse cakap dah naik 3kg berbanding 4 minggu lepas. selama ni rate naik dalam 1kg je sebulan.

    tapi takde pulak nurse suruh amik urine & takde pun check darah. sebelum tu nurse ada tanya kandungan dah berapa minggu. jadi, saya bagitahu dah masuk 37. lepas tu dengar dia cakap,
    "kalau camtu, tak payah la."
    mungkin merujuk pada urine test & darah la kot.

    pegi kat hubby, tayang 5 jari kat dia. bangga la konon. :D astaghfirullah, ni la gayanya orang tak pernah cecah berat badan ke angka 50. isk, isk..layankan je la ye wahai suami.


    masuk jumpa gynae. gynae review balik laporan check up bulan lepas. tanya khabar. tanya kaki bengkak ke tak. ada sakit mana-mana tak. selera makan macam mana dll. ada pening tak.

    gynae yang saya jumpa ni sebenarnya lelaki, dr zulkhairi. sangat tenang orangnya. cool je. memang takde rasa debar-debar pun kalau jumpa dia. yang penting, takde momokkan saya dengan cerita-cerita menakutkan macam risiko tumpah darah ke kalau hb rendah, susah nak bersalin ke dan macam-macam lagi. agak berbeza sikit dengan keadaan kat klinik kerajaan. berdasarkan pengalaman saya la.

    tapi semalam muka dia berkerut sikit bila tengok berat saya. tapi masih kawal percakapan sambil senyum,
    "berat banyak naik ni. selera tinggi ye? raya sangat kot ni. ni kena jaga makan sikit. tapi jangan diet pulak."

    aisey, abis hilang excited pasal naik berat sampai 50kg tadi. hehe.

    alhamdulillah, yang lain-lain semua ok. saya cakap kaki selalu bengkak, tapi gynae cakap ok sebab tekanan darah pun takde tinggi sangat. 101/66.

    tiba bab paling best.. scan si-tecit sayang ni. dah makin membesar. dari berat 2kg dah naik ke 2.7kg. patutlah perut dah rasa sendat je skrg. si-tecit dah makin besar tapi ruang tak berkembang mana.

    kepala si-tecit kekal kat bawah. sama macam bulan lepas. ikutkan gynae, kedudukan kepala masih tinggi dan lambat lagi nak engange.
    "so, dari yang doktor nampak, agak-agak bila dia nak engange?"
    senang saya & hubby nak bugdet masa. dan mudah juga la pada luvly mom & dad serta luvly PIL nak buat perancangan.
    "dalam pertengahan bulan jugak ni. tak jauh la dari due date. tapi apapun, kita bersedia je untuk apa-apa kemungkinan. tak mustahil engange lagi awal."

    alhamdulillah, hasil pemeriksaan boleh dikatakan semua ok. tapi konfius jugak.. agaknya kalau dah masuk 36 minggu keatas, memang takde check urine dengan darah ek? ke kat pusrawi je camni? mungkin jugak kan.. lain tempat, lain cara.
    ok..ok.. tolong jangan cakap something yang boleh buat saya rasa serba tak kena ye. huhu. takmau dah pening-peningkan kepala untuk sebarang kemungkinan yang negatif. saya nak teruskan rasa yakin dengan gynea saya sekarang ni. :P

    masa check up bulan lepas, gynae takde bagi apa-apa ubat @ vitamin. saya cuma makan saki baki obimin yang ada dalam simpanan je. so kali ni, saya yang tanya gynae.
    "pasal vitamin, camne ye doktor? ada suggestion tak untuk saya makan?"

    jawapan gynae sangat seronok untuk didengar bagi seseorang yang tak suka makan ubat,
    "saya rasa, awak dah tak payah makan apa-apa vitamin dah. bimbang baby besar. lagipun badan awak kecik je. keadaan awak pun ok, jadi awak makan macam biasa. banyakkan sayur dan minum banyak air. minum susu. kita jumpa lagi 2 minggu k."

    pesanan akhir doktor, macam kita selalu baca dekat mana-mana sumber internet @ majalah @ dengar dari orang dah ada pengalaman..
  • keluar air ketuban
  • bleeding
  • berlaku kontraksi
    tapi kena betul-betul kenalpasti samada palsu atau kontraksi betul.



