.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, August 30, 2010

~Blog*spot saya kena virus ke?huhu..

kenapa tiap kali saya enter url blog saya, dia pegi ke web nama http://wanbotak.com?? sapa wan botak ni?

sebab virus atau apa ye?

kenapa jadi macam ni?

macam mana nak kembalikan pada asal?

any suggestion?

Thursday, August 26, 2010

~16 Ramadhan

Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya .
Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

- doa iftitah -


sudah 16 ramadhan. ibadah banyak yang berlubang sana sini. Ya Allah, lemahnya diri ini.

esok, jatuh hari nuzul al-Quran. hari turunnya harta tak ternilai pada kita umat Islam. jadi malam ni, jom sama-sama kita mengimarahkan malam yang bermakna ini.

dan,
jangan lupa untuk saksikan fenomena 'dua bulan' pada pukul 12.30 malam ini.
Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.

DON’T WORRY, IF YOU MISS IT IT WILL HAPPEN AGAIN IN 2287 =)



saya --> kalau boleh, saya takmau miss untuk tengok fenomena ni. sebab dulu dah terlepas tengok 'bulan senyum.

Wednesday, August 25, 2010

~Aku seorang isteri dan seorang anak

entry lapuk
write : 23rd aug 2010
publish : 25th aug 2010
___________________________________________________________________________________


weekend.

tak balik sungai besar.
dan tak pergi parenting expo kat midvalley.
sebab? takyah disebut, nanti bikin banjir di pelupuk mata.

sabtu.
saya bersikap sedikit biadap dengan hubby. bukanlah biadap sangat, cuma mampu buat dia kecik hati dengan isteri dia ni. huhu. dah nyesal dah.

untuk berbuka, hubby request nasi ayam beserta begedil. ok, senang sikit dibuatnya. tak payah nak fikir-fikir nak masak apa. kalau dia jawab,
"masak la pape pun. semua abg makan."
haa, memang pening la kan nak fikir.

dan hubby request jugak sambal nasi ayam resepi MIL. so, saya sms MIL. lebih kurang sama macam yang saya pernah buat, cuma terkurang 1-2 bahan dan MIL didihkan sambal tu atas api untuk seketika. selama ni, saya main kacau atas darat je.

masuk waktu berbuka, saya minta hubby rasa sambal tu. hubby komen, tawar. garam ok tapi kurang gula. so saya ambik bekas gula dengan niat nak tambah on da spot je gula kat dalam sambal tu. tetiba hubby macam...
"erkk.."
sambil mata dia terarah ke dapur gas.
saya macam sendiri faham, seolah tu tanda hubby nak suruh saya tambah gula dan didihkan lagi sekali sambal tu kat atas api.

serentak masa tu saya jadi geram. dalam hati membentak,
"perlu ke??"
dalam mulut baru masuk seulas kurma dan seteguk susu. tambah lagi dengan penat memasak.
saya tuju ke dapur, sambil hubby duk panggil-panggil & cakap takyah panaskan. tapi saya buat tak dengar. sampai hati bini dia ni kan?

masa makan, saya diam walhal selalunya saya la yang becok duk bercerita itu ini kat hubby. hubby cuba redakan suasana.
"abg pandang kat dapur tadi bukan nak suruh kacau atas api lagi sekali. cuma nak tanya, kot-kot ada saki baki sambal lagi dalam periuk atau tak? if ada, tambah la gula sekaligus dengan yang dalam mangkuk ni. tak payah la nak tambah dua tiga kali kan?"

saya tetap diam.
walaupun dalam hati, saya akui memang betul kata-kata hubby tu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
malam tu, saya jadi lembik. cukup 2 kali muntah, semua makanan yang saya makan keluar balik. terawih kemana, mengaji pun ntah kemana.

esoknya kembali ok. tapi semua benda saya buat serba tak kena walaupun dah boleh mesra macam biasa dengan hubby. hubby pun nampak ok, tapi entah kenapa...

