.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, July 23, 2010

~Si busyuk masyam saya dah tua lagi setahun..

happy birthday to my love.

tiada suprise..

tiada hadiah..

hanya limpahan kasih sayang yang tak terhingga dari seorang isteri..
yang kadang-kadang beremosi

dan,

cahaya mata yang sedang dikandungkan..


luv u till the end of my life, abang.


Tuesday, July 20, 2010

~Kisah dlm komuter

a'ah..saya dah mula naik komuter semula selepas mimpi ngeri hari tu. terpaksa seminggu je trauma.tapi lepas tu kena lawan trauma sebab kesian kat hubby nak kena ulang alik jauh-jauh. cumanya, saya akan naik kalau tak bersesak-sesak sangat kat dalam tu. kalau tak, saya sanggup tunggu komuter seterusnya.. :)

kisahnya isnin minggu lepas.. fuhhh..sikit punya lapuk dah citer nih
saya naik komuter mcm biasa, pukul 6.01 petang. masa tu, saya nampak satu kerusi kosong. haruslah saya berkejar sikit kan sebab nak duduk, tapi tak sempat. ada sorang akak datang dari arah bertentangan saya yang sempat duduk dulu. it's ok. tak kisah. sape cepat, dia dapat.

2 minit lepas tu, sorang adik yang duduk di depan kerusi akak tadi bangun kemudian bagi seat dia kat saya. first time ada orang bagi seat dia kat saya! bermakna dia 'nampak' la kan perut saya yang dah kedepan sikit ni? taktau nak kata apa, tapi macam hepi sangat. taktau la nape rasa hepi sangat,isk..maybe sebab orang dah perasan saya ni pregnant kot. selama ni asyik je orang cakap tak nampak perubahan langsung pada saya walaupun dah masuk 23 minggu.

siap bagi senyuman semanis yang mungkin kat adik tu. tapi dah tak cam sangat muka adik tu. cuma ingat hari tu dia pakai tudung bawal hitam, kemeja hitam belang-belang & slack coklat cair. tq so much ye dik.

20 minit lepas tu, terdengar akak belakang seat saya tanya kat adik tu,
"pregnant ek?" detik hati saya kata, 'pregnant' tu merujuk pada saya.

"a'ah kak."

"eh, akak tak perasan pun tadi. tak nampak pun."

"saya pun tak nmpak kak. tapi tengok muka, macam ye. pastu tengok perut, baru nampak."

"tu lah. lain kali tunjuk-tunjuk sikit perut tu. takpun cakap la pregnant."
apakah??!

masa tu saya taktau macam mana nak expresskan apa yang saya fikir. tapi saya diam je. berlagak macam saya tak dengar perbualan tu.

- masa akak tu dapat tempat duduk, saya takde pun buat muka tak senang. saya senyum je. dia nak duduk, duduk la.
- dari kecil sampai sekarang, saya memang suka pakai baju longgar. bersaiz besar termasuk semua baju-baju kurung. jadi, memang susah nak nampak apa-apa perubahan pada badan saya.
- perlu ke saya wat gaya yang saya ni mengandung? perlu ke saya usap-usap perut yang menunjukkan ada baby dalam perut? tak nanti dikata mengada pulak?


ok. agak emo.


saya --> balik je, terus report kat hubby. macam biasa ayat dia, "bawak-bawak la banyak bersabar." iyelah bang.

~Ujian Tekanan




.
.
.
The pictures are non-animated pictures. They are related to your pressure level.
.
.
If you see them to move, then that means you have pressure currently. The speed of the moving is the level of your pressure. The higher that moving speed, the higher pressure you have.
.
.
Most children and old men only see the pictures are not moving and keep still.
.
.
Test yourself regularly with these pictures to know yourself better. Sometimes, it is good to have a appropriate pressure to push us to do better,but too much pressure can cause us to the end of the edge.
.
.
Be relax when you know you have too much pressure inside!
.
.
.


sumber : emel


saya --> mata saya tengok gambar ni bergerak dengan kelajuan tahap 4 dr 10..isk,isk..

Thursday, July 15, 2010

~

hidup meniti arus ujian..
mungkin kita kalah, mungkin jua kita menang..

selagi ada usaha,
selagi tak putus-putus doa kita panjatkan,
selagi itulah kita wajib bertawakkal kepada Allah.




saya --> senyum :)

Tuesday, July 6, 2010

~Ilusi optik.. menakjubkan



Cuba lihat pada titik pada kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan ke dinding kosong..

lihatlah keajaibannya..

Subhanallah..