  • ..dapat je salah satu dari tanda ni, terus pergi hospital. jangan tunggu-tunggu. hehe, so saya serahkan 'tugas' tu pada hubby.



    saya --> ayah si-tecit ni beria-ia pujuk anak dia supaya lahir on due date. sebab nak cipta sejarah lahir hari raya haji. ye la, sebab ayah lahir 1 syawal. ummi je takde tarikh best masa lahir.

    Monday, October 25, 2010

    ~Cari cari cari


    pagi tadi mati-mati saya ingatkan tertinggal hphone kat rumah. call hubby bagitahu, tapi hubby kata,
    "cuba cari dulu dalam handbeg. ada tu."

    tapi saya abaikan je sebab memang dah cuba cari masa sampai ofis tadi, memang takde. selalunya ada je kat dalam poket sebelah tepi.

    kemudian, call hubby lagi sekali. nak ngadu gaji belum masuk hari ni. walhal semalam memang dah agak, gaji tak sempat nak masuk hari ni. hehe. so hubby tanya, dah cari belum hphone? saya sengih je disebalik gagang.

    2-3 minit selepas bercakap dengan hubby, terasa ada gegaran dari handbeg. aikk! macam gegar hphone je. bila dah dibelek-belek semua ruang dalam handbeg, ada je terselit hphone saya kat dalam tu. huhu. cuba periksa sape yang telefon tadi, hubby rupanya. buat malu je.

    bila diimbas-imbas, diingat-ingat, saya memang agak cuai (orang terengganu sebut "ma'nga") sejak hamil ni. kalau cari apa-apa barang, susahnya nak jumpa. padahal, kadang-kadang depan mata je. hari tu sekali, cari kad atm cimb. puas dah saya selongkar handbeg, kat opis, kat rumah, memang tak jumpa. dekat seminggu mencari, alih-alih jumpa dalam handbeg je. ada kat celah helaian surah yasin kecil.

    hubby minta tolong carikan tshirt, pun saya tak jumpa. walhal saya yang susun baju-baju dia. tapi bila hubby cari sendiri.. eh, ada je.

    cari pengetip kuku atas meja solek. sambil cari, sambil cakap ngan hubby.
    "mana ntah pengetip kuku ni," omel saya.
    dari tepi katil, hubby menyampuk,
    "abg nampak je."
    memang betul-betul depan mata. agaknya, otak tak fokus kot. tambah-tambah bila dah dekat-dekat sampai masa ni.

    hubby pun ada cakap, dia perasan sesuatu pada isteri dia ni. selain tak fokus bila cari apa-apa barang, saya macam banyak mengelamun akhir-akhir ni. sensitif berlebihan. tersangat-sangat la mudah terasa hati. cepat muncung. ada tersalah sikit je, mula la bawak diri. diam, tak bercakap. muka berkerut-kerut.

    dan,
    memang saya akui sepenuhnya. harapnya takde lah berpanjangan perangai macam ni. kena cuba juga untuk kikis dari dalam diri.


    saya --> pembawakan budak kot ye? alalala..sian si-tecit. tak pasal-pasal jadi OKT (orang kena tuduh)

    Friday, October 22, 2010

    ~Doa selusuh

    doa selusuh tulisan ayah. hehe, tulisan 'doktor' versi jawi.ma la yang kata camni :D

    masa balik raya puasa baru ni, luvly mom mintak luvly dad tuliskan doa selusuh (mudah bersalin) untuk saya. ma kata, tok guru mengaji dia yang bagi.