siang ikan dua ekor pun, tangan boleh terkena pisau. dalam pulak tu.
nak ambil baju dalam almari pun, boleh terkepit tangan. melecet jugak la jari dibuatnya.
masa sapu sampah, boleh pulak jari termasuk serpihan buluh dari penyapu.
tengah-tengah duduk atas sofa pun, tetiba kaki boleh kejang. siang hari tu. selalunya kena waktu malam je.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

semua tu buat saya terfikir sesuatu. malam semalam, sambil makan rojak buah ngan hubby, saya sebut satu persatu hal yang berlaku walaupun cuma benda remeh temeh. kemudian, saya cakap kat hubby,
"urrmm, ni mesti sebab org ada dosa wat pape ni. abg kecik ati lagi ek ngan org? ada marah org ye pasal semalam?"

hubby diam. 10 minit dia ambil masa.

"dalam dua hari ni ada telefon ma tak? ada tanya khabar ma? ada tanya ma berbuka apa? rasanya takde kan? last call rasanya ari jumaat, betul tak?"

hati saya bagai dihentak batu yang besar.


.

.

.

walaupun setelah berkahwin, tugas kita bukan hanya terhad dalam menjaga hati suami. hati ibu juga perlu dijaga.
keredhaan sebagai isteri, hak pada seorang suami. dan keredhaan sebagai seorang anak, masih terletak pada ibu serta MIL. juga tak lupa pada ayah dan FIL. kalau terasa macam ada yang tak kena pada diri, cepat-cepat muahsabah diri. di mana silap kita?

elakkan dari bersikap ego. tak jatuh maruah kita jika memohon maaf pada mereka walaupun mungkin tiada silap. tapi, sekali mereka terluka dengan kita walau hanya sebesar zarah, dosanya tanggung la sampai akhirat kelak jika tiada ampunan buat kita.


saya --> bukan membuka pekung di dada. cuma mengharapkan agar coretan ini buat saya beringat-ingat di masa akan datang.

Tuesday, August 24, 2010

~Dia buat saya menangis..

saya akui, saya jenis keras hati. susah nak keluarkan air mata. susah nak nangis.

tapi..
yang satu ni memang saya tak boleh nak tahan. kalau ingatan saya berkisar tentang dia, automatik mata saya akan berair dan sangat susah nak hentikan. sebak yang tak mampu di sekat-sekat.

tambah-tambah kalau saya rinnnndu sangat-sangat kat dia. kalau rindu sangat, i'll never call her. never. ever. sebab kalau call, mesti takleh nak cakap. sibuk nak layan air mata. suara pun tak terkeluar.

kalau dia marah pape pun kat saya, saya sanggup dengar dia berleter. masa kecik-kecik dulu, sibuk nak tutup telinga. tapi sekarang, suara dia macam suatu penawar. cakap la lagi. bebel la lagi. saya suka. saya akan tadah telinga.

hmm..
takleh nak menulis dah. mata dah berair ni. sebak.
tahan. tahan. malu la, kat opis ni.

can't imagine if one day, Allah ambil balik nikmat terbesar dalam hidup saya ni. semoga dia terus dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik. dan dapat terus melayan kerenah saya yang penuh kelemahan ni.


ma,
even anak ma ni sangat-sangat nakal & degil, but i do love u so much!
u're my soul, my strenght.
u're everything to me.

Friday, August 20, 2010

~Cuti raya

baru masuk 10 ramadhan, tapi dah nak cakap pasal cuti raya?

sejujurnya, takde rasa excited sangat nak sambut raya tahun ni. taktahulah kenapa. tapi excited lebih kepada persiapan untuk sambut
si-comey-dalam-perut saya dan.. walhal baru je 7 bulan

mungkin saya rasa sedikit sedih kot sebab raya pertama tahun ni, turn kat kampung hubby dulu. memang itu perjanjian yang dah lama kami ikat.
huhu, bukan tak best. best tu best. cuma hiba jugak la kan bila takleh nak cium tangan ma ngan ayah di pagi raya. tiada lagi kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ni. takleh nak bersedondon lagi ngan ma, adik beradik & anak-anak saudara. takde lagi adegan tarik-tarik sampul duit raya dengan anak-anak saudara. takde jugak adegan muncung mulut dari anak saudara bila achik diaorang ni taknak temankan main bunga api.

