.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, June 25, 2010

~Bagaikan mimpi ngeri

bagai mimpi ngeri. itu sahaja yang terdetik dalam hati saya saat melalui hari semalam.

seperti biasa, saya balik dari kerja dengan menaiki komuter stesen kuala lumpur. kalau bernasib baik, sempat la saya naik shuttle ke klang pukul 5.50 petang. takpun train biasa ke pelabuhan klang pukul 6.01 petang. tapi semalam, ada masalah bekalan kuasa di laluan segambut-kuala lumpur. jadi semua perjalanan train agak tergendala dari biasa.

nasib kurang baik. train ke pelabuhan klang hanya sampai pukul 7.15 malam. nak taknak, saya redah jugak. penumpang dah bersesak-sesak sebab sepatutnya dari tempoh pukul 6.00 petang, dah ada 3 train ke pelabuhan klang. ini cuma satu. so, penumpang dah jadi 3 kali ganda dari biasa.

saya pilih untuk masuk coach wanita. kalau bersesak-sesak pun, takdelah nak segan sangat. selepas melepasi stesen angkasapuri, saya perasan, pergerakan train agak perlahan. dalam hati, jangan la train stuck macam hari tu (pernah train stuck hampir 10 minit tanpa aircond, lampu dan bersesak-sesak. pintu pulak takleh bukak, huhu).

kemudian, saya terasa macam train senget ke sebelah kiri (saya berada di sebelah kanan train.
berdiri betul-betul bersebelahan pintu). tapi saya fikir normal la kot senget tu. kejap lagi stabil la balik. tapi keadaan tetap sama. kemudian terfikir,
"aku ni tengah pening ke? train ni gerak ke tak sebenarnya? "
saya cuba pandang ke luar pintu dari celahan orang ramai. baru terasa yang train tu sebenarnya bergerak tapi perlahan. cukup perlahan.

kemudian, aircond terpadam. diikuti dengan letupan agak kuat dan lampu di dalam train turut terpadam. di luar train, kelihatan percikan api dari bahagian bawah rel train. ditambah lagi dengan asap dan bau hangit. suasana jadi gamat. masing-masing panik dengan situasi tak dijangka ni.

train tiba-tiba senget hampir 45 darjah dari kedudukan asal. saat tu, hanya istighfar bermain-main di bibir saya. tangan saya asyik mengusap perut dengan harapan baby is ok. penumpang lain dah menjerit-jerit ketakutan. seorang penumpang menjerit meminta semua orang duduk (untuk elakkan train dari terbalik dengan lebih teruk).

dalam kepala saya asyik terfikir, macam mana kalau train ni MELETUP? apa akan jadi? ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini. apa-apa kemungkinan boleh berlaku. Nauzubillahi min zalik.

seorang dua penumpang yang lain cuba memecahkan pintu. bila pintu berjaya dipecahkan, saya masih dalam keadaan duduk di lantai. tak mampu nak bangun. kaki lemah. tambahan pula terhalangan dengan penumpang-penumpang lain yang berpusu-pusu keluar. bila saya berjaya mengengsotkan badan ke pintu,
"Ya Allah, tingginya jarak dari pintu nak turun ke landasan!"
nak taknak, kena melompat. dalam hati saya cuma ada baby, baby dan baby. baby ok ke kalau saya lompat? dia takkan cedera ke?

tapi keadaan mendesak. kalau tak turun segera, mungkin saya akan terjatuh hasil tolakan orang lain. dengan lafaz "Bismillahi tawakkaltu 'alallah", saya kuatkan hati melompat. memang tersungkur atas susunan batu-batu kerikil di landasan. luka-luka kecil sikit di bahagian tapak tangan. cuma, tak sempat saya bangun nak ke tepi landasan, penumpang di belakang dah hempapkan diri dia di belakang badan saya.

"Ya Allah, anak aku..!"

mata saya dah berderai-derai bimbangkan dia di dalam perut. bimbang terjadi sesuatu.

di tepi jalan, dua tiga orang menjerit meminta sesiapa yang berada di atas landasan segera beredar.
"bangun cepat! takut nanti train ke sentul nak lalu atas landasan tu!"
sape tak cuak kan? masing-masing dalam keadaan panik. lama saya terduduk di atas rumput di tepi landasan. kiri kanan saya, masing-masing sedang melayan tangis ketakutan.
beberapa orang penunggang motor berhenti bila lihat keadaan di luar kawalan tu. so, diaorang tolong 'bukakan' jalan untuk memberi laluan pada kami untuk naik ke birai jalan. main redah je lalang-lalang tinggi yang ada. janji dapat jauhkan diri dari train tu.

segera saya telefon suami. dan sepanjang perjalanan ke rumah, saya berhujankan air mata. tiada langsung gerakan di dalam perut. bimbang di hati, lebih dari segalanya. sampai dirumah, saya berbuka puasa dengan air masak kemudian berbaring. badan masih lagi meggeletar, terbayang-bayang bunyi letupan di dalam train tadi.

hubby gosok perut saya. dipanggil-panggil baby namun tiada sebarang tindakbalas. saya tepuk perut saya sambil memanggil. risau jangan cakap la. hampir 15 minit saya pujuk baby, kemudian, alhamdulillah.. perut saya mula bergelombang ke kiri dan ke kanan.sesekali, dia mengeras. syukur Ya Rahman, syukur Ya Rahim. gerakan si kecil buat saya tersenyum kepuasan.

andaian saya, mungkin baby terkejut tadi. menyebabkan tiada gerakan untuk sementara.

malamnya, menurut hubby, tidur saya bagai terganggu. nafas mendesah. asyik berpusing ke sana sini. memang pun, tidur saya di sulami mimpi suasana di dalam train tadi. saya bagai tiada arah dituju untuk menyelamatkan diri. gambaran train tu menghantui saya.

sungguh saya trauma..!





saya --> hari ni baby gerak macam biasa. tiada kata mampu saya ucapkan, syukur alhmdulillah..

7 comments:

  1. bila nie yer?ingat awak mimpi..rupanyer bebetul..selamat la takder ape2..

    ReplyDelete
  2. semalam..lebih kurang dlm kul 7.30 malam..alhmdulillah, sy ok.. :)
    baby pun ok..
    tp sungguh, masih terbayang2 je apa yg blaku tu..

    ReplyDelete
  3. menangis..
    :(

    tak tau kenape..
    maybe sy 'masukkan' diri sy dlm train tu..:(

    ReplyDelete
  4. slm iza,
    alhamdulillah semua selamat =)
    bc entry awk ni btul2 suspen td.

    ReplyDelete
  5. ya Allah..
    sebak na bace citer iza ni..
    alhamdulillah semuanya selamat..
    take care ok..

    ReplyDelete
  6. sedey jek.. naseb baik iza n baby slamat. da g jupe doc?

    p pun masa preggy slalu mimpi yg bkn2. apatah lg kalo trauma.. mestila lg mimpi ngeri.

    take care iza. chaiyok!

    ReplyDelete
  7. linda,
    3 mlm berturut2 iza mimpikan train tu..serius, smpai skrg terbayang2 lg..

    afidah,
    alhmdulillah..so far skrg ni smua slmt.. :)

    nano,
    dah wat checkup..tp uri mcm terkebawah sikit..

    P,
    dah checkup..tp tak gi klinik yg monthly checkup..buku merah lak lupa bwk..so, dktor takleh nak compare result dia ngan rekod sblm ni..tp overall semua ok except uri terkebawah sikit..cuma taklah membimbangkan sgt..syukur

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..