    DOA SELUSUH
    (ulang-ulang baca apabila terasa sakit nak bersalin)

    selawat tiga kali sebelum baca bismillah

    bismillahirrahmaanirrahiim.
    hannatun waladat maryam.
    wa maryamu waladat 'isa.
    ukhruj ayyuhal maulud.
    biqadratiilah.


    ma minta saya hafal dulu. ayah berkali-kali pesan. JANGAN BACA IKUT ATURAN SEBELUM RASA SAKIT DATANG. maksudnya, kalau nak hafal, cuma hafal doa tu je. jangan baca dulu selawat masa menghafal doa tu. agaknya takut terbersalin awal kot. tapi takpe, doa ni pendek je dan mudah nak ingat.

    secara ringkasnya, doa ni bermaksud lebih kurang begini:
    hannah melahirkan Maryam.
    maryam melahirkan Isa.
    keluarkan wahai kelahiran.
    dengan Qudrat Allah.

    ada lagi satu versi doa ni saya jumpa semasa google,
    ampun maaf pada empunya gambar. saya memang lupa sangat-sangat sumber asal saya ambil gambar ni. kalau tuan dia terjumpa ni, harap dimaafkan.
    ayat selusuh yang saya jumpa ni, ada sedikit tambahan di tengahnya. jadi terpulanglah nak baca versi yang mana satu.


    saya --> nanti nak cuba kongsi cara senaman ringkas untuk mudahkan bersalin. tapi susah sikit nak tulis sebab lagi mudah kalau ada ilustrasi.

    Thursday, October 21, 2010

    ~Sebulan sahaja lagi..

    memasing dah sibuk bertanya,

    agaknya orang dah jemu tengok, "eh, budak ni tak bersalin-salin lagi?"
    perut pun kecik molek, tak besar-besar. dah masuk 36 minggu, tapi macam baru 28 minggu je.

    dengan senyum simpul, mak buyung jawab,
    "lagi sebulan. lebih kurang."

    tarikh jangkaan berdasarkan mesin imbasan jatuh pada 17 November. itu cuma jangkaan. yang tak terjangka, wallahu a'lam. tapi due berdasarkan tarikh period, jatuh 9 november. jadi bila plus minus in two weeks, pandai-pandai la bakal ummi ni bersedia dengan apa-apa kemungkinan. tambah-tambah ini pengalaman pertama, jadi elemen-elemen unexpected tu memang kena bersedia.

    isnin depan, ada checkup lagi dekat pusrawi. hubby macam biasa la, excited nak scan baby. tak habis-habis dengan tekaan dia,
    "haaa, ni kaki dia. ni tangan dia. ni tulang belakang dia. ni lutut dia," bila dia syok melayan si-tecit-dalam-perut ni. yang si-tecit ni pulak macam biasa, bagi je respon kat si ayah. ummi? hanya mampu tersenyum gembira.

    alhamdulillah, setakat ni kesihatan saya masih lagi baik. selain bengkak kaki, sakit pinggang & sakit belakang, tiada masalah kesihatan lain yang mengganggu.

    luvly mom & MIL pun kerap tanya keadaan semasa. dah macam-macam petua diberikan dalam usaha nak mudahkan bersalin.

    salah satunya berkaitan rambut. kedua-dua bonda ni bagi petua hampir sama dan jika digabungkan petua ni, akan jadi lebih kurang begini..
    lurut-lurutkan rambut semasa mandi. niat dalam hati,
    " ya Allah, sebagaimana mudahnya aliran air di rambutku ini, maka aku mohon begitulah juga mudahnya proses bersalin nanti."
    kemudian, dengan menghadap ke arah kiblat, selawat tiga kali dan hisap titisan air terakhir dihujung rambut setelah selesai mandi.

    opsS..tapi taktahu la pulak camner nak buat pada bakal ibu yang berambut pendek :)

    selain tu, luvly sis pesan supaya cukupkan rehat tapi kena la jugak bersenam dan pastikan semua urat pada badan bekerja. nanti katanya takde la badan terkejut sangat masa nak bersalin. tiap-tiap petang pun saya ada berjalan dari ofis ke stesen komuter. agak jauh jugak rasanya. yup, saya masih lagi naik komuter sekarang ni atas beberapa alasan.
    1 - ni je la peluang saya nak berjalan kaki (baca: bersenam) sebab malam-malam memang takde nak berjalan-jalan bagai. masak pun kadang-kadang je. lagipun sekarang, alhamdulillah.. mudah je nak dapat tempat duduk dalam komuter. kecuali ada sesetengah orang yang buat-buat tak nampak perut saya ni.