berbalik pada cuti raya. macam malas nak fikir nak ambik cuti raya berapa hari, nak ambik berapa haribulan @ hari apa. tapi sudahnya kena fikir cepat-cepat jugak sebab bos dah emel bagitahu kena hantar permohonan cuti raya sebelum atau selewat-lewatnya hari ni, 20 ogos.

so bincang punya bincang dengan hubby, saya decide nak amik cuti sehari je.. :)
macam tak percaya pulak rasanya ambik cuti sehari je. tapi hubby kata, takpelah. simpan baki cuti untuk hal kecemasan nanti. nak-nak kalau si-comey-dalam-perut saya ni dah mula jengah dunia. tentu banyak nak kena spend cuti untuk dia.

cuti saya apply tu pun 17 sept, selepas cuti 1 malaysia.

hubby cakap, kita balik sungai besar masa malam raya pun sempat. takyah rushing sangat. cukup 3 hari beraya kat sungai besar, jumaat-ahad (10-12 sept).
isnin sampai rabu (13-15 sept), saya masuk keje dulu. rabu malam, insyaAllah bertolak balik terengganu. tu yang saya ambik cuti ari jumaat (17 sept) je. so, dapatlah dalam 4 hari kat terengganu (16-19 sept).

memang kalau dikira agak lambat balik beraya kat terengganu. tapi takpelah. nak simpan cuti dan nak berlama-lama bawah ketiak ma
punya pasal, sanggup je. lagipun my dear sis yang mengajar kat muar pun cakap, dia still ada kat terengganu masa tu. family my dear bro je takleh cuti lama-lama sebab angah UPSR nanti. tak kisahlah takleh jumpa pun sebab boleh je jumpa kat KL.

bila dirisik-risik, ramai opismate yang amik cuti seminggu. kebanyakannya amik 2 hari sebelum raya dan terus hingga selepas cuti 1 malaysia. jeles? ntah, takde perasaan pun. hehe.
apesal ntah, ayat macam orang putus asa je ni :P


tapi..
macam tak sedap hati la pulak balik rumah mentua masa malam raya. mesti jem kan malam tu. kalau jem, mesti lewat sampai kat sungai besar. takpe ke? masa sampai sana, mesti dah tak sempat nak tolong pape kat dapur. huhu. tapi dah takleh nak tambah cuti dah. sebab tadi bos dah panggil, mintak tolong saya monitor system job bagi pihak opismate yang tengah bercuti masa raya tu. sebab saya je yang avaiable.

hubby pujuk..
dia cakap kalau balik awal pun ke sungai besar, MIL bagi ke saya masuk dapur? memang tak bagi pun.. jadi, takpelah kalau balik malam raya pun. sempat je tolong kemas sikit-sikit kat dalam rumah.

baju raya pun tak fikir lagi ni. minggu depan kot baru gi beli. tema apa pun taktau lagi kaler apa. aiyyok, kenapa ni iza oii?


saya --> ujung minggu ni ada parenthood expo kat midvalley.
20-22 ogos. still ada list barangan baby yang belum lengkap lagi. macam nak pegi, tapi macam nak ajak hubby balik sungai besar jugak. camner ek?

Thursday, August 19, 2010

~Nak hantar surat la kat ***

** saya menulis dalam keadaan yang sangat santai dan hati tenang..eceh.. :)

nak hantar surat kat sape ni? haa, saya nak hantar surat kat board of directors keretapi tanah melayu berhad (KTM). macam orang berangan tak sudah je kan?

tajuk surat rasmi saya tu akan berbunyi,
"PERMOHONAN AGAR TIDAK MEMBENARKAN / MELARANG IBU-IBU HAMIL MENAIKI KOMUTER."

macam orang putus asa je bunyinya.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
- - - - - -
seorang ibu hamil 7 bulan sedang menaiki komuter. tempat duduk dah penuh. so, redha je kena berdiri. masih larat lagi kalau nak berdiri 40 minit tu. baby pun behave je.

