.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, September 30, 2010

~Palsu punya je..

selama ni selalu je terbaca mengenai false alarm @ braxton-hicks. tapi tak sangka pula yang saya akan mengalaminya.

sabtu lepas, 25 sept, memang seharian duduk di rumah je. hubby ke PICC, temankan keluarga paman dia meraikan konvokesyen anak sulungnya dalam bidang undang-undang syariah. petangnya, keluarga paman terus je balik ke tanjung karang.

selepas maghrib, hubby ajak ke pasar malam. pantang diajak, memang cepat je saya bersiap. tapi perut dah kenyang, jadi taktau nak beli apa. alih-alih beli jagung bakar dengan buah dokong je.

8.30 malam. sambil borak-borak, kami makan jagung bakar. hubby duk ngadap laptop, saya pulak depan tv. sesekali rasa perut mengeras. tapi hilang. kemudian, datang lagi. dan disusuli dengan sakit di bahagian ari-ari.. umpama senggugut. namun saya cuma abaikan rasa sakit tu sebab masih boleh bertahan. lagipun sakit tu cuma datang sekali sekala, tapi menyengat. taknak fikir pasal sakit, saya makan. lepas jagung bakar, makan buah dokong. kemudian makan kacang pastu mengadap bekas kuih raya. hubby geleng kepala je tengok.

9.30 malam. hubby mintak saya hidangkan nasi himpit. masa tu saya masih diamkan pasal sakit yang datang sekejap-sekejap tu. untuk hilangkan sakit, saya berjalan mundar mandir. untuk seketika, sakit tu berkurangan.

10.15 malam. sakitnya makin kuat walaupun hanya datang sekali sekala tanpa skala masa yang tetap. barulah tergerak hati nak cakap dengan hubbby.
"perut orang sakit ni."
tapi hubby buat taktau. dia anggap sakit biasa-biasa je. lihat pada reaksi hubby, saya tertinggi suara. barulah dia macam gabra sikit. masa tu saya cuma terbaring je di katil. hubby pulak kelam kabut siapkan beg pakaian saya. beg baby memang sejak raya dah ada dalam bonet kereta.

haaa.. sape suruh tak siapkan awal-awal? kan susah tu? hehe, ok itu silap saya. masa sakit datang, apa pun soalan hubby, saya dah tak terjawab. alih-alih dia call ibu, tanya apa nak buat. ada la kot dalam 10 kali dia call ibu malam tu.

11.30 malam. keadaan masih sama. minum susu, sakit reda sikit. kalau tak dikenangkan yang saya tengah sakit, mahunya saya tergelak besar tengok gelagat hubby. hanya berseluar jeans, tanpa baju. peluh dah penuh satu badan macam tengah mandi. kemudian call pulak kawan-kawan dia, tanya lokasi hospital serdang sebab dia takmau ke hospital putrajaya. crowded sangat katanya. tak duduk diam dia dibuatnya. sambil keep asking,
"sakit lagi ke? jom gi hospital."

tapi saya menolak. saya minta hubby tunggu dalam tempoh sejam lagi. dalam hati ni duk konpius, ni sakit betul atau palsu. sebab takde tanda-tanda macam ketuban pecah mahupun bleeding. karang kalau gi hospital, naya je if kena seluk. dari belum nak beranak, tetiba jadi nak terberanak. lagipun saya baru 33 minggu. awal lagi.

12.15 malam. sakit dah beransur-ansur hilang. saya dah boleh duduk dengan santai. mengantuk pun ada. so, cakap dengan hubby yang saya nak tidur dulu.

1.00 pagi. sakit hilang sepenuhnya. alhamdulillah. tetiba boleh tertidur macam tu je. cuma, tak berapa lena. sementara menanti subuh, saya terjaga hampir 6-7 kali. tapi hubby langsung tak tidur. risau saya sakit lagi.

ahad esoknya, back to normal. macam takde pape pun jadi semalam. hubby ajak pegi survey hospital serdang. so pergilah. tak jauh pun rupanya. kalau drive santai dalam 80-90 km/j, boleh sampai dalam masa 20 minit. kalau pecut, 10 minit boleh sampai kot. highway skve pun lengang. tak banyak kenderaan sangat.

kecut perut bila mengenangkan waktu tu. nasib baik belum bersalin lagi, hehe.

di sini, ada sedikit info mengenai kelahiran sebenar atau palsu. url asal DI SINI.


Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?


Ciri-ciri Kontraksi


* Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
* Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
* Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
* Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
* Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
* Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
* Semakin kuat sakitnya
* Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
* Berbaring tidak mengurangkannya.
* Servik menipis dan terbuka.


{mosimage}Mengira Kontraksi

* Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
* Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
* Catatkan kekuatan sakitnya.

Kelahiran Palsu

Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.


Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini

* menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
* jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
* tidak bertambah kuat sakitnya.
* tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
* biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
* tidak begitu menyakitkan.
* boleh reda jika anda berbaring.
* biasanya tiada perubahan pada servik.

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.


saya --> baby saje nak bagi warning kat ayah ngan ummi tu.. =)

3 comments:

  1. fuh...berdebarnye kak iza...huhuhuh...dah xlama dh tu..huhhuuh...sonoknye!! dpt baby..heehehe~

    ReplyDelete
  2. :)
    hehe..menakutkan tau ella..sbb rasa cam blm ready lg nak terberanak..ni tiap2 ari pesan kat baby, "kuar ikut due date ye.."

    ReplyDelete
  3. uih..cuak jugak ek..moga selamat yer..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..