    haishhh..ada jugak tu yang tak puas hati, hehe. tapi selalunya yang buat tak nampak ni, ada satu 'kaum' tu je. huhu.bukan nak buat statement berunsur perkauman atau apa, tapi ni memang hakikat. dah dekat 10 bulan saya naik komuter, itu sebahagian dari pemerhatian saya.
    2 - jenuh nak harungi jem kalau hubby datang jemput. sekarang pun dah sampai rumah dalam pukul 7. kalau naik kereta, entah pukul berapa sampai. lagipun hubby kerja kat klang, satu hal pulak dia nak berulang alik dari sana nak ambik saya kat KL ni. nak naik motor, uisshhh.. maunya penat telinga saya duk menadah telinga dengar orang duk membebel :)


    saya amalkan konsep tawakkal 'alallah. sepanjang dalam komuter, amalkan zikrullah. letakkan sepenuh pengabdian pada Kebesaran Allah Taala. insyaAllah, mudah-mudahan selamat perjalanan dalam komuter tu.

    barang-barang kelengkapan untuk sambut si-tecit ni pun, semua dah lengkap. set selepas bersalin untuk saya je belum beli. luvly mom cakap takyah beli dulu dan takyah nak beli yang berset bagai. nanti saya tak pakai pun, hehe. mak mana yang tak kenal anak dia kan?



    air selusuh pun belum settle. ingat nanti nak minta MIL yang carikan. ada orang pesan jangan minum awal-awal ek? alasan, takut nanti susah nak beranak. err, air selusuh ni kadang-kadang cuma guna air biasa atau air zamzam kan? ada kaitan ye dengan minum awal atau lewat? setahu saya, air selusuh digunakan sebagai suatu ikhtiar yang berpandukan al-Quran dan hadith. dan hukumnya adalah harus asalkan bacaannya tidak bercanggah dari landasan Islam. tolong betulkan kalau saya silap.

    akar fatimah pula, luvly mom baru je pos dari terengganu. esok lusa sampai la kot :)

    lagi satu, masa balik raya baru ni, luvly dad dah tuliskan ayat selusuh untuk saya amalkan bila dah mula sakit nak bersalin. yang ni nanti nak buat entri lain.

    haaa..
    sempat lagi gi tengok citer magika baru-baru ni. kenangkan hubby yang nakkk sangat tengok. sesekali berdating, seronok jugak.



    saya --> selain petua-petua yang ada, utamakan yang lebih penting seperti perbanyakkan solat-solat sunat dan membaca al-Quran. moga mendapat reda-Nya.

    ~Nama untuk si-tecit







    sejak hamil 2 bulan lagi, hubby dah excited nak carikan nama untuk si-tecit. masa tu hubby cukup optimis dengan jantina si-tecit. tapi dalam masa yang sama, tetap jugak decide nama untuk jantina berlawanan.

    macam-macam yang hubby fikir. nak nama mula dengan huruf apa, maksud apa dan lain-lain.

    "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
    (Riwayat Abu Daud)

    tapi masa tu hubby dah decide awal-awal, nama si-tecit kena ada dua perkataan sahaja. tak perlu sampai tiga. sian kat si-tecit katanya. nama hubby dah tiga patah perkataan, nanti penat si-tecit nak tulis nama sendiri.

    syarat lain, hubby nak kekalkan nama 'muhammad' pada nama si-tecit kalau lelaki. kalau perempuan pula, saya nak bermula dengan 'fatin' di depannya. jadinya, kami cuma fikir satu patah nama je la untuk si-tecit.

    selain tu, kami decide untuk tidak pilih nama yang susah nak disebut. berbelit lidah kata orang. bagi mengelakkan nanti orang main panggil je nama tu hingga menghilangkan maksud asal kepada nama tersebut.

    dan apabila kami mula tahu jantina si-tecit ketika hamil 5 bulan, satu nama telah kami sepakati. hubby suka, saya pun seronok. kadang-kadang bila bercakap dengan si-tecit, hubby tersasul juga memanggil dengan nama pilihan tersebut. yang istimewanya, si-tecit bagi respon yang positif buat hubby rasa lebih excited.


    saya --> isteri junior saya masa di kuittho dulu dah selamat bersalin 17 oktober baru ni. yang buat saya gementar, due date dia sama dengan saya, 17 november depan.