kemudian, seorang hamba Allah yang prihatin dan baik hati memberikan tempat duduk dia kepada ibu hamil tersebut. ibu hamil cuma tersenyum sambil ucapkan terima kasih dan iringan doa dalam hatinya, semoga hamba Allah tadi di berikan kerahmatan oleh-Nya.

tetiba terdengar dua orang yang saling mengenali bercakap-cakap di belakang ibu hamil. macam ala-ala berbisik tapi masih boleh didengari oleh orang terdekat. ibu hamil pun pasang telinga jugak. dosa tak ek curi-curi dengar perbualan orang?

"patutnya orang-orang pregnant ni tak payah la nak naik public transport. nak-nak kalau sesak-sesak camni. naik la transport sendiri."

"haa, tu la. menyusahkan orang. terpaksa orang lain yang berjaga-jaga takut terlanggar dia."

"kita baru je nak duduk, dah kena bangun bagi seat kat dia. kita pun penat jugak puasa-puasa ni. bukan dia je."


hamba Allah yang bagi seat tadi senyum je kat ibu hamil sambil geleng kepala dan buat memek muka seolah-olah bagi isyarat,
"takyah dengar sangat apa yang dua orang tu cakap, kak."

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
- - - - - -

sedih betul la. cuba dia berada dalam situasi ibu hamil tu. kalau dah terpaksa, kena jugak naik public transport ni. kalau ada pilihan lain, ibu hamil ni pun tak teringin nak bersesak-sesak macam ni. ingat seronok ke?

haisyhh..
malas dah nak cakap banyak. kata menulis dalam keadaan santai kan? hehe. so ibu hamil tadi dengan sukarelanya nak melupakan dialog-dialog dalam komuter semalam.


saya --> peace..!

Wednesday, August 18, 2010

~Sahur la sangat..

penah tak sape-sape bangun sahur, tapi tak sedar pun dia bersahur?

haa..
pagi tadi saya dah jumpa sorang hamba Allah ni hubby saya la tu.

sampai je kat tempat kerja saya, dia tanya,
"pagi tadi abg sahur makan apa ek?", sambil sengih-sengih.

laa..
boleh dia tak sedar dia bangun sahur?

memang pagi tadi dia sahur express. saya terjaga pun dah pukul 5.15 pagi. bangun terkocoh-kocoh pegi goreng telur mata, taruk kicap siap-siap. kejut hubby, siap tarik tangan dia ke sink. duduk, saya hulur roti, kemudian dia makan dalam keadaan mamai. minum air oren segelas, then dia ke bilik air. selesai dalam masa 10 minit. kemudian, menonong je dia pegi landing semula kat katil.

saya ikut dia ke bilik, hulur gelas air masak. dia capai, minum sampai habis kemudian... dumm! baring semula.

isk, isk, isk.. mengantuk sangat ke? selalunya pas sahur, dia tolong saya kat dapur dulu.

- - - - - - - - - - -

pertanyaan hubby saya biarkan tergantung. hehe. cuma saya jawab ni kat dia,
"eh, abg bangun sahur ke tadi? perut rasa kenyang tak?"

saya capai tangan dia, salam kemudian menonong berjalan ke pejabat.



saya --> pagi-pagi ni dah terbayang nak makan apa untuk berbuka petang nanti. aduhai, buruk betul. kalah budak-budak.

Tuesday, August 17, 2010

~Catatan hati

"sekarang ni memang musim ek?"

statement takleh tahan betul.
tapi bukan sorang dua yang cakap macam tu. saya dah dengar dari byk mulut. dan kalau di perhatikan, memang takleh nak nafi.

saya takyah tengok jauh, cuma tengok dalam ofis ni je.
ada 3 orang mak buyung tengah menghitung hari. jarak pun cuma sebulan antara satu sama lain.
sorang due awal bulan 10.
saya due pertengahan bulan 11.
wife kepada opismate ni pulak due akhir bulan 11.
lagi sorang pulak due awal bulan 12.
latest, ada lagi sorang yang dah sah hamil 9 minggu. insyaAllah due bulan 3 tahun depan.
see?

