.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, August 18, 2010

~Sahur la sangat..

penah tak sape-sape bangun sahur, tapi tak sedar pun dia bersahur?

haa..
pagi tadi saya dah jumpa sorang hamba Allah ni hubby saya la tu.

sampai je kat tempat kerja saya, dia tanya,
"pagi tadi abg sahur makan apa ek?", sambil sengih-sengih.

laa..
boleh dia tak sedar dia bangun sahur?

memang pagi tadi dia sahur express. saya terjaga pun dah pukul 5.15 pagi. bangun terkocoh-kocoh pegi goreng telur mata, taruk kicap siap-siap. kejut hubby, siap tarik tangan dia ke sink. duduk, saya hulur roti, kemudian dia makan dalam keadaan mamai. minum air oren segelas, then dia ke bilik air. selesai dalam masa 10 minit. kemudian, menonong je dia pegi landing semula kat katil.

saya ikut dia ke bilik, hulur gelas air masak. dia capai, minum sampai habis kemudian... dumm! baring semula.

isk, isk, isk.. mengantuk sangat ke? selalunya pas sahur, dia tolong saya kat dapur dulu.

- - - - - - - - - - -

pertanyaan hubby saya biarkan tergantung. hehe. cuma saya jawab ni kat dia,
"eh, abg bangun sahur ke tadi? perut rasa kenyang tak?"

saya capai tangan dia, salam kemudian menonong berjalan ke pejabat.



saya --> pagi-pagi ni dah terbayang nak makan apa untuk berbuka petang nanti. aduhai, buruk betul. kalah budak-budak.

4 comments:

  1. hihi..
    kak,bek tnya husband akk 2,da niat puasa ke blom..klo x,sia2 je puasa nya..dpt lapar je nnt hihi..

    ReplyDelete
  2. haha..
    nasib baik dia dah niat puasa untuk sebulan sblm ni..klu tak, konpius gak akak..

    ReplyDelete
  3. lawak2... heheeh... kak iza, widgeo tu asik pop up mende xelok.. nnti kurang pahala pose cek.. heeheheh...
    pepun, Selamat Berbuka Pose untuk hari ni..hehehe~

    ReplyDelete
  4. tu la ella..
    agaknya dah mengantuk sgt..ntah2 masa sahur tu, dia mcm bermimpi kot..

    *owhh..popup bnda tak elok ek?hehe..kat opis akak, dah kena filter..sbb tu akak tak nmpak pape..thanx bgtau..akak dah remove dah..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..