.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, September 30, 2010

~Palsu punya je..

selama ni selalu je terbaca mengenai false alarm @ braxton-hicks. tapi tak sangka pula yang saya akan mengalaminya.

sabtu lepas, 25 sept, memang seharian duduk di rumah je. hubby ke PICC, temankan keluarga paman dia meraikan konvokesyen anak sulungnya dalam bidang undang-undang syariah. petangnya, keluarga paman terus je balik ke tanjung karang.

selepas maghrib, hubby ajak ke pasar malam. pantang diajak, memang cepat je saya bersiap. tapi perut dah kenyang, jadi taktau nak beli apa. alih-alih beli jagung bakar dengan buah dokong je.

8.30 malam. sambil borak-borak, kami makan jagung bakar. hubby duk ngadap laptop, saya pulak depan tv. sesekali rasa perut mengeras. tapi hilang. kemudian, datang lagi. dan disusuli dengan sakit di bahagian ari-ari.. umpama senggugut. namun saya cuma abaikan rasa sakit tu sebab masih boleh bertahan. lagipun sakit tu cuma datang sekali sekala, tapi menyengat. taknak fikir pasal sakit, saya makan. lepas jagung bakar, makan buah dokong. kemudian makan kacang pastu mengadap bekas kuih raya. hubby geleng kepala je tengok.

9.30 malam. hubby mintak saya hidangkan nasi himpit. masa tu saya masih diamkan pasal sakit yang datang sekejap-sekejap tu. untuk hilangkan sakit, saya berjalan mundar mandir. untuk seketika, sakit tu berkurangan.

10.15 malam. sakitnya makin kuat walaupun hanya datang sekali sekala tanpa skala masa yang tetap. barulah tergerak hati nak cakap dengan hubbby.
"perut orang sakit ni."
tapi hubby buat taktau. dia anggap sakit biasa-biasa je. lihat pada reaksi hubby, saya tertinggi suara. barulah dia macam gabra sikit. masa tu saya cuma terbaring je di katil. hubby pulak kelam kabut siapkan beg pakaian saya. beg baby memang sejak raya dah ada dalam bonet kereta.

haaa.. sape suruh tak siapkan awal-awal? kan susah tu? hehe, ok itu silap saya. masa sakit datang, apa pun soalan hubby, saya dah tak terjawab. alih-alih dia call ibu, tanya apa nak buat. ada la kot dalam 10 kali dia call ibu malam tu.

11.30 malam. keadaan masih sama. minum susu, sakit reda sikit. kalau tak dikenangkan yang saya tengah sakit, mahunya saya tergelak besar tengok gelagat hubby. hanya berseluar jeans, tanpa baju. peluh dah penuh satu badan macam tengah mandi. kemudian call pulak kawan-kawan dia, tanya lokasi hospital serdang sebab dia takmau ke hospital putrajaya. crowded sangat katanya. tak duduk diam dia dibuatnya. sambil keep asking,
"sakit lagi ke? jom gi hospital."

tapi saya menolak. saya minta hubby tunggu dalam tempoh sejam lagi. dalam hati ni duk konpius, ni sakit betul atau palsu. sebab takde tanda-tanda macam ketuban pecah mahupun bleeding. karang kalau gi hospital, naya je if kena seluk. dari belum nak beranak, tetiba jadi nak terberanak. lagipun saya baru 33 minggu. awal lagi.

12.15 malam. sakit dah beransur-ansur hilang. saya dah boleh duduk dengan santai. mengantuk pun ada. so, cakap dengan hubby yang saya nak tidur dulu.

1.00 pagi. sakit hilang sepenuhnya. alhamdulillah. tetiba boleh tertidur macam tu je. cuma, tak berapa lena. sementara menanti subuh, saya terjaga hampir 6-7 kali. tapi hubby langsung tak tidur. risau saya sakit lagi.

ahad esoknya, back to normal. macam takde pape pun jadi semalam. hubby ajak pegi survey hospital serdang. so pergilah. tak jauh pun rupanya. kalau drive santai dalam 80-90 km/j, boleh sampai dalam masa 20 minit. kalau pecut, 10 minit boleh sampai kot. highway skve pun lengang. tak banyak kenderaan sangat.

kecut perut bila mengenangkan waktu tu. nasib baik belum bersalin lagi, hehe.

di sini, ada sedikit info mengenai kelahiran sebenar atau palsu. url asal DI SINI.


Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?


Ciri-ciri Kontraksi


* Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
* Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
* Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
* Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
* Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
* Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
* Semakin kuat sakitnya
* Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
* Berbaring tidak mengurangkannya.
* Servik menipis dan terbuka.


{mosimage}Mengira Kontraksi

* Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
* Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
* Catatkan kekuatan sakitnya.

Kelahiran Palsu

Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.


Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini

* menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
* jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
* tidak bertambah kuat sakitnya.
* tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
* biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
* tidak begitu menyakitkan.
* boleh reda jika anda berbaring.
* biasanya tiada perubahan pada servik.

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.


saya --> baby saje nak bagi warning kat ayah ngan ummi tu.. =)

Tuesday, September 21, 2010

~Kena marah

niat di hati, nak tolong buat kerja orang.. nak senangkan kerja orang.. nak belajar sesuatu yang baru..

tapi..

rupanya lebih menyusahkan orang lain..sebab buat kerja tak sama macam yang disuruh (konon-kononnya dah pandai sangat la masa wat keje tu).

kan dah kena marah. tak pasal-pasal nak tersentap sorang-sorang. silap sendiri, so takleh nak salahkan sesiapa.

takpe,
kena marah sebab nak belajar sesuatu kan. mudah-mudahan jadi ingatan selepas ni. 

beranilah ulang silap yang sama kalau rasa nak kena marah lagi.



saya --> lepas ni baru nak update kisah raya. hati tengah tersentap lagi ni. huhu.

Monday, September 6, 2010

~27 Ramadhan

hanya berbaki 3 hari. dan ramadhan bakal meninggalkan kita. *mode tak percaya* rasa macam baru 4-5 hari je berpuasa.

alhamdulillah, setakat ni berjaya puasa tanpa gagal. harap dapat kekalkan momentum hingga khamis ni. ada la dalam 4-5 kali ter'eksiden' tak bangun sahur, tapi masih diberi kekuatan oleh-Nya untuk bertahan sampai waktu berbuka. cuma si-comey-dalam-perut ni kadang-kadang 'memberontak'. lapar agaknya.
"ala, kata nak belaja puasa kan? baby kena la tahan." :)

kadang-kadang tak tahan jugak bila si-comey-dalam-perut ni aktif sangat. kejap dia main tendang-tendang. kejap dia main pusing-pusing. kejap dia mengeras & menegang. tapi kalau dipujuk slow-slow, si-comey-dalam-perut ni cepat je kembali tenang.

si ayahnya pula, memang suka la tengok time si-comey-dalam-perut ni duk gerak-gerak. makin si-comey-dalam-perut gerak, makin diagah-agahnya lagi. haaaa..apa lagi, lagi seronok la dia duk wat aksi dalam perut ummi. ummi ni yang duk menahan rasa. sekali dia menegang, tang-tang tu jugak ummi kena gi toilet cepat-cepat.

time saya tidur pun, boleh je hubby ajak si-comey-dalam-perut ni duk main-main. hai, sabar je la. hehe, tapi seronok tengok muka hubby yang excited.

dalam seminggu ni, terasa macam pergerakan baby makin kebawah. rasa nak terkucil pun dah makin kerap. kebetulan weekend baru ni balik sungai besar, so ngadu la dengan MIL. ibu cakap, maybe kepala baby dah turun ke bawah. haa, cuak jugak la rasanya.

kaki pun dah rasa makin mengembang. pakai kasut rasa ketat semacam. semalam, MIL belanja kasut raya *muahh, cayang ibu!*. dulu, pakai saiz 39 je. ni kena ambik saiz 40, baru rasa ok. tu pun macam ketat jugak, tapi tak kisah sangat sebab kasut tu jenis lembut. jadi boleh mengembang ikut kaki.

beg yang nak dibawa ke hospital pun belum isi lagi. walhal luvly mum & MIL dah pesan puluh-puluh kali, standby awal-awal. tengok la, malam ni kot. hehe. kalau tetiba si-comey-dalam-perut ni nak keluar awal, naya je. nak harapkan hubby, iskk.. maunya dia gelap mata bawak satu bakul besar tu ke hospital. nanti dah isi siap-siap dalam beg, terus je letak dalam kereta, kan?