tu tak termasuk lagi kat department-department lain.
kat department sebelah, ada sorang due awal bulan 10.
tapi yang pastinya, pemandangan melihat 'mak buyung' ni dah jadi pemandangan normal dalam masa terdekat ni. kawan-kawan bloggers pun dah ramai sedang mengharung pengalaman yang sama.
alhamdulillah, rezeki masing-masing kan?

dikalangan kawan-kawan saya pun, alhamdulillah ada tiga empat orang yang 1 kelab ngan saya. siap ada yang sama due lagi ngan saya. jadi, senang nak berkongsi info dari segi pengalaman masing-masing, kongsi maklumat tentang penyusuan eksklusif dan dari segi persiapan menyambut orang baru. ye la, masing-masing pun baru melalui pengalaman pertama kali.

.
.
.

tapi, pada yang masih menanti, jangan rasa kecewa. jangan bersedih hati sangat. semuanya Allah yang aturkan. Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik pada hamba-hamba-Nya. saya pernah melalui pengalaman 'menunggu' itu dulu. walaupun cuma tiga bulan tempoh menunggu tu, tapi pada saya, ia memang agak menyakitkan. sukar untuk menjawab soalan demi soalan yang diasak. jadi, saya memang cukup-cukup tabik spring admire & kagum pada sesiapa yang masih menanti dan menanti. ketabahan dan kesabaran memang dah jadi satu elemen penting sebagai pengubat duka. InsyaAllah, satu hari nanti pasti dimakbulkan jua doa :)


sebenarnya, pengalaman hamil ni bukan semuanya indah. bukan setakat seronok dimanjakan dan diberi perhatian yang lebih. sakit sana sini. muntah, loya, mabuk, dah jadi mainan harian. tapi alhamdulillah, saya tak melalui semua tu. mungkin Allah memberi dugaan dalam bentuk yang lain kepada saya.

saya cuma kerap demam pada waktu malam di awal-awal kehamilan dulu. mungkin demam untuk sesuaikan diri dengan dunia kehamilan kot. dan skit-sakit di beberapa bahagian abdomen. lebih kepada lenguh sebenarnya. tapi semuanya sentiasa di bawah kawalan.


sungguh! betul bagai dikata, sepanjang hamil, kita akan rasa terduga dengan pelbagai cara. termasuk pengalaman saya terjun dari komuter. tapi saya hadapinya sebagai sebuah pengorbanan dan kaffarah atas segala dosa saya selama ini. satu demi satu masalah menimpa. namun saya & hubby 'telan' walaupun pahit. sedaya mungkin, kami cuba selesaikan semua perkara tersebut tanpa menyusahkan orang lain. kami katup mulut serapat-rapatnya dari pengetahuan family & kawan-kawan. saya cuma luahkan kat blog sebab taknak terlalu memendam rasa. lagipun, family saya tak ramai yang tahu pasal kewujudan blog ni

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah ayat 286)


kadang-kadang saya 'ter'mengeluh juga tanpa sedar. rasa tak kuat. rasa hilang upaya. tapi hubby cukup tabah. sedaya upaya dia cuba untuk bersikap cool. sambil cuba usahakan selesaikan semuanya. saya pujuk hati yang Allah cukup menyayangi kami 'bertiga'.

tapi, alhamdulillah. kebahagiaan tu tetap ada. berselang seli datang dalam hidup. apatah lagi dikelilingi dengan insan-insan yang luar biasa hebatnya pinjam ayat dr. hm tuah jap, hehe. dan.. terima kasih ya ramadhan, wahai bulan penuh kerahmatan. saya cukup merasa tenang sepanjang 7 hari berharga ini.

sekarang, membuak-buak keinginan untuk melihat cahaya mata kami lahir. kami ingin dia tahu, dia la lambang keutuhan kasih sayang kami berdua.



saya --> takleh nak view followers. taktau nape. line slow kot. terima kasih pada followers baru. nanti saya berulang tandang :)

Monday, August 16, 2010

~Muhasabah 6 ramadhan

dipetik dari seorang penulis yang saya kagumi ketabahannya & keluarganya, FAJARIL,

Kadangkala, kita merasakan diri kita ini berada di dalam kepayahan dan kesukaran. Namun, apalah kepayahan ini jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih besar dugaannya.


simple, tapi cukup mendalam.