    Wednesday, October 20, 2010

    ...

    agak stress 2-3 hari ni. 

    kepala rasa berserabut. rasa macam nak ambil cuti dan rehat kat rumah. tapi berangan je la sebab cuti dah tinggal sikit.

    hope baby ok je kat dalam perut ummi. 
    "jangan stress sekali ngan ummi ye sayang. runsing ayah tengok nanti."


    saya --> rabbi yassir, walaa tu'assir.

    Monday, October 11, 2010

    ~Don't break my heart

    satu.
    isteri sedang hamil yang tertekan kerana bersusah hati dengan sakit suaminya yang makin serius.

    dua.
    seorang ibu yang dijauhi anak kerana mulut yang dipenuhi luka hinggakan tidak difahami butir bicara.

    tiga.
    seorang suami yang kehilangan sebelah kakinya hingga paras lutut namun kasih sayang isteri mengatasi segalanya.

    empat.
    seorang jururawat bergelar ibu melepaskan rasa sedih & kecewa pada si anak dengan hanya 4 patah perkataan,
    "don't break my heart."

    *cerita di atas adalah petikan iklan*



    inilah bahana R.O.K.O.K tapi iklan-iklan sebegini hanya dipandang sebelah mata pada mereka yang merasakan rokok-jauh-lebih-heaven-dari-segalanya dan aku-pedulik-apa-dengan-perasaan-orang-lain!!

    cananglah beribu kesan buruk pun. iklanlah berpuluh-puluh peringatan pun. tampallah poster hingga habis beribu riban pun. tapi kalau rokok masih di jual di merata-rata tempat, tetap takde gunanya. buang masa.

    sudahnya..
    dah terhantuk, baru nak terngadah.
    apa guna?


    saya --> pada mereka yang siapa-makan-cili-dia-yang-rasa-pedas, akan palingkan muka ke tempat lain bila terlihat iklan ni. saja buat-buat tak nampak.

    Tuesday, October 5, 2010

    ~Dulu selalu dengar cerita orang, tapi sekarang saya pulak yang terkena

    haa..pasal apa ni agak-agaknya?


    hehe..
    takde pape sangat pun. ni cerita tentang shopping online je.
    sebelum ni, selalu saya terbaca pasal mummy-to-be or mummies yang syok shopping secara online. masuk web itu, masuk web ini. dan sekarang, saya pun dah 'tersangkut' jugak.

    web pertama yang bertuah tu, kat OnebabyWorld. ni beli set breastpump. masa tu tengah ada promosi kat sini.
    kedua, kat EnjoyBreastFeed. yang pulak, beli nursing bra & breast pad. harga pun boleh tahan. baru dua kali beli online, kira ok la kan? :)

    ini pun, sebelum beli, dah banyak web saya duk usha. bandingkan harga. bandingkan macam-macam perkara. so far, memang saya berpuas hati dengan servis yang diberikan. 


    hai, dah ada anak nanti taktau la macam mana. agaknya tiap-tiap hari duk usha nak beli barang untuk anak. geleng kepala je la hubby nanti. hehe.


    saya --> sekarang tengah duk survey nak beli nursing tshirt muslimah pulak. tapi setakat ni, tempat paling murah dapat harga rm40. tu pun kat mydin mall so takyah la shopping online. terus je serbu mydin mall. design pun lebih kurang je.