bila fikir pasal kandungan ni, macam-macam benda nak kena consider. hai la baby, ummi ngan ayah ni agaknya dah tak sabar sangat kot nak tunggu sayang jenguk dunia. kalau atok & nenek belah ayah, lagi la tak sabar nak tunggu baby lahir. cucu pertama la katakan. wan & ki kat terengganu pun banyak ambik berat pasal baby walaupun dah ada 9 orang cucu.

nanti baby kena behave tau. jadi anak & cucu yang soleh. ramai yang sayangkan baby ni. =)

.
.
.

*kisah lain*

MIL keep asking,
"takleh balik awal lagi ke untuk raya ni?"
aduh, serba salah pulak jadinya. tak sampai hati pulak nak jawab "takleh". nak apply cuti untuk hari khamis (9 sept) tu, memang for sure dah tak boleh. nyesal pulak tak apply cuti sehari sebelum raya tu.
tapi mungkin boleh balik awal sikit la kot. dalam tengahari. mintak-mintak takde emergency apa-apa pasal keje masa ari khamis tu.

tengok la nanti cam mana..

Friday, September 3, 2010

~Lagu raya bikin sayu..

24 ramadhan.

ikut kiraan, lagi seminggu untuk menjengah 1 syawal. memandangkan tahun ni aidilfitri pertama kami sebagai suami isteri, jadi persetujuan memang dah dibuat, raya tahun ni di sungai besar dulu. jadi, saya menerimanya dengan senang hati. tapi dengan syarat, wajib jugak balik keterengganu selepas tu, hehe.

tiada perbezaan ketara sebenarnya antara rumah sendiri dengan rumah mentua. lagipun PIL layan saya sama rata macam anak-anak mereka sendiri. tapi yelah.. tempat jatuh lagikan dikenang.

sedih tetap juga sedih. biasalah kan.. dah 26 tahun beraya dengan keluarga sendiri, tetiba tahun ni bertukar ke tempat lain.

di pejabat ni, lagu-lagu raya dah mula berkumandang dari sesetengah laptop. kononnya nak timbulkan mood raya la. tapi hampir kesemua lagu buat mood saya lebih hilang. kenapa pun taktau la. terutama kalau dengan lagu mamat ni, kupohon restu ayah bonda, dengan lagu m.nasir, satu hari di hari raya. aduh, mau gugur air mata ni dibuatnya.

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

actually, lagu mamat ni dah tak relevan sangat dengan saya. lain la kalau masa jadi student dulu. tapi syahdunya, tetap tak boleh nak dinafikan.

haipp..!
dah..dah..cuba jangan melankolik sangat. bak kata hubby,
"jangan la cengeng-cengeng sangat. nanti baby kuar, cengeng sama macam umminya."
hai, sabo je la hubby saya ni. cuba kalau dia yang pregnant? hehe, nasib baik la saya takde tersentap sangat dengan ayat dia. kalau tak, maunya hangin satu badan. pastu sure kena sedas dua lagi ayat pedas dari dia, haha. takmau..takmau..

2 hari lepas pun dah kena 'bom' dengan hubby.
"kata takde mood nak beraya, tapi abang tengok 3-4 kali jugak duk belek baju raya yang ma kirim."

hehe, memang pun. bukan sekadar belek, tapi dah try pakai pun. lagi excited sebab luvly sis dah siap belikan tudung untuk 3 pasang baju. lagi sepasang je kena beli tudung sendiri.

bukan apa, luvly mom yang suruh cuba baju-baju tu alasan baikk punya. katanya takut tak muat. terutama bahagian pinggang kain. tapi alhamdulillah, empat-empat pasang tu muat je. haa, ni la untung bila suka buat dan pakai baju saiz besar. badan saiz M, tapi baju saya kebanyakkannya saiz L atau XL. masa pregnant pun takde masalah sangat nak berbaju kurung. saya memang lebih selesa begini. masing-masing punya pilihan kan?

sekarang ada dua misi raya belum tertunai.
1) nak cari baju melayu untuk hubby (tu pun kalau dia nak)
2) nak cari kasut untuk saya. kasut lama dah uzur sangat. nak beli crocs, hubby dah tunjuk muka tak berkenan. layankan je la..


saya --> akhir-akhir ni saya menulis macam takde motif. lebih pada luahan rasa je. maaf la kalau ada pembaca yang rasa bosan. ni la hasilnya kalau asyik je duk layan perasaan.