Friday, August 13, 2010

~Dia kembali lagi


- sesuai sebagai checklist dalam bulan mulia ni -


ramadhan kembali lagi.. :)

alhamdulillah, tahun ni dapat merasa berpuasa bersama hubby tersayang. sebelum menjejak bulan mulia ni, selalu saya terfikir entah macam mana keadaannya pun, tak tahu la. saya ni dah la jenis tak bersahur masa bujang dulu. tapi sekarang takleh la kan nak buat perangai macam tu. kena fikirkan suami dan paling penting, si-comey-dalam-perut ni.

tapi alhamdulillah, dah pun masuk hari ketiga. rasanya ok la kot.

hari pertama
berjaya bangun sahur pukul 4.30 pagi. masak nasi dan cuma panaskan lauk semalam. hubby cuma order air sunquick. saya pulak buat susu suam. kejutkan hubby pukul 5 pagi. makan-makan, minum-minum, settle pukul 5.30. tak lupa 3 ulas kurma. bekalan untuk si comel kat dalam perut ummi ni.

sepanjang hari,
si-comey-dalam-perut saya ni asyik je menendang-nendang. lapar agaknya. walhal semalam dah pesan banyak kali,
"esok kita dah mula puasa ye sayang. kena puasa sebulan. bukan selang sehari atau seminggu sekali macam ummi dah pernah buat sebelum ni. banyak ganjaran kita dapat kalau kita ikhlas. baby kena tahan tau."

tapi tiba waktu berbuka, terpaksa main 'tunjuk-tunjuk' kat bazar. saya punya la rasa tak larat sampai terketar-ketar badan. tambahan pulak badan dah ada unsur-unsur demam dek penangan suntikan kancing gigi pada paginya.


hari kedua
hubby dah taknak makan nasi masa bersahur. kurang selera katanya. so, menu paling simple, telur mata dengan roti. haa, amik.. mak buyung habiskan 4 keping roti, segelas susu, segelas jus oren, 2 gelas air masak. plus ngan kurma. bekalan taknak bagi badan penat sangat macam semalam.
tapi sudahnya, terpaksa ambik emergency leave semalam. ada hal kecemasan.

waktu berbuka, hubby mintak masakkan nasi goreng. buat sambal kentang campur ikan bilis dan goreng ayam. untuk kuih, buat 4 set sandwich sardin. tapi bila berbuka je, dah kenyang makan sandwich. langsung tak sentuh nasi goreng. nak tidur, baru la pulun sepinggan nasi goreng. itupun hubby paksa.


hari ketiga
tak bangun sahur! tu pun hubby terjaga pukul 5.40 pagi. huhu, sangat sadis rasanya. pagi-pagi dah marah kat hubby sebab dia silent mode kan telefon saya. memang perangai dia, suka silentkan telefon saya if dia nak main game kat dalam tu. tapi dah lepas main, lupa nak turn on volume tu semula. sudahnya, alarm langsung tak bunyi. saya memang takde jam loceng sebab telefon saya boleh setkan 3 alarm. pkul 4.30, 4.45 dan pukul 5 pagi. geram je dibuatnya.
hubby cakap dia ada terjaga pukul 5 pagi, tapi entah camner boleh terlelap balik. tapi bila dia mula buat muka orang bersalah, terus hilang marah saya. hehe. jangan buat lagi tau lain kali.

masa solat subuh tadi, tak putus-putus saya panjatkan doa agar dipermudahkan urusan berpuasa hari ini. alhamdulillah, dalam ofis ni cuaca sejuuuk je. tambahan dengan hujai renyai-renyai di luar sana. jadi, perut takdelah berirama sangat.
si-comey-dalam-perut pun behave je hari ni. kadang-kadang je dia main tendang-tendang minta perhatian.

