.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, July 2, 2010

~Yang mana satu...

sekarang baby dalam perut saya dah pun lebih 5 bulan. pejam cellik, sekejap sangat masa berlalu. masa hamil 2 bulan dulu, saya selalu je confuse,
"aku ni mengandung ke tidak sebenarnya?"
sebab perut langsung tiada tanda-tanda pembesaran. tambahan dengan saya tak alami morning sickness. penat je yang melebih-lebih. dengan hilang selera makan.


tapi sekarang, saya dah merasakan sedikit demi sedikit perubahannya. sejak kandungan berusia 14 minggu, hubby dah mula perasan perubahan pada beberapa bahagian badan saya. dia pun dah mula 'berbual-bual' dengan baby walaupun agak malu pada mulanya. tapi bila melihat saya selalu je 'berbual' dengan selamba, hubby pun turut terikut-ikut.


kini, saya sedang merangka untuk obses dengan penyusuan ibu. tekad di hati, saya ingin memberikan penyusuan ekskusif kepada permata hati kami selepas dia dilahirkan kelak. saya mula research satu persatu pam susu mana yang akan digunakan nanti. mula-mula memang blur sebab taktau nak pilih brand mana. single pump atau double pump? auto atau manual? berapa banyak budget yang saya perlu saya peruntukkan? mana satu pam yang serasi dengan saya? mana satu pam yang boleh bantu saya hasilkan lebih banyak susu? semuanya bersimpang siur dalam otak. itu baru nak pilih pam susu. tak termasuk lagi dengan botol susu yang nak digunakan, cooler kit, carry bag dan macam-macam lagi.


bila ajak hubby bincang, dia lagi blur. salah satu sebab utamanya, dia langsung tak terfikir tentang full breast feed ni. masa mula-mula saya ajukan hal ni pada dia, soalan yang keluar dari mulut hubby,
"boleh ke nak wat camtu? syg kan keje. bukan suri rumah."
see? jadi saya perlu terangkan satu persatu pada hubby. lama-kelamaan, dia kata ok tapi serahkan 100% urusan pemilihan pam susu pada saya.
"terpulang la if syg rasa boleh buat. abg boleh bagi support."
alhamdulillah, itupun dah cukup baik pada saya.


mujur kakak ipar saya pernah ada pengalaman full breast feed ni walaupun cuma setahun je. at least, saya dah ada supporter selain dari opismate dan kawan-kawan lain. kakak ipar saya dulu cuma pakai pam susu pureen je. battery operated. cuma harga rm80. tapi memang kagum abis tengok stok susu dia masa tu. two thumbs up! apapun, saya sebenarnya kurang berminat untuk pakai pam yang fully battery operated ni. jenuh la nak beli bateri. lagipun pam susu ni pakai banyak tenaga. except kalau kita guna rechargeable battery.


setelah di teliti satu persatu chewahh, lebih-lebih pulak kan..hehe, hanya dua pilihan terakhir yang ada dalam list saya.
1) medela swing
  • kelebihan
  • - ada 2-Phase Expression yang mana boleh membantu produksi susu. suction pam ni pun seakan-akan sama seperti baby punya. natural.
    - kalau taknak guna letrik, boleh guna battery operated, 4 biji bateri AA. so in case kalau takde elektrik, saya still lagi boleh teruskan aktiviti pam mengepam ni.
    - saiz kecik dan agak ringan. takdelah berat sangat kalau nak diangkut ke sana sini.
    - ada let down rithm

  • kekurangan
  • - budget kena tinggi sikit :p
    - single pump
    - selalu bermasalah susu masuk balik ke dalam tiub. punca, mungkin masalah pada membrance atau pada motor.
    - lebih prefer utk guna botol medela jugak. kadang-kadang kalau guna MLO, susu masuk balik ke tiub.

    2) spectra3
  • kelebihan
  • - double pam, so boleh jimat masa sangat-sangat
    - murah berbanding medela swing
    - ada pilihan level untuk suction. kita boleh pilih depends pada kesensitifan n**ple
    - ramai yang cakap spectra3 sesuai untuk heavy duty.
    - tiada bunyi semasa mengepam. so lebih privacy terutama bagi mommies yang buat aktiviti mengepam di ofis.

  • kekurangan
  • - berat kalau nak dibandingkan dengan medela
    - guna elektrik sepenuhnya

    kena fikir pro & kontra antara keduanya. pening jugak tu. nipun rasanya ada lagi pro & kontra yang tak tersenarai dek saya.


    **sebenarnya tak adil saya bandingkan kedua-dua pam ni sebab dah nyata perbezaannya dari segi single & double pump. cuma ntah la, yang berdua ni je nampak istimewa pada mata saya.

    so, medela swing atau spectra3??


    saya --> tolong betulkan if ada fakta yang silap untuk pam-pam ni ek. tq

    2 comments:

    1. babes..dulu2 marin sblom hadif lahir kedunia..me pon penah berangan giler mau fully bf..tp owhhh sgt keciwe...me gagal!!!..pasal me tersgtlah kureng knowledge pasal bf nih...terlambat cr info..lg 1 sbb me gagal...pasal meroyan...arghhhh mmg tensi killer!!!...

      actually me pon x berape tau pon psl pump neh...tp...crlah seberape bnyak pon info pasal bf neh..nnti hasilnyer pon worth it!!!....berbaloi2....

      jgn jd cm me..nyesal x sudah...tp tulah...rezeki hadif dpt susu dr me..hanye 2 weeks aje...:(

      ReplyDelete
    2. salam perkenalan...dh bt keputusan beli pump,blum?nk amik kesempatan nie bg pendpt....sy pengguna pump spectra3 since ank 2bln...sblm tue xfully bf coz kekurgn ilmu..ank sy skrg dh 11bln...alhamdulillah spectra3 bnyk membantu...klu ikt budget sy rs spectra3 sgt berbaloi2
      sy still pkai spectra3...skrg ni brangan nk beli medela harmony(manual)...teringin...iktkn dh ada manual(pigeon)...apapun goodluck...kuatkan semgt tetapkan hati...

      ReplyDelete

    terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..