    Friday, October 1, 2010

    ~Check-up di Pusrawi

    sebelum ni, saya buat pemeriksaan ruti di klinik kesihatan tanglin. sebelum tu memang berniat nak check-up kat klinik biasa je, tapi atas beberapa faktor, hubby ajak saya ke klinik kerajaan jugak.

    klinik kerajaan ni bagus walaupun jarang-jarang je jumpa doktor sebab pemeriksaannya kadang-kadang menyeluruh. takde masalah pape pun, kena minum air gula jugak, huhu. cuma yang tak tahannya, masa menunggu yang agak lama. jenuh dibuatnya. segan jugak kalau lambat sangat masuk opis walaupun ada time-slip.

    untuk bersalin, saya bercadang nak bersalin di pusat rawatan islam (pusrawi), kota damansara. lokasi dekat je dengan rumah my dear bro, dalam 10 minit. in case apa-apa, senang la sikit. ada tempat nak dituju.

    inipun sebab pusrawi ni klinik panel tempat kerja saya. kalau tak, pening jugak duk fikir mana nak cari ongkos bayar bil. luvly mom sebenarnya dah lama bising suruh pegi check-up kat pusrawi. sejak kandungan 28 minggu lagi. tapi ada je halangan. puasa, kemudian masuk bulan raya pulak. kemudian mintak GL, tak dapat-dapat dari PMcare.

    akhirnya isnin lepas, 27 sept, sampai la jugak saya ke pusrawi. tambah-tambah hubby duk risau pasal saya terkena braxton-hicks 2 hari sebelum tu, so cepat-cepat dia ajak gi pusrawi jumpa pakar sakit puan.

    lebih memudahkan kerja, kat pusrawi boleh buat check-up sebelah malam. haaa, takdelah risau lambat masuk keje. lepas maghrib je, terus kami menapak sebab memang ramai yang pilih check-up sebelah malam.

    prosedur pendaftaran pun ringkas je. tak banyak kerenah. 1/2 jam menunggu, terus dipanggil jumpa doktor. so, doktor review semua rekod dalam buku merah saya. yang jadi topik hangat, pasal HB la.
    "hb rendah ni. tapi takpe. jangan risau sangat."

    wahh, lega dengar ayat doktor. cakap pun lemah lembut je. terpandang buku himpunan hadith atas meja doktor, lembut rasa hati. nama pun pusat rawatan ISLAM kan?

    tak lengah masa, doktor terus je scan. memang ditunggu-tunggu pun.
    "alahai anak ummi..cantiknya anak ummi kat dalam tu. tak sabar ummi nak tunggu sayang jenguk dunia."

    alhamdulillah, semua ok. fizikal sempurna. sihat. membesar ikut umur kandungan. kaki & tangan tak henti-henti duk gerak. ligat semacam je. jantung pun aktif je duk dup-dap-dup-dap. doktor pasang speaker, untuk dengar degup jantung baby. terlopong hubby sebab dia tak pernah dengar pun sebelum ni.

    berat baby pun dah mencecah 2kg. erk..agak mengejutkan! sebab berat saya tadi cuma 47kg je masa nurse suruh timbang. ingatkan lepas raya ni, naik la berkilo-kilo, tapi takde pun.

    kepala baby dah kebawah. uri ok, air ketuban ok. tenang rasa hati bila doktor kata,
    "perkembangan baby awak very nice. dah tau jantina belum?"

    saya jawab,
    "masa 5 bulan hari tu, dah nampak. tapi suami saya je sempat tengok. saya tak sempat sebab cepat sangat baby tutup dengan kaki dia."

    "ok, takpe. meh saya cuba cari."

    doktor pun gerakkan scanner ke sana ke sini. finally.. dalam hati,
    "ummi dah nampak dah sayang punya..!"
    dalam mata dah bertakung si jernih. memang sangat seronok. susah nak ungkapkan dengan kata-kata. subhanallah.

    kami keluar dari pusrawi dengan hati bunga-bunga. cukup-cukup bersyukur dengan segala kurnia yang Allah berikan.

    saat tu hati saya terdetik untuk berdoa,

    "Ya Allah,
    makbulkanlah doa pasanga-pasangan yang masih menanti kehadiran cahaya hati mereka. samada cepat atau lambat. samada mudah atau payah. makbulkanlah Ya Rahman. aku ingin sekali berkongsi rasa gembira ini bersama mereka.
    ameen."


    tangan pantas menaip sms, untuk dititipkan berita buat luvly mom & MIL. ini hadiah berharga untuk mereka berdua yang cukup berjiwa kental.



    saya --> mohon kekuatan untuk mengharungi waktu yang masih berbaki 6 minggu.