tengahari tadi dianjurkan solat tasbih di surau utama. mula pkul 12.45. tapiiiiiiiii...saya tak pergi. dah dekat pukul 1.45 tgahari, baru terasa rugi.
"nape la aku tak pegi?"
peluang bukan dtg selalu. tetiba berazam nak buat malam ni kat rumah. boleh percaya tak? *ting!!*


pengisian rohani
tak perlu diwar-warkan kan? cuma nak share, saya cuma solat terawikh kat rumah. hubby ke surau. hubby bagitahu, imam terawikh terdiri dari budak tahfiz. bacaan surah panjang-panjang. so dia bimbang saya tak larat kalau kena berdiri lama-lama. katanya, better saya solat kat rumah je. kalau tetiba nak solat duduk ke, takdelah segan sangat.

terima kasih untuk kakChik atas perkongsian mengenai cara mengerjakan solat terawikh secara berseorangan. boleh rujuk di entry INI.

satu lagi perubahan yang saya lalui, semangat nak membaca kalam Allah makin bertambah-tambah. memang lain macam sangat. secara purata, setengah juzuk mengambil masa antara 30-40 minit. tapi bergantung jugak pada surah apa yang dibaca. kalau jenis surah yang agak susah macam surah Maryam, takleh la kot purata masa macam ni.

semoga saya dapat terus istiqamah sepanjang bulan ramadhan ini. syukur sangat dapat lalui pengalaman mengandung dalam bulan mulia macam ni. ramai yang cakap, ibu hamil ni sangat-sangat beruntung. ia kesempatan yang amat baik mendidik si kecil dari dalam kandungan untuk mengenal pencipta-Nya. subhanallah.


saya --> berazam sungguh-sungguh nak penuhkan kuota puasa tahun ini. moga diperkenankan, ameen.

Wednesday, August 11, 2010

~Parah..parah..

checkup 2 bulan lepas dapat 11.2


checkup bulan lepas, nurse amik 2 kali.
first dapat 10.6
second dapat 10.1


checkup bulan ni..amik 2 kali jugak.
first dapat 9.6
secondly dapat 9.1


laa...
pasal apa makin lama makin menurun ni?!
nurse dah bebel-bebel. tapi mak buyung nampak relaks je. hehe.
takpe, takpe. pasni kita pulun la pape yang boleh naikkan semula benda alah ni.

alahai la hb.


+ update:
dua jam lepas balik dari klinik, dapat sms dari MOH (ministry of health).
bagitahu pasal next checkup bulan depan. wahh, canggih ek klinik komuniti sekarang, siap buat reminder lagi.

bahu terasa sangat la sengal sebab tadi kena cucuk kali kedua untuk kancing gigi. yang kcucuk ali pertama dulu, takdelah terasa sangat. ini, angkat tangan sikit pun, terasa sampai ke bahu. nak demam pun ada ni. isk, tapi jangan la demam ek..


saya --> kena cubit ngan hubby sebab degil takmau makan kerang. huhu, sampai hati tau.

Wednesday, August 4, 2010

~26 weeks


assalamu'alaikum semua :)

kandungan saya dah pun dah melebihi 26 minggu. dalam tempoh ni, dah bermacam-macam pengalaman yang saya dan hubby dah alami. perut dah makin membesar dengan jayanya. dan masalah gatal-gatal pada bahagian perut, makin tambah rancak. tapi belum lagi ada tanda-tanda strech marks yang agak teruk.

hubby yang dulu malu-malu kucing nak ajak baby berbual, sekarang tiap masa dia nak ajak berbual. pantang ada masa luang.

time saya tidur pun, dia ajak baby borak-borak. baby pulak, memang akan bagi respon yang cukup baik kalau di agah-agah dari luar perut. terutama kalau ayahnya yang ajak borak. mula la dia menendang-nendang. ummi ni yang rasa senak perut tapi dengan senyuman kegembiraan yang sukar nak digambarkan. herot berot perut ummi dibuatnya. sekejap bonjol kat kiri, kejap kat sebelah kanan.