Thursday, September 2, 2010

~Mana la mood ni pergi

sudah 23 ramadhan.

kejap je kan? pejam celik pejam celik, ramadhan hampir meninggalkan kita. 8 hari yang masih ada ni, kena la di ambil peluang sebanyak-banyaknya.

saya belum khatam al-quran lagi untuk bulan ramadhan ni. rasa tercabar juga bila dapat tahu anak saudara dah khatam bila masuk 19 ramadhan lepas. mana taknya, baru darjah 4. ni achik dia, jauh lagi nak mengejar. taktau la sempat ke tak sampai ke akhir ramadhan nanti.

macam saya cakap sebelum ni, persiapan raya, memang nan ado. baju raya pun memang takde beli. tambah-tambah dengan perut yang dah makin ke depan ni. tapi my lovely mom cam tahu-tahu je kan anak dia ni camner, so minggu lepas sampai la 4 pasang baju kurung ke tangan saya. alahai, sayangnya kat ma! lebih dari cukup dah tu. salah satunya, hampir-hampir menepati tema kat umah in-law tahun ni. kira jadi je la.

hubby pun, macam takde mood nak beli baju raya. ada t-shirt baru je sehelai. tu pun my dear sis-in-law yang bagi. tapi cadangnya, nak jugak carikan dia sehelai baju melayu. sian pulak kalau kena pakai baju lama. tengok la, cari kat sungai besar je la weekend ni.

kuih?? lagi sedih. hari tu merengek-rengek kat hubby, nak beli oven butterfly (oven 4 segi yang warna hitam tu), tapi hubby bo-layan. nanti katanya oven tu jadi penunggu setia stor. bukan digunakan pun. nak buat kuih raya, tunggu balik sungai besar. buat sekali ngan anjang (mak saudara hubby). hubby cakap, tunggu tahun depan je kalau nak buat sendiri. jadi sebagai isteri yang taat ecehh, redha je la.

hmm, dah taktau nak menceceh pasal apa lagi. lately, rutin hidup macam biasa.

oh ye,
si-tecit-dalam-perut dah makin membesar bagai juara. dalam bulan puasa ni, makin ligat dia buat summer-sault dalam perut ummi dia. kejap pusing sana, kejap pusing sini. minggu depan ada check-up lagi. risau jugak ni, sebab baru ni timbang kat pasaraya giant, berat macam dah turun 2kg je. aiyokk.. hb pun taktau la apa cerita. hope dah naik sikit la nanti. penat aih nak dengar nurse membebel dengan penuh kasih sayang.


saya --> hari ni nak cari air kelapa la kat bazar. si-tecit-dalam-perut dah masuk 30 minggu, dah boleh minum air kelapa kan? urmm, terbayang-bayang kesegaran bila buka puasa dengan air kelapa ni.

~Blog saya sudah cacamarba

sejak isnin, saya takleh masuk blog sendiri. seminit selepas masuk, automatik akan pergi ke web http://wanbotak.com. sebelum ni saya pernah terbaca, pasal virus dalam blog. bukan blog saya yang ada virus, tapi virus mungkin ada pada mana-mana senarai blog dalam gadget.

solution, saya cuba tukar url blog, tapi hasilnya tetap sama.

kemudian, saya buang semua gadget di sebelah kanan blog. nuffnang, pregnant ticker, anniversary ticker, chatbox dll. alhamdulillah, dah boleh masuk blog tanpa gangguan.

taapiiiiii...
semua bloglist kawan-kawan kat sebelah kiri blog hilang! sadis sungguh. mana nak cari semua list tu? sebab tak semua saya follow.

selepas ni kena mulakan misi untuk cari balik blog yang saya selalu jengah. sedih betul. tapi agaknya ada hikmah juga kot. sebab nilah masa saya nak susun atur balik gadget-gadget kat blog. selama ni dah lama sangat tak terurus.