Friday, July 2, 2010

~Yang mana satu...

sekarang baby dalam perut saya dah pun lebih 5 bulan. pejam cellik, sekejap sangat masa berlalu. masa hamil 2 bulan dulu, saya selalu je confuse,
"aku ni mengandung ke tidak sebenarnya?"
sebab perut langsung tiada tanda-tanda pembesaran. tambahan dengan saya tak alami morning sickness. penat je yang melebih-lebih. dengan hilang selera makan.


tapi sekarang, saya dah merasakan sedikit demi sedikit perubahannya. sejak kandungan berusia 14 minggu, hubby dah mula perasan perubahan pada beberapa bahagian badan saya. dia pun dah mula 'berbual-bual' dengan baby walaupun agak malu pada mulanya. tapi bila melihat saya selalu je 'berbual' dengan selamba, hubby pun turut terikut-ikut.


kini, saya sedang merangka untuk obses dengan penyusuan ibu. tekad di hati, saya ingin memberikan penyusuan ekskusif kepada permata hati kami selepas dia dilahirkan kelak. saya mula research satu persatu pam susu mana yang akan digunakan nanti. mula-mula memang blur sebab taktau nak pilih brand mana. single pump atau double pump? auto atau manual? berapa banyak budget yang saya perlu saya peruntukkan? mana satu pam yang serasi dengan saya? mana satu pam yang boleh bantu saya hasilkan lebih banyak susu? semuanya bersimpang siur dalam otak. itu baru nak pilih pam susu. tak termasuk lagi dengan botol susu yang nak digunakan, cooler kit, carry bag dan macam-macam lagi.


bila ajak hubby bincang, dia lagi blur. salah satu sebab utamanya, dia langsung tak terfikir tentang full breast feed ni. masa mula-mula saya ajukan hal ni pada dia, soalan yang keluar dari mulut hubby,
"boleh ke nak wat camtu? syg kan keje. bukan suri rumah."
see? jadi saya perlu terangkan satu persatu pada hubby. lama-kelamaan, dia kata ok tapi serahkan 100% urusan pemilihan pam susu pada saya.
"terpulang la if syg rasa boleh buat. abg boleh bagi support."
alhamdulillah, itupun dah cukup baik pada saya.


mujur kakak ipar saya pernah ada pengalaman full breast feed ni walaupun cuma setahun je. at least, saya dah ada supporter selain dari opismate dan kawan-kawan lain. kakak ipar saya dulu cuma pakai pam susu pureen je. battery operated. cuma harga rm80. tapi memang kagum abis tengok stok susu dia masa tu. two thumbs up! apapun, saya sebenarnya kurang berminat untuk pakai pam yang fully battery operated ni. jenuh la nak beli bateri. lagipun pam susu ni pakai banyak tenaga. except kalau kita guna rechargeable battery.


setelah di teliti satu persatu chewahh, lebih-lebih pulak kan..hehe, hanya dua pilihan terakhir yang ada dalam list saya.
1) medela swing
  • kelebihan
  • - ada 2-Phase Expression yang mana boleh membantu produksi susu. suction pam ni pun seakan-akan sama seperti baby punya. natural.
    - kalau taknak guna letrik, boleh guna battery operated, 4 biji bateri AA. so in case kalau takde elektrik, saya still lagi boleh teruskan aktiviti pam mengepam ni.
    - saiz kecik dan agak ringan. takdelah berat sangat kalau nak diangkut ke sana sini.
    - ada let down rithm

  • kekurangan
  • - budget kena tinggi sikit :p
    - single pump
    - selalu bermasalah susu masuk balik ke dalam tiub. punca, mungkin masalah pada membrance atau pada motor.
    - lebih prefer utk guna botol medela jugak. kadang-kadang kalau guna MLO, susu masuk balik ke tiub.

    2) spectra3
  • kelebihan
  • - double pam, so boleh jimat masa sangat-sangat
    - murah berbanding medela swing
    - ada pilihan level untuk suction. kita boleh pilih depends pada kesensitifan n**ple
    - ramai yang cakap spectra3 sesuai untuk heavy duty.
    - tiada bunyi semasa mengepam. so lebih privacy terutama bagi mommies yang buat aktiviti mengepam di ofis.

  • kekurangan
  • - berat kalau nak dibandingkan dengan medela
    - guna elektrik sepenuhnya

    kena fikir pro & kontra antara keduanya. pening jugak tu. nipun rasanya ada lagi pro & kontra yang tak tersenarai dek saya.


    **sebenarnya tak adil saya bandingkan kedua-dua pam ni sebab dah nyata perbezaannya dari segi single & double pump. cuma ntah la, yang berdua ni je nampak istimewa pada mata saya.

    so, medela swing atau spectra3??


    saya --> tolong betulkan if ada fakta yang silap untuk pam-pam ni ek. tq