kadang-kadang jeles jugak ummi ngan ayah. time ummi ajak borak-borak, baby kadang-kadang senyap je tau. tapi kalau dengar je suara ayah, haaa..cepat je dia bagi tindak balas. amboi baby, awal-awal dah tunjuk gaya nak jadi anak ayah ye :)
tapi time nak nyusu, mula la kan nak cari ummi.

jalan kaki sekarang ni pun takleh nak laju-laju macam dulu. dah terasa sedikit berat pada bahagian perut. kalau jalan laju jugak, mula la rasa termengah-mengah. tapi terubat rasa bila baby gerak-gerak. macam tengah duk pujuk-pujuk ummi dia. pandainya dia!

selera makan saya sekarang ni pun dah makin bertambah. semua makanan pun rasa sedap kat tekak saya. hubby pun senang hati tengok saya makan. tapi berat badan, taktau la camner. rasa macam takde naik sangat kot. selama ni pun, tiap kali checkup, berat badan saya maintain naik 1kg sebulan.

sekarang, dah masuk seminggu saya minum susu kambing hi goat.
tu pun my dear sis yang paksa minum. katanya, bagus untuk ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak. hubby pun apa lagi, lagi syorkan saya minum. sebabnya sebelum ni saya memang takde minum-minum susu anmum ke, enfamama ke. dalam kepala ni dah setting awal-awal, susu tu semua tak sedap. hehe. hubby memang hangin je dengar alasan saya ni. yang boleh saya minum pun, susu nespray.

tapi susu hi goat ni, boleh tahan la rasa dia. free sugar. takde bau kambing dan ada rasa lemak-lemak sikit. cuma setakat ni saya belum rasa lagi la sebarang perubahan hasil dari pengambilan susu ni.



sejak 2-3 minggu lepas, saya dah mula krem kaki secara berturut-turut. sebelum ni ada la 2 minggu sekali. tapi dah makin kerap kepada setiap malam. kalau ikutkan usia kandungan, memang masih terlalu awal untuk lalui dengan kerap. tapi saya ni memang dah pattern suka krem kaki..sebelum kawen dan hamil lagi memang dah selalu kena.

sian hubby, kena bangun tengah-tengah malam melayan kerenah sang isteri ni. gosok-gosok. sapu minyak sikit. tapi seminggu selepas tu, krem kaki saya berjangkit kat hubby :(
saya elok-elok je, tapi hubby pulak yang terpaksa menahan sakit. padahal sebelum-sebelum tu, hubby memang tak penah pun kena krem camni. nak menitik air mata bila hubby cakap,
"takpe, sikit je ni sakit yang abang rasa kalau nak dibandingkan sakit bersalin nanti. kalau sakit bersalin tu pun boleh dipindah ganti, abang sanggup."

saya memandang bening matanya. saya selalu baca ayat begini dalam novel tapi bila hubby sendiri yang lafazkan, memang lain rasanya.


saya --> update cacamarba. dah banyak sangat draf yang tersimpan sebenarnya. entah bila nak publish semua tu

Monday, August 2, 2010

~Sedikit rasa tak syok

lokasi : dalam pejabat

dah tukar lokasi tempat duduk. walaupun masih dalam pejabat yang sama. terpaksa tukar sebab ada unit lain nak masuk. bos mintak pindah tempat untuk elakkan dari bercampur aduk dengan unit lain.

yang tak syoknya tempat baru ni:
1) tempat orang lalu lalang. kadang-kadang boleh hilang fokus dibuatnya.
2) takde telefon. dulu telefon depan mata je. sob..sob
3) printer pun dah makin jauh.
4) banyak semut. kadang-kadang ada jugak anak-anak lipas berkeliaran.
5) takde feeling.


.

.

.

haisyhhh...!
nak kena ketuk kepala ni. biasa dia ni..!
syukur-syukur la dengan apa yang ada. at least, ada jugak tempat duduk kan? lengkap kerusi meja bagai. apa lagi ko nak?


saya --> ye la..ye la..cuba terima seadanya =(