.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, June 15, 2010

~Monthly checkup

pagi tadi wat checkup kat klinik komuniti tanglin. kira-kira dalam 19++ minggu hamil. dekat je dengan ofis. hubby nak jugak wat checkup kat klinik kerajaan sebab dia tak puas hati wat checkup kat klinik swasta bulan lepas. maybe kami tersilap pilih klinik kot jadi, ikutkan je la kan cakap hubby :) janji dia temankan, hehe.

semalam dah buat appointment, pihak klinik minta datang pukul 10 pagi. senang kata mereka, tak payah nak menunggu lama-lama. ok la. masa kami sampai kat klinik tu, patient pun tak ramai. dalam 2 jam je, semua dah selesai.

so far, semua ok. alhamdulillah. tekanan darah ok even sedikit rendah. berat badan pun dah naik sikit. rahim pun ok. urine pun takde masalah. paling mengujakan bila dengar degupan jantung baby, dup, dup, dup. mulut ni asyik je nak tersengih. 150 bpm. aktif jugak baby ummi ni ye.

tapi satu je yang tak best, hemoglobin (hb) turun lagi. huhu. dulu 11.4 tapi tadi dah jadi 10.5 je. tak pasal-pasal kena makan ubat tambah darah (ferrous fumarate) tu double dari sebelum ni. muka hubby pun masam-masam kelat masa saya bagitau pasal hb tu kat dia.

"lepas ni kena makan kerang banyak-banyak. dengan bayam. ish, nak suruh makan pun susah. ingat sikit pasal baby kat dalam tu. jangan nak ikutkan rasa tekak je."

angguk je la kan. nanti dibantah-bantah, ada lagi yang masam muka. dah la sekarang ni tengah dalam keadaan yang agak genting.

minggu depan, 23 jun, ada appointment lagi untuk scan baby. plus dengan kena amik darah & minum air gula. ingatkan bila takde masalah pasal berat badan naik berlebihan dan sejarah keluarga yang takde kencing manis, boleh la terlepas minum air gula. rupanya tak. nurse tu dah gelak-gelak bila saya buat muka.

"sekarang ni dah kuatkuasa.. mana-mana ibu mengandung yang berumur 25 tahun keatas, wajib minum air gula. takpe puan, demi anak puan jugak. kita nak pastikan semua ok." owh, macam tu. tapi tak pernah dengar pulak sebelum ni.

tak apalah. demi baby, ummi sanggup buat apa saje.

bermula hari ni jugak, hubby pastikan saya ambil madu setiap pagi. MIL yang belikan madu tu. sayanglah kat ibu :)

my dear mom pula, baru je kirimkan setabung kurma untuk anak manja dia ni. sayang sangat-sangat kat ma :)


saya --> nurse pesan, ibu hamil tak boleh tension-tension. huhu, camner la nak elakkan tension ni yek?

4 comments:

  1. klinik kerajaan mmg wajib minum air gula..hehehe nasib xcheckup kt kerajaan..erm makan obimin tak?yana amik obimin jer, ngn minum susu + makan jus delima + jus daun gandum...

    ReplyDelete
  2. demi baby.. jaga diri baik2. hehe.. p pun ngelat gak.. b4 pregnant mmg da selalu lapo. time pegnant lg la sepanjang masa lapo. penat da nak mkn. slalu wat tatau ble perut bunyi. (sian baby lapo gak agak nye). Alhamdulillah check baru ni semua ok. P lak terkebil2 sebab nurse ckp ok. Hahahahah.

    Biasa la tu emosi mmg x stabil time pregnant + mmg jiwa kacau. :p

    Tabahkan hati ye.. Chaiyok!

    ReplyDelete
  3. yana..
    tu la psl. ingatkan boleh je terlepas air gula ni..sblm ni dah penah try checkup kat klinik swasta, tp hubby mcm tak puas hati sbb dktor tu cakap, tggu hamil 5 bln bru nak wat ujian darah semua..kat gov punya, cpt je wat ujian darah tu..
    ni tambah pulak ngan kena minum air gula, laaagi la hubby cakap gov punya lebih detail wat checkup..

    masa kat klinik swasta dulu, dktor bg obimin..sekali ngap je, dah include semua jenis vitamin..ni dah pegi gov, kena la mkn 4 jenis ubat..sadis sungguh..hehe..

    jus daun gandum ok ek yana?

    ReplyDelete
  4. P..
    haha..ngelat gak yek? :P
    mkn je P, sian baby nnti..tp amik food yang tak bg effect sgt..
    mcm kurma ke, kismis ke..klu mkn food yg byk karbo, mmg naik la berat badan..cuma klu nurse kata semua ok, alhmdulillah la.. :) nnti bila dah dpt rasa baby gerak2, laaagi best..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..